Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SEORANG TAHANAN YANG SAKIT, MATI DITENDANG POLIS

Jumaat 3.45 pm.: Seorang saksi Bangladeshi yang menjadi saksi Irene Fernadez telah memberitahu mahkamah pagi tadi betapa seorang rakan tahannya yang sakit telah mati sejurus selepas dia ditendang oleh sorang anggota polis. "Para tahanan mengidap 'scabies' (sejenis kurap ataupun penyakit jangkitan kulit) dan demam selama antara 15 - 20 hari. Demikian penjelasan Moron Mozunder, seorang bekas tahanan di Kem tahanan pendatang tanpa izin Kemayan.

" Pada satu pagi pihak polis telah mengarahkan saya membawa seorang tahanan yang berumur antara 25-30 tahun, daripada blok penginapan. Dengan dibantu oleh sroang kawan, kami meingiringkan orang tahanan itu ke arah pintu get. Tetapi, pihak polis menjerit agar membiarkan beliau berjalan sendirian sedangkan beliau memang tidak berupaya melaksanakannya. Secara tiba-tiba seorang polis telah menendang orang itu dengan kuat sekali menyebabkan beliau terjatuh dan pengsan. Kawan saya membantu saya, mengangkat mangsa. Malangnya dalammasa dua minit beliau melepaskan nafas terakhirnya. Dia telah mati." Demikian penjelasan Mozumder yang dibuatnya berselang seli dengan sedu-sedan.

Saksi yang berumur 44 tahun itu terus menjelaskan betapa anggota polis itu beredar daripada tempat kejadian sebaik sahaja periswtiwa itu berlaku dan muncul semula bersama dua orang tahanan lagi yang bersaudara dengan si mati. "Mereka telah mengangkat si mati dan meletakkanya di bilik pengawal yang berhampiran dengan pintu kem. Mayat itu telah dihantarkan ke Bangladesi enam belas hari kemudiannya."

Ketika disoal lagi oleh peguam pembela M. Puravelan, Mozumder telah manjawabnya melalui penterjemah mahkamah M.A. Ferdous Bashar. Dia telah menceritakan betapa tapak tangannya dipukul dengan rotan oleh polis ketika beliau meminta mereka ubat untuk menyembuhi teman tahanan yang sakit sebelum keadaannya merebak.

"Pihak polis suruh saya membuka tapak tangan. Mereka pukul tapak tangan saya lima kali dan tidak pun memberikan sebarang ubat (untuk tahanan itu). Dua hari kemudiannya dia dijangkiti ceret-beret. Demikian lagi penjelasannya sambil menitiskan airmata.

Mozumder terus menceritakan pengalamannya didera ketika ditahan di kem itu selama 21 bulan di antara 1994 hingga 1996.

"Pada satu hari, tanpa sebarang sebab, antara lima hingga enam anggota polis telah masuk ke blok penginapan dan membantai kami dengan menggunakan buluh sepanjang 4-5 kaki setiap satu. Serangan itu sungguh sepontan sehinggkan kami tidak keruan dan lari bertempiaran. Salah seorang tahanan telah terjatuh di tangga dan membuatkan kami menyangka beliau telah mati. Anggota polis itu pun mengehentikan pembantaian itu. Dia masih bernyawa lagi."

Majistret Juliana Mohamed telah mendengar penerangan Mozumder betapa seluruh badannya telah dijangkiti kurap ketika berada di kem tahanan tersebut.

"Keseluruhan badan saya termasuk buah pelir telah berbau. Kulit saya lebam dan terdapat bebintik-bintik di merata tempat. Bila dipicit ia bernanah. Bisul yang muncul dibadan pun berdarah kalau ditekan." Demikian penjelasannya sambil memberitahu betapa beliau mahu muntah lagi.

Perbicaraan akan disambung lagi pada hari Isnin.

Perbicaraan di sebelah pagi telah ditangguhkan secara spontan apabila Mozumder muntah ketika disuruh menceritakan peristiwa onani yang disaksikannya di kem itu.

Semalam, Mozumder telah memceritakan bagaimana 120 orang tahanan daripada Burma telah dipaska melakukan 'oral sex' (aksi onani) di kalangan mereka.

"Pihak polis telah memerhatikan saiz zakar para tahanan. Mereka juga membuat pengamatan samada para tahanan itu sengaja mengulum zakar pasangannya ataupun menyedut zakar itu."

Mozumder telah menceritakan betapa para tahanan yagn dipaksa mengulum dan menyedut zakar rakannya terpaksa berlari dengan pantas ke bilik tandas sebaik sahaja aksi itu selesai.

"Kebanyakan mereka itu telah menutup mulut mereka dengan tangan dan berlari ke tandas untuk muntah. Golongan yang telah dilakukan perbuatan onani itu terus tercegat di tengah padang. Muka mereka pucat kerana malu. Kebanykan merka telah menangis. Ada yang menutup mata mereka dengan tangan sambil ada pula yang hanya mampu merenung ke bumi."

