CADANGAN : RUMAH UNTUK SETIAP RAKYAT

Apabila kita menyebut perkataan 'rumah murah' ia memberi satu konotasi yang mengelirukan dan mungkin mengaibkan. Selama lebih 42 tahun, apabila disebut 'rumah murah' ia memberi gambaran bahawa rumah itu ditaja oleh Kerajaan Barisan Nasional. Rumah murah ini selalunya dibina oleh perbadanan kepunyaan kerajaan ataupun syarikat yang ditaja oleh UMNO ataupun parti komponen BN. Lantas ia memberi kiasan bahawa setiap penghuni rumah murah adalah penyokong parti komponen BN.

Terdapat juga 'rumah murah' yang dibikin oleh para koperat yang rapat dengan pemimpin parti BN. Pelan rumah adalah lebih kurang sama dengan pelan rumah yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Cuma ada sedikit perubahan. Namun kos yang diberikan kepada arkirtek tidak pula dikurangkan.

Yang amat menarik dalam pengagihan rumah-rumah yang ditakrifkan sebagai tajaan kerajaan ini ialah peluang orang bumiputra untuk mendapat rumah tepi ataupun rumah hujung. Walaupun pengagihan rumah-rumah itu pada lazimnya dibuat secara cabutan undi, kita dapat lihat bahawa peluang orang bumiputra untuk mendapatkan rumah tepi itu amat rendah sekali. Kalau ada yang memenanginya mereka itu selalunya mempunyai pertalian darah ataupun persaudaraan dengan pemimpin politik setempat. Rumah-rumah yang lainnya didapati oleh orang bukan bumiputra.

Di beberapa kawasan di mana penduduknya ramai dari kalangan bukan Bumiputra, kita dapati rumah tepi itu selalunya dimenangi oleh penghuni yang kemudiannya menjadikan rumahnya itu sebagai tempat ibadat seperti gereja ataupun kuil. Contoh-contoh ini amat ketara di Lembah Kelang dan di bandar yang besar.

Oleh sebab ungkapan 'rumah murah' itu sudah memberikan satu suasana yang tidak menyenangkan, kerajaan BN telah merestui penciptaan beberapa ungkapan yang lain seperti 'rumah tersusun', rumah kelompok' dan bermacam nama lagi. Yang sebenarnya semua itu adalah masih dalam takrif rumah murah juga. Di bandar besar, ungkapan itu ditukar kepada rumah kelas sederhana. Penukaran ini dibuat untuk membolehkan rumah dijual dengan harga yang lebih tinggi. Sebelum itu rumah-murah dijual hanya dalam lingkungan harga RM25,000 sahaja.

Konsep rumah murah merupakan satu konsep yang baik pada tahap awalannya. Ketika ia mula dilancarkan rumah berderet yang berukuran 75 kaki panjang dan 22 kaki lebar dan mengandungi dua bilik tidur dan satu ruang legar merupakan rumah yang diimpikan oleh rakyat marhain kerana itu adalah mengikut kemampuan pendapatan mereka. Di awal tahun tujuh puluhan rumah sebesar itu dijual sekitar RM15,000 hingga RM25,000 mengikut tempat dan kelengkapan tambahan yang disediakan. Para pembeli asal rumah tersebut telah mengeluarkan belanja sendiri untuk mengubahsuai rumah itu menjadi tiga bilik. Ada yang buat 'air-well' dan membikin bilik khas di bahagian atas pula. Rumah seperti itu sekarang sudah menarik harga pasaran sekitar RM150,000 di bandar yang besar.

Di beberapa tempat di Lembah Kelang dan juga di bandar besar, desakan rakyat telah membuatkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) membina rumah-rumah teres yang berdua tingkat, bersesuaian dengan ilham yang ditunjukkan oleh para pengguna yang mengubahsuai rumah murah mereka itu. Di awal tujuh puluhan rumah seperti ini dijual di antara RM45,000 hingga RM60,000 di bandar-bandar besar. Kini rumah seperti itu naik harga hingga empat kali ganda. Rumah seperti ini mempunyai antara empat hingga lima bilik mengikut ukuran saiznya. Apabila diubahsuai lagi dan dipanjangkan ia memberi ruang dapur yang besar, membolehkan pembikinan ruang makan yang selesa pula.

