Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Bab 13 - Bila Jiwa Mula Bergegar

BILA JIWA MULA BERGEGAR

(Awalkata: Tulisan ini ditujukan khas kepada semua pengunjung yang mengirimkan emel sejak tiga bulan yang lalu. Semoga penulisan ini merupakan jawapan kepada emel anda itu.)

Kehidupan orang Melayu pada keseluruhannya semakin bergegar kini. Mereka sudah menjadi satu bangsa yang mencelaru. Di rumah, surau dan masjid mereka dapat merasakan kehidupan yang boleh diserasikan. Tetapi apabila membuka radio dan TV mereka disogokkan dengan kata-kata betapa bangsa Melayu itu sudah berada di ambang perpecahan. Bagaimanakah ini boelh terjadi, sedangkan perpecahan sebenarnya itu tidak pun dirasakan oleh sesiapa. Orang Melayu menjadi bingung. Perpecahan bangsa ? Mana ada kata mereka. Perpecahan berpolitik mungkinlah. Tetapi, bangsa mana yang tidak berbeza dalam pemikiran politiknya, kata mereka. Inilah dilemma orang Melayu masakini yang dicanangkan oleh seorang diktator tua yang rakus dengan kuasanya.

- Projek Komputer dan RISDA

Kelmarin, semua akhbar perdana membawa berita dan gambar Mahathir di Universiti Utara Malaysia merasmikan projek memasang komputer. Sungguh gah projek itu sehinggakan seorang perdana menteri bagi 22 juta manusia perlu pergi melancarkan projek tersebut. Dilaporkan juga ucapan yang berjela-jela dan merewang-rewang, laksana orang buka internet yang mudah merewang tanpa tujuan kalau tidak cukup fokus dalam melayari dunia siber itu.

Dalam pertengahan tahun 80an dulu, harga komputer peribadi (PC) masih tinggi dan tidak mampu dibeli oleh rakyat marhain di Eropah dan Amerika. Ketika itu PC masih merupakan alternatif kepada komputer 'A' Frame yang besar dan hodoh yang masih digunakan oleh pejabat besar di seluruh dunia. Muncullah seorang usahawan yang bernama Alan M. Sugar yang mengusahakan projek membikin komputer jenis PC di Korea. Dicarinya beberapa kilang plastik di Korea dan diusahakannya pembikinan PC (jenis Klon IBM) di sana dengan menggunakan alat-alat terkini ketika itu. Lahirlah sebuah komputer berjenama AMSTRAD (rangkuman namanya dan perkataan Trading). Kemudian AMSTRAD disenaraikan di pasaran saham London hingga ke hari ini dan Alan Sugar menjadi seorang billionaire dalm masa yang singkat. Kini, salah satu perusahaannya ialah menaja pasukan bola Totenham Hotspur.

Alan Sugar bukannya seorang perdana menteri kepada sebuah negara yang mempunyai 22 juta manusia. Kalaulah dia tahu cerita bagaimana seorang perdana menteri (yang bergelar wira dunia Ketiga; he.he.he) membuang masa untuk menyaksikan pembikinan memasang komputer peribadi, saya fikir dia mungkin masuk hospital kerana ketawa berdekah-dekah terlalu lama.

Kalaulah Alan Sugar dapat tahu cerita bagaimana si perdana menteri ini terbang menggunakan jet peribadi hasil titik peluh rakyat marhain untuk tujuan itu dan kemudiannya pergi ke sebuah majlis RISDA yang dihadiri oleh manusia yang tidak melebehi 300 orang (seperti yang digembar-gemburkan oleh akhbar perdana), Alan Sugar pasti ketawa lagi dan terus masuk wad ICU. "What the heck...impossible...!" mungkin itulah katanya.

