Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Bab 12 - Mencari Geliga Dalam Gelita (VII)

Bab 7 - Terakhir dan Penutup

MENGEJAR GELIGA DI HUJUNG GELITA

(Tribut :Kepada rakyat Kelas Tiga yang masih merasakan dirinya tersiksa dan terhina, hasil proses pemerintahan kukubesi yang beransur berkarat).

Kalau ada sesiapa yang ikut serta dalam demonstrasi aman rakyat terhadap pemerintahan Mahathir yang rasa kecewa dengan prestasi pembabitan mereka, biarlah artikel ini ditujukan khas kepada mereka. Izinkan saya memulakan artikel ini dengan memetik satu nukilan dari hati yang merintih seorang aktivis yang tersiar di FGR bertarih 16/4/2000:

"Aku Selamat Tetapi Jiwaku Memberontak"

..... "Aku berada di RS (stesyen keretapi?) sewaktu polis memancutkan racunnya. Aku lihat ramai yang lari. Aku pun lari. Aku teringatkan ibu, isteri dan anak-anak. Aku tak tahu apa yang berlaku di belakang aku. Cuma yang aku perasaan begitu ramai polis yang beruniform dan mungkin yang tak beruniform. Itupun polis agaknya. Aku sampai di Hill Park, lalu berehat melepaskan lelah dan membersihkan diri. Aku sedar hari dah subuh. Isyak pun aku tak buat. Aku bersarapan sambil mendengar cerita lanjut reformasi semalam daripada teman-teman yang telah menumpangkan aku untuk berehat.

"Pukul lapan aku mohon pulang. Mujurlah ada teman yang ingin ke utara. Aku tumpang...dan sampai rumah hampir pukul 12.

"Dalam kereta aku menung. Kenapa aku begitu penakut semalam? Kenapa aku tidak membiarkan polis menangkapku? Aku ingin merasai pengalaman menjadi tahanan reformasi. Mahu berkongsi pengalaman bersama Ezam, Ruslan dan lain-lain. Aku ingat aku berani, rupanya tidak. Aku malu pada diriku sendiri. Aku malu berhadapan dengan anak-anak dan isteri. Aku ayah yang bacul dan suami yang bacul. Kenapa aku bukan tahanan yang ke-47 semalam? Kalau aku ditangkap, betapa bangganya aku? Betapa aku mencipta sejarahku sendiri. Betapa aku mengulang sejarah perjuangan datukku dahulu. Betapa bangganya datuk mempunyai cucu seperti aku..."

-Metdeghih -
Dari FGR 16/2/2000.

Demikianlah sebahagian cetusan rasa seorang peserta demonstrasi rakyat. Teks sepenuhnya pasti dikutip oleh setiap laman web untuk dipaparkan dan kemudiannya diarkibkan. Tulisan seperti ini tidak perlu diberi sebarang komen. Ia mempunyai maknanya sendiri dan semangatnya tersendiri. Membuat komen sembarangan akan tulisan seperti ini akan memalapkan keindahan dan keaslian semangatnya.

Memang sudah menjadi satu kelaziman, setiap tunjuk perasaan aman akan membawa cerita sedih, pilu, suka, derita, ketawa dan juga lucu. Oleh kerana sesuatu tunjuk perasaan itu mencerminkan perilaku manusia yang terserlah secara bersahaja dan mungkin juga secara tertekan. Pelbagai cerita akan muncul lagi untuk mewarnai sejarah pergolakan bangsa menentang pemerintahan kukubesi secara aman. Kalau di negara barat, tunjuk perasaan seperti ini sudah mengorbankan beberapa jiwa di kedua-dua pihak. Di Korea, Thailand, Fillipina dan Indonesia, tunjuk perasaan seperti ini selalunya berakhir dengan kebakaran gudang dan kantor, kereta dan motor malahan nyawa yang tidak berdosa ikut melayang sama. Bukan sahaja bom molotov, parang panjang dan belantan yang digunakan. Sebut sahaja apa juga jenis senjata tercanggih di dunia, hampir semuanya ada dalam simpanan mereka. Pihak yang menganjurkan rusuhan pasti mempunyai stokpail senjata yang berbahaya untuk menentang pihak polis.