Mozumder menjelaskan betapa dia tidak mampu makan setelah menyaksikan peristiwa itu.

"Saya hanya mampu tidur setelah memikirkan peristia itu untuk berkali-kali. Setiap kali saya terkenang akannya, saya merasa serbasalah."

Malahan, dia tidak pernah menceritkan episod penderaan itu kepada ahli keluarganya. "Kalau saya ceritakan hal ini kepada isteri saya, tentu dia mendapat penyakit jantung."

Mozumder merupakan saksi kedua yang membuat keteranganya di mahkamah. Irene Fernandez sedang menghadapi tuduhan menyebarkan berita palsu setelah beliau menyebarkan satu memorandum mengenai pendearan dan kematian di beberapa kem tahanan. Beliau yang merupakan seorang aktivis hak asasimanusia dan juga ahli majlis tertinggi KEADILAN sedang menghadapi cabaran akan dipenjaakan untuk selama tiga tahun. Kini beliau sedang bebas kerana dijamin.

Perbicaraan yang bermula pada Jun 1966 merupakan satu perbicaraan yang terpanjang di negara ini. Kini ia sudah menjangkau hari ke-229.

Catatan Penterjemah:

Banyak lagi cerita aib yang boleh diterjemahkan di sini. Tetapi, memadailah untuk kita lakukan apa yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu. Soalnya sekarang siapakah anggota polis yang melakukan semua itu kalau bukan berasal daripada kampung-kampung Melayu? Apakah ini budaya Melayu yang sudah sampai ke tahap tercanggih dalam pemerintahan seorang Mamak Tongkang. Siapakah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu dan siapakah pula timbalannya kalau bukan Megat Joned?

Adakah Megat Joned menulis akan peristiwa ini dalam buku GETEK beliau yang sungguh laris itu? Adakah sesiapa di kalangan wartawan media massa yang mahu menyoal Megat Joned akan peristiwa ini dan menyiarkannya di akhbar tempatan? Kalau 'Malaysiakini' tidak melaporkan perkara ini, adakah orang kita tahu akan ceritanya?

Kita boleh menjangkakan laporan Mozumder dan juga para teman tahannya di mahkamah akan disiarkan secara meluas di seluruh negara Hindu-Pak. Begitu juga di akhbar media perdana di Tenggara Asia. Siapakah yang akan malu dalam perkara ini kalau bukan kita orang Melayu???? Apakah yang kita takutkan sangat akan agen asing untuk meruntuhkan nama-baik Malaysia selama ini sedangkan petualang yang paling besar dalam hal ini ada di depan mata?????

Si Mamak Tongkang dan para penjilatnya di Persidangan Lembu Pawah telah bersuara lantang akan maruah banga dan martabat negara. Apakah segala cerita jijik di kem tahanan ini bukan merupakan ciri-ciri yang menjerumuskan martabat dan maruah bangsa itu ke kancah keaiban? Perkara seperti ini kalau berlaku di mana sahaja di negara yang mengamalkan demokrasi, sudah memaksa menteri yang bertanggungjawab meletakkan jawatannya. Kalau di Jepun, besar kemungkinannya menteri yang berkenaan membunuh dirinya secara 'harakiri'. Kalu dia tidak berundur daripada dunia politik, para akhbar Jepun akan menghambatnya dan ahli kelaurganya disindir. Malahan keluarganya di kampung halaman pun akan merasa aib yang amat besar di atas perbuatan saudara mereka.

Apakah kerana ketahuan akan testimoni para tahanan Bangladeshi di Kemayan itu membuatkan si Mamak Tongkang mula gian untuk menadah tangan berdoa dan meminta para penjilatnya menampung tangan sama untuk mengaminkannya bersama.....????

Soalanya sekarang, kenapakah kes ini mesti dipanjangkan untuk menghabiskan wang rakyat ? Kenapakah kes ini tidak dibuang sahaja dan pembayaran pampasan diberikan secara rundingan rahsia? Memang bangang si Mamak Tongkang bedebah ini. Malahan seluruh sistem perundangan negara turut bangang sama. Sengaja mahu menghabiskan wang rakyat sahaja.

Sepatutnya, Paklah yang kini menjadi Menteri Dalam Hal Ehwal Negara mengambil tindakan menarik kes ini daripada terus berpanjangan. Inilah kes yang amat mengaibkan bangsa Melayu khasnya, dan rakyat Malaysia amnya. Yang lebih penting lagi inilah kes yang akan menjebak maruah dan martabat pasukan PDRM ke celah kangkang anjing kurap sahaja - hanya disebabkan beberapa anggota polis yang hilang arah dan memalukan bangsanya.

Dengan seagala keinsafan, saya merayu agar semua ahli parti pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri membuat satu memorandum agar kes ini dihentikan dengan segera sebelum terlambat.

-Marhaintua-
Mei 13, 2000.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com