Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

BAB 12 - MENCARI GELIGA DALAM GELITA (II)

Bahagian Dua

Perpecahan orang Melayu itu telah dijadikan satu alat untuk seorang diktator tua mencuba pelbagai gaya memantapkan kuasanya yang semakin rapuh. Dia semakin terdesak apabila mendapati semua taktik memperhaluskan tema 'perpecahan Melayu' tidak pun dipedulikan oleh rakyat jelata. Apabila orang Melayu sendiri memandang remeh sahaja tema perpecahan yang ditonjolkan itu apakah kaum lain boleh ambil pusing akan halnya? Dicubanya pembabitan raja-raja dan sultan, tidak menjadi juga kerana para sultan pun takut dituduh sewel oleh rakyatnya.

Memahami Agenda Proksi Mamak Tongkang

Untuk menganalisa pemerintahan satu rejim pemerintahan yang jijik dan bangsat kita perlu memahami taktik-taktik jijik yang memang bangsat yang dikendalikan bukan sahaja di peringkat pusat malahan di peringkat negeri-negeri yang diterajui UMNO. Malahan di beberapa negeri yang dipimpin oleh parti komponen Barisan Nasional, agenda proksi itu pun dikuatkuasakan juga. Cuma kegilaan agenda itu nampak kurang berbisa.

Kita boleh ambil beberapa contoh terkini sebagai bahan perbandingan. Saranan Ali Rastam agar orang Melaka tidak membuat lawatan ke Kelantan dan Terengganu adalah satu arahan lelucon yang kita tahu berpunca daripada 'godfather' beliau. Kita boleh nampak mamak tongkang sedang memperkudakan empat menteri besar yang muda untuk menjayakan agenda proksinya di peringkat negeri. Shahidan Kassim dengan phobianya terhadap pemimpin PAS yang dilantik secara sah oleh para pengundi. Dia taksub dengan aksi-aksi memperlekehkan kewibawaan mereka. Adnan-UMNO masih lagi dengan lagak samseng. Maklumlah baru sahaja disokong kuat oleh 'Godfather' dan 'Assistant Godfathers' (Paklah Dan Khalil) dalam gelagat lucahnya. Di Perak kita mempunyai seorang menteri besar yang sanggup bergadai jawatan kalau bapak angkatnya ditandingi bagi jawatan presiden parti. Dengan lain perkataan, beliau bertugas bukan untuk rakyat yang melantiknya tetapi untuk bapak angkatnya. Kini tersibar berita bagaimana kelulusan diberikan untuk penubuhan sebuah Gereja Katholik di Persiaran Bekor 21 Taman Perama (First Garden) Ipoh. Bangunan itu asalnya adalah kepunyaan Renong Berhad yang telah dijual dengan kerjasama seorang menteri bukan Melayu. (Sila lihat: members. Tripod.com/mindarakyat2/ bawah tajuk Bukti UMNO Gadaikan Agama).

Hampir semua kerja-kerja yang dilakukan oleh menteri besar kelompok ini sudah tentu menerima restu terlebih dulu daripada pemimpin terulung UMNO. Semua orang tahu akan perkara ini, betapa semua menteri besar dan meneri kabinet amat takut kepada diktator tua itu. Apakah reaksi dan impak kerja-kerja seperti ini kalau bukan memperlekehkan rakyat dan orang Melayu dan juga agama Islam? Apakah ini caranya pemerintah mahu mengelakkan perpecahan dalam persaudaraan orang Melayu?

- Siti Hasmah ke Iraq dan Jordan

Masih teringatkah anda sekelian betapa Datok Seri Siti Hasmah berangkat ke Iraq dan Jordan dalam missi muhibbah ? Bukankah ini kali pertama beliau berbuat demikian atas nama missi muhibbah? Kenapa pula ke Iraq dan tidak ke Bosnia ataupun ke Albania? Ketika berita ini tercetus, beberapa orang kariah masjid Kampung Baharu telah mula bercerita panjang. Mereka mula meneka apakah agenda sebenar lawatan itu. Ada pelbagai teori yang dikemukan, maklumlah kariah yang amat berpengalaman di Kampung Baharu. Yang sudah melihat asam garam politik di Kelab Sultan Sulaiman, di Bangunan UMNO lama apatah lagi di PWTC.

