Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Bab12 - mencari Geliga dalam Gelap (v)

Bahagian 5

GELITA 14 Yang Menggegarkan

Bukan sahaja ibu negara semakin geger sekarang. Seluruh negara sudah bergegar dengan gempita GELITA 14 ataupun BLACK 14. Pihak Kerajaan sengaja memainkan perasan manusia agar takut-takut dengan keadaan yang sengaja dihitamkan. Bayangkan apa yang dikatakan oleh para petugas TV semalam. Malahan di 'Malaysia Gemilang', apakah kata-kata Rais Yatim dan Shahidan Kassiam akan keadaan yang mereka bayangkan boleh berlaku. Siapkah mereka yang mahu menyibuk sebagai jurucakap kepada kumpulan rakyat yang akan berdemonstrasi secara aman itu? Inilah yang dikatakan pemimpin politik yang tidak sedar diri.

Nampak angat kedua-dua balaci Mahathir ini terlalu takutkan kuasa yang ada pada Mahathir sehingga sanggup memperkecilkan Anwar Ibarahim yang pada satu ketika dulu memang mereka muliakan.

Rahsia Penyakit Negara Yang Datang Melanda

Anwar tumpas disebabkan keikhlasannya untuk mengikut perintah seorang ketua yang tidak diketahuinya amat tamak dan haloba. Inilah bahana terlau lurus bendul dalam politik. Anwar telah digalakkan untuk mempercayai bahawa jawtan Perdana mentri itu adalah miliknya sebelum menjelangnya abad ke-21. Mungkin kerana keghairahan Anwar terlalu mempercayai ketuanya itu ataupun mungkin juga kerana keikhlasan berlebihan Anwar menjadi mangsa kepada kepercayaannya sendiri. Yang nyata Mahathir bin Mohammad memang belum bersedia melepaskan jawatannya kepada sesiapa pun lagi. Dia terallu seronok dengan kuasa sehinggakan dia lupa kuasa yang ada tidak dapat menutup pekong yang mula melanda ekonomi negara. Saya ingin memetik secara ringkasnya satu tulisan Tan Sri Prof. Harun Mahmud Hashim yang bertajuk "The Root Causes of Our Social Ills and Challenges for Their Future Management" yang disiarkan oleh Majallah Management tajaan MIM keluaran March 2000. Kerana kesempitan ruang, izinkan saya menterjemahkan tulisan yang sungguh baik ini secara ringan sahaja. Kalau ada salah silap harap maafkan. Sepatutnya saya dapatkan keizinan beliau sebelum memetik tulisan ini. Tetapi, disebabkan kesuntukan masa saya gagahi juga melanggar etika ini. Semoga yang berbahagia Tan Sri akan memaafkan saya. Sebagai kenangan mungkin Tan Sri masih ingat seorang insan kerdil yang selalu duduk bersila di sebelah Tan Sri di Masjid Seksen 5, Petaling Jaya sekitar akhir 60-an. Ketika itu Tan Sri masih menjadi Ketua Pengarah ACA (Badan Pencegah Rasuah). Oleh kerana kuatnya pengaruh Tan Sri ketika itu , tidak ramai manusia Islam yang berani duduk di sebelahnya di masjid itu sebelum khatib naik berkhutbah. Tetapi kerana penulis selalu lambat untuk datang ke masjid ruang kosong yang selalu ada di sebelah Tan Sri( selalunya di saf terakhir dalam masjid) itu merupakan peluang yang selalu diisi dengan hati yang lapang.

...... " Sebab Musabab Kelunturan Sosial dan Cabaran Kepada Pengurusan"

Masa Silam:

"Di zaman penjajah, masyarakat telah ditakrifkan kepada tiga kumpulan besar:

(a) Masyarakat Kampung - penanam padi, nelayan, pekerja ladang, pekerja lombong;

(b) Sektor Awam - pegawai kerajaan - pegawai dan kakitangan awam (kerani, teknisyen, kumpulan manual);

(c) Sektor Swasta - Pekedai dan peniaga Cina dan India, Ekspatriat dari barat di gedung perniagaan, bank dan profesional tempatan seperti doktor dan peguam.

