Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Anwar Tidak Pernah Menjadi Perisik Amerika Syarikat

Terjemahan Rencana:
(Anwar Was Never An American Spy by John R. Malott)

Oleh: John R. Malott

Risalah terkutuk "50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri", mengandungi beberapa tuduhan palsu yang akhirnya ternyata penuh kepalsuan. Masih ingatkah anda tuduhan bahawa Anwar mempunyai seorang anak hasil hubungan sulitnya?

Dalam satu persidangan akhbar pada 1998, Ketua Polis Negara Abdul Rahim Noor ada membuat kenyataan bahawa ujian DNA yang telah dilakukan menunjukkan tuduhan itu palsu. Kita tahu Rahim, tidak punyai sebarang sebab untuk berbohong bagi pihak Anwar, kerana dialah orang yang membaham mata Anwar hinggakan beliau hampir menemui ajalnya, lebih satu minggu selepas itu.

Kemudian ada pula tuduhan bahawa Anwar terbabit dalam satu pembunuhan. Dunia fitnah-memfitnah akhirnya mendedahkan siapa mangsa yang dikatakan itu. Tetapi, ketika Anwar dibicarakan, Azizan Abu bakar telah membuat pengakuan bahawa isterinya mati di dalam satu kemalangan kereta. Sebagai saksi utama terhadap Anwar, Azizan, seperti juga Rahim Noor, tidak punyai sebarang sebab untuk berbohong bagi pihak Anwar.

Kemudian muncul pula satu tuduhan yang membabitkan Anwar, Amerika Syarikat dan juga saya, secara tidak lansung. Saya masih ingat tuduhan itu yang menuduh Anwar telah melawat Pentagon dan diberikan penghormatan berbentuk tembakan mariam 19 das. Secara logika yang liar, si penulis risalah itu bertanya, apakah Anwar seorang perisik Amerika ?

Komen seperti itu menyerlahkan kedunguan yang menakjubkan pihak penulis. Sebagai ulasannya, cuba kita ambil Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur sebagai contoh.

Apabila pegawai tinggi membuat lawatan di Kementerian Pertahanan, mereka diberikan penghormatan tentera. Bila Menteri Pertahanan Amerika datang ke Kuala Lumpur dia diberikan penghormatan itu, adakah ini bermakna beliau seorang perisik Malaysia? Syed Hamid pun pernah datang dan diberikan penghormatan itu di Amerika pada 1998.

Alangkah bongoknya seseorang yang membuat tuduhan semacam itu! Memberikan perngorhamatan kepada pegawai atasan adalah satu amalan biasa di seluruh negara. Ini merupakan satu penghormatan yang memang lumrah. Menidakkannya bererti melanggar satu protokol. Ketika saya bertugas di Malaysia selama tiga tahun, saya telah menghadiri banyak istiadat menyambut tetamu luar di Dataran parlimen dan di Kementerian Pertahanan apabila penghormatan penuh istiadat ketenteraan diberikan kepada tetamu terhormat.

Yang Remeh Temeh

Ketika Anwar melawat Pentagon pada April 16, 1998, dia tiba selaku timbalan perdana menteri dan telah diberikan penghormatan penuh istiadat ketenteraan. Tidak ada yang pelik dalam hal ini seperti yang telah diperakukan oleh Pejabat Protokol Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Sebagai seorang timbalan perdana menteri, Anwar mempunyai taraf yang sama seperti juga timbalan presiden Amerika Syarikat. Memberikan penghormatan yang begitu kepada beliau adalah satu pengiktirafan kepada jawatan yang disandangnya dan juga satu pengiktirafan kepada Malaysia, juga. Ia merupakan satu penghormatan kepada hubungan kerjasama yang wujud di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Malahan, Malaysia sebuah negara yang sungguh taksub kepada protokol dan pangkat/gelaran, seandainya Anwar tidak diberikan penghormatan seperti yang sepatutnya sudah tentu akan menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang akan dicemuh oleh Malaysia. Yang ironisnya, ataupun lebih baik digunakan perkataan alangkah aibnya, apabila ada segelintir manusia di Malaysia yang mementingkan agenda politik mereka hingga bersedia memutarbalikkan protokol sejagat menjadi satu konspirasi antarabangsa, pula.

Pernah juga saya merasa pelik kenapa tidak ada sesiapa dalam kerajaan Malaysia ataupun dalam dunia kewartawanan Malaysia yang datang bertanyakan hal ini di Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur. Kami memang bersedia untuk memberikan jawapan yang sebenar, dan begitu juga pihak Pentagon. Malahan, apabila ada petugas kedutaan kami yang memberikan maklumat ini kepada wartawan Malaysia, maklumat itu tidak pernah disiarkan.

Kenapakah manusia tidak mahu mendengar dan melaporkan berita yang benar?

Mengenai tuduhan bahawa Anwar seorang perisik Amerika, biarlah saya perjelaskan di sini, bahawa perkara itu adalah satu pembohongan semata-mata. Anwar bukannya seorang perisik Amerika, tidak juga Mahathir Mohamed ataupun penulis buku dalil 50 yang bernama Khalid Jafri. Tetapi, sekali lagi, tidak ada seorang pun pegawai kerajaan Malaysia ataupun wartawannya yang bertanyakan hal ini kepada kami.

Cerita Dalaman

Izinkan saya bercerita secara peribadi. Ini kisah cerita dalaman yang (pertamakali) pernah saya sebutkan setelah berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik selama 31 tahun.