Cerita Alan Sugar dengan komputer AMSTRAD memang satu cerita lama. Ketika dia melancarkan komputernya itu, ramai pembeli yang datang daripada Jarman, Belanda, Belgium dan Peranchis untuk membeli komputer itu di Essex. Di situlah terletaknya ibupejabat dan gudang AMSTRAD di waktu itu. Para pembeli mahukan komputer itu kerana dijual kurang daripada satu ribu dollar Amerika. Ketika melancarkan komputer itu di London AMSTRAD melancarkannya juga di kota besar di negara EEC yang lainnya. Kerana harganya murah dan barang buatannya baik, pembeli meluru ke London dan Essex untuk membelinya. Alan Sugar tidak perlu melancarkan satu majlis untuk memulakan projek memasang komputer itu. Disediakannya beberapa kontena yang berisi komputer dulu dan dilancarnya majlis penjualannya. Tetapi, Perdana Menteri Malaysia yang sungguh angkoh mengaku sebagai pakar ekonomi memikirkan pelancaran projek memasangnya dulu adalah lebih baik untuk menarik minat pembeli di satu hari nanti. Kalaulah dia kenal dengan Alan Sugar terlebih dulu, tentu ada sesuatu nasihat yang boleh diperolehinya. Nasihat pertama yang diterimanya mungkin bernunyi: "Jangan beli jet peribadi kerana itu mengkhianati rakyat marhain...."

Kepimpinan Yang Jauh Menyeleweng

Majoriti rakyat negara ini; tidak kira apa kaumnya, apa pegangan agamanya dan apa juga fahaman politiknya sudah merasa jelak dengan kehadiran seorang diktator tua sebagai perdana menteri. Inilah satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ini juga fenomena yang amat diketahui dan difahami oleh hampir semua pemimpin yang berada di keliling Mahathir. Cuma mereka tidak berani berdepan dengan beliau secara berterus terang dan menyatakan sesuatu untuk memujuknya berundur secara hormat. Mereka terlalu menghormatinya, bukan disebabkan terlalu taksub akan ketokohannya. Penghormatan mereka itu lebih berpunca dari kebencian juga. Mereka amat bencikan keupayaannya menggunakan segala hukum drakonian yang akan menjebak mereka ke muka pengadilan dan akhirnya memerangkap mereka ke bilik berjejari besi di mana makanan percuma dihidangkan setiap hari.

Fenomena yang menjijikkan ini yang berjaya mengekalkan kuasa seorang diktator dan rejim pemerintahannya telah berjaya menjadikan hampir semua para ahli kabinet rejim itu kehilangan ciri-ciri ketaqwaan mereka. Sekaligus mereka menjadi robot yang diprogram untuk bertindak mengikut rentak kerakusan seorang diktator tua. Demikianlah besarnya pengaruh Mahahtir ke atas kehidupan rakyat Malaysia masakini. Namanya yang mengungguli pucuk pemerintahan negara merupakan satu nama yang paling rapat dengan kehidupan seseorang rakyat negara ini yang lahir tiga puluh tahun yang lalu. Inilah nama yang sungguh menjijikkan sekali, akhirnya.

Apa yang berlaku kepada Mahathir adalah suatu cebisan sejarah Melayu moden yang amat dikesalkan. Belum terjadi lagi betapa seorang pemimpin negara yang disanjung tingi-tinggi di awal pemerintahannya, dicemuh, dihina secara terang-terangan dalam dunia penulisan oleh rakyat yang pada satu ketika dulu amat kagum dengan ketokohannya. Malahan belum ada seorang pemimpin sebelum Mahathir yang amat dibenci oleh rakyat sehingga demonstrasi jalanan sanggup dilakukan oleh rakyat marhain secara besar-besaran di merata pelusuk negara. Kalaulah mereka diberikan lesen untuk tujuan itu......!

Disebabkan Gila Kuasa

Setiap hari kita diberitahu betapa ekonomi negara sudah semakin pulih. Malahan ada kaki ampu di radio dan TV yang lebih berani berkata betapa ekonomi negara sudah pulih. Benar atau tidak kenyaaanini tidak mahu dipersoalkan kali ini. Tetapi kita selalu terfikir kenapakah tidak disoal betapa ekonomi negara merudum dulu disebabkan kepincangan pentadbiran negara?