Walaupun projek perumahan yang dikendalikan oleh PKEN ini menunjukkan keuntungan yang baik, PKEN tidak dapat terus membuat rumah di tahun lapan puluhan secara meluas disebabkan beberapa fator ekonomi yang menyedihkan. Salah satu faktor itu ialah kerugian PKEN di merata negara dalam beberapa projek lain yang tidak dikendalikan dengan jujur sehingga melibatkan pelbagai bentuk usahawan yang gagal dan memalukan negara. Ini mencetuskan kekurangan rumah kediaman di bandar besar terutama sekali di Kuala Lumpur. Akibatnya muncullah rumah-rumah yang tidak diizinkan yang lebih terkenal dengan nama 'rumah setinggan' ataupun 'rumah pacak'. Ironisnya kemunculan kebanyakan rumah jenis ini telah dikatakan dilaksanakan "dengan penyertaan para pekerja bandaraya itu sendiri. Keadaan ini menjadi satu industri kecil pula kerana adanya sindikit yang dapat menjual kelengkapan pembikinan rumah dengan segera secara tunai. Infrastruktur rumah ala 'pasang-siap' boleh didapati secara terancang sehinggakan sebuah rumah boleh disiapkan dalam jangkamasa satu malam sahaja." Di Kuala Lumpur, kawasan tanah lapang yang menjadi sasaran pembuat rumah pacak ini ialah kawasan yang berada dalam lingkungan 15 km radius daripada bandaraya. Keadaan ini menular pula di merata pelusuk Lembah Kelang sehinggakan keadaan itu menarik perhatian kerajaan.

Apabila ekonomi negara beransur pulih kerajaan telah memberi penekanan terhadap perumahan dan cuba memperbaikki keadaan dengan membina rumah pangsa pula. Ini menunjukkan kerajaan memberi penekanan kepada kepadatan densiti berbanding cara lama yang memberikan fokus kepada pembersihan kawasan bekas lombong dan sarang komunis serta kegiatan industri haram. Pembikinan rumah pangsa ternyata memberikan kepulangan yang tinggi kepada para pemaju swasta sehinggakan mereka berlumba-lumba untuk membinanya. Hasil keuntungan inilah yang mendorong mereka membina perumahan yang lebih berharga tinggi dan menarik minat golongan kelas pertengahan untk memilikkinya. Akhirnya industri prumahan itu menjadi satu industri di mana golongan yang ada sedikit wang menjadikannya sebagai industri meraih keuntungan yang cepat dan menyeronokkan. Mereka menggunakan peluang membuat pesanan pembelian sebagai satu industri 'cari-makan untuk cepat-kaya'. Sindiket penipuan dalam membuat pesanan tempahan menjadikan harga rumah semakin meningkat.

Peranan Wang Panas dalam Industri Perumahan

Istilah 'wang panas' semakin popular di kalangan penggiat industri perumahan. Modal pembikinan perumahan semakin mudah diperolehi bukan sahaja daripada bank malahan daripada sumber haram yang mahu melakukan 'money laundering' di negara ini. Proses 'money-laundering' ataupun (penyucian dana haram) semakin ketara dengan bertambahnya kawasan perumahan di merata tempat. (Insya Allah kita akan membincangkan fenomena penyucian dana haram ini setelah berhasil mengumpulkan semua fakta yang diperlukan).

Apabila wang panas dibawa masuk untuk kegunaan industri perumahan, segala hantu dan polong yang terlibat dalam industri penyucian dana haram itu pun turut terlibat secara bebas. Namun, mereka amat pandai untuk tidak menyerlahkan diri untuk pengetahuan umum dan media massa. Akibatnya kita lihat, pembikinan perumahan oleh PKEN menjadi semakin lembab, sedangkan pembikinan rumah oleh pihak swasta semakin kencang. Di bandar besar seperti di kotaraya Kuala Lumpur pula, pembikinan rumah pangsa bertaraf mewah semakin berkembang-biak seolah-olah menyayingi pembikinan rumah pangsa yang bertaraf serupa di Hongkong, Canada, Australia, Filippina dan Singapura.