Di sinilah letaknya mutu para pemimpin demonstrasi Malaysia dan kebijaksanaan para peserta demonstrasi itu. Mereka tidak menggunakan sebarang senjata, melainkan suara dan semangat juang sahaja. Apakah Mahathir Mohammad dan para belacinya tidak mampu bersyukur kepada Allah akan fenomena ini? Apakah mereka fikir rakyat Malaysia tidak mampu menentang mereka dengan kekerasan bila dicabar? Semuanya mungkin berlaku satu hari nanti. Apabila ia berlaku memang tidak ada jalan untuk berpatah balik. Mahathir bin Mohammad harus bersedia menghadapi hari-hari sebagai petanda berakhirnya tarikh luputnya. Pesta Rakyat Yang Tidak Dilesenkan

Apa yang telah berlaku adalah satu gambaran jelas betapa pihak yang memerintah sudah jauh ketinggalan dalam kaedah memerintah rakyat yang memilih mereka. Sepatutnya permintaan rakyat untuk berdemonstrasi diberikan lesen oleh polis agar usaha rakyat itu boleh bertukar menjadi satu pesta yang disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira apa usianya dan apa juga fahaman politiknhya. Biarkanlah mereka pilih apa tema yang sesuai untuk memperingati perkampungan secara aman itu. Itu hal mereka, yang pentingnya mereka diberikan kebebasan untuk bersuara mengikut perlembagaan yang menjaminkan hak itu kepada mereka.

Melalui pertembungan sehat seperti yang dirancangkan oleh para penganjur GELITA 14 itu, rakyat tentu faham apa yang dimaksudkan oleh pihak penganjur. Di waktu yang sama pihak kerajaan tentu berupaya untuk bertindak memperbaikki prestasinya.

Di negara maju, hampir semua tunjuk perasaan rakyat dilakukan secara perundingan awal akan agenda yang dipilih oleh pihak yang mengadakan tunjuk perasaan. Mereka berbincang lebih awal dulu dengan pihak polis agar segala persiapan menjadi rapi dan tidak mengganggu-gugat keselamatan negara. Tempat berdemonstasi, tema tunjuk perasaan, tempoh bertunjuk perasaan dan segala kelengkapan yang akan dibawa sebagai 'prop' untuk menguatkan tunjuk perasaan; semuanya dirunding dulu dengan pihak polis untuk kejayaan sesuatu demonstrasi. Dengan lain perkataan, pihak polis menentukan keselamatan harta awam dengan mengajak pemimpin kumpulan yang mahu berdemonstrasi itu untuk berunding dulu. Perkara ini dilakukan kerana menunjuk perasan itu adalah satu kebebasan yang dihormati oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang mengamalkan demokrasi. Malahan, di negara komunis pun peristiwa tunjuk peraasaan dirunding dulu oleh kedua-dua pihak yang terbabit.

Apakah Mahatir sudah pekak badak kerana tidak memahami kaedah ini? Kenapakah dia berpura-pura tidak tahu akan taktik berdemonstasi masakini? Kalau kita lihat kos yang dikeluarkan untuk melatih pegawai polis dalam ilmu pertahanan awam mereka tentu pakar dalam psikologi membenteras huruhara rakyat. Ini bererti mereka memang pakar dalam demonstrasi rakyat.

- Usah Dibendung Demonstrasi Aman Rakyat

Sejarah telah membuktikan setiap kerajaan yang menidakkan rakyatnya menunjuk perasaan secara aman terpaksa bersedia akhirnya digulingkan oleh rakyat secara yang tidak aman. Di Thailand beberapa tahun yang lalu ramai para aktivis yang sanggup berpuasa berhari-hari lamanya kerana mahukan kerajaan yang memerintah meletakkan jawatan. Demonstrasi aman seperti ini diperlekehkan sahaja. Akhirnya rakyat memberontak dan berbuat huruhara dan kerajaan itu pun lari lintang pukang.