Apa yang sedang berlaku di negara ini sekarang adalah impak kerakusan, ketamakan kehalobaan dan kesan-kesan gila kuasa yang menjadi pakaian hidup seorang diktator tua yang berasal daripada glolongan pendatang haram. Di zaman penjajah British bertapak di negara ini, orang yang datang dari negara luar merupakan insan yang mudah tunduk tertakut-takut terhadap golongan pemerintah. Kerana itu mereka terpaksa hidup laksana sesumpah yang perlu belajar bagaimana mahu menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekeliling. Hanya apabila keadaan sekeliling itu difikirkan selamat barulah si sesumpah itu mula menunjukkan warna dan rupanya yang sebenar dengan penuh keangkuhan.

Manusia yang pandai menonjolkan dirinya adalah manusia yang banyak meniru perangai dan sikap haiwan, baik dari aspek segala kebaikan haiwan itu mahupun dari sikap negatif ala kebinatangannya. Kerana itu kita kerap melihat bagaimana seorang manusia yang buruk laku dan bersikap binatang mempunyai ciri-ciri kehaiwanan yang amat menjijikkan sehinggakan ia disisihkan oleh masayarakatnya. Masyarakat manusia memang tidak mudah serasi dengan seroang insan yang sudah bertahap binatang.

Di waktu yang sama kita dapat lihat betapa banyak bentuk ilmu yang dapat dipelajari daripada kelakuan positif masyarakat haiwan itu. Semua gerak geri ilmu persilatan dan mempertahan diri adalah ditiru daripada gerak geri haiwan. Kerana itu kita lihat hampir semua posisi bunga dan buah dalam ilmu Kungfu, Judo, Karate, Taichi dan sebagainya adalah mengikut gerak langkah unggas dan mergastua. Rahsia terbesar dalam peniruan gerak langkah mergastua itu terletak kepada keupayaan manusia untuk menarik nafas kerana keupayaan mengawal pergerakan pernafasan merupakan kunci rahsia yang dapat mengawal otot-otot dalam badan. Kepintaran mengawal otot-otot merupakan kunci rahsia untuk membolehkan seseorang itu melepaskan pukulan maut ataupun tepisan berkuasa-kuda yang tinggi ketika mengelak pukulan kuat daripada pihak lawan. Kepintaran mengelak pukulan lawan dan menggunakan kuasa pukulan lawan itu untuk menghenyaknya kembali merupakan rahsia penting ilmu mempertahankan diri.

Kekuatan Melayu Adalah Juga Titik Kelemahannya

Pengaruh ilmu mempertahankan diri yang dipelajari dan diamalkan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu merupakan satu penghalang besar yang telah amat difahami oleh seorang diktator tua. Dia telah melihatnya ketika tercetusnya peristiwa penubuhan Malayan Union. Mungkin beliau sendiri telah menyaksikan aksi orang Melayu merusuh di Singapura ketika episod Natrah bergolak. Paling terkini dia melihatnya ketika tercetus Tragedi Mei 13. Namun, segala kekuatan yang terdapat pada masyarakat Melayu dalam ilmu mempertahankan diri itu telah dapat diteliti dan diamati sehinggakan si diktator tua itu sudah mampu menelah di manakah letaknya kelemahan di celah-celah kekuatan Melayu itu. Kepintaran pengamatannya telah menjadi satu senjata yang amat besar untuk menguasai minda orang Melayu selama lebih daripada suku abad yang lalu.

Sudah menjadi sesuatu yang lumrah bahawa orang Melayu sebagai satu bangsa yang beragama Islam, hidup sebagai satu golongan yang lebih mementingkan kehendak masyarakatnya. Inilah budaya Melayu yang asal yang dijaga dengan penuh tertib dan segala kegigihan yang terdaya di seantero gugusan kepulauan Melayu. Di mana sahaja seseorang Melayu itu pergi, kalau dia muncul di ambang rumah seorang Melayu yang lain, mereka akan bersalam-salaman, sebelum berkata sesuatu untuk membuka bicara. Hajat pertemuan yang sebenar tidak akan dimulakan tanpa didahului dengan kata-kata pujian dari kedua-dua pihak dan selagi juadah dan minuman tidak dihidangkan oleh pihak tuan rumah kepada tetamunya. Walaupun pertemuan itu bertujuan menyelesaikan sesuatu krisis kemanusian yang membabitkan pergaduhan yang berpanjangan, majlis penyelesaiannya perlu ditaja dengan penuh hormat dan manis peradabannya. Inilah budaya Melayu lama yang diwarisi turun temurun dan diwarnai dengan pelbagai unsur-unsur tambahan hasil ciplakan unsur dan budaya asing. Tujuannya adalah sama; menjurus ke arah kebaikan juga.

