Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Surat Terbuka kepada Menteri Halehwal Dalam Negeri

Surat Terbuka kepada Menteri Halehwal Dalam Negeri
(Open letter to the Home Affairs Minister)
Oleh: Raja Aziz Adruse, Presiden, Hakam

Selama dua tahun yang lalu, ramai orang yang telah ditangkap kerana turut serta dalam perhimpunan yang dianggap menyalahi undang-undang (termasuklah himpunan tunjuk perasaan dan perbarisan). Beberapa kenyataan pihak polis dan kerajaan membuat rumusan yang menunjukkan sebarang perkumpulan manusia seramai lima orang ataupun lebih adalah secara automatis dikira menyalahi undang-undang melainkan ada lesen ataupun permit yang telah dizinkan oleh polis.

Sesiapa yang terlibat dalam perhimpunan terbuka tanpa sebarang lesen ataupun permit polis dikira dan dilayan sebagai pesalah.

Beberapa aduan mengenai keganasan polis yang disiasat oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi manusia) adalah berkaitan dengan tuduhan ketidaksabaran dan penggunaan secara berlebihan kuasa polis dalam menangani para peserta dalam himpunan rakyat itu.

Kehadiran bilangan anggota polis yang ramai di persekitaran tempat perhimpunan rakyat lengkap dengan segala peralatan canggih untuk merusuh terhadap kumpulan orang awam yang dianggap sebagai perusuh, disertai dengan trak pancutan air, memberikan satu tanggapan bahawa kerajaan sebenarnya sedang berada dalam suasana yang terkepung daripada musuh negara.

Amalan pihak polis meredah kumpulan penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka, dan mengejar serta membalun mereka dengan belantan dan rotan, pertama kalinya ditayangkan oleh TV sejagat pada pertengahan 1999, sudah pun merupakan satu pandangan yang terlalu lumrah.

Seolah-olah menghenyak kumpulan itu masih tidak mencukupi, perserta yang menjadi mangsa dan dikenakan tuduhan di mahkamah dan didapati bersalah, boleh kehilangan hak menggunakan paspot negaranya kerana diambil balik oleh jabatan imigresen setelah mereka melunaskan tempoh hukum yang dijatuhkan oleh mahkamah. Inilah yang diberitakan oleh laporan akhbar.

Apakah jabatan imigresen mempunyai hak perundangan untuk mengenakan penalti ini mencetuskan beberapa persoalan yang menyangkuti hak asasi manusia dan perlembagaan negara.

Pada bulan Februari tahun lalu, ‘Reuters’ telah melaporkan dua himpunan rakyat pada dua tempat berbeza di Kedah yang terjadi dalam jarak tempoh dua minggu. Satu himpunan rakyat itu berlaku di hadapan sebuah mahkamah dan dihadiri sekitar 500 manusia dan satu lagi adalah satu perhimpunan yang disertai oleh sekitar 5,000 orang hasil tajaan parti politik. Kedua-dua perhimpunan itu telah disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air.

Ada satu lagi laporan mengenai majlis perhimpunan rakyat sekitar 1,000 orang yang dianjurkan di waktu yang sama di Kuala Lumpur. Satu perhimpunan rakyat untuk membuat protes terhadap salahgunakuasa oleh kerajaan, korupsi dan pelbagai sanggahan lagi dilaporkan sedang dirancang pada bulan ini.

Untuk menangani bertambahnya perhimpunan tunjuk perasaan ini, pihak polis, seperti yang dilaporkan oleh media, telah menambahkan bilangan anggota gerak gempurnya di Kuala Lumpur lebih tiga kali ganda.

Mereka yang turut serta dalam demonstrasi jalanan pada masa hadapan, boleh menjangkakan layanan ganas daripada pihak polis, dan dalam era elektronik ini, gambar-gambar ibukota Malaysia yang sentiasa dalam keadaan terkepung di mana polis mengejar dan membalun para penunjuk perasaan akan terus menghiburkan pemerhatian sejagat.