Ekonomi negara berpaksikan pertanian dan perlombongan. Kehidupan adalah amat bersahaja dan menyeronokkan. Kurang perbalahan dan kerajaan kurang mengganggu kerana undang-undang yang minima. Pegawai kerajaan terutama sekali pegawai ataasan adalah dianggap masyarakat yang dimuliakan. Mereka menerima didikan terbaik dan mempunyai kuasa politik. Tentunya mereka perlu brgaul rapat dengan pegawai ekspatriat. Kumpulan elit mempunyai pertalian dengan masyarakat istana dan mengamalkan cara hidup barat dari segi pakaian, keahlian kelab, cara menjamu selera dan berdansa. Mereka amat rapat bersosial dengan ekspatriat di sektor swasta.

"Masa Kini

"Selepas kemerdekaan satu kumpulan baru muncul pula. Mereka ini adalah kumpulan politik. Kuasa di tangan ahli politik telah melunturkan kuasa yang pernah dipegang oleh pegawai kerajaan melainkan segelintir yang berada di punck kuasa di tahap kementerian.

"Kemudian proses industrialisasi mewujudkan sektor korporat pula. Pengaruh kuasa telah berpindah kepada dunia korporat yang sebenarnya menguasai kelas atasan yang telah berkembang ke tahap antarabangsa dan kosmopolitan. Inilah kumpulan yang mengandungi peneraju industri, ahli politik, diplomat, golongan istana dan segelintir pegawai tinggi kerajaan.

"Cara hidup yang mewah dan glamor - mahligai dan bukannya banglo lagi, kereta mewah, kapal-layar, malahan jet pribadi yang menyenangkan para korporat ini berterbangan di sana sini dengan isteri mereka untuk membeli belah di London, Paris, New York dan sebagaianya merupakan satu luksarian yang menjangkiti juga para tokoh politik, pegawai atasan kerajaan, dan golongan istana yang sebenarnya memang tidak berupaya bergaya sakan seperti itu.

"Sehingga awal 80-an, kecuali para Sultan yang beremayam di istana yang diongkosi oleh negara, cara hidup orang ataasn adalah mengikut taraf mereka di bahagian atas kelas menengah. Para sultan pula, kecuali seorang sahaja di kalangan mereka yang menerima elaun bulanan sebanyak RM25,000, menerima elaun kurang lagi daripada itu. Malahan para jutawan di era itu hidup secara bersahaja.

"Memang kita berbangga kerana berjaya mewujudkan satu kelas menengah yang egalitarian kerana asal usul kelas ini berasal daripada masyarakat luar bandar yang menjangkau status sosial hasil pelajaran di menara gading. Begitulah, seorang anak petani ataupun penoreh getah naik ke status kelas menengah setelah menggengam ijazah dan menadapat pekerjaan yang memungkinkannya membeli sebuah kereta secara ansuran.

"Jurang di antara yang kaya dengan yang miskin bukannya lebar sangat. Namun sejak itu, jurang di antara yang miskin dan golongan atasan yang baru itu telah semakin melebar laksana apa yang berlaku di Fillipina, Indonesia, India dan Pakistan sejak beberapa tempoh yang lama. Impaknya si miskin menjadi papa kedana. Usaha pihak pemerintah membasmikan kemiskinan, masih tidak berupaya mengurangkan jumlah yang di bawah garis kemiskinan walaupun dari segi peratusan angkanya sudah berkurangan. Masyarakat seperti ini tidak dapat menjamin stabiliti.

- Dadah

"Ketika peperangan Vietnam, Vietcong telah melemahkan tentera Amerika Syarikat dengan cara memperkenalkan dadah, terutama sekali kepada anggota tentera yang berkhidmat mengikut kerahan tenaga. Ini menyebabkan penggunaan dadah secara meluas di Amerika Syarikat selepas tamatnya perang itu dan masih lagi menular kini.

"Saya pernah menerima jemputan Pengerusi Suruhanjaya Presiden yang datang ke Kuala Lumpur untuk mengkaji punca pengedaran dadah di rantau ini. Saya cadangkan kepadanya masalah yang dia hadapi itu dapat diselesaikan jika disekat bekalan dadah daripada punca bekalannya. Candu adalah tanaman utama di Segitiga Emas yang tereletak dalam wilayah Thailand, Myanmar dan Laos. Candu adalah tanaman annual, memang diperlukan untuk tujuan perubatan. Apa yang perlu dilakukan ialah membeli semua hasiltani itu dan hantarkan ke Amerika Syarikat. Kuantiti yang diperlukan oleh bidang perubatan dibawa ke Amerika. Yang lainnya dihumbankan saja ke Lautan Pasifik. Usaha ini tentunya menggunakan belanja yang lebih rendah daripada membiayai DEA (Drugs Enforecement Agency Amerika) Pengerusi yang ketika itu memegang jawatan governor sebuah wilayah di Amerika menjawab bahawa cadangan itu akan membuatkan para petugas DEA kehilangan pekerjaan. Dalam laporannya itu dia hanya mengsyorkan agar DEA lebih berwibawa.