Kemasukan pelabur 'senyap' inilah yang membuatkan industri perumahan menjadi satu industri yang amat menguntungkan golongan tertentu dalam kerajaan yang memerintah. Seperti yang lumrah dalam kehidupan manusia setiap industri yang menguntungkan akan berhubung kait dengn golongan yang berkuasa dalam sesuatu kerajaan. Keuntungan besar yang diperolehi oleh pemaju swasta membuatkan projek perumahan tajaan PKEN dikurangkan dengan tujuan untuk menghentikannya. Tentu ada sebab yang terselindng kenapa dasar ini dilaksanakan. Kerana itu rumah bikinan swasta adalah lebih mahal daripada yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Yang merana ialah para pembeli juga.

Kerana itu kita lihat betapa orang yang berjaya dalam industri perumahan swasta di negara ini berupaya mengalihkan dana yang besar untuk memajukan industri perumahan di luar negara. Apakah mereka mampu mengeluarkan dana yang besar-besar itu tanpa sokongan gologan yang berkuasa dalam pemerintahan negara? Mereka mampu melakukan semua itu dengan bertopengkan satu dasar untuk menonjolkan Malaysia. Sebaliknya apakah dasar itu semata-mata melarikan sebahagian khazanah negara ataupun semata-mata untuk memenuhi ego seorang diktator tua?

Tindak-tanduk mengalihakan dana yaag sepatutnya hak rakyat Malaysia ini mendapat restu pihak atasan sehinggakan rakyat marhain seolah-olah terpukau dengan perbuatan itu. Sehingga hari ini faktor pelarian wang ini tidak pun diungkit secebis pun oleh mana-mana pihak yang berkenaan. Rakyat lebih mudah disogokkan dengan teori bagaimana ekonomi negara punah dibuat oleh Soros dan masyarakat perompak matawang.

Apabila ekonomi negara punah-ranah, industri perumahan pun berada di satu tahap tergantung seperti yang pernah berlaku di awal lapan puluhan dulu. Alangkah pelik perkara ini boleh berlaku untuk kali keduanya kepada sebuah kerajaan yang sama? Bukankah ini melambangkan betapa pihak yang bersangkutan dalam kerajaan MAHAFIRAUN tidak cekap untuk menelah kemungkinan berulangnya fenomena yang akan menjerat rakyat akahirnya? Sebenranya perkara ini pernah dikemukakan oleh beberapa kerat para ilmuan di negara ini. Tetapi, ia tidak diendahkan kerana MAHAFIRAUN selalu berkata "I know what I am doing!!!" Kerana itu apabila igauan itu menjadi kenyataan MAHAFIRAUN dengan bongkak bertohmah "bahawa kegawatan ekonomi adalah disebabkan Soros dan penyangak matawang antarabangsa!!!"

Sekali lagi MAHAFIRAUN berbohong. Apakah mungkin seorang pengurus dana antarabangsa bergiat cergas di negara ini tanpa pengetahuan pengawal pasaran matawang dan tanpa dapat dikesan oleh pemain utama pasaran itu? Apakah Soros dan kawannya yang lain mempunyai ilmu pukau untuk membalun pasaran Malaysia? Tohmahan MAHAFIRAUN itu membawa dua tafsiran lagi; (a) samada dia memang tidak tahu cerita sebenar yang menyelindungi beberapa orangnya yang terbabit sama dengan Soros, atau (b) dia sememangnya terdesak untuk menuding jarinya hanya kepada Soros dan orang luar untuk melindungi orangnya yang terbabit sama meruntuhkan ekonomi negara ini.

Kini, industri perumahan masih terapung lagi. Kegawatan ekonomi menyebabkan banyak projek perumahan tergendala. Keadaan ekonomi global dan hukum-hukum aliran wangtunai negara Afrikan tidak membenarkan pengliran balik wang modal yang ditanam oleh pelabur Malaysia dalam masa yang terdekat. Rakyat Malaysia yang tidak berdosa akn terus merana kerana kesilapan yang besar. Apakah tidaknya, pembayaran bulanan perlu dilunaskan walaupun rumah yang dibeli belum lagi siap, malahan terbengkalai pula?