Malaysia sudah tentu akan terus dianggap sebagai sebuah negara yang tidak menghormati hak asasi manusia.

Bukankah sudah tiba msanya pihak polis dan pihak yang berkuasa memikirkan kedudukan mengenai perhimpunan rakyat jelata?

Apakah mereka tidak boleh diberikan ingatan bahawa hak berhimpun secara aman tanpa sebarang senjata adalah satu hak asasi yang terjamin kepada setiap rakyat negara ini di dalam Perlembagaan negara untuk membolehkan mereka menyatakan secara terbuka ketidakpuasaan ataupun perasaan tidak setuju terhadap tindakan kerajaan dan langakah-langkah kerajaan itu?

Inilah hak yang sama pentingnya dengan hak kebebasan bersuara untuk mendedahkan salahguna kuasa dan korupsi, dan untuk menetukan ketelusan dan akauntabiliti. Ini adalah sebahagian hak rakyat untuk membantah, yang merupakan lunas undang-undang masyarakat yang bebas.

Namun, polis berkata bahawa hak untuk berhimpun secara aman bukannya sesuatu yang mutlak, tetapi tertakluk kepada sekatan yang ditentukan undang-undang. Mereka berpendapat bahawa mengikut Akta Polis 1950 sebarang perhimpunan awam melibatkan lima orang ataupun lebih tanpa lesen ataupun permit polis dianggap menyalahi undang-undang.

Mereka berkata setiap perhimpunan yang tidak diberikan lesen ataupun permit ataupun tidak didahului dengan permohonan lesen dianggap satu kumpulan haram. Petunjuk jelas bagaimana mereka menyaring sebarang permohonan untuk mendapatkan lesen ataupun permit oleh pihak pembangkang telah pun diterangkan baru-baru ini oleh Ketua Polis Negara.

Dia telah dilaporkan sebagai berkata betapa motif di sebalik demonstrasi jalanan yang ditaja oleh pembangkang adalah mencabar kerajaan dan undang-undang dan dalam himpunann manusia seperti itu, memang selalu ada unsur-unsur keganasan.

Kalau dikaji prasangka pihak polis itu, adalah bukan satu kejutan apabila permohonan pembangkang mendapatkan lesen dan permit untuk berhimpun secara aman tidak pernah mendapat kejayaan dan semua perhimpunan rakyat tajaan mereka dianggap sebagai haram dan tidak mengikut lunas undang-undang.

Apakah itu caranya polis melayan permohonan untuk rakyat berhimpun secara aman?

Mengikut Perlembagaan sekatan yang boleh dikenakan terhadap hak untuk berhimpun secara aman mestilah berasaskan kepentingan kepada keselamatan negara ataupun ketenteraman awam.

Di manakah letaknya percanggahan yang melanggar kepentingan keselamatan negara ataupun awam yang menyekat hak rakyat berhimpun secara aman untuk mengkritik kerajaan kerana tindakan mereka ataupun tanggapan salahguna kuasa, korupsi dan sebagainya ataupun untuk menunjuk perasaan bagi tujuan menyerahkan satu memorandum kepada Suhakam di pejabatnya?

Ketua Polis Negara berkata bahawa perhimpunan ataupun perbarisan yang ditaja oleh pembangkang mempunyai motif menyanggah kerajaan. Kalaulah cadangan itu benar, ia bererti kerajaan tidak boleh dikritik langsung.

Tujuan utama menggunakan hak untuk mengkritik adalah untuk mencabar salah laku tindakan kerajaan ataupun peraturan yang dicadangkannya. Selagi tindakan tu dibuat melalui peraturan perlambagaan dan undang-undang, polis dan pihak yang berkuasa harus menghormati hak itu.