Di Fillipina, kerajaan Marcos kerap membendung tindakan rakyat berdemonstrasi. Malahan, setiap kali Marcos ke luar negara dibawanya semua isteri para pemimpin tentera dan polis sebagai cagaran agar suami mereka tidak berbuat angkara untuk menggulingkan kerajaannya. Akhirnya rakyat bersatu dan menunjuk-perasaan dan sanggup membuat benteng berhadapan dengan kereta-kebal tentera. Marcos terbang lintang pukang dan kojol di negara orang.

Di Indonesia, Pak Soharto sudah lama digulingkan. Sebelum itu dia berperanan sebagai Dewata Raya di Indonesia Raya. Isterinya Tien Suharto melakukan apa sahaja yang diingininya untuk mengaut khazanah negara. Pak Harto mengundurkan diri setelah menyerahkan kuasa kepada Habibie. B.J. Habibie pun sudah mengundurkan diri kerana mengikutkan kehendak majoriti rakyat yang mahukan Gus Dur. Ketika Pak Harto melepaskan jawatannya, dia tidak pernah bersuara bahawa Indonesia akan dilepaskannya setelah adanya klon untuk menggantinya. Dia tidak pernah pun meletakkan syarat sampai bila dia boleh berkuasa kerana dia tahu itu bukan lagi dalam bidang kuasanya. Dia berserah dan pasrah untuk melepaskan jawatannya. Yang menjadi kucar kacir sebelum dia meletakkan jawatan adalah gara-gara reaksi para jongos dan juak yang mahukan kuasa Pak Harto itu dikekalkan. Mereka tahu kalau Pak Harto pergi, kuasa yang ada pada mereka itu pun tidak akan bertahan lama lagi.

Oleh kerana kuasa Pak Harto telah terlalu tinggi letaknya dan kekuatannya telah dipropagandakan sebagai terlalu besar, makanya Pak Harto dapat bertahan lama. Itulah dia illusi yang dipasang siap oleh para jongos dan juak yang mengampunya. Mereka itulah sebenarnya pengkhianat negara yang kini masih menunggu untuk ditelanjangkan dosanya.

- Fantasi seorang Diktator Sewel

Oleh kerana si diktator tua sudah semakin sewel, sebarang usaha rakyat mendedahkan salah-lakunya mesti ditentang habis-habisan. Apakah rintihan rakyat itu relevan ataupun tidak, sudah tidak menjadi minatnya. Dia sudah lupakan kepentingan rakyat yang meletakkanya di persada yang sungguh berkuasa. Oleh kerana terlalu lama berkuasa, dia sudah semakin takbur bahawa kuasa itu adalh hak mutlaknya selagi hayat dikandung badan. Alangkah aibnya perbuatan itu. Apa saja yang dikatakan oleh rakyat agar dia boleh bertaubat akan ditentangnya.

Sebagai seorang Islam, kita harus ambil banyak iktibar daripada apa yang berlaku sekarang. Mahathir bin Mohammad adalah pemimpin tertinggi sebuah parti politik yang lama berkuasa. Inilah parti politik yang dikatakan menjamin ketuanan orang Melayu. Inilah parti politik yang dikatakan menjamin kesucian agama Islam. Tetapi, lihat dulu apakah yang berlaku sejak dua puluh lima tahun yang lalu. Di manakah martabat orang Melayu secara keseluruhannya? Di manakah kedudukan agama Islam secara kenyataannya di negara tanah orang Melayu? Jikalau raja-raja Melayu merupakan ketua agama Islam di negeri masing-masing, kenapa keluhuran agama Islam itu tercemar secara berdikit-dikit tanpa diperbetulkan? Kenapakah Mahathir bin Mohammad dibiarkan terus memperlekehkan ajaran Islam itu? Kita tentu teringat akan nama Salman Rushdie, seorang yang menganut agama Islam yang menulis buku 'The Satanic Verses' yang mepersendakan agama Islam. Kalau kita baca buku itu dan ambil segala ucapan Mahathir yang menghina agama Islam, kita akan berani berkata bahawa Mahathir Mohammad bukan sahaja setongkang dengan Salman Rushdie malahan lebih teruk dan jijik lagi. Kalaulah ucapan-ucapan Mahathir itu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disebarkan, sudah pasti ada beberapa kumpulan Islam di dunia ini yang menawarkan hadiah agar Mahathir Mohammad dibunuh sahaja.

