Era Putar Alam Yang Menakjubkan
Sejarah akan merakamkan betapa Mahathir Mohammad
adalah seorang 'evil genius' selepas Adolf Hitler.
Kepintaran ini terserlah kerana keupayaannya untuk
menguasai tampuk pemerintah selama lebih lapan belas
tahun tanpa henti-henti. Kalau ada pun orang yang
sanggup menentangnya orang itu dapat disingkirkannya
dengan tipu muslihat politik yang sungguh licik
sekali. Selama tujuh belas tahun yang lalu semua
timbalan perdana menteri telah dapat disingkirkan. ia
bermula dengan Musa Hitam, kemudiannya Tun Ghaffar
Baba dan Anwar Ibrahim. Pencabarnya bagi jawatan
presiden pada satu ketika dulu, Tengku Razali Hamzah
telah dapat dikalahkannya dalam satu episod yang
menakjubkan juga kerana Tengku Razali tertipu dengan
apa yang ditakrifkan undi hantu. Kekalahan itu telah
mendesak Tengku Razali keluar daripada UMNO bersama
beberapa pemimpin yang 'berwibawa' seperti Harun
Idris, Musa Hitam, Rais Yatim, Abdullah Badawi, Zainal
Abidin Zain, Osman Manan, Marina yusuf, Rahmah Osman
dan ramai lagi. Mereka menubuhkan Semangat 46 dan cuba
menjatuhkan Mahathir dari luar. Ini mencetuskan krisis
dalam parti sehinggkan menggugat UMNO yang dilahirkan
pada 1946 dulu.
Untuk memperkuatkan kedudukannya Mahathir telah
melancarkan 'Operasi Lalang' pada tahun 1987. Seramai
68 pemimpin rakyat telah ditangkap di bawah akta ISA
dan dipenjarakan. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Dr.
Chandar Muzaffar. Operasi ini telah disusul oleh
pemansuhan UMNO yang dilahirkan pada 1946 itu. Hakim
Harun Hashim telah membuat keputuan mahkamah itu.
Tetapi, pada Februari 1988 Mahathir telah bertindak
menubuhkan UMNO (Baru) Pada tahun yang sama tun
Salleh abas telah dipecat sebagai Lord President. Di
tahun yang sama Malaysia menyaksikan pemergian dua
bekas Menteri Kewangannya yang lama; Tun H. S. Lee dan
Tun Tan Siew Sin.
Pemerintahan Kuku Besi
Peristiwa yang membabitkan hukum undang-undang telah
mematangkan Mahathir. Dia pun membuat pelbagai
tindakan lagi untuk memperkuatkan kuasa. Pada 1989
Parti Komunis Malaya telah berdamai dengan kerajaan
Malaysia dan Thailand. Ini memberikan satu tahap
megah-diri yang tidak terbilang nilainya kepada
Mahathir. Dia mula menunjukan keberaniannya di pentas
antarabangsa. Tindakannya membendung penjualan barang
buatan Inggeris di Malaysia pada satu ketika dulu
telah meyakinkan dunia luar bahawa Mahathir adalah
seorang pemimpin dunia ketiga yang disegani. Mereka
mula memuji keberaniannya terutama sekali segala
projek tajaannya seperti pembikinan kereta nasional,
lebuhraya menggunakan tol, sistem LRT daripada
Petaling jaya ke Sentul, pelaburan Malaysia yang pesat
di dunia ketiga yang lainnya dan pelbagai projek mega
lain yang memerlukan wang yang banyak.
Pembikinan Projek yang Membazir
Setiap projek besar memerlukan belanja yang besar
juga. Mahathir terus mahukan projek itu tanpa
memikirkan implikasi kewangannya. Dia mempunyai sumber
kewangan yang mantap ketika itu dalam bentuk hasil
yang dikumpulkan oleh PETRONAS. Oleh kerana "aktiviti
Petronas adalah tertakluk kepada budibicara seorang
Perdana menteri tanpa perlu merujukkannya kepads
sesiapa terlebih dulu," Mahathir telah berjaya membuat
pelbagai projek mega dengan modal yang sedia ada.
Keresahan rakyat tentang kerakusannya itu tidak
menjadi iguan kepadanya. Perkara ini dipermudahkan
lagi dengan adanya media massa yang semuanya di bawah
kawalannya secara terus. Segala suara sumbang yang
mengkritiknya dapat dipatahkannya dengan mudah melalui
media cetak dan media elektronik. Rakyat menjadi
semakin bingung dengan gelagatnya itu.