- Di Sebalik Budaya Melayu Yang Berhemah Tinggi

Kalau diteliti budaya Melayu yang diwarisi turun temurun itu terdapat beberapa ciri kemanusian yang amat menonjol: bertaqwa dan patuh mengahadapi Tuhan (Allah) dan beradab ketika berurusan dengan sesama insan. Menghormati golongan tua dan yang berpengalaman. Mengkagumi golongan yang berpendidikan. Kesetiaaan kepada raja dan wakilnya. Memuliakan golongan ulama dan para qariah masjid dan surau. Memberi ruang kebebasan kepada golongan muda yang menjadi benteng maruah bangsa untuk menjaga keselamatan martabat perkampungan mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Menghormati golongan kaya dan besimpati dengan golongan yang papa kedana.

Inilah di antara kekuatan sesuatu masyarakat Melayu yang progresif. Inilah juga ciri-ciri budaya Melayu yang diperkayakan oleh anak bangsanya dengan cara mewarisinya turun temurun dan mempertahankannya sebagai warisan bangsa. Inilah budaya Melayu tulin yang pada satu ketika dulu berupaya mempertahankan martabat bangsa Melayu itu daripada diresapi pengaruh ajaran agama lain. Hasilnya orang Melayu di Malaysia ini masih lagi mengamalkan agama Islam dan tidak lagi seperti orang-orang pribumi di negara lain yang sudah dapat dipengaruhi oleh agama lain sehinggakan kini mereka berantakan disebabkan keagamaan juga.

- Runtuhnya Tembok Membentengi Peradaban Budaya Melayu

Ada satu kesamaan dalam buku sejarah bangsa asing yang pernah menjajah Tanah Melayu dan yang amat kurang diulang dan diungkit oleh sejarawan negara ini: "semangat juang Melayu dan kesetiakawanan oranga Melayu". Setiap penjajah yang datang dan pergi ada merakamkan dalam buku sejarah mereka betapa mereka tidak mampu bertahan di Semenanjung Tanah Melayu kerana budaya orang Melayu yang mampu berlembut untuk satu ketika yang panjang sehinggakan mengelirukan golongan yang menjajah. Banyak penulisan yang kita temui yang menceritakan bagaimana orang Melayu sanggup berlagak 'bodoh' sedangkan tujuan sebenarnya ialah untuk melindungkan satu martabat diri yang sungguh tinggi nilainya.

Ketika British menjajah Malaya, Sabah dan Sarawak; ancaman komunis merupakan batu penghalang yang melecehkan proses membalun harta kekayaan negara. Kerana itu, British terpaksa melaksanakan kem perkampungan untuk masyarakt Cina kerana mereka merupakan golongan yang menganggotai pasukan komunis di hutan-hutan. Tetapi, British tidak akan berjaya memerangai ancaman komunis itu tanpa bantuan orang Melayu yang menganggotai pasukan keselamatan untuk meredah hutan belantara mencari sarang komunis itu. Sejarah telah menunjukkan lebih ramai askar British dan Melayu yang mati di hutan daripada bilangan orang Cina yang berpakaian komunis yang mati dibunuh. Kerana apa? Kerana orang Cina yang dicari-cari di hutan belantara itu sebenarnya tidak ada di hutan yang diredah oleh pasuakan keselamatan pimpinan British. Majoriti mereka samada berada di kawasan sempadan dengan Thailand ataupun duduk bersenang lenang dalam kem perkampungan Cina yang dikawal rapi itu. Kumpulan komunis pimpinan Chin Peng dan Rashid Maidin telah melaksanakan taktik 'hit and run' untuk mengganggu-gugat ketenteraman kerajaan British di negara ini. Mereka berjaya dengan taktik ini kerana sokongan padu sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini. Tahap utama sokongan itu dapat dinilai daripada bilangan orang Cina yang sanggup menganggotai pasukan keselamatan untuk memerangi pasukan komunis. Masyarakat Cina lebih selesa berniaga secara kecil-kecilan daripada memikul senjata meredah hutan.