Keupayaan orang Melayu bersabar dan tidak terburu-buru seperti orang Iran yang menghukum Salman Rushdie adalah satu gambaran budaya orang Melayu. Mereka lebih rela menunggu masa agar Mahathir memperbaikki keadaan dan sedar untuk bertaubat nasuha, setidak-tidaknya sebelum dia mati. Tetapi, apabila kita lihat perangainya yang berpanjangan memburukkan bangsa Melayu itu, setakat manakah kesabaran itu boleh bertahan? Apakah beliau masih layak digelar pemimpin negara kalau niat baik rakyat berkumpul menyerahkan satu memo kepada Agongnya dikatakannya sebagai huruhara? Bukankah itu gambaran seorang pemimpin yang sudah sewel?

Siapakah Lagi Disamping Diktator Sewel ?

Kita dapat melihat secara jelasnya di hari-hari yang mendatang, siapa yang sedang memerintah negara ini secara logiknya. Adakah pemerintahan itu sebenarnya datang daripada Mahathir ataupun beberapa orang lain yang menggunakan Mahathir sebagai proksi mereka. Soalan ini kita kemukan kerana mendapti Mahathir sudah semacam tidak berapa minat untuk memerintah. Dia sudah tidak kisahkan sangat masalah rakyat jelata.. Rakyat jelata yang merasakan tekanan hidup bertambah-tambah disebabkan pelbagai masalah sudah semakin tertanya-tanya apakah Mahathir memahami kesengsaraan mereka. Apakah Mahathir tahu betapa susahnya hidup di kotaraya dengan gaji sekitar RM 650.00. Itulah gaji yang diterima oleh kebanyakan pengawal keselamatan dan polis biasa. Itulah juga gaji yang diterima oleh sebahagian besar penghuni rumah setinggan di kotaraya. Apakah yang boleh dibelanjakan dengan wang sebanyak itu bagi sebuah keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya lima mulut untuk disuap setiap hari?

Kalau Mahathir faham akan masalah ini tentu dia sudah lakukan satu program untuk memperbaikki taraf kehidupan rakyatnya. Tetapi apakah yang selalu digembar-gembrukannya? Dia selalu berkata; "Kerajaan menyokong projek besar-besar kerana apabila projek itu mendapat keuntungan, kerajaan menerima cukainya untuk diagihkan kembali kepada rakyat" Soalnya sekarang di manakah cukai yang dibayar oleh syarikat besar-besar itu sedangkan mereka memerlukan duit rakyat untuk terus bernafas dan jatuh tergolek kerana muflis?

Apabila rakyat mula sedar akan kepincanagan pimpinan negara, rakyat meneluh dan mahu Mahathir undur. Tetapi, bukan sahaja Mahathir yang enggan undur, malahan semua pengampu yang menakik khazanah negara yang tidak mahu Mahathir undur. Mereka amat takut kalau Mahathir sudah tidak berkuasa, mereka adalah golongan yang pertama yang akan menerima padahnya, bukannya keluarga Mahathir.

- Sistem Pelindung Yang Melindungi Mahathir

Sejarah kepimpinan Mahathir bukannya cantik sangat. Ia menjadi cantik disebabkan proses propaganda yang bertubi-tubi. Terlalu banyak khazanah negara yang dibazirkannya kerana beberapa projek yang telah dikendalikan oleh para kroni. Kalau kita perhatikan beberapa projek yang diterajui oleh ketua syarikat daripada kaum China, kita dapati projek itu gagal dengan membabitkan berjuta ringgit. Mahathir masih sanggup mempertahankan projek itu sehingga ke titisan peluh jantannya. Yang lucunya, hampir semua projek yang gagal itu diamanahkannya kepada taiko-taiko Cina yang dipertaikaikan oleh sebilangan besar masyarakat Cina di negara ini. Lihat dulu siapa Eric Chia, Tan Sri Ting, Vincent Tan, Abdullah Ang dan banyak lagi. Begitu juga yang sedang naik laksana roket sekarang ini yang namanya tidak perlu kita sebutkan dulu. Apakah Mahathir amat berpegang teguh kepada falsafah China bahawa orang yang tidak berkelulusan universiti lebih pintar menguruskan perniagaan besar-besar? Ataupun apakah mereka itu dipilih kerana mudah dimanipulasi? Siapakah yang menapilusai siapa dalam hal ini?