Rumusan yang dibuat dalam persidangan parlimen rakyat di masjid itu memberi gambaran bahawa Hasmah ke Iraq untuk menarik perhatian PBB (terutama sekali Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) kepada masalah kemiskinan dan penderitaan orang Iraq. Kerana itu dia telah membawa alat-alat perubatan yang diperlukan. Ada yang menyoal pula kalau mahu mengirimkan alat perubatan kenapa tidak gunakan Persatuan Palang Merah dan juga Persatuan Bulan Sabit. Bukankah belanja terbang ke sana pergi dan balik lebih mahal daripada kos alat perubatan yang disumbangkan? Lojik juga, soalan itu, tetapi kepada siapakah yang boleh dikemukakan soalan semacam itu? Lagipun kariah masjid bersembang itu untuk mengisi waktu menunggukan azan berkumandang semula.

Semalam soalan yang tergantung itu sudah menerima jawapannya. Ada seorang veteran UMNO yang memberikan jawapan itu. "Lihat !", katanya. "Hasmah ke Iraq untuk melembutkan perhatian dunia ke atas Nurul Izza. Dia berjaya menarik minat peserta persidangan PBB di Geneva". Kami pun menadah tangan kerana ada seorang Pak Lebai yang membaca doa kesyukuran. Teringat balik telahan yang dibuat oleh veteran UMNO itu tadi. Kalau betul telahan itu, memang dahsyat otak Mamak Tongkang. Dia sudah tahu Nurul Izza pasti menarik minat dunia apabila didedahkan dilemma bapanya di penjara. Mamak tongkang sudah semakin sedar masalah Anwar yang dibelasah dan dipenjarakannya itu bukan lagi masalah Malaysia dan orang Melayu. Anwar akan menjadi masalah badan hak asasi manusia di PBB. Melalui kegigihan anak sulungnya masalah Anwar Ibrahim adalah masalah seluruh dunia yang cintakan keamanan.

Ucapan Nurul Izzah di Geneva telah menarik minat seluruh dunia sehinggakan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak-hak Asasi Manusia sanggup bertemu Nurul Izzah dan berbincang akan masalah bapanya. Di manakah Mamak Tongkang mahu taruh muka kalau Madam Mary Robinson mengambil langkah positif akan hal Anwar nanti. Apakah beliau akan mencuba mendapatkan bantuan Sadam Hussein?

- Kejayaan Nurul Iza Yang Merunsingkan

Mamak Tongkang sebenarnya terperangkap dengan kerakusannya. Dia terpaksa menolak secara berhempas pulas untuk tidak disapina ke mahkamah yang mengendalikan kes Anwar. Tetapi, affidavit Megat Joned dan mungkin juga Daim Zainuddin akan mencekik lehernya juga. Keterangan Aziz Shamsuddin yang dikatakan akan ke mahkamah tentunya akan menjerutnya lagi. Di waktu yang sama dia tahu media massa dunia akan menyoalnya akan tiga perkara penting. Satu, kenapa dia kecut perut untuk di sapina. Kedua, kenapa dia suka membohong mengatakan adanya perpecahan antara orang Melayu sedangkan sejak awal tahun lagi orang Melayu hidup senang-lenang tanpa perpecahan? Ketiga, Kalau dia lantang bersuara pasal demokrasi kenapa dia tidak galakkan jawatan yang disandangnya itu dipertandingkan?

Ketiga-tiga soalan ini akan menjerutnya dan sebagai Raja Kelentong terunggul di dunia, dia mesti pandai untuk memintasnya sendiri.