Ketika itu ada satu persoalan yang kerap diulang-ulang di kalangan muda melayu; kenapakah orang Melayu sanggup berkorban nyawa menganggotai pasukan keselamatan semata-mata mencari komunis di hutan?. Kenapakah pula orang Melayu dikerahkan mengawal setiap kem pekampungan Cina sehinggakan tidur mereka pun mahu ditentukan keselamatannya untuk mencetus mimpi yang indah-indah belaka? Apakah ganjaran sebenar kepada masyarakat Melayu yang bersenjata itu? Soalan seperti ini dicetuskan kerana kerajaan British telah memperbodohkan orang Melayu melalui institusi raja-raja dan wakilnya di perkampungan. Masyarakat Melayu dikehendakki bersedia berkorban jiwa dan raga semata-mata untuk mempertahankan kedaulaan raja-raja dan bangsa. Tetapi apakah yang dikatakan oleh British dan raja-raja ketika itu? Mereka memukul canang menggerakkan semangat juang Melayu dengan berkata: Berjuanglah untuk mempertahanakan negara kita Persekutuan Tanah Melayu.....! Tidak pernah mereka berkata, '..berjuanglah untuk kedaulatan raja-raja dan martabat penjajah yang ada...!' Lantas, bergegaralah jiwa orang Melayu dengan satu semangat juang - yang palsu kerana dipalsukan.

Demikianlah caranya Melayu itu ditipu sejak bertahun yang lalu. Orang Melayu itu telah diumpan dan disogokkan satu corak pemikiran betapa kehidupannya adalah berkisar matlamat kemasyarakatnnya yang berpaksikan kedaulatan raja-raja dan pemerintah yang ada. Itu sebabnya di zaman pemerintah raja-raja Melayu kono dulu, rakyat marhain dimestikan menghadirkan dirinya ke istana apabila dipanggil untuk berperang. Dia dimestikan menyediakan senjata dan juga bekalan makanan ketika beperang itu. Sebelum berperang, raja-raja Melayu mengizinkan bakal hamba perangnya untuk meniduri para gundik untuk beberapa hari yang tertentu sebagai penyedapnya. Para gundik itu pula merupakan janda-janda bala tentera istana yang terkorban ketika berperang ataupun kaum wanita yang ditawan daripada pihak musuh dalam sesuatu peperangan. Itulah cara hidup rakyat marhain satu ketika dulu. Ia diasuh untuk taksub kepada kepimpinan raja-raja Melayu dan wakilnya dan diajar pula sedia menggadaikan nyawanya apabila raja mahu pergi berperang. Untuk apakah peperangan raja-raja itu? Ada peperangan disebabkan raja kehilangan kawasan jajahan yang telah digadaikannya ketika bersabung ayam dengan raja yang lain. Ada peperangan disebabkan seorang raja mahukan seorang anak putri raja lain. Dia mahu mengalahkan raja itu setelah pinangannya ditolak dan memikirkan peperangan adalah jalan terbaik untuk menutup malu.

Kalau dikaji akan warisan bangsa yang termaktub dalam budaya Melayu yang dikatakan berhemah dan beradab itu akan terserlah betapa kehidupan orang Melayu itu adalah di bawah kongkongan golongan istana. Kekuatan yang ada pada raja tidak boleh dipertikaikan kerana sistem institusi raja yang mempunyai hulubalang istana, pawang istana, gendang perang dan segala kelengkapan angkatan perangnya. Rakyat marhain adalah hamba abdi yang dijadikan alat adu-domba. Golongan Hawa adalah satu kumpulan insan yang dijadikan alat untuk memuaskan hawa nafsu dan alat untuk dijadikan bahan penyedap dalam rencana seorang raja mempetahankan kuasanya. Inilah intipati budaya Melayu lama. Ketaksuban orang Melayu kepada budaya bangsa adalah kekuatan masyarakat Melayu lama. Ia menjadi satu warisan bangsa untuk menentukan generasi mendatang akan mewarisinya dan menghayati setiap unsur kebudayaan bangsa itu. Proses menyemarakakan warisan bangsa itulah yang merupakan titik kelemahan dalam budaya Melayu itu.