Sebenarnya, beberapa harian dan majallah Cina memang banyak menulis akan perkara ini, cuma kita orang melayu tidak membacanya kerana tidak ada terjemahannya. Seoran kawan Cina yang kerap memberikan terjemahan secara sukarela kepada saya akan cetusan minda masyarakat Cina pernah berkata:

........."Adalah amat sayang sekali, Mahathir seorang Melayu yang berpelajaran tinggi mudah termakan pujuk rayu orang Cina yang tidak berpelajaran. Inilah golongan yang naik melalui tipu muslihat dan penggunaan samseng dan segala rupa bentuk korupsi. Gologan Cina seperti ini akan menggunakan segala taktik kotor untuk naik dan menjadi kaya. Mereka tidak punyai pilihan lain. Inilah golongan yang sanggup menggadaikan isteri dan anak mereka untuk meniduri sesiapa sahaja yang mereka mahu pengaruhi. Nampak sangat Mahathir telah terpesong dengan mempercayai golongan ini. Bahananya memang tidak jelas sekarang ini kerana golongan serupa ini menggunakan wang panas sebagai modal perniagaan mereka. Kejayaan mereka mempergunakan Mahathir bererti mereka menjadi juara untuk membersihkan wang haram itu di negara ini. Amalan 'Money-laundering' merupakan sistem benteng mempertahankan kuasa Mahathir selama ini."

Saya percaya Mahathir memang tidak menyedari perkara ini daripada awal lagi. Dia bukannya semudah itu untuk dibelit oleh orang-orang yang rakus. Tetapi, sejak tujuh tahun yang lalu, saya telah meneliti ucapan-ucapan dan cara Mahathir berfikir. Nampak sangat beliau berfikir seolah-olah dia menguruskan satu konglomerat perniagaan dan bukannya mentadbir sebuah negara yang bermajmuk penduduknya. Kalau kita selidikki pula jenis-jenis perniagaan yang diceburi oleh anak-anaknya dan kita amati pula para rakan kongsi mereka akan timbul satu trend bagaimana mahathir dipengaruhi oleh orang-orang yang menjadi rakan kongsi anak-anaknya itu. Oleh kerana kebanyakan bisnes yang dikendalikan adalah bisnes yang besar-besar, kita boleh buat andaian bahawa umur yang tidak seberapa dan pengalaman kerja yang masih matang tidak memungkin anak-anaknya itu pintar dalam urusan yang mereka kendalikan. Apabila berlaku kecacatan kepada agenda perniagaan, mereka tidak mampu mengawal proses merudumnya perniagaan mereka kerana kekurangan pengalaman. Jalan pintas yang paling mudah ialah meraung kepada papa dan mama untuk meminta bantuan. Apa lagi, pintu kahzanah negara pun dibuka tanpa melaungkan mantera 'Semar Inseng matakaji.....' yang pernah diajar oleh P Ramlee kepada orang Melayu dulu. Mahathir hanya perlu memenjarakan Anwar Ibrahim dengan pelbagai tuduhan yang jijik-jijik, tidak kiralah termasuk meliwat sesiapa sahaja yang namanya ditonjolkan untuk dijadikan mangsa. Bukankah itu taktik peniaga Cina di zaman dulu-dulu?

- Siapa Sebenarnya Yang Diselamatkan?

Untuk sekian lama sejak dua tahun yang lalu kita diberitahu betapa Mahathir membalun harta negara untuk menyelamatkan syarikat anak-anaknya. Tidak, itu tidak benar-sebenarnya. Dia telah melakukan semua itu untuk menyelamattakan para kroninya.. Anaknya terus dimangsakan oleh para kroni itu untuk menutup identiti mereka. Inilah golongan yang masih menguasai kerusi di parlimen, di dewan undangan negeri dan yang masih menjadi tokoh korporat yang dihormati. Sebenarnya Mahathir amat arif tentang hal ini. Itu sebabnya dia mudah melenting kalau ada orang bertanya kenapa dia terlalu memberi penekanan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anaknya. Dalam hal ini Mahathir, memang ada betulnya.

