Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


TAHANAN TERPAKSA MAKAN RUMPUT

Moron Mosumder yang menjadi saksi pihak pembela dalam kes Irene Fernandez menangis lagi di mahkamah. Kali ini dia menangis ketiak bercerita perihal dia terpaksa memakan rumput selama dua hari ketika ditahan di kem pendatang tanpa izin Kemayan, lima tahun yang lalu.

"Disebabkan kebuluran saya terpaksa memakan rumput bersama nasi selama empat kali. Saya petik rumput itu daripada kawasan lapang di luar blok tahanan. Saya basuh dulu rumput itu sebelum memakannya. Memang tidak ada rasa puntetapi ia berjaya menutup kelaparan saya. Saya berhenti memakan rumput apabila dijangkiti ceret-beret." Demikian penjelasan Mozumder ketika disoal oleh peguambela M. Puravelan.

Mozumder juga menceritakan kepada majisret Juliana Mohamed bagaimana berliau merana jangkita kurap dan tapak tangan serta buah pelir yang dihinggapi bebintik dan bisul.

"Kedua-dua tapak tangan saya bernanah dan mengelembung menyebabkannya melekit. Ceceir bewrna merah sentiasa keluar darinya menyebabkan saya merasa kesakitan. Baunya pun amat busuk. Kerana itu saya terpaksa menjamah makanan dengan jejari saya."

Dia juga menceritakan kesakitan bahagian pinggang yang bernanah dan sentiasa mengeluar cecair berwarna merah.

"Saya merasa sakit kalau mahu mengenakan pakaian. Kerana itu saya tidak boleh memakai selana dalam. Kulit saya melecet ketika saya berjalan yang menyebabkan rasa kesakitan yang amat.

"Saya menerima rawatan selepas dua bulan. Mula-mula saya terpaksa mandi. Kemudian mereka menyhapu satu jenis ubat berwarna putih ke seluruhan badan saya. Setelah itu saya diperlukan berdiri di bawah pancaran matahari selama dua jam. Keadaan kulit badan beransur baik antara 15 hingga 20 hari selepas itu. "

Mozumder telah juga menceritakan melalaui penterjemah mahkamah M.A.Ferdous Bashar, betapa dia melihat pihak polis memukul beberapa tahanan wanita dengan rotan selama dua hari.

"Mereka telah menjerit sambil polis mengeluarkan kata-kata "Diam!". Pihak polis telah menyuruh mereka berdiri di sisi pagar beberapa ketika, mengahadap kami. Pihak polis telah menyuruh kaum wanita itu menyebut perkataan 'I love you' selama antara 15 hingga 20 minit, sebelum mangarahkan mereka pulang ke blok tahanan."

Apabila ditanya oleh Puravelan samada dia menaruh rasa dendam terhadap pihak polis, Mozumder menjawab: "I merasa (dulu dan sekarang) marah dengan polis. Saya benci mereka."

Mozumder telah disoal pula oleh timbalan penolong pendakwa Ganesan dan menceritakan bagaimana dia memasuki Malaysia secara haram pada Januari 1994.

"Saya tidak masuk ke Malaysia dengan dokumen yang sah. Salah seorang agen telah bertemu saya dan memberitahu betapa saya mampu menerima wang yang lumayan dalam bentuk gaji bulanan yang memungkinkan saya menjadi kaya dalam waktu yang singkat. Itu sebabnya saya sanggup datang ke Malaysia. Tetapi, saya telah dihantar pulang ke Bangladesh pada 2 Februari, 1996."

Kini dia berada di Malaysia untuk menghadiri perbicaraan yang berkenaan.

"Kali ini saya datang melalui tajaan sebuah pertubuhan di Bangladesh bernama ASK yang bermaksud Aino Shalish Kendra. Tenaganita telah menghubungi mereka dan merekalah yang menghantar saya ke sini. "

Pihak pembela telah membantah soalan Ganesan yagn mahu tahu di mana Mozumder tinggal sekarang ini.

Ganesan: Di manakah anda tinggal sekarang?

Puravelan: Untuk pengetahuan saudara saya yang arif yang tidak berada di sini sebelum ini; saksi ini telah diperdapatkan melalui Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen dan dalam makluman pihak Attorney General dan juga melalui Suruhanjaya Tinggi di Bangladesh. Malahan, permohonan secara terbuka telah dibuat setelah kami mengharungi masalah mendapatkan visa untuk saksi ini memberikan keterangan di mahkamah. Semua urusan telah dilaksanakan dengan pengetahuan DPP yang dulu.

Ganesan: Untuk catatan mahkamah, saya tidak akan mengganggu saksi.

Puravelan: Bukan anda tetapi pihak polis.

Ganesan: Saya cuma bertanya di mana anda tinggal. Tak ada halangan bukan?

Puravelan: Saya membantah

Mozumder: Saya berada di K.L.

Perbicaraan ditanggungkan kepada esok hari. Mozumder adalah saksi kedua yang memberikan keterangan di mahkamah yang sudah pun bersidang selama 230 hari.

Fernandez sedang menghadapi tuduhan menerbitkan berita palsu dengan niat buruk dengan cara mengedarkan satu memorandum mengenai penderaan dan kematian di kem tahanan pendatang tanpa izin. Perkara itu dilakukannya di satu sidang akhbar pada Ogos 1995.

Aktivis wanita yang juga merupakan ahli majlis tertinggi KeADILan sedang menghadapi tuduhan yang memungkinkannya dihukum penjara selama tiga tahun. Kini dia sedang bebas dengan ikat jamin.

Diterjemah daripada lapuran Malaysiakini oleh:
-MT-


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com