- Kejituan Perbidalan Melayu dalam Peradaban Melayu

Oleh kerana budaya bangsa itu menjadi teras kedaulatan raja-raja Melayu dan juga alat permuafakatan bangsa Melayu, tentu perlu diadakan satu 'master plan' ataupun 'Rancangan Induk' yang menggariskan segala hukum-hakam dan panduan utama kehidupan orang Melayu. Malangnya buku laksana Mahabaratha itu tidak wujud. Yang wujud ialah pebidalan dan susur galur kehidupan yang diamalkan dan diwarisi secara turun temurun. Inilah perbidalan, pantun Melayu, seloka, gurindam, puisi, hikayat lama-lama, cerita dongeng dan segala jenis mainan rakyat seperti boria, dikir barat, makyong, tarian-taraian lama Melayu dan sebagainya yang dijadikan bahan penegak permuafakattan bangsa itu.

Keberkesanaan segala bahan penegak martabat bangsa ini diperkokohkan lagi dengan datangnya pengaruh agama Islam ketika kesultanan Melayu sudah hampir merudum. Yang ironisnya, proses kejatuhan kuasa pemerintahan kesultanan Melayu itu dilakukan oleh anasir luar yang pada asalnya merupakan sumber kedatangan pengaruh Islam itu sendiri. Apabila kesultanan Melayu Melaka hancur, maka hancur jugalah peradaban Melayu tulen ketika itu dan peradaban Melayu itu pun masuk ke satu ambang peradaban yang diwarnai oleh budaya dan cara hidup orang asing. Sekaligus anasir mamak tongkang yang menjadi pengerak utama kejatuhan kesulatanan Melayu itu menjadi satu anasir yang amat dibenci dan terus diperlekehkan oleh masyarakat Melayu untuk satu masa yang amat panjang.

- Disebabkan Nila Setitik

Kehancuran kesultanan Melayu Melaka merupaksa satu episod panjang yang msih lagi belum difahami oleh keseluruhan generasi Melayu masakini. Ini adalah disebabkan kepintaran beberapa individu dalam parti yang memerintah agar sejarah Melayu Melaka itu dipandang remeh sahaja. Tujuan sebenarnya ialah untuk tidak lagi memperlekehkan golongan suku sakat si kitul dan Raja Mendaliar yang menjadi penyebab kejatuhan empayar Melayu Melaka. Perkara ini dipermudahkan lagi oleh sikap toleransi orang melayu yang merupakan kekuatan besar dalam keperibadian bangsa Melayu. Di waktu yang sama kekuatan besar inilah juga yang merupakan 'mata rantai' yang melemahkan ketahanan Melayu secara kolektif.

Inilah kelemahan orang Melayu yang amat difahami oleh Mahathir. Dia tahu bahawa orang Melayu mudah bermaaf-maafan. Dia pernah berkata, beri orang Melayu itu seratus hari dia akan lupa apa yang dimarahinya dan akan sanggup berbaik semula. Inilah nilai hidup Melayu yang diperlekehkan oleh musuh-musuh orang Melayu. Inilah penyebab kenapa Dato Harun Idris jatuh tersungkur dalam karier politiknya. Inilah juga penyebab utama kenapa Anwar Ibrahim kini merengkok dalam penjara. Toleransi orang Melayu yang berlebihan yang berpaksikan kepada ketaqwaannya kepada ajaran Allah telah menjadi satu titik pelemah yang mudah ditembusi oleh tikaman lawan.

