Bermulanya Revolusi Rakyat III

Apabila Rakyat Menjadi bingung

Apabila pemimpin politik selalu bertegang urat, perkara sebenar tidak pun diketahui oleh rakyat. Kalau ada pun cerita yang tersebar ia selalunya bersifat desas desus yang terlalu samar yang sengaja dibiarkan tersebar untuk memperkuatkan matlamat yang menyebarkannya. Keadaan tegang di antara MAHAFIRAUN dan DSAI itu telah mencetuskan suasana yang mebuatkan rakyat menjadi bingung. Cuba kita teliti fenomena ini:

a) MAHAFIRAUN bertemu rakyatnya dan mula menuduh spekulator matawang sebagai penyangak yang telah menjahanamkan pasaran saham BSKL. Beliau tidak pernah bercakap bahawa keadaan pasaran yang merudum adalah satu fenomena yang berlaku secara bermusim. Kemungkinan merudumnya pasaran global telah ditelah oleh beberapa ramai pakar ekonomi dan penganalis pasaran seperti Micahel A. Bernstein, James Dale Davidson, William Rees-Mogg, Joshua Goldstein dan banyak lagi. Malahan mengikut pergerakan carta kayulilin, pasaran BSKL sememangnya telah diramalkan untuk merudum pada bulan Oktober 1997, sebagai satu fenomena yang disebabkan lonjakan indeks yang naik mendadak terlalu tinggi. Ia telah naik laksana sebiji 'balloon' udara panas. Apabila ia naik terlalu tinggi, kekurangan bekalan gas panas yang cukup sudah pasti membuat 'balloon' itu terkandas dalam perjalanannya.

MAHAFIRAUN lebih selesa menuduh George Soros sebagai penyamun tarbus yang mengetuai aktibiti 'penyangak matawang itu'. Tidak pernah sekali pun beliau cuba mendedahkan keadaan sebenar kenapa pasaran BSKL merudum dengan teruknya. Beliau sengaja berbuat demikian untuk menutup segala taik kucing yang dibuat oleh kucing-kucing peliharaannya.

b) Sebagai Menteri Kewangan, DSAI telah didatangi beberapa tokoh koperat yang rapat dengan MAHAFIRAUN untuk mendapatkan bantuannya. DSAI enggan kerana tidak mahu membabitkan khazanah negara untuk menyelamatkan kerakusan para koperat itu. Ada tokoh koperat yang mendesak bantuan tanpa menyebut kerugian mereka di pasaran saham. Mereka telah meminta agar projek mereka yang semakin terbengkalai dibayar lebih awal dari biasa. Cadangan mereka itu sudah pasti bertujuan menggunakan wang yang bakal diterima untuk menutup lubang dalam yang sudah lama digali. Keengganan DSAI itu telah meregangkan lagi jurang salah-faham di antara beliau dengan MAHFIRAUN dan juga para menteri kabinet yang telah kerugian besar dalam pelaburan mereka.

c) Menyedari keengganan DSAI untuk mematuhi arahannya, MAHAFIRAUN telah mengambil langkah kecemasan yang telah lama dirangkanya. Beliau telah melancarakan satu kempen untuk mengaibkan DSAI. Hasilnya pada 2 September 1998, beliau telah disingkirkan daripada jawatannya. Pegaiban itu disusuli dengan tangkapan yang dibuat di bawah akta ISA. Penangkapan itu telah mengegarkan masyarakat Melayu kerana bebarapa hari kemudiannya DSAI telah dihadapkan ke mahkamah dengan mata yang lebam; kesan dibaham oleh seorang Ketua Inspektor Polis yang melepaskan geram.

Penyingkiran yang tidak diduga

Pengguran DSAI daripada kabinet menggemparkan seluruh dunia Islam kerana beliau lebih disanjung dan terkenal kalau dibandingkan dengan populariti MAHAFIRAUN sendiri. Berita itu juga membingongkan pemimpin negara luar yang lainnya. Mereka seolah-olah tidak percaya dengan jenis tuduhan yang mendorongkan penyingkiran itu.