Kronisma, Kollusi dan Korupsi
Oleh kerana diberikan satu 'carte blanche' dalam
meimpin negara, ia menjadi semakin rakus. Setiap
projek besar yang ditajanya mempunyai beberapa syarat
tertentu bahawa projek itu dikenadalikan oleh
orang-orang pilihannya, tidak kiralah samada orang
ataupun golongan itu berkelayakan ataupun tidak.
Kerakusan Mahathir itu telah dikesan oleh beberapa
golongan rakyat yang kemudiannya menggelarnya sebagai
'firaun' ataupu 'Mahafiraun'. Inilah satu gelaran yang
diperakui sendiri oleh diktator tua itu.
Oleh kerana beliau mempunyai sokongan yagn kuat
daripada para pemimpin Barisan Nasional, MAHAFIRAUN
telah berupaya mengendalikan pentadbiran negara ini
tanpa banyak masalah. Ini adalah disebabkan kuasa
majoriti yang besar yang diperolehi oleh Barisan
Nasional dalam parlimen. Pihak pembangkang yang
sentiasa mengungkit projek yang banyak membazirkan
wang rakyat itu, tidak mampu menyingkirkan MAHAFRIAUN
daripada tampuk kerajaan itu.
Kerana itu MAHFIRAUN kerap berada di luar negara dan
bersuara lantang menghadiri seminar bertaraf
antarabangsa. Di majlis besar peringkat antarabangsa
itulah beliau kerap bersuara lantang mengkritik negara
besar dan pemimpin kuasa besar. Kritikan pedasnya itu
kerap menerima liputan akhbar luar negara kerana
mereka sememangnya mahukan issu seperti itu untuk
melariskan penerbitan mereka. Di waktu yang sama
MAHAFIRAUN telah menggunakan keterampilannya di majlis
luar negara itu untuk memajukan para juak dan kroni
mendapatkan peluang perniagaan di peringkat
antarabangsa. Hasilnya muncullah pelbagai jenis projek
di negara luar hasil sokongan MAHAFIRAUN itu.
Pengaliran Wangtunai dari malaysia ke negara luar
Semua perojek besar di negara luar oleh syarikat dan
individu Malaysia telah memaksa pengaliran wangtunai
daripada negara ini. Wang itu tidak semestinya
dipunyai oleh orang individu. Kebanyakanya adalah
kepunyaan syarikat Malaysia yang tersenarai di papan
bursa saham KLSE. Taktik ini telah memberi kekayaan
yang paling cepat bagi para peneraju setiap projek
kerana nilai yang sengaja ditinggikan untuk
memberikan keuntungan besar bagi orang yang
merencanakannya. Para pemegang saham syarikat yang
terbabit tidak pun dapat mengesannya kerana kebanyakan
syarikat itu sedang mengalami nilai harga yang baik.
Ini berlaku disebabkan harga saham yang sengaja
dinaikkan.
Pasar saham BSKL yang bertaraf kasino yang dihalalkan
Kegiatan menaikkan harga saham di BSKL menjadi rancak
kerana adanya konspirasi untuk sengaja menaikkan
beberapa harga saham secara berpilih-pilih setiap
hari. Taktik ini dapat dilakukan dengan mudah kerana
sifat pelaburan di pasaran itu yang amat berbeza
dengan sifat pelaburan di pasaran yang besar di negara
luar.
Kebanyakan pasaran saham di negara maju nisbah
pecahan pelaburannya adalah bersifat enam puluh
peratus bagi pelabur institusi, tiga puluh peratus
bagi pelabur runcit dan sepuluh peratus bagi pelabur
proksi secara jangka panjang. Tetapi, di bursa saham
Kuala Lumpur BSKL nisbah komposisi pelaburan ialah
lebih condong ke arah para pelabur runcit.
Kelazimannya nisbah pelaburan itu adalah 60% pelabur
runcit, 20% pelabur institusi dalam negara dan 20%
pelabur institusi ataupun proksi dari luar negara.
Nisbah ini adalah satu keunikan yang ada pada BSKL
sejak lama lagi.
- Sensitibiti Pasaran Saham yang dipengaruhi pelabur
runcit
Sebuah pasaran saham yang dikuasai oleh pelabur runcit
adalah laksana sebuah kasino yang halal. Ini adalah
disebabkan kecenderungan para pelabur runcit mencari
keuntungan yang cepat tanpa mengira panduan pelaburan
yang tertulis dalam buku pelaburan. Kecenderungan ini
adalah disebabkan sifat pasaran saham itu yang
sentiasa berubah laksana angin di musim tengkujuh.