Pada satu ketika, bermacam analisa telah dibuat kenapa affidavit Megat Joned ditukarkan. Ada yang kata Megat didesak untuk bebuat demikian atas titah perentah seorang maharaja tua. Itulah yang dijawab oleh responden kepada Quizlet tajaan Tranung Kite. Ada yang berkata pengubahan affidavit Megat Joned adalah bertujuan untuk menunjukkan tidak ada sebarang konspirasi terhadap Anwar. Semuanya adalah berdasarkan tohmahan yang direncana oleh Umi Hafilda. Betulkah analisa ini? Tetapi, dalam 'debat- parlimen' di masjid Kampung Baharu itu memang ramai para veteran UMNO yang lulus hukum undang-undang. Malahan bekas pegawai kanan polis pun ada. Kalau semua tuduhan dikenenkan kepada Umi Hafilda, apakah akan jadi apabila Umi Hafilda dipanggil semula? Saya terkejut dengan jawapan yang akan saya rakamkan di sini: "Hendak panggil macam mana? Kalau dia sudah tidak ada lagi?......."

- Keadilan akan buat Huru-hara

Berdasarkan dilema yang dihadapi sekarang, si diktator tua tidak ada pilihan lain. Dia akan merencana agar satu hurhara berlaku ketika dia tidak berada di negara ini. Inilah salah satu agenda proksi yang perlu ditangani oleh Paklah. Sekali lagi drama ala Mamali akan muncul semula. Besar kemungkinannya Paklah akan di Musahitamkan. Untuk melancarkan agenda proksi ini dia sudah mulakan pelancaran tembakan mariam buluhnya. Dia kata:

... "Saya dengar Keadilan hendak adakan demonstrasi pada 15 April ini dengan tujuan nak memperingati tentang sesuatu dan mereka sedia nak pukul polis..." Alangkah terkejutnya seluruh negara kalau seorang pemimpin terulung sanggup menipu begitu dan bercakap di hadapan kamera TV? Inikah seorang pemimpin yang beragama Islam yang sepatutnya bertanggungjawab dengan tutur katanya?

Bila Ezam Menjawap Mahathir

Saya ingin memetik kenyataan-akhbar Ezam Mohd Nor yang menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan si diktator tua itu:

.... "Rakyat yang berhimpun pada 15 April ini adalah rakyat yang prihatin terhadap kezaliman yang berlaku di negara ini di zaman pemerintahan Mahathir Mohamad. Rakyat akan memperingati tarikh 14 April, tarikh di mana Dato Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun, sebagai HARI KEZALIMAN MAHATHIR. Rakyat harus terus diingatkan dan dididik untuk memahami erti kezaliman dan membina tekad untuk menentang kezaliman.

"Saya mencabar Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk membuktikan segala bentuk perancangan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang didakwa mempunyai unsur-unsur keganasan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya tetap menolak sebarang unsur keganasan dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mempastikan keganasan tidak berlaku. Saya bercadang untuk menemui pihak Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama mempastikan keganasan dapat dihindarkan. Saya menyeru seluruh rakyat yang akan hadir pada 15 April ini untuk tidak membawa sebarang bentuk objek yang boleh dilihat sebagai senjata malah kayu bendera juga tidak akan kita benarkan untuk dibawa pada hari tersebut dan sekiranya dibawa kita akan mempastikan ianya diserahkan kepada pihak polis pada hari tersebut....."

Panjang lagi kenyataan akhbar Ezam itu. Syabas...... !!!! Saya gembira membaca kenyataan itu. Saya baca berkali-kali untuk menghayati isi kandungannya. Tidak salah bagi kita orang tua yang gayut usia melakukannya. Bukankah itu mengingatkan kita kisah lama mempertahankan negara dari ancaman Jepun dan komunis? Saya harap para webmasters akan melekatkan (url) ucapan Ezam itu untuk mudah diakses oleh pembaca artikel ini. Memang naik bulu roma saya ketika membaca kenyataan akhbar itu. Ia mengingatkan kita masa muda-muda dulu apabila membaca berita bagaimana bangsa kita diperlekehkan. Ketika komunis cuba mengawal negara, ketika Natrah cuba dilarikan ke Belanda. Semua insiden itu datang menyirap ke badan yang memang pun tua. Hanya semangat juang masih tetap muda.