Untuk mengetahui syarikat yang dimilikki oleh anak-anak Mahathir, anda boleh buka Laman Fitnah e-UMNO (http://209.185.131.251/cgi-bin/linkrd?_lang=&lah=c5d107af22d21584ddbc5b48c33fe4cb&lat=955935896&hm___action=http%3a%2f%2fcome%2eto%2fe%2dumno) dan buka laman Harat anak-anak. Di laman web lain pun ada semua butir-butir itu diarkibkan. Dari situ kita akan tahu berapa besarnya harta yang dimilikki oleh anak-anak Mahathir ini. Aduuuhhhh. Banyak sekali. Tidak setimpal dengan umur mereka dan ilmu pengetahuan mereka. Bayangkan apakah perasaan anak-anak Melayu yang pernah belajar dengan mereka di sekolah hingga ke universiti. Bagaimanakah keadaan anak-anak Melayu itu yang masih lagi melunaskan biasiswa kerajaan mereka dan cuba bekerja secara jujur dan amanah sambil membayar ansuran rumah dan kereta.

Menyedari hakikat ini eloklah kita sedar betapa Mahathir berperangai songsang sejak sepuluh tahun yang lalu kerana terjebak ke dalam kancah yang disediakan oleh sistem pemerintahannya yang sudah membesar laksana satu raksasa. Dia tidak berupaya memusnahkan raksasa itu kini dan terpaksa akur kepada kehendak raksasa itu untuk terus berkuasa. Inilah bahananya memerintah dengan keyakinan rakyat dan memungkirkan sumpa setia yang diambil ketika memegang jawatan yang diamanahkan itu. Itulah sebabnya perangai Mahathir lima belas tahun yang lalu dan Mahathir di alaf baru ini amat berbeza sekali. Dia sudah menjadi saorang banduan kepada sistem kerakusan yang sudah menghantui hidupnya.

Untuk meneruskan rencana yang telah dikotak-katikkan oleh sisem raksassa ini ramai para pengikut setianya yang menjadi mangsa. Ghafar Baba, Musa Hitam, Tengku Leigh, dan yang terakhir ialah Anwar Ibrahim. Semua pemimpin yang namanya disebut sebelum Anwar telah terjebak ke kancah 'oblivion' ataupun semi-oblivion (oblivion bererti terpendam) melainakn Anwar. Anwar Ibrahim cuba dipendamkan juga tetapi sanggup bangkit menentang Mahathir dan akhirnya terjerumus pula dalam penjara.

Mahathir sanggup memenjarakan Anwar yang merupakan benteng utama yang melonjakkan namanya dan melanjutkan pengaruh kuasanya yang amat rapoh dan palsu selama itu. Setelah merasakan kepuasan kuasa dia terus haloba dan sanggup memenjarakan Anwar semata-mata mahukan terus berkuasa. Sebenarnya, Mahathir yang terpenjara kini walaupun pada asasnya jasadnya masih bebas bekeliaran ke sana-sini. Dari segi spiritual, fikiran Mahathir sudah lama terpenjara dalam kepompong yang menyanyokkan.

Bila Rakyat Gelisah

Sejarah telah menunjukkan rakyat mula gelisah apabila kehidupanya tidak tenteram. Ketenteraman kehidupan dirasakan tergugat apabila pendapatan bulanan tidak dapat menampung keperluan hidup rakyat jelata. Ini berlaku apabila kos barang makan semakin menigkat. Kos perkhidmatan yang asas seperti tambang bas, tol, keretapi, wayang, dan sebagainya semakin mengikat sehinggakan rakyat merasa tertekan untuk hidup secara 'simple' dan bersahaja. Di waktu yang sama rakyat mula membuat penilaian secara mencongak akan cara hidup mereka dengan cara hidup jiran di sebelah rumah. Kalau keadaan tertekan sama dirasai, mereka akan berkumpul pula untuk menilai cara hidup orang lain.

