Bermula Revolusi Rakyat V

APA ADA PADA RAJA-RAJA?

Institusi raja-raja menjadi kucar-kacir setelah MAHAFIRAUN berjaya mengekang kebebasan raja-raja Melayu. Mereka kini mempunyai satu bidang kuasa yang bersifat 'ceremonial' semata-mata. Rakyat yang pada satu ketika dulu menganggap raja-raja sebagai lambang penyatuan bangsa dan mercu tanda ketuanan Melayu turut terpukau dengan gelagat MHAFIRAUN memperkecilkan singgahsana raja-raja itu sehinggakan meraka menganggap bahawa singgahsana itu sudah pun kini beralih ke Putra Jaya. Keyakinan rakyat akan pudarnya kuasa raja-raja itu didorong lagi dengan pembikinan sebuah mahligai di Putra jaya yang dikatakan hanya berharga tujuh belas juta.

Hubungan Benci tetapi rindu

Sebenarnnya hubungan antara rakyat dengan raja-rajanya bolehlah disifatkan sebagai hubungan yang dipaksa. Rakyat yang sudah lama ditindas oleh kuasa politik yang dipimpin MAHAFIRAUN telah mengabaikan institusi raja-raja itu yang disebabkan perangai yang dipertontonkan oleh golongan istana itu sendiri. Hubungan itu bolehlah dikatakan satu hubungan benci tetapi rindu. Perkara ini berlaku kerana faktor berikut:

a) Raja yang sedang berkuasa sebenarnya sudah terlalu renggang dengan rakyatnya. Mereka sibuk dengan masalah hidup mereka sedangkan rakyat pula sibuk dengan masalah mereka. Rakyat telah menganggap bahawa hubungan mereka dengan raja-raja lebih baik diserahkan sahaja kepada wakil rakyat dan kerajaan negeri. Bukannya rakyat perlukan tandatangan raja-raja untuk memohon sesuatu yang boleh memperkayakan mereka.

b) Institusi raja-raja itu sendiri kelihatan lemah kerana tidak ada seorang raja ataupun sultan yang lebih menonjol di kalangan mereka yang boleh memberikan satu kepimpinan yang terserlah. Apabila keaadaan ini terus berpanjangan, ia memberi ruang yang luas untuk MAHAFIRAUN memperlekehkan institusi raja-raja itu tanpa ada segelintir rakyat yang mahu mempertahankan keaiban yang dilakukannya. Dalam hal ini MAHAFIRAUN telah menunjukkan kelicikannya. Beliau telah membocorkan pelbagai cerita yang kurang sopan tentang perilaku segelintir raja-raja yang sememangnya berbuat perangai yang tidak setanding dengan status mereka. Bayangkan ada raja yang kalah berjuta-juta ringgit di kasino dan memerlukan kerajaan negeri menebus kerugian itu. Ada pula raja yang membawa masuk kereta dari luar tanpa membayar cukai dan kemudiannya menjualkan kereta itu pada orang China dengan harga yang menguntungkannya. Ada pula raja yang gilakan betina sehinggakan sanggup berasmara secara rahsia dalam kontena yang membawa kuda.

c) Generasi muda masyarakat istana tidak pun mengambil pusing akan hal ehwal rakyat. Mereka seolah-olah sedang bersiap sedia untuk menghadapi satu alaf baru di mana darah raja yang mengalir di tubuh mereka itu dianggap sebagai satu perkara biasa oleh rakyatnya. Dengan lain perkataan generasi pelapis ini seolah-olah tidak berapa menghiraukan kedudukan mereka yang dimuliakan. Ramai antara mereka tidak pun tahu bersembahyang dan mengenal budaya ibunda mereka kerana terlalu lama dibesarkan di negara orang putih. Perangai mereka yang memperlekehkan budaya yang dianggap suci oleh rakyat menyebabkan rakyat bertindak balas dan tidak menghiraukan lansung generasi pelapis masyarakat istana itu.

d) Kerakusan golongan istana terhadap khazanah negara telah membuatkan rakyat semakin mual melihatkan telatah mereka. Rakyat sudah kurang pasti apakah institusi raja itu layak dijadikan lambang ketuanan Melayu di alaf baru? Keraguan rakyat ini sebenarnya menunjukkan betapa berjayanya MAHAFIRAUN dan UMNO dalam mengganyang institusi raja dengan segala dakyah yang memperlekehkan mereka. Sememangnya UMNO dan MAHAFIRAUN mahu menghapuskan institusi raja-raja itu dengan muslihat untuk menggantikannya dengan institusi repablika. Bayangkan apa yang akan jadi kalau semua raja-raja dipencenkan? Bukankah Malaysia boleh dibentuk seperti kerajaan Amerika ataupun beberapa negara latin Amerika seperti Argentina, Peru, Mexico, Brazil dan sebagainya.?