Untuk meredakan keadaan MAHAFIRAUN telah membabitkan dana yang sedia ada yang sebenarnya adalah hak rakyat yang tidak berdosa. Segala dana yang ada seperti KWSP, Tabung Haji, TNB, Telekom dan banyak lagi insitutsi besar di mana kerajaan mempunyai saham-emas, terpaksa digunakan untuk menyokong tabung dang diperlukan untuk menghidupakan kembali industri perumahan. Itu pun tidak mencukupi untuk memulihkan semua projek. Lantas, hanya projek urusan kroni yang pasti mendapat perioritinya.

Satu Dasar Baru Perumahan

Apabila semakin banyak projek perumahan terbengkalai, ia mencetuskan kemunculan koloni baru rumah setinggan. Keadaan ini diburukkan lagi oleh keadaan ekonomi yang sebenarnya belum pulih lagi. Kalau sudah pulih takkan masih ada syarikat swasta yang menghentikan perkhidmatan pekerjanya? Takkan ramai pendatang asing yang digaji oleh industri perumahan dulu, masih menganggor lagi dan menjadikan satu beban sosial yang amat memilukan seperti merogol , merompak dan merampok.

Untuk menentukan pemulihan projek perumahan, kerajaan harus merangka satu dasar perumahan yang baru di mana semua rumah setinggan diruntuhkan dan setiap rakyat Malaysia diberikan hak untuk memilikki rumah kediaman yang selesa. MAHAFIRAUAN harus mengambil langkah yang berani untuk menentukan industri perumahan dipulihkan semula secepat munkin.

Kita ingin syorkan beberapa cadangan di bawah ini:

a) Miliknegarakan semua projek perumahan yang terbengkalai disebabkan kekurangan modal ataupun persengketaan di kalangan tuanpunya projek tersebut.

b) Setiap projek yang dimiliknegarakan itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan yang dikawal oleh pasukan tentera yang dikhaskan di situ.

c) Tempatkan semua pendatang tanpa izin yang sekarang ini merengkok di pusat tahanan. Beri mereka pekerjaan secukupnya dan bayar mengikut kadar yang berpatutan. Apabila siap projek itu bayar mereka itu semua dan hantar mereka pulang. Termakbul juga impian mereka.

d) Beberapa projek perumahan itu boleh diberikan kepada warga tentera yang sedang berkhidmat. Mereka dibayar dengan harga yang berpatutan dan sebahagian bayaran itu dimasukkan dalam satu tabung khas yang boleh mereka keluarkan sebaik sahaja tamat perkhidmatan tentera mereka. Pembabitan warga tentera dalam pemulihan industri perumahan adalah bertujuan untuk mereka mendapat latihan praktikal dalam industri itu sambil memberikan kemudahan wang tambahan sebagai simpanan di hari tua.

e) Semua permohonan tanah untuk perumahan yang kini dikendalikan oleh exco negeri harus disiarkan terlebih dulu untuk tatapan rakyat yang harus mempunyai kuasa untuk membantahnya. Terlalu banyak penipuan berlaku disebabkan kuasa mutlak yang ada dalam pengagihan tanah. Akibatnya bukit yang tinggi menjadi rata, tanah wakaf ditukar nama, kawasan padang bola ditukar syaratnya.

f) Kerajaan harus menggubal satu undang-undang agar setiap rakyat apabila mencapai umur 30 tahun sudah pun mempunyai sebuah rumah kediaman sendiri. Dasar membeli rumah dengan membayar cengkeram yang tinggi harus dimansuhkan. Rumah yang dijual kepada penghuni yang layak hendaklah mengambil kira bayaranan bulan sebagai sebahagian hutang membeli rumah. Oleh kerana pendaftaran milik rumah dibuat melalui komputer merata negara, penipuan untuk mendapatkan peruntukan rumah itu harus diamkbil kira sebagai satu jenayah.

g) Tenaga pekerja tambahan juga direncanakan untuk menyerap semua tenaga polis hutan yang sudah dikerah ke dalam FRU dan polis trafik. Negara aman tidak perlu banyak anggota polis. Kita sepatutnya banyakkan polis sukarela supaya dapat mengurangkan gejala rasuah yang terlalu tinggi. Tengok akhbar hari ini, ada juga yang sudah pandai masuk sindiket haram untuk menculik dan manyamun. Sepatutnya anak-anak muda diberi peluang menjadi polis sukarela untuk mengawal lalulintas dan kerja-kerja perkeranian. Khidmat itu boleh diambil kira untuk mendapatkan biassiswa melanjutkan pelajaran mereka.

h) Peluang pekerjaan harus diberikan kepada lepasan pusat serenti dan juga penagih dadah. Pekerjaan ini harus merupakan peluang terakhir untuk mereka. Kalau mereka gagal, mereka harus dihantar ke subuah pulau untuk berehat secara kumpulan dan jauh daripada bandar dan kotaraya. Malahan, semua pusat serenti harus menjadi sasaran untuk dijadikan tapak perumahan kerana konsep rumah serenti itu gagal kerana rancangan yang silap dan menguntungkan hanya pihak yang mahu penubuhan sekolah itu.