Kita telah bincangkan satu ketika dulu bagaimana British telah menggunakan masyarakat mamak tongkang untuk menyelinap masuk di perkampungan Melayu untuk membuka kedai roti canai dan teh tarik di pagi hari dan nasi kandar berserta 'century curry' di tengah hari. Mereka diberikan kemudahan tanah 'TOL' di tempat yang strategik di setiap kampung. Di kem tentera pula mereka diberi tugas menjadi tukang masak, tukang dobi dan tukang gunting. Sekali lagi, budaya ramah mesrat orang melayu memungkinkan mereka berterus terang dengan sesiapa sahaja. Apatah lagi dengan sesorang yagn menggunting rambut ataupun yang memasak kari berempah rahsia. Sekaligus penjajah British mampu mengawal pergerakan masyarakat Melayu itu. Tetapi, Allah maha berkuasa juga. British merancang untuk kekal di Malaya tetapi orang Melayu berazam untuk mendapatkan kemerdekaannya. Surau dan masjid telah menjadi tempat perdebatan dan permuafakatan. Majlis kenduri dan tahlil menjadi alat penggerak permuafakatan itu. Kemerdekaan pun tercapai dan British pun undur dengan hormatnya.

Taktik ketuanan British kini sudah bertukar tangan. Ketuanan Melayu yang dipindahkan secara rasmi kepada institusi kesultanan Melayu sudah bertukar kepada UMNO sejak dua puluh tahun yang lalu. Ia sudah bertukar tangan lagi sejak dua tahun yang lalu. Ketuanan Melayu itu sudah berada di tangan seorang diktator tua yang berdarah Melayu campur Pakistan (itu mengikut pengakuannya dengan Tunku dulu, he,he, he). Apakah yang dilakukannya untuk terus bekuasa? Sudah tentu ditutupnya semua lubang yang dapat membocorkan usahanya untuk terus bermaharajalela

Kesimpulan:

Apa lagi yang ada pada Orang Melayu?

Untuk terus berkuasa Mahathir terus mengamalkan apa yang telah berjaya dipraktikkan oleh British dulu. Daripada penggunaan masyarakat golongan mamak tongkang sebagai pengintip dan pengampu utamanya sehinggalah pengharaman apa juga bentuk perhubungan awam yagn dapat memberi peluang rakyat untuk bersuara. Semua itu mesti diharamkan. Surau dan masjid yang menjadi alat menyatupadukan Melayu ketika dihenyak British dulu mesti dikwal. Orang Melayu mesti dipesongkan daripada terus bertaqwa dalam hidupnya. Orang Melayu mesti diberi ruang yang bebas untuk berkhayal dan berpoya-poya agar mengecap kenikmatan dunia ini.

Mahathir tahu kebanyakan kerja-kerja haram ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Dia tidak peduli akan haram-halal tindakannya lagi. Yang penting dia mesti terus berkuasa dan terus berkuasa. Kalau boleh dia mahu terus berkuasa walaupun badannya nanti sudah berada di dalam bumi.

Mahathir yang kini merupakan Pemimpin terunggul UMNO bukan lagi menjadi pemimpin terunggul orang Melayu. Dia sudah dipinggirkan oleh orang Melayu. "He has been sidelined by the mainstream Malays..." Mahathir amat faham akan perkara ini. Kerana itu dia sanggup merendahkan marabat dirinya dengan menghadiri majlis yang kecil-kecil seperti pemasangan kompuer peribadi di Universiti. Dia lebih selesa menghadiri majlis petani yang disambut oleh seratus manusia daripada membuat lawatan melawat mangsa banjir yang sedang menghenyak nasib rakyat di ibukota.

Apakah yang boleh diharapkan daripada seorang diktator tua? Kalau dia takut menghadirkan dirinya ke mahkamah yang membicarakan sesorang yang dimangsai oleh fitnahnya sendiri, apakah yang boleh diharapkan lagi? Kita faham kini kenapa semakin ramai sangat rakyat di negara ini yang mengharapkan Mahathir mati cepat sahaja. Salah besarkah mereka?

Marhain Tua
marhaintua@hotmail.com

28.4.00.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com