Pada tahun 1968, ketika saya bersama ACA (BPR) saya membuat laporan kepada kerajaan betapa Parti Komunis Malaya sedang menyerang anak-anak Melayu di Sekolah Menengah Atas, dan Maktab kerana menganggap inilah bakal pemimpin negara yang patut diruntuhkan moralnya dengan mengedarkan dadah kepada mereka. Di waktu yang sama mereka juga diberi modal untuk memerangi kerajaan yang memerintah. Saya telah mencadangakn agar perkara ini disekat sebelum merebak. Tetapi, kerajaan ketika itu berpendapat bahawa kes berkenaan belum menular lagi dan tidak perlu dibimbangkan. Yang sebaliknya telak berlaku, walaupun hukuman mati dikenakan masalah dadah semakin teruk menyebabkan pembayar cukai kerugian berjuta ringgit dan bilangan yang merana semakin bertambah. Pihak kerajaan mengambil masa 10 tahun untuk mengakui punca dan sebab masalah dadah itu di Parlimen seperti yang tertulis dalam laporan saya.

Korupsi

"Ketika saya dilantik mengetuai ACA (Badan Pencegah Rasuah) perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra, telah memberikan saya kebebasan mencegah korupsi daripada merebak di seluruh negara. Saya diberikan kebebasan memilih pegawai daripada perkhidmatan awam dan pasukan polis dan diberikan juga peruntukan yang tidak ada hadnya oleh pihak perbendaharaan. Pihak kerajaan tidak pernah camputangan agensi itu. Malahan Attorney-General tidak dibenarkan mencampuri tugas pendakwaraya. Saya membuat semua pertimbangan perundangan mengikut kuasa saya sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya dan pengurusan agensi itu sebagai seorang Ketua Pengarah. Ketika saya dilantik Hakim Mahkamah Tinggi pada March 1971, masalah yang telah timbul dapat dikawal. Korupsi hanya boleh dicegah malahan dibasmikan dengan kuasa politik. Tetapi, mengikut perundangan yang baru, seorang Ketua Pengarah tidak pun mempunyai kuasa undang-undang. Semua kes korupsi mesti dirujukkan dulu kepada Attorney-General dan sebarang pendakwaan memerlukan kelulusannya yang bertulis.

"Adalah satu hakikat sejarah di masa yang terdekat ini, betapa korupsi menyebabkan kejatuhan kerajaan, cetusan tindakan 'coup d'etat' tentera malahan juga revolusi rakyat.

Kelunturan Sosial dan Moral

"Pengaruh hidup ala barat melalui media massa, filem, lagu dan carahidup bebas yang dijerut pula oleh kekurangan amalan beragama di kalangan penduduk bandar dan kota besar telah menjangkiti para belia negara ini. Untuk sekian lama, hampir setengah populasi luar bandar telah berhijrah ke kawasan urban mencarai pekerjaaan dan kerana tarikan hidup bandar. Bukan semuanya mendapatkan pekerjaan tetapi enggan balik ke kampung halaman. Mereka menjadi penagih dadah dan terjebak ke kancah maksiat untuk mengongkosi dadah itu. Mereka merempat di merata tempat.

"Anak kelahiran kota pula menjadi punca kejahatan juvena. Walaupun ada yang datang daripada keluarga yang kaya raya, kesepian telah memaksa mereka mencari teman di luar rumah. Ini adalah disebabkan kebanyakan ibubapa yang bekerja dan tidak ada di rumah sehingga lewat petang. Anak-anak yang ditinggalkan bersendirian bukan sahaja mengabaikan pelajaran bahkan kelakuan mereka pun terjejas.

Perumahan

"Masalah setinggan sudah menghantui kita untuk satu tempoh yang lama. Banyak telah dilakukan tetapi kia terlalu bergantung kepada sektor awak untuk pembinaan rumah yang tidak termampu dibeli. Perkampungan setinggan adalah punca maksiat dan ketidakpuasan sosial.