Apabila rakyat marhain menilai pula cara hidup orang atasan mereka tentu menjadi keliru dengan sistem pemerintahan negara. Mereka menjadi tertekan melihatkan betapa adanya satu kumpulan manusia yang mampu menggunakan kereta berlainan setiap hari kerana terlalu banyak kereta di halaman rumah. Apabila melihatkan latar belakang orang yang hidup mewah itu tidak pun seberapa hebat dengan orang lain, tentulah masyarakat keliling tertanya-tanya di gua manakah si 'Ali Baba' mendapatkan harta karun. Tentu rakyat marhain mahu juga menjadi 'Kassim Baba' sekali dalam hidupnya. Apabila diberitahu keperluan menjadi kaum kerabat Para Kroni, sudah tentu rakyat marhain merasakan diri mereka sudah jatuh menjadi rakyat negara kelas Tiga.

Dengan hal yang demkikian Mahathir Mohammad tidak boleh menyalahkan rakyat jelata berdemonstrasi kalau mereka mahu menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertuan Agong ataupun kepada raja dan sultan yang lainnya. Mereka tidak ada pilihan lain lagi setelah menilai keadaan hidup mereka yang terus tertekan. Rakyat berhak meminta raja-raja bertindak menyingkirkan Mahathir daripada jawatannya kerana rekod kezaliman pemerintahannya. Tindakan rakyat adalah mengikut apa yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Kenapakah Mahathir menidakkan hak rakyat bertemu rajanya untuk menyerahkan satu memorandum ? Kalau rakyat di negara ini dengan mudah boleh bertemu sebarang duta luar negara untuk menyerahkan surat bantahan (seperti yang kerap dilakukan oleh pergerakan pemuda UMNO) kenapakah rakyat tidak dibenarkan melakukannya terhadap raja mereka sendiri?

KESIMPULAN

Belum pun sampai empat puluh empat hari, sejak Mahathir meminta raja-raja turun ke padang bertemu rakyat untuk memperbaikki perpecahan yang dikatakannya melanda masyarakat Melayu. Seruannya itu pun belum dipraktikkan lagi oleh raja-raja dan besar kemungkinannya ia hanya merupakan satu seruan sahaja. Cukup untuk dijadikan bahan sejarah raja-raja Melayu dengan rakyatnya. Itulah cara pentadbiran Mahathir. Kita tentu masih ingat beberapa projek rakyat yang dilancarkan ketika kempen pemilu ke-10 hampir memuncak. Ada kempen Tujuh 'M'. Ada kempen 'Pas Baru' di Kelantan, ada kempen 'Malaysia Boleh' dan 'Majulah Malaysia dan sebagainya. Semua itu adalah sebahagian daripada propaganda untuk mengekalkan kuasa Mahathir dan para juaknya. Begitulah juga dengan projek Rakan Muda yang berjuta-juta harganya. Siapakah yang untung daripada projek itu kalau bukan para kroni semuanya?

Kini rakyat yang hidupnya semakin tertekan sudah pun bersatu untuk menentang pemerintahan Mahathir secara aman. GELITA 14 yang memperingati pemerintahan yang zalim telah digerakkan dengan penyerahan satu Memorandum kepada yang Dipertuan Agong. Barisan rakyat yang aman itu sepatutnya diberi ruang untuk menyerahkan Memo itu tanpa perlunya sebarang lesen. Kerana sikap itu adalah tanda hormat para pemimpin kepada rakyatnya. Lagipun kebebasan berdemonstrasi adalah satu kebenaran yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Adalah amat malang Mahathir sebagai pemimpin terulung negara sanggup memfitnah bahawa rakyat akan berbuat huruhara dengan berenjatakan bom molotov, parang panjang dan belantan. Rakyat ternyata lebih bijaksana darinya. Demonstrasi GELITA 14 telah berjalan dengan jayanya dan sekaligus memperlekehkan pendirian dan buruk-sangka Mahathir. Saya ingin merakamkan satu kandungan emel yang ditulis akan hal ini:

