Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kerajaan Gelabah Dengan Masalah Perubatan Anwar

Kerajaan Gelabah Dengan Masalah Perubatan Anwar
(Government’s Insecurity Over Anwar’s Medical Treatment)

Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) merasa terpanggil untuk campurtangan dalam kisah terkini yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Hospital Kuala Lumpur telah memberitahu Anwar betapa dia perlu menjalani pembedahan, jika enggan harus bersedia menghadapi akibahnya. Jabatan penjara risau dengan kos sebanyak RM60,000 (tidak termasuk subsidi kerajaan yang dibelanjakan) untuk menyediakan bilik wad Kelas Satu di HKL itu. Sebagai perbandingan seseorang pegawai tinggi kerajaan apabila makan tengah hari di hotel Kelas Satu (lima bintang-penterjemah) berbelanja sedikit rendah daripada kos harian memasukkan Anwar di hospital. Sedangkan ada satu kisah songlapan urusan ‘bond antarabangsa’ yang melibatkan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan yang bernilai US$5 billion dollar.

Kerajaan telah memberikan taklimat kepada para diplomat termasuk satu perjumpaan yang membabitkan menteri kesihatan Chua Jui Meng yang disertai oleh 14orang doctor pakar yang kebanyakannya tidak pun tahu-menahu atau pakar dalam penyakit yang dihidapi oleh Anwar. Kehadiran semua pakar itu adalah bertujuan untuk menyokong segala kenyataan kerajaan. Kenyataan Paklah menyerlahkan adanya perikemanusiaan terhadap Anwar. Kini, terpulang kepada Dato Seri Anwar untuk membuat pilihan layanan perubatan yang macam mana yang Anwar mahukan. Inilah yang Paklah nyatakan kepada ahli UMNO . Namun demikian, lagi kerap dia dan rakan-rakan kabinetnya membuka mulut mengenai perkara ini, lagi kerap pula mereka tidak dipercayai.

Masalah Anwar menjadikan kerajaan sentiasa goyang. Pemimpin UMNO, terutama sekali mereka dalam kerajaan, mesti berbincang hal itu, seolah-olah memberi keyakinan diri betapa mereka sudah melakukan sesuatu yang betul. Sebaliknya mereka telah terperangkap di satu sudut yang menghenyak diri sendiri. Inilah yang memaksa mereka membuat keputusan yang menyulitkan mereka akhirnya. Keadaan penyakit yang ditanggungi Anwar memang merupakan sesuatu yang serius. Kini, dia mengenakan pengekang leher untuk meredakan kesakitan yang menghunjam lehernya. Dia bergerak dengan kerusi roda. Sekarang, kerajaan mahu menghantarnya kembali ke penjara Sungai Buloh, melainkan dia bersetuju menjalani pembedahan yang berkemungkinan besar menyebabkan dia menjadi lumpuh. Jika dia tidak bersetuju juga, dia terpaksa menanggung risiko dan tanggungjawab apa yang terjadi kepada diri sendiri akhirnya.

Malangnya, kerajaan tidak menyedari betapa perkara itu bukannya semudah yang dianggapi. Kerajaan mahu terus menonjolkan isu Dato Seri Anwar ini. Kerajaan bertindak meneruskan lima lagi tuduhan berkaitan salahlaku dan korupsi terhadap Dato Seri Anwar. Kes itu sepatutnya dibuka semula hari Sabtu lalu tetapi tertangguh kerana dia menanggung kesakitan yang amat sangat. Dia terpaksa disorong dalam kerusi roda ketika mahkamah duduk dengan selesa. Rakyat akan membuat perbandingan dengan keadaan dia mula-mula hadir di mahkamah. Secara lahiriah ia berjaya mengalihkan tumpuan daripada dirinya kepada penyakit yang menyiksa. Sekarang, tumpuan beralih kepadanya semula.

Mungkin juga ini semua sengaja diada-adakan. Jumlah manusia yang bersimpati dan menyokong beliau sudah pun bertambah berlipat kali ganda. Bukannya disebabkan fahaman politik tetapi kerana perasaan kemanusiaan. Setiap kali kerajaan bertindak untuk mendera beliau, setiap kali itulah kerajaan kehilangan sokongannya. Kerana itu pemimpin UMNO kerap menyebut nama Anwar setiap kali mereka bertemu rakyat marhaen. Dalam politik Malaysia hari ini, hanya satu perkara yang diberikan tumpuan: Konfrontasi Mahathir-Anwar. Yang lain jatuh di tangga nombor dua.

Kerana itu kerajaan menilai masalah Dato Seri Anwar dari kacamata politik sambil meniru pendekatan tindakan yang beliau pilih. Cuma ada satu perbezaannya: Anwar sudah nekad menanggung risiko tindakannya. Kerajaan tidak punyai pilihan lagi selain menjadikannya isu politik juga. Setakat ini, tindakan kerajaan itu menghala ke jalan buntu Dato' Seri Anwar menerima hakikatnya betapa dia boleh terus lumpuh ataupun cacat anggota, dan memilih satu bentuk peperangan yang berkemungkinan besar menjatuhkan Mahathir dan kerajaannya. Setiap kali Anwar diganyang, setiap kali itulah dia bertindak balas dalam percaturan ketahanan diri dan kebijaksanaan berpolitik yang menyerlahkan siapa yang menang dan siapa pula yang kecundang. Menteri-menteri kabinet dan juga pemimpin UMNO terlalu takut untuk kehilangan kedudukan mereka sedangkan rakyat marhaen percaya Dato Seri Anwar adalah seorang pemimpin yang tidak pernah gerun berjuang sehingga sanggup berkorban nyawa.

Inilah yang membuatkan UMNO bergelut dengan tali-temali kesyaitanan yang menghantuinya. Pemilihan jawatankuasa bahagian UMNO kini, berkemungkinan besar diwarnai oleh lebih ramai penyokong Anwar daripada yang pernah dilihat di waktu yang silam. Episod Fauzi Abdul Rahman di Kuantan, membuktikan lebih ramai lagi penyokong Anwar dalam UMNO yang sanggup berkorban dan menyerlahkan nekad mereka. Kesannya memang amat membahayakan sehingga setiausaha agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob mungkin terpaksa melepaskan jawatan. Perdana Menteri kini dikatakan sedang berura-ura melantik seorang MP yang diiktiraf penyokong Anwar untuk menjadi anggota kabinet. UMNO tidak akan dapat melayari gelora politik kalau-kalau sesuatu musibah mengenai Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua itu. Inilah getaran kerungsingan yang sedang bergegar dalam UMNO.

-MGG Pillai-
Ahad, 29 April,2001.

....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com