Kesihatan

"Satu ketika dulu kita mempunyai sistem penyeliaan kesihatan yang baik dan mampu diongkosi oleh semua lapisan masyarakat. Kini semuanya sudah berubah. Yang kaya kena pergi ke hospital swasta yang diwujudkan untuk menghambat keuntungan bagi para pemegang saham. Walaupun ini bererti memberikan kemudahan perubatan yang semakin kurang mutunya semata-mata untuk memdapatkan leibh ramai lagi pelangganya.

"Yang miskin pula pergi ke hospital kerajaan. Tetapi disebabkan penswastaan telah juga melanda hospital kerajaan dari aspek perkhidmatan sokongan, kos urus-selia telah meningkat kerana pihak swasta yang memberikan perkhidmatan ini mahukan keuntungan juga. Di waktu yang sama cadangan untuk mengkorporatkan hospital merupakan ancaman yang mengganggu ketua-ketua hospital kerajaan.

Pendidikan

"Kita harus bangga walaupun kita tidak ada hukum memastikan pembelajaran, 99 peratus anak-anak yang layak bersekolah sedang menerima pendidikannya. Sistem persekolahan di mana seorang anak belajar enam tahun di sekolah rendah, 3 tahun di menengah rendah, 2 thaun di menengah atas dan 2 tahun di pra universiti. Kursus ijazah memakan masa antara 3 hingga 5 tahun. Sistem pelajaran ini tidak menghasilkan anak-anak Malaysian yang boleh berfikir. Setakat lulus peperiksaan sahaja.

Masa-masa Mendatang

"Masalah sosial adalah disebabkan bebrapa faktor. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasinya.

Dari Segi Politik

"Kita perlu menganalisa struktur 'political establishment' untuk menyelesaikan banyak masalah. Tanpa komitmen politik tidak banyak yang boleh dilakukan sehinggalah tercetusnya revolusi rakyat yang memang kita cuba elakkan. Yang pertamanya adalah mengenai ahli politik itu sendiri. Semua mereka itu sepatutnya memilikki pelajaran minima setidak-tidaknhya ijazah pertama daripada universiti. Politik seharunya merupakan satu kerjaya yang bermula di tahap majlis bandaran, kemudiannya di tahap negeri dan akhirnay di tahap nasional. Ahli politik sepatutnya diberi gaji yang memuaskan untuk meyakinkan mereka berkarya sebagai orang politik. Mereka sepatutnya sudah pun membuat pekerjaan lain sebelum menceburkan diri dalam politik untuk mendapatkan pengalaman bekerja dan mendapatkan pendapatan.

Kita boleh mebincangkan samada menerima pakai model Westminster . Mungkin pilihanraya diadakan di Majlis tempatan kerana sistem yang ada sudah tidak boleh dipakai lagi. Malahn mesti ada kajian cara sistem pilihan ke Dewan Rakyat dan Dewan Senat.

Pendidikan, Kesihatan dan Perumahan

Ketiga-tiga bidang ini harus menjadi tanggungajawab kerajaan dan tidak diserahkan kepada sektor swasta.

Pendidikan:

Untuk sembilan tahun yang pertama, pendidikan tempatan harus dimestikan. Ini memudahkan seorang anak itu pergi ke sekolah yang sama sehingga dia mencapai umur 15 tahaun. Ini membolehkannya menyesuaikan diri dengan keadaan sekitanya dengan pengawasan ibubapa dan mampu menyerap budaya masyarakatnya dan mengamalkan agamanya. Pendidikan di tahap menengah atas dan pra universiti harus disatukan di maktab di mana anak-anak disaring untuk keperluan pasaran tenagakerja ataupun untuk pelajaran lanjutan di universiti. Penekanan diberikan kepada kualiti.

Kesihatan

Hospital kerajaan sepatutnya dikekalkan. Oleh kerana majoriti pesakit adalah orang yang makan gaji, kos perubatan boleh disumbang oleh SOCSO di bawah satu sistem yang dimestikan.

Perumahan:

"Kemudahan perumahan untuk disewakan kepada orang awam dengan kadar yang disabsidi patut dibina di kawasan bandar. Tujuannya ialah untuk menampung kemasukan orang luar bandar dan untuk menempatkan penghuni perkampungan setinggan yang dimusnahkan.

Majlis Tempatan

" Anggota majlis patutlah dipilih oleh rakyat. Mereka diberikan tugas mentadbir sekolah, hospital, dan perumahan mengikut undang-undang dan dasar Persekutuan.