Pelabur runcit yang 'bermain saham' dengan sistem
kontra terpaksa melakukan penjualan setiap kali
munculnya keuntungan yang berpadan. Tingkahlaku ini
adalah didorong kepada pengawasan risiko pelaburan
yang bergantung kepada wang yang dipinjamkan
kepadanya. Pinajaman itu mempunyai risiko masa yang
terhad kepada lima hari sahaja. Apa gunanya
menunggukan tempoh luput lima hari perniagaan kalau
pembelian sudah mencetuskan keuntungan yagn berpadan?
Oleh kerana sistem kontra itu memberikan ruang bermain
saham dengan ciri-ciri perjudian, para peruncit mudah
terpukau dengan keadaan pasaran yang terus naik setiap
hari. Lonjakan saham pula adalah mengikut sentimen
pasaran yang sentiasa naik mengikut cara pasaran itu
dipacu oleh sindikit yang mengeksploitasi sesuatu
pasaran itu.
-Konspirasi memacu Pasaran Saham BSKL
Mengikut seorang pakar saham, pasaran saham bolehlah
diibaratkan laksana lautan yang luas terbentang. Ombak
yang bergelora di lautan adalah laksana sentimen
pasaran yang dipacu oleh emosi manusia. Sesuatu
kaunter saham pula adalah laksana kapal layar yang
berada di lautan itu. Turun naik harga sesuatu kaunter
saham itu adalah dikuasai oleh beberapa faktor seperti
emosi manusia (lautan) dan kekuatan emosi sindiket
yang memacu sesuatu kaunter itu (angin yang
berkencang), jumlah putaran niaga setiap kaunter
(muatan kapal layar itu) dan kuasa jual beli yang
disebabkan pembelian yang dibuat lebih awal (tali sauh
yang dicampakkan ke dasar laut).
Kalau dinilai akan semua aktibiti yang mengendalikan
pergerakan sebuah kapal layar di lautan itu, maka kita
akan sedar bahawa sesuatu kaunter saham itu bergerak
mengikut emosi manusia yang berkemungkinan besar
mengawal pergerakan sesuatu kaunter tersebut. Dengan
hal yang demikian, seorang yang pakar dengan pasaran
saham boleh meraih keuntungan yang berpatutan kalau
dia bersedia meraih kuntungan yang kecil pada setiap
hari niaga pasaran itu. Perkara ini amat cocok dengan
pelaburan runcit tetapi tidak serasi dengan pelaburan
institusi ataupun pelaburan jangka panjang. Disebabkan
ciri-ciri permainan saham, demikianlah makanya pasaran
BSKL itu sentiasa bergelora terutama sekali apabila
hari perniagaan itu semakin hampir dengan hari
lebaran. Kebanyakan para peruncit tidak suka menyimpan
pegangan mereka menjelang lebaran. Pegangan yang
bersifat 'overnight purchase' adalah merupakan
pembelian para pelabur institusi.
- Bila BSKL merudum
Sentimen pasaran saham di sesuatu negara mempunyai
hubung kait yang rapat dengan sentimen pasaran global.
Sentimen ini dipengaruhi pula oleh perbezaan waktu
berniaga di antara pasaran di Asia dengan pasaran di
Europah dan pasaran di Amerika.
Pedoman sentimen yang paling ketara ialah Indeks
pasaran. Indeks pasaran dipengaruhi juga oleh jumlah
turun naik saham pilihan dalam sesuatu pasaran itu.
Selalunya pasaran di Asia banyak dipengaruhi oleh
indeks pasaran di Wall Street dan pasaran Wall Street
pula dipengaruhi juga oleh prestasi beberapa pasaran
di Eropah. Hubung kait yang amat ketara inilah yang
mempengaruhi pasaran BSKL, terutama sekali apabila
pasaran kita bermula sedikit lewat daripada pasaran di
Australia dan New Zealand, Jepun dan Hongkong dan juga
(untuk suatu waktu yang sudah pun disamakan)
Singapura.
Kecanggihan elektronik membolehkan pembelian dibuat
oleh pembeli dengan menggunakan syarikat proksi.
Pembelian cara ini dibuat untuk melindungi identiti si
pembeli ataupun untuk dijadikan sebagai kamoflasy
(camouflage) bagi kerja-kerja mengeksploitasi keadaan
sesuatu pasaran. Kepintaran mengeksploitasi pasaran
membolehkan sesuatu sindiket itu membuat keuntungan
yang cepat dan tinggi pada sesuatu masa tertentu.
Namun kegiatan ini hanya dapat dibendung kalau adanya
ulangan aktibiti itu dalam satu waktu yang singkat di
mana aktibiti itu menjadi ketara.