Kesilapan besar raja-raja

I) Golongan istana memang sudah tidak sedarkan diri. Mereka sendiri menjadi satu masyarakat yang berada dalam satu kelompok kecil yang mencelaru. Rancangan memperlekehkan mereka secara bertubi-tubi sudah membuatkan golongn istana itu lupa akan apa peranan mereka sebenarnya dalam sistem ketuanan Melayu.

ii) Budaya sabsidi yang berlebihan yang disogokkan kepada keluarga istana telah membuatkan mereka lupa daratan. Mereka mudah menganugerahkan darjah kebesaran kepada sesiapa yang tahu menyogok mereka pula. Kerana itu kita dengar bagaimana seorang China yang tidak berpelajaran boleh menerima gelarana istana dan digelar sebagai 'Datuk'. Malahan ada seorang pemanjat kelapa di Chaah yang pernah diberikan gelaran oleh seorang Sultan kerana mendengar nasihat seorang wakil rakyat. Jasa sebenar pemanjat kelapa itu bukannya kepada sultan itu tetapi kepada wakil rakyat berkenaan.

iii) Ramai orang Melayu yang terhiris hati bila memikirkan betapa raja-raja suka berpoya secara bebas dan merendahkan ajaran agama anutan mereka. Pernah tercetus satu cerita bagaimana seorang sultan yang suka berjudi di London kerap berhenti untuk bermalam di Dubai semata-mata untuk membolehkannya melepaskan nafsu kepada seorang peramugari yang diatur untuk bertugas dalam penerbangan yang dirancangkan itu. Ada kalanya sultan itu akan memilih salah seorang paramugari itu ketika dalam penerbangannya. Hobi terkutuk ini diketahui oleh ramai kakitangan penerbangan MAS dan juga ahli diplomatik di Dubai, kerana mereka bertanggungjawab membuat persediaan tempahan bilik hotel untuk sultan itu.

iv) Gelagat suka berfoya-foya itulah yang kerap mencuit hati rakyat. Apatahlagi kalau golongan istana suka sangat dengan para artis yang berdahi licin, tidak kiralah kalau artis itu mempunyai pengajian agama yang tinggi ataupun tidak. Rakyat manakah yang tidak terhiris hati melihatkan gelagat ahli istana yang terlalu buas nafsunya? Ada pula anak raja yang memikirkan bahawa dia keturunan daripada angkasa. Kalau dia memandu kereta dia mahu menentukan tidak ada sesiapa yang berani menandingi kelajuan keretanya. Kalau dia bersukan dia mahu setiap bola pukulannya itu dibiarkan sahaja bergolek ke gawang gol oleh penjaga gawangnya. Lantas berlakulah insiden betapa seorang anak raja menampar seorang penjaga gol semata-mata kerana penjaga gol itu bersukan mengikut semangat kesukanan sedangkan anak raja itu bersukan untuk memuaskan semangat kegilaaan yang diwarisi dari ayahandanya.

Ada pula raja yang sedang memerintah yang diketahui oleh rakyatnya mempunyai IQ yang rendah cuba memandai-mandai mentadbir negara laksana orang politik yang bijaksana. Akibatnya rakyat menjadi bingung lagi apabila raja melatah disebabkan jolokan si permaisuri.

Ada pula raja yang suka keluar negara untuk berubat, di musim rakyat mengerjakan ibadat berpuasa. Sedangkan penyakitnya itu mudah sekali diberikan rawatan oleh rakyat yang sudah pun pintar melakukannya. Ada pula ahli istana yang lebih suka mengelilingi dunia daripada mengelilingai kampung dan desa dalam kawasan taklukannya. Inilah yang menyebabkan ramai anak raja yang terpesona dengan pelayan kedai makan sedangkan ramai anak dara sunti di kalangan bangsa sendiri yang tinggi pelajarannya yang sepatutnya dijadikan permaisuri.

v) Apabila golongan istana dibenarkan berfoya-foya seperti itu mereka tidak pun mempunyai masa untuk menegakkan institusi raja itu sebagai satu institusi yang disegani yang menentukan kemunculan warisan raja-raja yang berkaliber. Kalau mereka sendiri tidak berminat untuk memikirkan masa depan mereka, apakah mereka mengharapkan rakyat untuk memikirkannya ?

vi) Kekurangan sensitibiti terhadap masa depan mereka itu menyebabkan insititusi raja itu berada di satu keadaan yang statik. Lantas kita masih melihatkan warga istana yang menjawat jawatan Pawang Dalam dan Pawang Luar semata-mata mengikut tatasusila tugas warga istana di zaman purba. Siapakah membayar gaji segala inang-inang dan pawang dan dukun yang berkarat di istana itu, kalau bukan rakyat jelata? Siapakah pula yang mengongkosi kegilaan raja-raja yang mempetahankan budaya Hindu lama dalam tatasusila hidup mereka?

Sebagai rumusannya kita boleh katakan sistem feudal yang menjadi tonggak insitusi raja-raja dibiarkan terus tegak oleh kerajaan MAHAFIRAUN dengan tujuan untuk memperlekehkan institusi raja itu. Dengan cara ini ia memungkinkan UMNO pada satu hari nanti menggantikan institusi itu sebagai tonggak ketuanan Melayu.

Adalah amat malang sekali seandainya perkara ini berlaku. Kalau kita lihat situasi politik di Indonesia, kita sedar betapa pentingnya institusi raja itu untuk menentukan kejituan martabat Bangsa Melayu di hari muka. Berdasarkan jurang pemisah yang semakin melebar di antara UMNO dan parti Melayu yang lainnya kita boleh menjangkakan betapa institusi raja melayu akan memainkan peranan yang besar di satu hari kelak. Cuma para pendukung institusi itu harus sedar dari khayalan mereka bahawa merekalah yang sepatutnya berdiri tegak mempertahankan apa yang dikatakan kedaulatan raja-raja Melayu itu sendiri. Keadaan ini semakin genting kalau raja-raja tidak insaf betapa sebilangan besar rakyat hanya sanggup berdiri senyap sebagai saksi-saksi yang tidak diundang ketika insitusi raja itu jatuh berkecai disebabkan keangkohan dan perbuatan mereka yang sumbang.

MT




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com