.... "Bersyukur Hanya Kepada Yang Esa" oleh: ZABA

.. "Dua tiga hari lalu saya bertekun bersolat hajat untuk keselamatan rakyat marhain yang akan berjuang pada 15 April. Saya tidak kesempatan menukilkan coretan hati di ruangan yang saudara khaskan, atas sebab-sebab tertentu. Tidak malu untuk saya katakan bahawa saya tidak berusaha untuk turun sama pada hari tersebut. Namun jauh di lubuk hati saya, sumbangan yang amat kecil yang dapat saya hulurkan ialah doa restu yang tidak putus-putus malah sejak dua tahun yang lalu. Setiap detik kehidupan saya (selain dari memikirkan diri sendiri), saya memikirkan keadaan bangsaku dan apakah kesudahan kes DSAI. Semangat sentiasa berkobar, sememangnya tidak akan pernah padam.

"Hari ini saya menyaksikan deretan trak-trak polis dan FRU di sepanjang Dataran Merdeka dan hati saya berdetik pilu mengenangkan seolah-olah kita berada dalam suasana amat getir sedangkan rakyat marhain relaks bersantai di sepanjang jalan tanpa reaksi cemas di wajah mereka.

"Semasa berkumpul saudara-mara pagi ini selepas majlis usrah kami berbual-bual mengenai ura-ura demonstrasi. Tidak seorang pun dari kami yang sudi menonton TV ataupun membaca akhbar untuk mengetahui berita terkini. Kenapa?....Mereka sudah lali dengan cerita akan berlaku huru-hara. Malah suasana menjadi gamat seperti selalu dengan masing-masing menceritakan telatah PM yang sewel.

"Semasa memandu melintasi bandaraya tengahari ini saya semakin insaf akan erti perjuangan ini dan merasakan betapa setiap hati dan dada rakyat marhain yang perihatin telah tertanam semangat untuk membawa Malaysia ke era baru sebagaimana yang diluahkan oleh DSAI dari bilik kurungannya. Saya msih ingat kata-kata DSAI pada 20 September 1998 di Masjid Negara: "Seorang Anwar pergi seribu Anwar akan muncul" amatlah berbisa...."

....Melalui Emel berarikh 16/4/2000.

Rakyat marhain sudah bangkit sempena kemunculan GELITA 14. Mereka bangkit mengikut cara yang mereka tahu. Ada yang berdoa, ada yang bersolat hajat, ada yang sanggup menantikan pancutan air asid mengenai tubuhnya. Mereka datang dari pelusuk negara hanya dengan satu berita agenda yang pendek tetapi penuh bermakna. Inilah kebangkitan rakyat yang pernah saya ingatkan kepada mereka yang berkuasa dan memerintah sejak dua tahun yang lalu. Mahathir dan para juaknya memperlekehkannya seolah-olah rakyat marhain itu adalah robot yang boleh dikunci-kunci di belakangnya untuk melakukan apa sahaja gerak laku yang telah diprogramkan. Itulah rakyat marhain di zaman IT, mengikut persepsi Mahathir Mohammad. Oleh kerana taksubnya dengan kemegahan negara di bawah pentadbirannya, oleh kerana besarnya nafsu untuk menjadikan negara menonjol dalam bidang IT Mahathir fikir rakyat sudah boleh diprogram seolah-olah sudah tertanam satu chip khas di anggota mereka.

Kalau rakyat mahukan lesen berdemonstrasi dia mahukan rakyat membawa bom molotov, parang dan belantan untuk mencetuskan huru-hara. Itulah demonstrasi rakyat mengikut tafsirannya. Dia lupa itulah chip IT yang belum terpasang di otak semua rakyat yang tidak segila dan sesewel dirinya. Rakyat negara ini tidak perlu chip IT seperti itu.

Masanya sudah sampai untuk Mahathir Mohammad memasang satu chip pada dirinya yang boleh mengulangkan kata-kata yang berbunyi: Undurlah dengan cara terhormat ketika masih lagi bernyawa.......!

Wassallam.
Marhaintua@Hotmail.com
17.4.2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com