APABILA RAKYAT MULA RESAH GELISAH
Tindak tanduk golongan raja-raja yang lupa daratan
membuatkan rakyat semakin renggang dengan golongan itu
disebabkan kekecewaan yang bukan kepalang. Perkara ini
dipermudahkan lagi apabila bahasa istana tidak lagi
didedahkan kepada rakyat biasa di sekolah-sekolah.
Apabila golongan raja-raja itu sendiri tidak mengambil
berat dengan faktor-faktor yang boleh menjamin status
quo mereka, apakah yang diharapkan kepada rakyat yang
semakin jelak dengan telatah mereka itu? Apakah
mungkin perasaan benci tetapi rindu boleh dibiarkan
berpanjangan semata-mata disebabkan keadaan yang
bertujuan menjamin ketuanan Melayu?
Akan tetapi, kelunturan hormat dan taat-setia rakyat
terhadap raja-rajanya adalah merupakan satu
eksploitasi yang dibuat dengan cara bersistem oleh
parti yang memerintah. Ia boleh dianggap sebagai satu
konspirasi yang direncana oleh MAHAFIRAUN bersama
beberapa individu pilihannya. Sebahagian besar
konspirasi itu termasuklah membina sebuah mahligai
yang indah di mana harga sebenarnya dikatakan mencecah
RM600 juta sedangkan kenyataan resmi kerajaan hanya
mencatatkan angka 17 juta sahaja.
Adalah menakjubkan apabila rakyat terjumpa dengan
konspirasi menggulingkan institusi raja itu secara
tidak sengaja. Ia terdedah apabila DSAI membukakan
kotak rahsia betapa mahligai itu dibina. Ia
menyerlahkan betapa kos sebenar yang dapat
memperkayakan orang pilihan yang dipertanggungjawabkan
membina dan membekalkan barang keperluan mahligai
itu. Rakyat jadi tersentak seolah-olah tersedar
daripada tidur mereka. Rupanya MAHAFIRAUN sudah
bersedia untuk kekal memerintah dan mewujudkan satu
dinasti pemerintahan yang akan diwarisi oleh
anak-anaknya.
Diktator sepanjang hayat?
Seperti yang dituliskan dalam penulisan "Strategi Kodi
Penegak Dinasti", MAHAFIRAUN telah menunjukkan
kelicikannya berpolitik sekali lagi. Setiap kali dia
memberikan kata-kata pujian kepada seorang timbalan
perdana menteri, ia sebenarnya sudah merancang untuk
mengnyahkan pemegang jawatan itu dengan apa cara
sekali pun. Doktrin Machevalian yang diamalkan oleh
MAHAFIRAUN itu telah menghalalkan apa juga cara yang
dapat menjaminkan pemerintahannya di negara ini.
Dengan lain perkataan, untuk sekian lama dia memegang
kuasa MAHAFIRAUN sebenarnya mahu menjadi seorang
perdana menteri sepanjang hayatnya. Malahan dia lebih
bersedia menjadi seorang presiden pertama Malaysia
sepanjang hayatnya juga.
Yang amat nyata sekarang, MAHAFIRAUN sebenarnya sudah
pun mempunyai segala 'managerial infrastructure' untuk
mentabalkan dirinya sebagai seorang diktator sepanjang
hayat negara ini yang pertama.
Tercetuskah revolusi rakyat?
Rakyat semakin jelek dengan perangai MAHAFIRAUN.
Mereka semakin mual dengan perangai para juaknya
terutama sekali apabila rakyat semakin percaya betapa
ramai calon Barisan Alternatif yang telah kecundang di
pemilu-10 dulu adalah disebabkan taktik kotor yang
dikendalikan oleh MAHAFIRAUN dan orang kepercayaannya.
Maka bergegarlah suara rakyat yang sekian lama
berreformasi mahukan kemunculan 'REVOLUSI' pula.
Sekali lagi orang Melayu silap dalam congak politik
mereka. Mereka alpa bahawa perjalanan tamaddun sesuatu
bangsa itu perlu melalui beberapa fasa tumbuhannya
sebelum perkataan 'Revolusi' itu menjadi satu
perkataan keramat yang merobah nasib sesuatu bangsa.