Polis dianggap menyalahgunakan kuasa apabila menyekat pemberian lesen ataupun permit berasaskan alasan-alasan yang perrnah disebut oleh Ketua Polis Negara ataupun berasaskan sebab-sebab yang disebut oleh timbalan perdana menteri, seperti yang dilaporkan oleh akhbar, betapa masalah boleh tercetus seandainya ribuan manusia turut terlibat dalam perhimpunan yang ditaja pada April 14, 2001 untuk menyerahkan satu memorandum kepada Suhakam.

Perasaan takut-takut bahawa rakyat yang berkumpul itu boleh menjadi kucar-kacir tidak boleh digunakan untjuk menyekat perhimpunan aman ataupun demonstrasi ataupun menghalang hak untuk berkumpul secara aman. Jika tidak hak untuk berkumpul secara aman itu akan tidak membawa sebarang makna selain menjadi satu ilusi sahaja.

Tindakan polis terkini menangkap enam ahli Parti Keadilan dan seorang aktivis reformasi (terkini seorang lagi pemimpin Keadilan telah ditahan di bawah ISA - FeU ) telah mencetuskan banyak isu yang lebih serius. Mengikut polis, mereka itu ditangkap kerana merancang untuk mencetuskan protes sehingga 2004 ketika pemilu memang dijangkakan.

Rancangan itu gamaknya adalah menggiatkan secara bertingkat tunjuk perasaan harian sehingga tercapai matlamatnya dan polis dikatakan terpaksa bertindak untuk menyekat rencana menggugat keamanan dan kestabilan negara.

Tetapi alasan penangkapan tujuh orang itu berubah pula pada keesokan harinya apabila ia dilaporkan oleh media (sila lihat The Sun April 12) betapa mereka dikatakan adalah sebahagian kumpulan militan yang bersedia menggunakan keganasan untuk mengggulingkan kerajaan.

Mengikut Ketua Polis Negara, kumpulan itu sejak akhir tahun lalu, telah mengambil satu strategy serampang dua mata untuk (a) meneruskan perjuangan melalui proses demokratik, (b) menggunakan kaedah menyalahi perlembagaan termasuk aktibiti militan seperti demonstasi jalanan, sehingalah pemilu 2004 nanti; aksi militan kumpulan itu yang pertama ialah untuk menggembeling sekitar 50,000 orang berhimpun di pusat Bandar pada April 14; dan sebagai umpan, pihak penganjur telah menggunakan perhimpunan itu sebagai satu perkumpulan untuk menyerahkan memorandum rakyat mengenai hak asasi manusia kepada Suhakam.

Pada kali pertamanya dia mengatakan bahawa kumpulan itu pada Oktober 1998, telah mencuba mendapatkan bahan letupan, termasuk bom dan pelancar grened dan mempengaruhi sokongan guru-silat dan beberapa anggota bekas pasukan tentera untuk turut serta menunjuk perasaan yang akan dianjurkan sebagai sokongan terhadap Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara telah memberitahu media betapa perhimpunan itu boleh bertukar menjadi huruhara dan menasihatkan orang awam agar tidak menyertainya.

Dalam hal ini nampak jelas sekali betapa pihak polis masih memikirkan kemungkinan tercetusnya huruhara. Anda sendiripun telah dilaporkan oleh ‘The Sun’ pada tarikh yang sama sebagai berkata bahawa polis mempunyai bukti betapa orang–orang itu terlibat dalam satu percubaan yang membahayakan ketenteraman awam dan keselematan negara. Cuma anda tidak memberikann penjelasan lanjutan bahawa adalah tanggungjawab kerajaan untuk melindungi rakyatnya daripada sebarang ugutan terhadap keamanan dan keselamatan.

Anda menasihtkan bahawa rakyat tidak perlu berkumpul ramai-ramai untuk menyerahkan memorandum: itu semua boleh dibuat oleh pemimpin kumpulan. Anda tidak pula menyebut akan usaha mendapatkan letupan dan pelancar grened, sedangkan itu adalah perkara penting dan serius, yang kalau ada kebenarannya tentu sekali anda telah diberitahu lebih awal lagi.