Alangkah Bertuahnya si Mamak Tongkang

Si mamak tongkang harus bersyukur kepada Allah dan merasakan dirinya masih bertuah lagi. Dia harus meneliti kenyataan akhbar si Ezam itu. Jelas sejelas-jelasnya. Dia harus membacanya berkali-kali agar jangan tersilap tafsir sehinggakan tergamak memberikan arahan yang silap kepada para penguatkuasa yang sentiasa mengikut perintah.

Alangkah bertuahnya si mamak tongkang menerima kenyataan akhbar di mana seorang anak muda masih lagi berhemah dalam memberi hormat kepadanya? Saya tidak lagi memberi hormat itu kerana dia sudah tidak lagi layak menerimanya. Saya tidak lagi menganggapnya sebagai pemimpin terulung Melayu. Saya lebih menganggapnya sebagai presiden UMNO. Itu pun, mengikut beberapa veteran UMNO merupakan satu kedudukan laksana telur di hujung tanduk.

Bayangkan, apakah lagi yang digusarkan oleh si mamak tongkang? Mana botol molotov, mana parang panjang dan mana senjata yang akan mencetuskan huru-hara? Inilah yang dikatakan senjata memakan tuannya. Mamak Tongkang telah secara serius menuduh parti keadilan cuba mencetuskan huruhara. Semua ini ada dirakamkan di dalam akhbar tajaan UMNO dan semua saluran TV tajaan UMNO. Kita belum baca lagi catatan ini di akhbar parti pembangkang, kerana akhbar itu memang tidak pun ada lesennya.

Bila PBB (Bahagian Hak Asasi Manusia) Menunjukkan Minat

Ketika menulis rencana ini satu 'breaking news' telah diterima hasil daripada pertemuan Nurul Izzah dengan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB di Geneva. 'Beaking News' yang disiarkan di Laman FGR dan disedut daripada Malayasiakini dipetik sebagai berkata: 'PBB melahirkan rasa prihatin terhadap perkembangan pencabulan hak asasi manusia kebelakangan ini di Malaysia. Sebarang perkembangan di Malaysia boleh dilapurkan secara langsung ke pejabatnya di Geneva. Ini termasuklah kemungkinan pencabulan hak asasi ketika mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini di Masjid Negara. Kita rakamkan 'Tahniah dan Syabas' kepada Nurul Izza. Kita mahu lihat apakah reaksi mamak tongkang akan perkara ini. Impak pengumuman Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini adalah 'far reaching' dan tentunya menggegarkan dada si diktator tua kerana kesannya adalah amat mendalam. Kita akan ulas semua ini di Bahagian Ketiga, insya Allah.

Kesimpulan Awal

Gelagat si Mamak Tongkang menuduh parti Keadilan akan mencetuskan huru-hara harus diterjemahkan sebagai satu kelakuan seorang diktator yang sudah semakin sedar betapa rakyat membencinya. Seperti yang dikatakan ramai penganalis politk, si mamak tongkah memang kelihatan serba-salah kali ini. Kelakuannya di hari yang terdekat memang nampak sangat gelabahnya. Dia sudah semakin sewel dan nyanyok. Dia sudah berani menyebut peristiwa yang mengerikan dan menggugat keselamatan negara sedangkan peristiwa itu tidak pun dianggap oleh rakyatnya akan berlaku. Apakah sebenarnya tujuan si mamak tongkang berperangai demikian?

Kalau dia bersuara lantang untuk menarik perhatian agar pengaruh kuasanya tidak terhakis, dia baru sahaja menang pencalonan presiden UMNO tanpa dipertandingkan. Kalau dia gusar akan ekonomi Malaysia yang teruk satu ketika dulu, kini ekonomi semakin pulih. Malahan bantuan pinjaman Miyazawa yang diterima daripada Jepun sudah pun mula diagihkan.