Keputusan pemilu ke-10 yang mengaibkan martabat Melayu
dan mempalitkan maruah UMNO merupakan hanya
sebahagian keaiban yang menghantui Bangsa Melayu itu
di abad ke-20. Dalam keghairahan orang Melayu mahukan
satu revolusi menentang pemerintahan Mahathir mereka
sebenarnya sedang berkabung di atas keaiban maruah
bangsa yang dipalitkan dengan terhukumnya DSAI ke
dalam penjara. Majoriti orang Melayu menjadi geger dan
hilang arah menghadapi satu cabaran besar yang
disebabkan tercemarnya maruah bangsa yang disebabkan
kerakusan dan kedurjanaan seorang diktator tua.
Walaupun laungan 'Undur Mahathir' dan 'Hancur UMNO'
serta 'revolusi diselangselikan setiap hari oleh
majoriti besar anak Melayu, sejarah akan menentukan
bahawa semangat revolusi itu tidak akan muncul dengan
cara gelombang emosi yang dicetuskan oleh laungan
semata-mata. Revolusi rakyat tidak akan tercetus di
kalangan orang melayu selagi bangsa Melayu itu hidup
senang lenang, mempunyai rumah membumbungi tidur dan
mimpinya. Orang melayu tidak akan memberontak untuk
merobah keadaan sosialnya selagi dia ada cukup selera
untuk makan dan cukup bahan untuk menyelerakan
nafsunya.
Faktor pegolakan reformasi rakyat
Sebenarnya orang Melayu masih lagi di tahap bawahan
kalau dikira bidang reformasi sosial bangsa itu.
Kita telah diajar betapa revolusi perindustrian yang
dicetuskan di kalangan orang England telah mematangkan
mereka menjadi satu bangsa yang mengembangkan kawasan
jajahan mereka di seluruh penjuru dunia. Sejarah
Peranchis telah mengajar kita betapa Revolusi Sosial
rakyatnya telah mematangkan mereka untuk menjadi satu
bangsa yang bebas daripada cengkaman kerajaan feudal
dan membolehkan mereka hidup bebas bertunjangkan
konsep kebebasan rakyat. Mereka juga menjadi satu
bangsa yang menjajah beberapa tanah luar negara yang
dikenal sehingga kini sebagai dunia Francophone.
Bangsa China telah mencetuskan revolusi ubat-bedil
(gunpowder revolution) yang menyusuri kejayaan mereka
mencipta kertas, mi dan mihun, mercun dan roket. Cuma
mereka tidak segigih orang Eropah dalam usaha
menakluki dunia kerana masalah dalaman yang dicetuskan
oleh kawasan pemerintahan maharajah yang terlalu luas
dan bilangan penduduk yang berbilang suku-kaum. Namun,
mereka berjaya mengembangkan pengaruh mereka ke
pelusuk dunia dengan merestui penghijrahan bangsa
mereka untuk menetap di negara asing.
Sebagai perbandingan dan berdasarkan jumlah penduduk,
India sepatutnya menjadi satu negara yang berupaya
menjajah negara lain. Perkara ini tidak berlaku kerana
masalah dalaman juga yang membolehkan benua itu
dijajah oleh orang asing. Bayangkan betapa liciknya
orang Eropah menaklukki sebuah benua yang besar hanya
dengan menghantar beberapa ribu askar untuk
menaklukkinya.
Demikianlah perjalanan hidup sesuatu tamaddun bangsa
sebelum bangsa itu boleh menjadi satu bangsa yang
besar. Ini menunjukakan orang Melayu yang
digembar-gemburkan akan menjadi satu bangsa yang besar
dan maju tidak akan berupaya berbuat demikian selagi
bagsa Melayu itu sendiri tidak mengharungi setiap
pahit-getir yang dilalui oleh bangsa yang maju di
dunia ini.
Cuba kita lihat kepada orang Arab di Timur Tengah.
Mereka mempunyai kekayaan dunia dalam bentuk minyak
dan gas. Mereka mendudukki satu bidang tanah yang
besar yang mengawal ruang perjalanan kapal laut dan
udara daripada Timur Jauh kepada negara barat. Apakah
mereka berjaya menjadi satu bangsa yang besar dan
disegani oleh dunia masakini? Mereka disegani oleh
dunia kerana hasil bumi mereka dan bukan kerana
kewibawaan mereka seperti yang ditonjolkan oleh Nabi
Mohammad s.a.w pada satu ketika dulu. Inilah kenyataan
hidup. Kita mungkin boleh bersedih dengan kenyataan
itu kerana tidak mungkin orang Arab itu mengembalikan
kegemilangan maruah bangsa mereka selagi mereka leka
dengan segala kemewahan yang tersedia ada.