Perkhidmatan Awam

"Satu perkhidmatan awam yang professional dan berkecuali harus dikekalkan. Mesti ada satu penentuan agar kuasa politk tidak dicampur-adukkan dengan kuasa perkhidmatan awam itu.

Ekonomi

Pengurusan syarikat korporat dan bank hendaklah diserahkan kepada para professional hingga ke tahap atasannya. Para politik tidak dilantik ke jawatan pengerusi dan presiden syarikat ini. Semua kontrak kerajaan hendaklah diberikan melalui tender terbuka. Biarlah setiap organisasi swasta maju dengan usahanya sendiri. Penglibatan kerajaan hendaklah terhad kepada menyediakan infrastruktur yang diperlukan seperti tapak industri, jalanraya, perkhidmatan keretapi, pelabuhan, bekalan tenaga, air dan telekomunikasi.

Pertanian:

"Reforamasi tanah ke arah pengeluan makanan yang maksimum hendaklah dirancang. Contohnya, tanah sawah boleh disatukan menjadi satu program usahasama di mana tuanpunya tanah diberikan saham. Mereka yang menyumbang tenaga diberikan gaji selain daripada dividen saham. Penggunaan jentera dan teknik penaman terkini diperkenalkan. Para petani hendaklah merasakan nikmat carahidup terkini setaa dengan apa yang dinikmati oleh orang bandar.

Pengagihan Kekayaaan

"Dalam penentuan pengagihan kekayaan, sistem pencukaian hendal memberi ruang kepada perbelanjaan ke arah pelajaran, kesihaan, perumahan dan pembasmian kemiskinan. Setiap rakyat harus mendapat kemudahan percuma di hospital bila diperlukannya tanpa perlunya si miskin itu meraung mencari bantuan untuk mengongkosi beban pembedahan.

Dadah

"Penagih dadah tidak seharusnya dihukum dan dihantar ke penjara. Mereka akan menjangkiti banduan lain dan juga para petugas penjara yang mungkin teratarik untuk menjadi pembekal dadah kepada mereka. Penagih dadah adalah orang sakit jua dan mesti diasingkan dengan menggunakan 'Fort" ataupun stesen ataupun kubu lama kepunyaan polis di dalam hutan dan diberikan rawatan di situ. Menyimpan ganja seharusanya tidak menjadi stau kesalahan seandainya si pemegang bukan seorang penagih. Hukuman 10 tahun seabagai hukuman maksimum sudah mencukupi. Namun, bagi pengedar dadah yang berbahaya mereka tidak patut diberi layanan yang ringan.

Korupsi:

"Semua pihak harus terlibat dalam pembasmian korupsi. Yang korup harus dianggap sebagai musuh negara kerana kita tidak mahu korupsi menjadi stu carahidup. ACA (BPR harus diletakkan dibawah kuasa parlimen).

ISLAM

"Islam bangkit di abad ke-15. Kini Islam berada di ambang hijrah ke-15. Kebangkitan Islam yang melanda seluruh dunia harus diambil kira. Di negara ini ia sudah menghayu momentum selama 30 tahun. Rofessional Melayu semakin rapat dengan ajarannya alaupun mereka menerima pendidikan barat.

"Kerajaan telah terbabit secara terus membina masjid di seluruh negara. Begitu juga dengan perbankan Islam dan insuran, penyebaran ajaran Islam di seluruh dunia dan juga kepada penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia. Penyibaran Islamiah bukan lagi menjadi kerjaya ulama kampung. Sekarang ini golongan ulama adalah lebih berpendidikan. Mereka berkelulusan tinggi di universiti; fasih bertutur bahasa Inggeris, Arab dan Bahasa Melayu. Ramai juga yang fasih dalam bahasa yang lain. Dasar kerajaan mengevolusikan kebangkitan Islam telah melahirkan satu kuasa yang kini mampu bergerak dengan kekuatannya sendiri yang tidak mungkin berpatah balik. Kini kita harus menyedari hakikat ini dan berdepan denganya semada sebagai orang Islam ataupun bukan Islam.