Sebelum Anwar ditangkap, desas-desus telah berterbangan bahawa dia akan ditangkap dan ditahan di bawah Akta ISA, sebagai pengancam keselamatan negara. Kami telah mendengar fitnah bahawa pihak polis sedang mencuba menuduh rakan mainan tenis Anwar sebagai agen CIA, sedangkan kami tahu perkara itu tidak benar.

Ketika itu, saya telah berjumpa dengan seorang pegawai atasan kerajaan Malaysia dan telah menyatakan kepadanya sesuatu berupa rasmi bagi pihak kerajaan saya bahawa Anwar bukannya seorang agen CIA. Kalau kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan menuduh beliau sebagai seorang agen Amerika, kami terpaksa mengeluarkan satu kenyataan penapian yang keras dan mencabar kerajaan Malaysia untuk menunjukkan bukti yang menyanggah kenyataan kami itu.

Dengan terus-terang saya telah memberitahu individu berkenaan, yang masih lagi berkhidmat di kedudukan tinggi dalam kerajaan Malaysia, bahawa mereka akan menanggung malu kerana tidak mampu menunjukkan bukti penafian, kerana bukti itu tidak wujud.

Kemudian saya meneruskan lagi: kalian boleh teruskan perbalahan dalaman dengan Anwar.

Tetapi, kalau kalian berbuat satu tuduhan palsu terhadap Amerika Syarikat, terutama sekali yang kami telah campurtangan dengan masalah dalaman kalian, dengan menyatakan seseorang dalam kerajaan anda itu adalah seorang agen Amerikan, ini bererti anda membabitkan kerajaan Amerika yang mendesak kami mendedahkannya sebagai satu penipuan sahaja.

Pegawai itu menggeliang-geliut kerana tidak selesa dan malu, di kerusinya.

Hingga hari ini, adakah sesiapa di Malaysia yang sanggup menunjukkan sebarang bukti menyanggah kenyataan saya itu?

T I D A K

Penjelasannya amat mudah sekali. Anwar tidak pernah dan belum pernah lagi menjadi seorang perisik Amerika.

Dengan pendedahan cerita ini, tentulah ada orang yang faham kenapa penghujung tempoh perkhidmatan saya di Malaysia merupakan satu waktu yang menyulitkan kerja saya. Saya menjadi mangsa serangan orang gila, seolah-olah serangan itu datang daripada orang yang ketika itu sedang berhibur diri dengan menyibarkan fitnah bahawa Anwar adalah seorang agen Amerika.

Dr. Goebbels pernah berkata: ulangilah pembohongan itu bertalu-alu, dan orang akan mula mempercayainya. Akan tetapi, mengulang pembohongan sebanyak 50 kali, tidak akan menjadikannya satu kebenaran.

Hubungan Erat:

Hubungan Anwar dengan Amerika Syariakt adalah sesuatu yang memang kita harapkan daripada seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Itulah gambaran seorang yang memahami bahawa adalah baik untuk Malaysia memajukan dan mengkukuhkan perhubungan dengan sebuah negara yang:

Menjadi rakan perniagaan terunggul

Negara pembeli bertaraf nombor satu akan keluaran negara

Pelabur nombor satu di negara anda

Negara yang telah mengalihkan lebih banyak teknologi dan pengetahuan pengurusan kepada negara anda jika dibandingkan dengan negara lain,

Negara yang telah melatih lebih 100,000 graduan universiti dan

Negara yagn melatih pegawai tenteera dan polis dan juga pegawai kerajaan anda

Di banyak negara di dunia ini, kita bekerja dan menjalin hubungan baik dengan sesiapa sahaja terutama sekali dengan negara yang diiktiraf penting bagi kepentingan kita sendiri.

Anwar memahami perkara ini. Reaksi seluruh dunia terhadap penangkapan Anwar dan juga penghukumannya, daripada Timur Tengah hinggalah kepada negara jiran di Asean, daripada Oceania hingga ke Eropah, daripada PBB hinggalah ke Bank Dunia, menunjukkan betapa Anwar sudah berjaya menjalin satu hubungan keakraban dengan semua negara dan organisasi yang penting kepada Malaysia dan masa depannya.

Ada satu peribahasa yang berbunyi: "Apa salahnya dengan gambar ini?"

Saya masih ingat lagi bulan-bulan terakhir saya di Malaysia. Saya ingat bagaimana ramai manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang bertemu dengan saya di majlis makan dan jamuan, malahan manusia yang tidak pernah saya kenal sebelumnya akan berhenti bertegur-sapa di pusat membeli belah dan di lobi hotel untuk bersalaman dengan saya. Mereka kerap berbisik di telinga saya dan berkata:

"Kami rakyat Malaysia bukannya tolol. Kami tahu apa yang sedang berlaku."

Memang benar. Saya tahu orang Malaysia bukan tolol dan memang benar, merka tahu apa yang sedang berlaku. Saya hanya mengharapkan mereka berupaya mengatakan perkara itu dengan bebasnya.

John R Mallot telah berkhidmat dalam perkhidmat diplomatik Amerika Syarikat selama 31 tahun termasuk sebagai Duta Amerika di Malaysia pada 1995-1998. Ketika itu Malaysia dilanda krisis politik dan kewangan. Dia bersara pada 1999 dan kini menetap di California.

Teks asal sedutan tulisan ini dipetik daripada kiriman Mike Chinoy di Sarawak Talk.

-MT-
3.9.00


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com