Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mokhzani Jual Saham Dalam Syarikat Senaraian BSKL

Mokhzani Jual Saham Dalam Syarikat Senaraian BSKL
(MGG Pillai: Mokhzani Sells His Stakes in KLSE!)

Dr. Mahathir ada kaitan yang amat bermakna dengan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin. Dia telah mengumumkan penjualan saham-saham pegangannya di syarikat yang tersenarai di BSKL, untuk melindungi bapanya daripada kegagalan perniagaannya. Lagipun dia mahu menghabiskan masa yang lebih kepada keluarganya dan juga dia beranggapan semua rakyat Malaysia ini adalah bodoh-bodoh belaka. Dia telah menyebut hanya dua nama syarikat --Pantai Holdings dan Tongkah, kedua-duanya adalah bergiat cergas dalam urusan kesihatan. Tongkah pula bersama sebuah anak syarikatnya telah diberikan kontrak bernilai RM350juta setahun untuk memberikan khidmat sokongan di hospital. Jadi, apakah dia ditolak ataupun sengaja mahu menolak?

Besar kemungkinannya, keadaan tuntutan marjin (margin call) telah memaksa beliau untuk menjual dua syarikat itu. Sebanyak 89 juta saham dalam dua syarikat itu bernilai sekitar RM160 juta. Pada hari dia membuat pengumuman itu, urusan niaga saham itu sahaja merupakan 60% putaran niaga BSKL. Mokhzani telah menjualnya kepada pihak yang tidak pun diumumkan namanya dalam satu ‘private deal;’ (urusan peribadi.) Keupayaannya menguruskan semua itu dalam satu hari perniagaan adalah sesuatu yang menakjubkan. Mungkin yang membeli saham itu seorang tauke Cina pengeluar sabun secara kecilan yang telah bergiat sejak beberapa minggu yang lalu membeli saham itu di pasaran? Apakah penjualan Tongkah itu bererti penguasaan orang Melayu dalam khidmat sokongan di hospital kerajaan juga turut pupus? Benarkah dua syarikat ini sengaja menjadi sasaran supaya khidmat penyeliaan hospital menjadi perniagaan yang dimonopoli oleh empayar niaga Daim?

Mokhzani berkata dia tidak dapat menghubungi ayahnya, di Dubai, untuk memberitahu akan perkara ini. Sebelum dia boleh menjual saham pegangannya, dia perlu mendapatkan persetujuan BSKL, Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing. Hanya dua orang manusia (termasuk bapanya) yang boleh memberikan izin itu dengan serta merta, sedangkan bapanya itu tidak pula mengetahui rencana anaknya. Ini bererti orang yang lagi satu itu ialah Tun Daim Kenapa pula Tun Daim mesti begitu senang membantunya sedangkan beliau sedang mengisytiharkan perang olok-olok terhadap bapanya?

Kenapa pula Mokhzani menggembar-gemburkan hanya dua daripada begitu banyak syarikat lain di mana dia mempunyai pegangan saham yang besar? Dia adalah ahli lembaga pengarah kepada 93 syarikat, termasuk yang belum tersenarai di mana dia mempunyai pegangan saham yang berpada. Kenapa sebut hanya dua nama syarikat di mana dia sudah pun menjual sahamnya? Kenapakah dia menjual Pantai dan Tongkah, sedangkan Tongkah telah dikurniakan dua daripada tiga kontrak dalam penswastaan penyeliaan hospital yang bernilai RM350 juta setahun? Kontrak yang ketiga telah dianugerahkan kepada Faber, syarikat di bawah Renong yang diuruskan oleh kroni Tun Daim. Bukankah ini bererti penjualan saham pegangan Mokhazani itu berakhir dengan wujudnya kuasa monopoli perkhidmatan sokongan di hospital?

Apakah Mokhzani merupakan satu ‘bidak’ dalam percaturan berani mati antara Dato Seri Mahathir Mohamed yang menggunakan kuasa Politik Hapraknya dan Tun Daim yang menggunakan kuasa wangnya? Doktor baik itu telah pun menyindir betapa Daim telah mengusahakan halangan kepada Mokhzani menjadi ketua bahagian UMNO Merbok selepas beliau sendiri tidak mengingini jawatan itu .Betulkah Tun Daim mengarahkan bank-bank yang dikuasainya memaksa Mokhzani menjual saham pegangan beliau itu setelah mengetahui beliau sedang terlebih gearing? Jika demikian, kenapa Tun Daim tidak menyelamatkannya melalui Danamodal dan Danaharta, seperti yang dilaksanakan kepada para kroni dan rakan niaganya?

Masalah Mokhzani bermula selepas Tun Daim menghantar surat peletakan jawatan dan juga cuti dua bulan. Bagaimana Tun Daim menghabiskan cutinya merupakan spekulasi yang hangat; dia berada di kementerian kewangan dengan tekunnya menyelesaikan kerja-kerja yang lama tertangguh; itulah yang dimaklumkan kepada kita. Namun, dia masih menjalankan tugas seorang menteri kewangan, merasmikan persidangan, bangunan- bangunan dan sebagainya. Apakah benar dia bercuti itu untuk memudahkan kerja-kerja menyiapkan laporan lengkap selama 14 tahun lamanya mengenai pelaburan UMNO, seperti yang diungkitkan oleh seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO? Jika demikian, kenapa pula dia berada di kementerian kewangan? Sepatutnya dia berada di Ibupejabat UMNO.

Mokhzani telah memperlekehkan kesnya sendiri dengan satu cerita yang tidak meyakinkan dan perilaku yang penuh keangkuhan. Dia beranggapan kalau dia tidak mampu menjelaskan sesuatu, apa juga yang dia katakan mesti diterima tanpa keraguan. Kerjaya niaganya adalah berkait rapat dengan ayahandanya, betapa pun kita kaji perkara itu semuanya. Dia masih belajar di universiti ketika ayahnya menjadi perdana menteri pada1981. Empayar niaganya membesar secara melonjak dalam masa satu dekad dia menceburkan diri dalam perniagaan. Apabila ayahnya ditanya akan perkara ini dalam mesyuarat kabinet satu ketika dulu, beliau menjawab secara menyindir bahawa masa depan anak-anaknya tidak seharusnya disekat oleh kedudukan jawatannya.

Oleh itu apa juga alasan yang diberikan oleh Mokhzani perlu dinilai sewajarnya. Kalau dia benar-benar prihatin dengan maruah ayahnya sepatutnya dia sudah bertindak lama dulu lagi. Sebaliknya pula, ibunya pernah berkata dalam satu wawancara akhbar betapa ayah Mokhzani tidak pernah membantu anak-anaknya, dan beliau memang tidak senang hati mengenai perkara ini! Nampaknya banyak lagi kisah Episod Mokhzani daripada yang dimaklumkan. Lagi banyak kita nilai episod ini, lagi banyak ulat-ulat yang akan muncul. Semua itu tidak perlu muncul daripada koridor mahkamah. Memadai dulu daripada pertelagahan antara dua sahabat akrab. Seolah-olah muncul ulang-tayang satu episod bersejarah yang tercetus pada 1998 dulu.

-MGG Pillai-
Sabtu 28/4/2001

....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com