Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menteri Kesihatan dan Dr. Hoogland

Menteri Kesihatan dan Dr. Hoogland
(The Health Minister and Dr. Hoogland)
- Malaysiakini By: John R Mallot -
Bekas Duta Amerika di Malaysia

Ada seseorang di Kementerian Kesihatan yang tidak lulus ‘Ujian Internet’, sehingga menjatuhkan air muka Menteri Kesihatan Chua Jui Meng. Mengikut laporan bertajuk ‘Anwar delaying sugery at his own peril, House told (Anwar sengaja melecehkan pembedahan - Dewan diberitahu ( April 14) Chua telah melaporkan betapa pegawainya telah membuat pencarian di internet mengesan laman web Dr. Thomas Hoogland tanpa kejayaan. Artikel di Malaysiakini ada menyebut menteri itu berkata, “Sejak lima tahun yang lalu tidak ada sebarang penulisan yang dikemukakan oleh doktor ini. Kalaulah dia seorang pakar, tentulah dia telah mengemukakan setidaknya satu ataupun dua kertas kajian dalam majallah perubatan.” Chua juga mendakwa Hoogland telah melakukan antara 300 hingga 400 pembedahan sahaja.

Inilah yang dikatakan igauan terhebat seorang pegawai kerajaan. Dia menjadi seorang yang tolol kerana kakitangannya tidak membuat persiapan untuk membantu tugasnya. Oleh itu, eloklah kita selidiki fakta yang sebenarnya amat mudah untuk dicari.

Pertama, Alpha Klinik mempunyai satu lamanweb yang sungguh menyerlah - dalam enam bahasa. Sebagai Ketua jabatan sakit belakang, Hoogland diberikan ruang yang luas di laman itu. Klik sahaja bahagian “back” (penyakit belakang) ada potret Hoogland, lengkap dengan segala kelulusan professional beliau. Inilah dia manusianya yang telah menerbitkan 22 artikel saintifik, menyumbang kepada empat buah buku, dan telah berucap dalam lebih 100 persidangan perubatan. Dia adalah ahli kepada ‘American Academy of Orthopaedic Surgeons’, ‘the German Society of Orthopaedics and Traumatology’, ‘the North American Spine Society’, ‘the Scientific Society for Spinal Microsurgery’ di mana dia adalah presiden persatuan itu, ‘the Inernational Society for Minimal Intervention spine Surgery, dan ‘the Society for Spine Surgery Research’.

Chua berbohong apabila mengatakan Hoogland melakukan sekitar 300 hingga 400 pembedahan. Sebenarnya Hoogland telah melakukan 8,000 pembedahan - termasuk 6,000 ‘minimal invasive spine operations’ sepanjang kerjaya beliau sebagai pakar bedah.

Chua memang layak untuk menanggung malu kerana putarbelitnya di Parlimen. Tetapi ada isu kedua dalam hal ini. Sudah dua kali menteri ini berbuat fitnah adanya kelemahan etika perubatan pada Hoogland apabila beliau menyebut yang sebenarnya, bahawa Hospital Besar Kuala Lumpur tidak mempunyai semua kelengkapan yang diperlukan, kemudahan dan pengalaman untuk memudahkan pembedahan ‘endoscopic’.

Sekarang, mungkin Chua mahu memikirkan persoalan etika yang diperlukan darinya: Adakah patut seorang menteri kesihatan sebuah kerajaan mempertahankan perundangan negaranya dengan membohongi serta memperlekehkan segala kelulusan dan pengalaman seorang pakar bedah yang bertaraf antarabangsa?

-John R Mallot-
Bekas Duta Amerika di Malaysia
Khamis 19 April, 2001.

..........................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan Penterjemah:
Kalau saya tidak silap, bukankah ini juga Chua yang pernah menjadi timbalan kepada Rafidah Aziz? Bukankah dia timbalan pengerusi majlis yang meluluskan permit impot kereta dan saham kepada menantu seorang menteri ketika menteri itu membuat lawatan singkat ke tandas? Kalau jawapannya ia, sahlah dia dilantik ke kementerian itu kerana lulus ujian kelentong dan pintal-memintal bagi pihak Maharajah. Itu sebabnya ketika dia menjadi menteri kesihatan banyak program penswastaan yang dilaksanakan untuk memudahkan ‘Klon M’ membalun apa juga kotrak yang ada. Sehinggakan kontrak menyapu lantai dan kutip sampahpun digasaknya.

Alahai Chua,
Buat takpasal orang gelar kamu Chua Ju Ling. Sepatutnya Chua meletakkan jawatannya, kerana namanya sudah tercemar dan menjadi ejekan di luar negara. Lainlah kalau kulit mukanya lebih tebal daripada kulit muka seorang diktator yang tidak mengaku tua.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com