Apabila pelabur runcit dapat mengesan aktibiti
mengeksploitasi sesuatu kaunter itu, ia akan
mencetuskan satu situasi di mana pelabur runcit yang
lain akan turut serta. Ini mencetuskan satu situasi di
mana kaunter yang terbabit dipacu naik dengan
derasnya. Akan tetapi, sebagaimana yang lumrah dalam
pasaran, seseorang yang bersedia mengimpikan
keuntungan besar dalam pasaran saham semestinya
bersedia juga mengigaukan kerugian besar dalam pasaran
yang sama. Inilah falsafah pelaburan di pasaran
terutama sekali kala pelaburan itu bersifat runcit dan
dibuat secara kontra.
Dengan hal yang demikian, apabila pasaran BSKL
merudum, ramailah para pelabur yang kerugian besar.
Kerugian ini boleh juga membabitkan para pelabur yang
mencagarkan saham mereka untuk meminjam wang bagi
pembelian saham yang lain.
-Fenomena 'Double Whammy'
Apabila seorang pelabur mencagarkan sahamnya kepada
bank ataupun institusi kewangan untuk mendapatkan
tambahan wang modal, ia akan mengalami taufan
kemuflisan disebabkan fenomena 'double whammy'.
Pinjaman yang berdasarkan harga saham yang dicagarkan
menjadi tergugat kerana harga saham asal sudah pun
merudum begitu jauh sehinggakan memaksa peminjam
mencagarkan saham tambahan untuk menampung nilai
nisbah pinjaman yang sudah pun berubah. Di waktu yang
sama pembelian yang dibuat dulu sudah pun memberikan
kesan negatif kerana nilai saham itu sudah pun merudum
juga.
Fenomena ini adalah laksana seorang penunggang kuda
yang terjatuh dari tunggangannya dan dipijak pula oleh
tunggangannya itu. Inilah fenomena yang meranapkan
BSKL dan memufliskan begitu ramai pelabur di pasaran
itu. Kesan kerugian itu dijangka akan berterusan untuk
beberapa tahun lagi. Malahan ramai yang sudah pun
menjadi aruah kerana membunuh diri ataupun terlantar
di atas katil kerana serangan angin ahmar.
Bila Kroni Tersepit
Implikasi yang amat ketara disebabkan pasaran yang
merudum telah dialami oleh para konglomerat yang
mempunyai banyak syarikat yang didaftarkan di pasaran
saham. Sudah pasti fenomena 'double whammy' menyerang
mereka dengan teruk sekali. Kalau mereka merupakan
tuanpunya syarikat yang besar-besar di pasaran saham,
penglibatan mereka dengan mencagarkan saham
persendirian di pasaran itu sudah pasti membuatkan
mereka muflis dalam satu masa yang amat singkat
sekali.
Sekarang, cuba bayangkan apa yang boleh jadi kepada
seorang ahli koperat yang mempunyai lebih dari 50
syarikat yang tersenarai di pasaran saham? Kalau kita
mahu mengambil sikap kurang ajar kita boleh ubahsuai
soalan itu seperti ini: 'Bayangkan apa jadi dengan
anak-anak MAHAFIRAUN ketika BSKL merudum?' Jawapannya
ialah 'Sudah pasti mereka menjadi muflis.'
- Fenomena Kucing Melepas
Dalam dunia pasaran ada satu undang-undang yang tidak
bertulis yang berbunyi; " Do not love your stocks,
love your families more!" amat bertepatan sekali
maknanya. Dosa yang paling besar bagi seorang pemain
saham ialah mengkaitkan perasaan cinta yang amat dalam
terhadap saham yang dibelinya. Seorang pemain saham
yang pintar tidak akan menyimpan sahamnya untuk bakal
hari tua. Ia akan melepaskan pegangannya setiap kali
dia sudah meraih keuntungan. Di waktu yang sama dia
akan melepaskan pegangannya jika saham itu menurun.
Untuk membeli saham ketika ia sedang turun adalah
laksana menyambut pisau yang sedang jatuh menjunam
(catching the falling knives).
Sebarang usaha untuk menahan kejatuhan saham yang
sedang merudum adalah laksana kucing yang mahu
melepas. Dia akan menghidu persekitaran tempat dia
mahu melepas itu dan menggali sedikit tanah untuk
memberi ruang menampung benda yang hendak
digugurkannya. Apabila merasa lega dengan yang
dilepaskannya itu dia akan mengaut tanah tadi untuk
menutupinya. Perangai yang sama selalu dilakukan oleh
peruncit yang melabur di pasaran saham. Oleh kerana
dia banyak membeli pelbagai jenis saham, setiap kali
dia cuba menutup sesatu kerugian yang berlaku pada
satu jenis kaunter, dia akan kerugian. Perbuatan ini
adalah laksana seekor kucing yang melepas secara
beurutan di satu tempat yang sempit. Besar
kemungkinannya usaha untuk menutup tempat lepasan yang
baru itu membabitkan taik yang baru ditutupnya di
tempat yang berdekatan.