Sesaorang boleh merumuskan daripada beberapa laporan bahawa bukti konspirasi untuk menumbangkan kerajaan secara kekerasan dan menggunakan senjata telah diperolehi oleh polis untuk satu waktu yang lama. Kalaulah benar perkara itu, tidak pula diterangkan kenapa tidak ada tindakan untuk mengenakan tuduhan kepada mereka yang terlibat di mahkamah sebaik sahaja perkara itu diketahui dan kenapakah pendedahan itu dibuat hanya beberapa hari sebelum satu tunjuk perasaan yang dirancang hampir akan dilaksanakan.

Eloklah dirakamkan di sini satu laporan AFP betapa Perdana Menteri telah memperakui bahawa tidak ada sebarang bukti, sehingga setakat waktu ini untuk menuduh tujuh orang yang ditahan itu di bawah undang- undang biasa, dan dia ada berkata, “Saya tidak tahu sama ada mereka memilikki letupan ataupun ada kejadian di mana petrol, bom Molotov telah dibuat dan dicuba dulu” dan “ mereka (tujuh orang yang ditahan itu) boleh ditahan di bawah undang-undang biasa tetapi undang-undang biasa itu memerlukan bukti tertentu dan prosedur dan proses yang saya fikir dari kacamata polis tidak pun berkesan untuk menyekat berlakunya sesuatu. ….”

Akta Keselatan Dalam Negeri (ISA) nampaknya, digunakan lagi dengan tujuan yang bercanggah dengan tujuan asalnya dan kerana difikirkan sesuai untuk menggunakannya.

Persatuan hak Asasi Manusia Nasional (HAKAM) telah kerap meminta agar ISA itu dimansuhkan kerana ia dicipta khas untuk menangani masalah khusus pencerobohan komunis dan subversif (yang ketika itu menghantui Malaya ketika mengharungi kemerdekaannya pada 1957) dan masalah itu sudah pun tamat beberapa tahun yang lalu dengan rencana penyerahan diri para komunis dan penyokong mereka (yang merupakan jenis manusia yang disebut dalam Akta itu).

HAKAM berpendapat gelagat menggunakan terus peruntukan dalam Akta itu adalah tidak bersesuaian lagi. Ia menyanggah keluhuran kedaulatan undang-pundang orang perorangan ataupun pihak berkuasa yang diberikan hak menggunakan budibicara. Penangkapan arbitrari dan penahanan tidak boleh dibenarkan dalam sebuah negara yang bermegah dengan amalan demokrasinya.

HAKAM meminta jasabaik anda sebagai Menteri Halehwal Dalam Negeri, menimbangkan beberapa rayuan oleh beberapa pihak bahawa hak rakyat negara ini berkumpuul secara aman dhormati dan pihak polis diberikan didikan untuk memahami bahawa adalah tanggungjawab mereka membolehkan rakyat negara ini melaksanakan hak mereka untuk membantah melalui hak terjamin kepada kebebasan bercakap dan berhimpun secara aman.

Apabila perhimpunan aman diganggu-gugat oleh pihak luar yang berniat untuk mencetuskan huruhara, mereka yang melakukan pencabulan itu yang sepatutnya ditangani oleh polis - bukan sebaliknya. Sikap polis tidak mahu mengeluarkan lesen ataupun permit untuk perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh pihak pembangkang adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan kerana tidak mengikuti keluhuran perlembagaan.

HAKAM mengajak anda memikirkan secara serius cadangannya, dan cadangan kumpulan bukan kerajaan (NGOs) dan pertubuhan lain, agar ISA dimansuhkan kerana sebab-sebab yang dinyatakan tadi.

Untuk sementara waktu, tujuh aktivis yang telah ditahan itu haruslah dibebaskan tanpa berlengah lagi. Kalau ada sebarang bukti menunjukkan pembabitan mereka dalam sebarang kegiatan jenayah, mereka haruslah didakwa di mahkamah di mana mereka berhak membela diri.

Raja Aziz Addruse
Presiden Hakam
April 16, 2001.

..........................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com