DSAI telah juga dinyahkan daripada Majlis Tertinggi Umno yang sekaligus memberi isyarat dia sudah diiktiraf sebagai kucing kurap parti itu. Demikianlah hinanya Anwar di mata para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak ada pemimpin yang pernah naik di atas jasa DSAI yang sanggup menyebelahinya. Walaupun beberapa pemimpin itu telah kelihatan di rumah Anwar beberapa hari sebelum beliau ditangkap, mereka akhirnya tidak sanggup menyebelahinya seolah-olah segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah perkara yang benar dan yang mereka persetujui bersama dengan MAHFIRAUN.

DSAI telah dihadapkan ke mahkamah di atas pelbagai tuduhan yang temasuk rasuah yang berbentuk menyalahgunakan kuasa yang ada padanya. Tuduhan yang besar ialah tuduhan salahlaku seks yang dikenakan terhadapnya. Ironisnya orang yang menuduhnya melakukan seks itu tidak pun pernah diperiksa oleh pakar perubatan untuk mengsahkan pengakuan yang dibuatnya.

Salah satu perkara aib yang dikenakan ke atas DSAI ialah tuduhan perbuatan sumbang yang membabitkan sebuah tilam tanpa cadar di sebuah apartment. Yang peliknya tilam di apartment kelas atasan ini tidak pun mempunyai cadarnya. Tilam itu diusung setiap hari perbicraan untuk dirakam oleh kamera dan video. Setiap hari, sinario tilam yang diusung sentiasa ditayangkan kepada umum. Yang menjijikkan sekali ialah cara pemeriksaan dibuat ke atas tilam itu sebagi bukti tercicirnya baki-baki sperma kepunyaaan DSAI ketika melakukan perkara yang mengaibkannya. Demikianlah jijiknya taktik yang digunakan ke atas DSAI setelah beliau disingkirkan daripada kabinet. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai tuduhan yang ditolaknya sebagai satu konspirasi "yang direncana dari tahap yang paling tinggi."

Tercetusnya Reformasi Rakyat

Keaiban yang dikenakan terhadap DSAI telah menyedarkan rakyat betapa merbahayanya dan buruknya padah apabila memberikan kuasa yang berlebihan kepada seorang insan yang gilakan kuasa. Seluruh negara telah bangkit untuk menyatakan tentangan mereka terhadap MAHAFIRAUN. Majoriti rakyat tidak percaya bahawa DSAI telah melakukan segala perbuatan keji yang ditohmahkan oleh MAHAFIRAUN.

Di sebalik keresahan itu MAHAFIRAUN telah meneruskan segala aktibiti yang mencemuhkan Anwar. Dia terus berdegil dengan segala tuduhan yang dikatakannya berdasarkan lapuran seorang perempuan yang masih dara walaupun usianya sudah menjangkau status seorang adartu yang "gilakan benda 'tu' kepunyaan Anwar". MAHAFIRAUN menjadi yakin dengan tuduhan itu setelah bertemu dengan seorang bekas pemandu yang mengatakan suami bekas majikannya pernah memperkosa belakangnya pada satu ketika dulu. Walupun umurnya hampir mencecah empat puluh tahun, si lelaki ini tidak pula sanggup mengadukan hal itu kepada majikannya kerana sebab-sebab yang dia sahaja yang tahu ketika itu. Beliau hanya sanggup membuat pendedahan yang mengaibkan itu setelah isterinya mati dalam kemalangan di jalanraya dan setelah beliau bertukar menjadi pengurus bagi sebuah syarikat perniagaan.

Pendedahan si pemandu itu membuat rakyat menjadi bingung lagi kerana apakah mungkin seorang lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai anak, sanggup dijadikan bahan ratahan "seorang yang kuat nafsunya". Yang lebih membingungkan rakyat ketika itu ialah bagaimana seorang perdana menteri yang dianggap juara dunia ketiga sanggup mempercayai cerita seorang andartu yang berdasarkan cerita dongeng seorang pemandu?

Rakyat semakin tertekan kerana mula menyedari bahawa MAHAFIRAUN telah membohongi mereka. Semakin ramai rakyat yang mempercayai DSAI bahawa tekanan terhadapnya adalah satu rekaan semata-mata. Mereka juga semakin percaya bahawa memang wujud satu konspirasi untuk menyingkirkan Anwar daripada kabinet kerajaan MAHAFIRAUN itu untuk menyelamatkan anak-anak dan para kroninya daripada cengkaman kemuflisan.

-MT-
31.12.1999.