- Drama Melepaskan melayu Tersepit
Keadaan pasaran yang merudum secara mengejut telah
membuatkan ramai pelabur besar berbangsa Melayu yang
menjadi 'overnight bankrupt'. Mereka menjadi muflis
di atas kertas dan kalau tidak diselamatkan pasti
menjadi muflis untuk selamanya. Oleh kerana ramai
pelabur Melayu ini adalah tergolong dalam kelab Kroni
MAHAFIRAUN, kemuflisan yang mereka alami itu telah
meruntunkan beberapa bank yang terkenal di bandaraya.
Jumlah kerugian mereka yang sebenar tidak pun
diketahui dan tidak mungkin akan terbongkar selagi
MAHFIRAUN masih berkuasa.
Kerugian ini memberikan satu masalah besar kepada
bebrapa bank yang terkenal. Undang-undang perbankan
mahukan mereka menyimpan sejumlah wang tunai mengikut
peraturan yang ditetapkan. Apabila nilai saham yang
disimpan sebagai cagaran menurun harganya, ia terus
merobah nilai nisbah yang menggugat keutuhan bank
tersebut. Jalan yang paling cocok ialah meminta para
peminjam yang besar itu membawa masuk wang tunai ke
dalam akaun mereka.
Falsafah perbankan yang amat popular ada menyebut;
"Apabila seorang peminjam kecil tidak mampu membayar
hutangnya kepada bank, masalah itu adalah
tanggungannya. Tetapi kalau seorang peminjam wang yang
banyak tidak mampu menjelaskan hutangnya masalah itu
adalah tanggungan pihak bank yang memberikan pinjaman
padanya." Senario ini sudah menjerat banyak bank di
Kuala Lumpur dan juga di bandar yang besar di merata
negara ini.
Keadaan kritikal semakin memuncak kerana ramai yang
berhutang besr adalah para kroni yang amat rapat
dengan MAHAFIRAUN. Beliau tidak mempunyai pilihan lagi
melainkan memberi bantuan kepada mereka.
Pergeseran antara MAHAFIRAAUN dan DSAI
Orang dulu-dulu pernah berjenaka: "lauk basi kalau
tidak ditutup pun tidak siapa yang boleh menghidunya.
Tetapi, taik kucing walau sudah ditutup, kalau
terpijak berbau juga."
Demikianlah terbentangnya drama Melayu moden secara
terpaksa. Usaha untuk melepaskan bebanan yang dialami
oleh sebilangan besar ahli koperat Melayu dari
cengkaman pasaran BSKL yang merudum telah mencetuskan
satu opera yang membabitkan MAHAIFRAUN bersama para
juakknya di satu pihak dan DSAI di satu pihak yang
lain. Anwar telah disogokkan peranan 'hero' sedangkan
MAHAFIRAUN telah mengambil peranan 'Maharajah' yang
mahu menyelamatkan satu kapal-tongkang para bajingan
yang bertopengkan jin Islam.
Di atas desakan beberapa pihak yang tidak kita ketahui
akan bilangan dan latar belakang mereka MAHAFIRAUN
telah mengarahkan Anwar untuk membantu semua bajingan
itu. Sebagai seorang insan yang memang dikenali rapat
dengan ajaran Allah, Anwar sudah pasti memberontak dan
enggan akur. Dia lebih berkeyakinan membiarkan takdir
menentukan nasib para bajingan itu. Berlakulah satu
perembungan dua personaliti Melayu yang merupakan
pemegang jawatan tertinggi dalam pucuk kepimpinan
negara ini. Tercetuslah satu sinario di antara seorang
guru politik yang pintar dan licik bertembung dengan
anak muridnya yang sanggup engkar untuk menegakakn
kebenaran.
Tanpa disedari oleh Anwar, MAHAFIRAUN sudah pun
menjangkakan berlakunya pertembungan itu. Lantas DSAI
telah dijebak dengan satu perangkap yang semamangnya
sudah lama sedia terpasang. Implikasinya DSAI kini
merengkok dalam satu bilik yang berjejari besi
sedangkan orang yang sebenarnya bersalah berada di
luar bebas sebebasnya menghirup udara nyaman dan
sentiasa segar.
-MT-
31.12.1999.