Saya berpendapat, si Mamak Tongkang berperangai ganjil di hari-hari kebelakangan ini disebabkan risau yang amat sangat. Seperti yang pernah saya tulis dulu, dia risau akan impiannya yang sudah membesar dan menjadi satu raksasa yang sudah mahu menelannya. Sistem pertadbiran yang dicanai hingga menjadi satu raksasa ini sudah menghambat hidupnya. Dia sudah menjadi serba-salah dan menjadi seorang banduan kepada perbuatan jijiknya.

Si Mamak tongkang telah memenjarakan Anwar bin Ibrahim pada 14 April yang lalu. Kini di saat hampir dekatnya ulangtahun tarikh keramat itu dia sudah dihambat satu ketakutan seolah-olah dia sendiri akan dipenjarakan. Hidupnya sudah tidak senang lagi, tidurnya sudah tidak nyaman. Fikirannya sudah semakin tidak siuman kerana tutur katanya pun sudah mula tergagap-gagap. Dia telah mendera Anwar Ibrahim dengan lagak seorang 'godfather' satu pergerakan Mafia dengan Rahim Nor sebagai panglima garangnya. Kini, mengikut budaya dan amalan mafia anak si mangsanya sedang menghambat sisa hidupnya. Dia sudah menjadi serba-salah kerana budaya Mafia tidak mengizinkannya menghapuskan anak kepada mangsa yang cuba dihapuskannya. Ini amat bertentangan dengan amalan mafia. Hakikat ini semakin menekan hidupnya kerana Nurul Izza sudah pun mendapat sokongan yang besar daripada dunia luar. Semua ini tidak masuk dalam congaknya ketika cuba menghapuskan pengaruh Anwar Ibrahim dulu.

Kejayaan Nurul Izzah itu membawa erti yang besar bukan sahaja kepada keluarga Anwar Ibrahim. Ia lebih bermakna kepada rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, yang rindukan sebuah negara yang mudah kaya raya kerana rakyatnya yang sedia bekerja kuat dan bekerjasama. Yang penting sekali inilah sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang amat tinggi tahap toleransinya.

Inilah ciri-ciri rakyat yang amat dikesalkan oleh Mamak Tongkang. Dia tahu selagi rakyat sanggup bersatu tanpa bantuan dan motivasi kerajaan, kuasa kediktatoran yang ada padanya memang tidak dapat bertahan lebih lama. Apakah taktik pemerintahan yang jijik-jijik yang belum lagi dicubanya? Semuanya gagal. Kerana apa? Kerana adanya satu sistem pintas yang terlaksana di atas inisiatif rakyat marhain yang cintakan negaranya.

Satu ketika yang lalu, si mamak tongkang cuba memperteguhkan kuasanya dengan membaham Anwar Ibrahim. Kerja-kerja membaham itu diamanahkannya kepada Rahim Nor. Tetapi, apakah tujuannya yang sebenar kalau tidak mahukan Anwar mati dalam bilik seksaan yang gelap gelita tanpa sehelai kain menutup auratnya. Allah maha pengasih dan penyayang. Anwar terus benyawa. Penangkapan yang kemudiannya diputar balik dan dibuat atas tuduhan akta ISA masih tidak dapat menghilangkan kesan-kesan lebam di muka Anwar sehinggakan seluruh dunia menjadi gempar. Apakah alasan Mamak Tongkang ketika itu? "Oh, Anwar mencederakan mukanya sendiri." Demikian penjelasannya. Para malaun yang menjilat 'ponggongnya' pula berkata pelbagai alasan lagi. "Anwar sengaja membengkam matanya agar kelihatn lebam....;!" demikian kata menteri celupar yang kalah menjadi ketua wanita UMNO. "Anwar cedera kerana perbuatannya sendiri...!" kerana seorang menterei lagi. Ada pula yang berkata, "Isteri Anwar yang melakukan lebam itu...!"

Demikianlah sistem pemerintahan yang rakus menjadi satu raksasa yang amat menakutkan. Inilah sistem yang kini akan menghambat si mamak tongkang itu selagi ada hayat dikandung badannya.