"Perhatikan sahaja jumlah wanita Islam yang bertudung, tanda 'HALAL' di kedai , di supermarket, dan di hotel lima-bintang. Begitu juga dengan tanda menunjukkan arah kiblat di bilik-bilik hotel. Dalam satu masa yang singkat masjid mudah dipenuhi oleh para jumaah yang berbondong-bondong. Fenomena ini amat berbezaa dengan keadaan pada tahun 70-an dulu di mana pengunjung masjid adalah terdiri daripada golongan tua dan yang menghabiskan usia pencen mereka. Pernah satu ketika dulu Shah Iran ditanya apakah beliau mempunyai seorang ulama sebagai ahli parlimennya. 'Ya' jawabnya. "Itu pun dah lebih..."

Ketika kepercayaan kepada Allah dan kesetiaan kepada nilai murni hidup merupakan akidah kita, unsu-unsur ketaksuban yang melampau harus dibendung melalui dakwah, pengetahuan dan persefahaman jua.

Kesimpulan Awal

Tan Sri Harun Hashim adalah orang lama dalam dunia perundangan. Lebih lama lagi daripada Rais Yatim. Malahan, Rais Yatim patut belajar lagi daripada beliau semasa beliau masih gagah lagi. Saya menterjemahkan ucapan beliau ini agar kita mengambil iktibar darinya.

Dari keseluruhan ucapannya itu kita dapat menyingkap bagaimana merosotnya nilai hidup dan martabat bangsa Melayu itu sejak Mahathir Mohammad memerintah negara ini. Kalaulah sistem perundangan tidak diputara belit seperti yang berlaku ke atas Tun Salleh Abas, kita mungkin tidak terjumpa kes yang jijik-jijik seperti yang sedang kita hadapi sekarang. Kes salahguna kuasa oleh Rafidah Aziz, kes Rahim Nor, malahan kes menuduh dan memfitnah Anwar, Dr. Anis, Azmin, dan banyak lagi. Semua ini adalah mainan politik seorang diktator tua yang gilakan kuasa. Bayangkan siapakah yang rugi dengan segala kos berbangkit di mahkamah sekarang ini. Adakah Mahathir pernah menyumbang kepada cukai pendapatan negara? Adakah anak-anak Mahathir yang menerima begitu banyak bantuan kewangan untuk menyelamatakan syarikat mereka mengeluarkan zakat dan di mana kalau boleh kita tahu.

Kini GELITA 14 dipertikaikan sedangkan ia hanya merupakan satu manifestasi rakyat betapa cara-hidup rakyat itu perlu berubah. Kita sudah lama menantikan perubahan daripada para pemimpin UMNO yang kita sokong selama ini sejak negara merdeka. Pernahkah Mahathir, Paklah, Rais Yatim, Shahidan Kassim memikirkan betapa banyakkah janji-janji manis UMNO yang tertunai sudah yang dapat diterima rakyat dengan senang hati?

Menyedari hakikat ini kalau saya menjadi pemimpin UMNO saya akan biarkan rakyat berkumpul untuk sembahyang hajat ataupun berjemaaah untuk mendapatkan berkat usaha mereka. Biarlah mereka berkumpul sambil bernyanyi tanpa sebarang gangguan. Bukankah ini yang dijanjikan oleh mereka ? Bukankah mereka mahukan satu ruang untuk bersuara sambil ketua mereka menyampaikan satu memorandum rakyat secara aman?

Apa gunanya mengugut rakyat setiap kali mereka mahu berkumpul dengan aman? Esok lusa bukankah rakyat yang sama yang akan dihadapi untuk dirayu undi mereka menyokong kerajaan yang pasti akan ditentang oleh Barisan Alternatif di pilihanraya semula? Sepaatutnya era alaf baru sudah mampu memberi pengajaran kepada Mahathir dan para juaknya. Alaf baru ini sepatutunya memberikan dia ruang yang luas untuk memahami hati rakyat. Dia patut sudah lama sedar bahawa rakyat di alaf baru ini tidak akan sanggup terus hidup dalam kegelitaan disebabkan seorang diktator yang sentiasa mahu terus bergayut kepada kuasa yang sudah tidak dihalalkan oleh rakyatnya.

Yang semakin dipersoalkan oleh rakyat sekarang ini; kita tahu Mahathir sudah semakin nyanyok, kenapakah para juak dalam majlis tertinggi UMNO masih mempercayainya? Apakah mereka juga sudah semakin nyanyok juga? Apakah para pemimpin UMNO yang lain mahu turut serata Mahathir mencabar kebesaran Allah swt............?????

Marhaintua@Hotmail.com
14.2.2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com