Kepincangan orang Arab
Disebabkan rezki yang melempah ruah, orang Arab
menjadi satu bangsa yagn lupa daratan. Di Kuwait pada
satu ketika dulu sebelum tercetusnya peperangan dengan
Iraq, keluarga Arab tidak memperdulikan golongan muda
mereka. Ada ibu yang tidak pun mempunyai masa untuk
mendidik anak-anak. Semua tugas itu diserahkan kepada
pengasuh yang diimpot daripada Manila ataupun Jakarta.
Akibatnya ramai anak kecil Arab tidak mampu bertutur
bahasa ibunda mereka dengan lancar. Mereka lebih
pintar bertutur bahasa rojak Inggeris ataupun bahasa
Indonesia.
Yang paling melucukan kita apabila Kuwait diganyang
oleh Iraq siapakah yang bermati-matian mempertahankan
negara itu. Bukannya orang Kuwait, askar-askar Amerika
yang diupah oleh raja-raja Arab dan juga PBB.
Sesiapa yang selalu pergi ke Saudi Arabia tentu peka
dengan peraturan betapa kaum Hawa tidak dibenarkan
memandu kereta. Malahan kaum Hawa tidak dibenarkan
menjadi penumpang teksi secara kesaorangan. Alangkah
lucunya, perkara ini boleh berlaku di abad ke-20 ini.
Tetapi inilah kenyataannya, sedangkan kaum Hawa itu
bersungkup dengan pakaian yang menutup segala
auratnya. Perkara ini berlaku kerana raja yang
memerintah termasuk dalam perangkap konspirasi yang
menonjolkan prioriti pemerintahan yang songsang. Dia
digalakkan mengenakan hukum-hukum yang pelik itu
sedangkan banyak lagi pilihan alternartif yang boleh
menjamin kesejahteraan rakyatnya. Yang memelikkan
lagi, anak-anak perempuan keluarga diraja itu
dibenarkan hidup bebas di London, Paris dan kotaraya
besar di dunia luar dengan berpakaian ala barat pula.
Ura-ura revolusi rakyat Melayu?
Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ramalan
saya bahawa orang Melayu tidak akan melancarkan
sebarang revolusi yang keras-keras terhadap kepimpinan
Melayu sekarang ini. Kalua ada pun semangat
mencetuskan revolusi itu semangat itu akan berkisar
dalam ruang laungannya dan gegaran emosinya
semata-mata. Orang Melayu belum bersedia dengan
pergolakan seperti itu kerana mereka perlu melalui
pelbagai bentuk revolusi sosial hidup mereka dulu
sebelum tercetusnya sebarang pergerakan yang akan
mencetuskan revolusi rakyat yang diidamkan.
Ramalan ini adalah berdasarkan beberapa faktor seperti
ini:
a) Budaya maaf-bermaafan. Orang Melayu amat kaya
dengan budaya ini. Sejarah Melayu sudah merakamkan
kalau ada pun perasaan tidak senang hati terhadap
pemerintahan, orang Melayu hanya akan menjatuhkan
pemerintah itu secara perjuangan perseorangan.
Menjatuhkan pemerintah tidak pernah dilakukan oleh
revolusi rakyat. Itu sebabnya orang putih mencedok
perkataan 'amok' yang merupakan perkataan Melayu
Bugis. Maka terciptalah pepatah melayu yang berbunyi:
"Raja yang baik raja disembah, raja yang durjana raja
disanggah."
b) Orang Melayu amat patuh kepada ketua keluarganya.
Kerana itu tercipta pepatah 'Biar mati anak jangan
mati adat'. Orang Melayu terpaksa mengamalkan sikap
kurang ajar kalau pun mereka mahu merobah sistem
pemerintahan yang ada. Perkara ini telah
dipertontonkan olehMAHAFIRAUN sendiri dan diulang oleh
Tengku Razali Hamzah. Mahathir berjaya kerana dia
bukannya anak Melayu tulin dan orang yang disanggahnya
adalah seorang anak raja yang berhemah tinggi. Tengku
Razali Hamzah gagal kerana dia anak Melayu tulin dan
mempunyai perwatakan yang lemah lembut sedangkan orang
yang disanggahnya adalah seorang yang berstatus
MAHAFIRAUN
MT