Mendapatkan Modal Pemulihan

Kita menjangkakan modal yang selesa sebanyak 5 billion Ringgit yang harus disalurkan daripada keuntungan PETRONAS. Dengan cara ini MAHAFIRAUN dan suku sakatnya tidak payah pening kepala lagi untuk membina mercu tanda baru pula menyayingi Menara Kembar 'H'.

Keuntungan yang Berbangkit

Segala keuntungan haruslah disalurkan kepada satu tabung khas di mana ia boleh dikategorikan untuk beberapa projek yang baik-baik belaka. Lima puluh persen peruntukan itu boleh disalurkan kepada tabung pelajaran untuk mengongkosi pelajaran anak-anak rakyat yang miskin untuk belajar percuma di pusat pengajian tinggi.

Dua puluh persen disalurkan untuk mendirikan klinik perubatan khas seperti mesin homodialysis yang amat kurang di negara ini. Bayangkan orang miskin memerlukan wang untuk mendapatkan rawatan mencuci darahnya. Sedangkan kebanyakan kerosakan buah pinggang adalah disebabkan keadaan bekalan air yang terlalu banyak mengandungi klorin pada satu masa dulu. Di Afrika keadaan ini telah diberikan penekanan dan pendedahan oleh kerajaannya atas galakan WHO, tetapi perkara ini dipengapkan sahaja oleh kerajaan takut akan implikasinya.

Rumusan

Kalau kita buat siasatan rambang akan projek kemasyarakatan kerajaan pimpinan MAHAFIRAUN sejak beliau memerintah negara ini, tidak banyak projek yang membawa kejayaan yang membanggakan. Projek yang besar-besar yang sepatutnya untuk faedah rakyat telah gagal kerana kepincangan pengolahannya ataupun pengurusannya. Rakyat tentu tidak akan lupakan episod kemalapan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) yang gagal dengan pelbagai projek di awal lapan puluhan dulu. Orang-orang yang menerajui firma kepunyaan PKEN itu akhirnya menjadi ketua menteri, menteri dan para pemimpin UMNO akhirnya. Kini, kebayakan mereka ini sudah kaya raya, sedangkan rakyat masih menanggung beban kedurjanaan pengurusan yang mereka laksanakan.

Soalnya sekarang bagaimanakah malaun seperti itu diberi tempat dalam kerajaan. Bayangkan Sanusi Junid boleh buat projek tanam padi atas bumbung dan MHAFIRAUN membiarkan sahaja projek itu setelah melihat bagaimana projek rumah sembelihan yang terbesar di Asia Tenggara pun lingkup - di Kedah dan bukannya di negeri lain.

Sudah tiba masanya rakyat secara kumpulan menagih hutang daripada MAHAFIRAUN. Beliau dan para juaknya dalam Barisan Nasional harus melunaskan hutang yang tidak terbayar kepada rakyat negara ini. Sudah terlalu banyak projek yang membazir yang telah dibikin tanpa kesan dan tanpa faedah. Setidak-tidaknya selagi MAHFIRAUN masih lagi boleh berfikir dan bercakap, dia harus akur bahawa hutang yang bertimbun itu dapat dibayarnya dengan menentukan setiap rakyat negara ini mempunyai sebuah rumah yang selesa untuk terus hidup.

Rakyat memerlukan keselesaan untuk tidur malam di rumah kepunyaan sendiri kerana keesokan harinya, selagi hayat dikandung badan, mereka harus bekerja untuk melunaskan hutang lapuk negara yang wujud hasil projek kodi yang dilaksanakan oeh seorang diktator tua beserta para panglimanya yang durjana.

-MT-
28.12.99