Menyedari hakikat ini, si mamak tongkang sudah tidak rela melihat ketenangan dan keamanan bertapak di negara ini. Dia sudah menjadi bunga teratai yang naik mengambang di tasik yang kotor. Akarnya tidak mencecah bumi kerana mudah hidup di atas segala kekotoran yang ada. Bunganya pula tidak akan naik meninggi menggapai awan. Teratai adalah bunga dan tetap akan menjadi bunga. Ia cantik menguntum selagi ada kekotoran di tasik itu dan akan terus menguntum selagi dizinkan Allah. Tetapi siapakah yang mahu menyunting teratai dan untuk apa? Menyunting pokok teratai memerlukan sestiap insan mencedok segala kekotoran yan ada di tasik itu. Tidak ada orang yang sanggup melakukannya sedangkan banyak lagi bunga lain yang tidak perlu diambil mengikut cara itu. Begitulah juga dengan si mamak tongkang ini. Semakin hari bertukar hari, semakin ramai rakyat negara ini sudah sedar bahawa kehadirannya sudah lama melampaui masa.

Kalau ktia lihat akan gelagat si mamak tongkang kebelakangan ini kita nampak para pemikir UMNO pun sudah menyedari akan beban yang terpaksa mereka tanggung. Bukankah kerana kesedaran itu dia diketepikan dari berkempen di Sanggang? Para pemikir dalam UMNO dan Barisan Nasional pun sedar kalau mamak tongkang hadir di kempen Sanggang dulu, alamat lingkuplah usaha mereka. Tentu sekali mereka berhemah seperti Ezam melembutkan hatinya agar tidak berkempen di Sanggang.

Si Mamak Tongkang tahu strategi ini adalah titik-titik permulaan yang dia mungkin disingkirkan. Cerita ini sudah pun disampaikan ke telinganya. Dengan lain perkataan sudah ada satu konspirasi besar dalam perjuangan UMNO yang nampak tenteram persis air yang amat tenang. Ini bererti raksasa yang dibinanya dengan penuh rakus itu sudah mula membayangi hidupnya.

Mamak Tongkang akan ke Cuba dan amat sedar bahawa sudah ada satu konspirasi besar yang mahukannya mengundurkan diri. Inilah waktunya yang dia mesti berada di kubu sendiri. Tetapi, apakah daya. Janjinya untuk berada di Havana bersua muka dengan seoarang lagi diktator tua dan raja kelentong Amerika Tengah terpaksa ditunaikannya. Hanya satu jalan sahaja lagi yang ada padanya untuk menentukan dia masih lagi berkuasa dan masih lagi berbisa. "Huru-hara..........!". Ya, kalau huru-hara boleh dicetuskan sepeninggalannya di luar negara, sudah pasti dia dapat memulihkan kuasa yang semakin terhakis daripada jawatannya.

Akan tercetuskah huru-hara yang diimpikan oleh seorang diktator tua ? Tertunaikah keazamannya melihatkan huru-hara di ibukota seperti yang dirancangnya? Apakah dia sudah fikir rakyat jelata sudah gila seperti dia? Apakah dia fikir semua pegawai kerajaan adalah seperti segerombolan kecil pemimpin UMNO yang rakus dan haloba serta taksub kepada pukauan politiknya ? Apakah dia fikir anggota tentera yang kelihatan tenang kini, tunggul kayu ataupun kayu mati yang bernyawa? Kalau mereka boleh bermati-matian mengorbankan jiwa raga untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh, apakah mereka sanggup berdiam membatu melihatkan seorang Melayu celup (apanamaa....Pakistan celup?) terus menghina bangsanya?

Sebenarnya si Mamak Tongkang bukan sahaja mencabar ketaqwaan rakyat Islam di negara ini. Dia bukan sahaja mencabar maruah bangsa. Dia sudah berani mencabar Allah SWT sebenarnya.....!

Bersambung.... Marhaintua@Hotmail.com
10 April, 2000.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite