Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Bab 16 - Yang disorok dan disorot

Siapakah yang boleh sangka persidangan UMNO kali ini merupakan satu perjumpaan kawan-kawan lama yang mengimbau kisah kegemilangan UMNO masa lalu. Dengan lain perkataan, apa yang digembar-gemburkan sebagai satu persidangan menyuntik semangat perjuangan yang baru adalah satu fantasi belaka.

"Kesian UMNO Baru......", demikian kata-kata para perwakilan UMNO sendiri yang memang aku kenal lama. Mereka masih dalam senarai perwakilan dan mungkin sedang mengatur langkah untuk meloncat ke parti lain. Hanya menunggu masa. Aku terjumpa juga ramai kawan lama yang seperjuangan yang sudah tidak lagi aktif dalam UMNO. Kami berpelukan dan kehairanan kenapa aku masih menggantung kad perwakilan di leherku. "Ah, ini semua untuk memuaskan anak dan cucuku yang tertanya-tanya kenapa aku harus melepaskan peluang ke PWTC." Demikian jawabku. Mungkin jauh di lubuk hati mereka aku harus bercampur kembali dengan 'mainstream UMNO members' kerana terlalu kerap terperuk di depan komputer.

Nasib baik juga aku berubah fikiran dan ikut serta rombongan yang ditaja sepenuhnya oleh UMNO. Mereka memang mahukan orang seperti aku berada di dewan perwakilan sebagai lambang semangat juang UMNO. Kamilah orang yang sebenarnya memperjuangkan UMNO selama ini. Tegak dan jatuhnya UMNO itu adalah rahsia generasi kami. Putar belit golongan mamak tongkang adalah salah satu daripada rahsia yang memang amat kami fahami. Kerana itu apa yang dicakapkan oleh si Mamak Tongkang di pentas adalah bukan perkara baru kepada kita semua yang mengikuti Laman Pro Reformasi, terutama sekali FeU ini. Tidak ada sesuatu yang baru dalam ucapan itu. Semuanya sudah dipintas lebih awal oleh para penulis pro-reformasi. Si Mamak Tongkang hanya berdiri laksana seorang pakar silap mata dengan isi teks yang sudah diketahui oleh ramai pendengarnya.

Putar Belit Penjual Ubat Jalanan

Kadangkala timbul pula perasaan kesian di hati ini bila melihatkan si Mamak Tongkang terlalak-lalak di atas pentas selama 1 jam 55 minit dalam menuturkan ucapan yang dikatakan 'Amanat Presiden Parti'. Sungguh canggih tajuknya: "Perjuangan UMNO Yang Belum Selesai..." secanggih segala agenda yang tersorok dalam perjuangan itu. Sepatutnya ucapan yang dikatakan satu mandat itu bertajuk "Perjuangan UMNO Baru yang Baru Bermula." Mungkin juga tajuk yang diberikan itu bertujuan untuk melindungi dan menyorokkan muslihat tertentu yang akan menjadi agenda perjuangan UMNO seterusnya di alaf baru ini. Kerana kalau diperhatikan agenda UMNO sekian lama sejak dua puluh tahun yang lalu, memang UMNO gagal-segagal-gagalnya. Apa yang dikatakan sebagai mahkota kejayaan UMNO dalam bentuk mengenengahkan Dasar Ekonomi Melayu sudah gagal. Si Mamak Tongkang hanya mampu berkata: "Kita kurang berjaya dalam mempraktikkan DEB" Bukankah itu dasar perjuangan UMNO yang dicetuskan setelah si Mamak Tongkang berjaya memperlekehkan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj?

Memang, apa yang dihamburkan oleh si Mamak Tongkang tidak perlu ulasan. Semuanya sudah kita ulas lebih awal sejak beliau berucap menyambut kemasukan Alaf Baru. Kita pernah menulis dan membincangkan taktik si Mamak Tongkang ini dalam usaha mengembangkan konsep Mahathirisme beliau. Selama ini subjek ini tidak disebut dengan namanya, tetapi konsep dan semangat dasar itu telah diserapkan secara licik sekali di kalangan para pemimpin UMNO. Sesiapa yang tidak serasi dengan konsep itu disebabkan kesedaran yang mendadak akan dikesan dan dinyahkan. Inilah yang berlaku kepada DS Anwar Ibrahim. Ini juga yang telah dilakukan terhadap Ku Leigh dan Dr. Afifuddin. Mereka diketepikan dengan pelbagai cara semata-mata untuk menentukan agar konsep Mahathirisme itu tidak dihalang. Cuma, Dr. Afifuddin bernasib baik tidak dituduh meliwat sesiapa seperti yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim.

Betapa Rakusnya Seorang Diktator

Memang, Dr. Afifuddin Omar amat bernasib baik. Kalaulah ada sesiapa di Afrika yang telah dituduh meliwat binatang, tentu sekali Dr. Afifuddin terkena tuduhan seperti itu. Anwar Ibrahim dituduh meliwat kerana ada beberapa kes seperti itu yang digunakan sebagai senjata oleh pemimpin yang rakus untuk membunuh karier orang bawahannya. Si Mamak Tongkang telah mempelajari teknik itu sepanjang lawatannya ke benua Afrika tersebut. Mungkin juga menyedari kemungkinan beliau akan dituduh meliwat seekor-dua haiwan, Dr. Afifuddin telah menerima pesanan agar menarik diri secara hormat daripada arena politik UMNO.

Kalau diteliti baik-baik akan setiap perkara yang dikatakan oleh si diktator tua ini, tidak banyak kebenarannya. Kalau pun benar kenyataan yang dibuat, dia telah melunturkan hakikat kebenaran itu kerana dia sendiri telah mempraktikkan amalan berpolitik yang jauh menyimpang daripada kebenaran. Dia mahu wujudkan satu gagasan Melayu Baru berkonsepkan apa juga unsur-unsur kehidupan yang disarankan oleh PAS, tanpa mahu menyebut bahawa konsep itu adalah ketulenan perjuangan PAS. Dia mahukan semangat juang para ahli UMNO mengikut konsep yang dipertunjukkan oleh para pengikut parti ke ADILan tanpa mahu mengaku betapa parti keADILan berjaya menarik minat warga kota untuk melepaskan keahlian mereka dalam UMNO dan berjuang terus dalam parti walaupun segala sekatan dilakukan terhadap parti itu. Yang dia tahu ialah menuduh keADILan berlaku "ZALIM" kepada perjuangan mereka. Tetapi, semua alasan dan dalil yang dia ketengahkan tidak boleh dipakai. Apakah maknanya dia menganalisa konsep "Rule Of Law" kalau dia sendiri tidak mahu memperakukan konsep itu.

Sebenarnya si Mamak Tongkang, bukan orangnya yang layak membincangkan konsep "Rule of Law" kerana beliau sendiri merupakan pemimpin terulung di dunia ini yang memperlekehkan "The Rule of Law". Kalau Clinton sanggup dibicarakan dan perbicaraan itu dirakamkan secara 'live' dan lintas langsung dibuat ke seluruh dunia, kenapakah pengkritik terulung Clinton tidak berani menjawab sapina yang dihulurkan oleh mahkamah? Mungkin si Mamak Tongkang tidak sedar betapa adanya ura-ura pihak tertentu mengambil tindakan merujukkan tingkah lakunya itu ke mahkamah antarabangsa. Kalau ini berjaya dilakukan, Mamak Tongkang akan berhadapan dengan mahkamah di luar negara. Ketika itu kita mahu lihat apa lagi kelentong terbarunya.

Majlis Menyorot Perjuangan Pemimpin UMNO

Seperti biasa, setiap kali diadakan persidangan UMNO pemimpin ulungnya menyorot segala budi-baik dan jasa-jasa yang dihimpunkan ke atas orang Melayu. Sebagai kebiasaan pula, orang Melayu akan dituduh secara melulu sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur dan tidak berterima kasih kepada UMNO. Kita tidak mahu ulas perkara itu kerana kita sudah tulis hal itu semalam. Cuma, kita mahu ingatkan para pembaca yang masih lagi dalam UMNO dan berura-ura memperjuangkan semangat baru yang disuntik oleh ucapan berapi dan berasap seorang presiden parti itu; berwaspadalah. Jangan biarkan anda terus tertipu. Lihatlah sekeliling anda dan perhatikanlah cara hidup bangsa kita orang Melayu. Semakin terhimpit dan tertekan hidupnya majoriti orang Melayu. Kalau dilihat akan cara hidup orang warga kota dan dibandingkan dengan keadaan hidup lama dulu, memang amat berbeza sekali. Jangan mudah terpedaya dengan kecanggihan pencakar langit yang tegak berkilau di awan biru kalau-kalau cucu-cicit kita perlu membayar hutang negara kerana pembikinannya. Jangan terpesona dengan sebuah masjid di Putra Jaya kalau pembinaannya itu adalah simbol memperlekehkan Islam. Lihat dulu mana satu yang tinggi, bangunan pejabat Perdana Menteri yang tinggi ataupun bangunan masjid itu yang tinggi? Bukankah ini satu penghinaan kepada agama kita? Bukankah ini mengaibkan kerana pemimpin ulong kerajaan yang memerintah itu adalah seagama dengan kita?

Memang, si Mamak Tongkang amat licik dalam perkara mengabui fikiran rakyat. Lihat sahajalah bagaimana dia menutup ucapannya dengan berdoa. Cuba semak balik apakah isi doanya itu. Apakah itu bertepatan dengan segala kelakuannya yang memenjarakan seorang insan di Sungai Buluh? Bukankah insan itu difitnah dan dituduh tanpa secebis (zarah) bukti yang dapat ditentukan oleh mahkamah?

Bila Ular Bersalin Kulit

Memang pandai sekali si Mamak Tongkang cuba mengubah pendiriannya terhadap amalan rasuah, duit haram, kronisme, dan segala amalan politik yang songsang. Dia cuba menunjukkan satu sistem pemerintahan yang bersih lagi bersih. Itu yang cuba dipertontonkannya. Tetapi, lihat sendiri bagaimana Siti Zahrah dikalahkan. Fikirkan pula kenapakah tidak ada seorang pun calon wanita di Majlis Tertinggi yang menang dalam pencalonan sedangkan rata-rata mereka itu berpendidikan tinggi malahan ada yang lebih tinggi pendidikannya daripada hampir setengah bilangan lelaki yang bertanding untuk kerusi MT itu. Inilah sebahagian fahaman Mahathirisma. Dia mahu menjadi seorang pemimpin negara berdemokrasi atas nama canggih 'DEMOKRASI'. Yang sebetulnya perkataan demokrasi itu adalah satu topeng untuk mengabui fahaman Mahathirisme.

Dalam membayangkan bahana fahaman Mahathirisme ini saya pernah menulis sebuah artikel bertajuk "Strategi Kodi Penegak Dinasti" bertarikh 13.12.1999. Saya mengajak para pembaca sekelian menghayati sebahagian tulisan itu kerana ia amat relevan dengan pembentukan Majlis Tertinggi UMNO yang pertama di alaf baru. Kerana pentingnya MT itu kali ini makanya kita lihat betapa konsep Mahathirisma itu merupakan satu tonggak yang penting untuk kesinambungan UMNO olahan Mahathir. Kesinambungan inilah yang akan menjamin keutuhan harta karun yang telah dibalun oleh para kroni sejak bertahun-tahun yang lalu.

Saya ingin petik rumusan artikel ini:

"Kabinet kuda-kayu adalah laksana kereta barangan yang ditarik oleh kuda ataupun keldai. Kalau kita lihat beberapa bandar raya di India, Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan kita akan lihat betapa kereta keldai bergerak. Setiap kereta itu akan mempunyai seekor ataupun dua ekor binatang muda ataupun novis yang dicucuk hidungnya untuk diseret oleh binatang yang tua. Binatang yang muda itu adalah dalam latihan untuk mempelajari bagaimana mengimbangi badan mereka ketika kereta itu digerakkan. Demikianlah yang boleh kita harapkan kepada semua ahli kabinet muda yang disenaraikan dalam kabinet baru MAHA FIRAUN itu. Adalah tidak mungkin mereka dapat bergerak dengan bebas seperti yang diharapkan oleh rakyat. Laksana binatang seretan kuda-kuda tua yang hanya cergas bila dipacu belakangnya, kuda dan keldai muda yang diseret itu hanya mampu menjeringaikan gigi sambil melangkahkan kaki ke arah mana kereta itu dipacu oleh tuannya. Ia terpaksa akur dengan seretan yang dipacu itu tanpa mengira tempat untuk melepaskan kencing dan tahinya sambil mengharapkan akan tibanya satu ketika apabila kuda tua di depan itu mati tersungkur kerana kepenatan untuk menggantikan tempatnya.

Pada waktu yang sama kita akan melihat betapa kuda-kuda tua itu akan terus melangkahkan kaki ke hadapan mengikut tarikan tali yang menyucuk hidungnya dan isyarat yang dibunyikan oleh tuannya. Setiap isyarat perlu dipatuhi dengan tepat. Jika tidak, pergerakan kereta tarik itu akan diperbetulkan dengan rentak hayunan cemeti yang mengenai punggung kuda tua itu.

Segala kepedihan dan kesiksaan yang dirasai dan dialami oleh kuda-kuda tua tidak dapat diteliti oleh kuda dan keldai novis yang diseret itu. Keletihan yang menghantui anggota mereka terlalu kerap disaluti oleh angan-angan yang menjanjikan masa untuk menggantikan si kuda tua itu.

Keseksaan yang mengena kuda-kuda tua dan keldai yang diseret-serta tidak pernah menjadi perhatian si empunya kereta. Laksana seorang 'patriach', ia hanya menumpukan tenaga kepada keuntungan yang muncul daripada muatan yang dibawa. Ia memberi fokus hanya kepada keretanya agar sentiasa bergerak secara bersistem. Tidak kiralah kuda tua sedang nazak ataupun kuda muda sedang senak. Yang penting, ialah keuntungan dan keselesaan yang dapat memuaskan egonya.

Inilah yang sedang berlaku dan akan terus berlaku. Penubuhan Majlis Tertinggi yang baru akan membawa makna kemungkinan berlakunya rombakan kabinet. Tetapi apakah kenyataan yang dibuat oleh si Mamak Tongkang? Dia berkata dengan lantang; "Kemenangan di dalam pencalonan Majlis Tertinggi tidak akan melayakkan kedudukan dalam kerajaan." Apakah maksudnya yang sebenar? Berkemungkinankah nanti si anak pilihannya menjadi ahli kabinet yang akan dirombak itu?

Satu Generasi Yang Telah Terpukau

Mamak Tongkang bernama Mahathir bin Mohammad sudah berpengaruh dalam politik Melayu sejak tiga puluh dua tahun yang lalu. Ini bererti satu generasi orang Melayu telah dipengaruhi secara terus oleh pemikiran politiknya. Dua generasi pula sudah terpukau oleh fahaman Mahathirisme itu. Kerana itu bila dia berucap, sudah ada suara garau yang bersedia memberi isyarat agar hadirin melakukan 'tepuk amai-amai' dan ada pula yang menjerit dengan beberapa slogan yang sudah dirancang terlebih dahulu. Inilah caranya Mamak Tongkang memukau rakyatnya. Slogan, slogan, slogan...itulah kata-kata hikmatnya. Inilah yang memukau fikiran sebahagian orang Melayu selama ini kerana slogan adalah laksana 'password' yang memungkinkan seorang ahli politik itu naik ke atas, tidak kira dia berkelayakan sebenar ataupun berkelulusan setaraf dengan kekayaan yang telah dibalunnya. Ketaksuban kepada slogan yang dicerna itu akan memungkinkannya menjadi kaya raya. Apabila dia taksub dia menjadi tukang angguk nombor satu dan tukang setuju nombor satu juga. Inilah yang membuatkan manusia seperti Sanusi Junid sanggup bermandi darah mempertahankan si Mamak Tongkang. Sebagai balasan, segala projek yang pelik-pelik dioraitkan oleh Mamak Tongkang walaupun projek itu menelan belanja berbilion ringgit.

Kesimpulan

Persidangan politikus Melayu berfahaman Mahathirisma akan terus disambung esok. Berapa ramaikah di antara para jurucakap upahan yang sanggup menyanggah Mamak Tongkang akan kepincangan perjalanan Dasar Ekonomi Baru? Berapa ramaikah yang akan mengungkitkan keadaan negara yang dibanjiri pendatang asing yang bekerja di negara ini? Mamak Tongkang menyalahkan orang Melayu kerana enggan bekerja di bidang industri yang diswastakan. Tetapi dia tidak pernah mengungkit betapa para kroni pilihannya daripada kaum China sengaja tidak mahu mengambil anak tempatan kerana muslihat politik.

Kita perlu mengambil beberapa contoh klasik dalam hal ini. Lihat Langkawi ketika mula-mula dibangunkan dengan duit rakyat dan menggunakan kontraktor Cina seperti Vincent Tan dan Ting-Pengekspot- Batang-Penyapu. Harga kontrak adalah lima kali ganda daripada harga semasa dan kontrak tidak pernah ditenderkan. Mengikut beberapa kontraktor Cina di Penang, "kalau harga kontrak itu macam, orang mati pun boleh bangun semula...oh" Bayangkan betapa beruntungnya orang Cina seperti ini. Sedangkan ramai kontraktor Melayu yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi yang mampu melakukan semua kontrak seperti itu kalau diberikan peluang. Tetapi, mereka diperlekehkan walaupun mereka sudah menjadi ahli UMNO lebih awal daripada si Mamak Tongkang. Begitulah juga halnya di Putra Jaya, berapa keratkah orang Melayu yang diberikan kontrak yang lumayan? Tidak ada kerana mereka tidak masuk dalam buku si Mamak Tongkang kerana muslihat kerakusan juga. Renungkan pula siapa yang kaya raya dengan projek di Bukit Jalil dan KLIA? Berapa ramaikah orang Melayu yang menjadi kaya raya dari projek itu?

Malangnya, Mamak Tongkang sanggup memperbodohkan orang Melayu dalam forum orang Melayu juga. Alangkah hinanya orang Melayu itu apabila diperlekehkan begitu. Kini, Mamak Tongkang mula mencuba (saya tekankan perkataan 'mencuba') bertukar rupa dan sikap hidupnya. Dia mahu menjadi seorang ulama pula. Sebelum dia meneruskan sikap itu kita mahu tanya beliau sedikit. Cuba beri satu penyata harta yang ada pada dirinya sejak dia menjadi seorang wakil rakyat dan sehingga kini. Kalau ada tokok tambah dalam penyata itu kita mahu tahu bagaimana dia membalunnya. Dia tidak perlu pergi ke mahkamah dalam hal ini kerana tidak ada sapina yang dikeluarkan. Tetapi, kalau dia benar-benar mahu menepati ciri-ciri Melayu Baru saranannya itu dia mengeluarkan penyata itu secepat mungkin untuk diedarkan kepada ahli yang datang bersidang. Inilah cabaran terbesar untuknya sebelum persidangan itu tamat. Kalau dia tidak berupaya melakukannya eloklah dia terus melakukan apa yang dia memang pintar selama ini - Jelirlah lidah panjang-panjang dan peramlah buah di celah kelangkang yang semakin kecut itu.

Kepada semua jurucakap UMNO yang akan bercakap esok dan lusa, saya ingin syorkan dua cadangan. Pertama, cuba tanya si Mamak Tongkang kenapa dia tidak menerima sapina mahkamah sedangkan dialah orang yang paling ulong menabur segala fitnah itu seluruh dunia. Kedua, Sebagai seorang yang mahu diingati oleh sejarah Melayu sebagai pentadbir ulong bangsa, kenapakah dia bersikap zalim menidakkan satu keluarga Melayu yang lama dikenalinya; terbiar merana dan dipisahkan daripada si bapa yang merengkok di penjara? Ketiga; Ingatkan dia satu peringatan daripada Allah betapa seorang yang zalim itu akan dilaknati oleh Allah akhirnya, dan balasan yang akan datang menimpa itu akan dikirimkan untuk mengenai golongan yang tidak berdosa juga. Ke empat; Peringatkan semua yang hadir di persidangan itu bahawa UMNO di bawah seorang diktator tua bergelar Mamak Tongkang sudah tidak relevan lagi dalam percaturan hidup Melayu di alaf baru. Janganlah susah-susah menyorot dan menyorokkan segala agenda terbaru untuk menjadi pemimpin orang Melayu. Mereka memang sudah lama meluat dengan segala aksi-aksi itu. Sesiapa di kalangan kalian yang berani menyuarakan hakikat ini adalah sebenarnya pejuang Melayu moden di alaf baru ini.

Sebagai satu pesanan sahaja kepada semua ahli UMNO yang masih totok dengan saranan terbaru Mahathir ingatlah kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra dalam bukunya "Sebelum dan Selepas Mei 13":

...... "Saya telah ditanya kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihanraya, mungkinkah dia juga mengkritik saya seperti yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu?..........Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihanraya itu adalah lebih besar."

Inilah Mahathir sebenarnya ketika menjadi YB biasa dan tidak berjawatan dalam kabinet negara ketika itu. Apakah dia mudah meninggalkan perniagaannya dengan bersekongkol dengan peniaga Cina? Kini, Ulama Mahathir Al Haj sudah bersedia berkhutbah mengenai duit haram dan rasuah. Dia sudah bersedia bercerita akan hal perjuangan Melayu yang belum selesai. Apakah perjuangan itu termasuk mengharamkan segala bentuk akhbar dan majalah yang mengkritik kerajaan pimpinannya? Inikah demokrasi yang diwarisi daripada perjuang dulu yang membenarkan akhbar pihak pembangkang bergerak bebas?

Kepada ahli UMNO yang veteran seperti saya, masih ingatkah anda sekelian apa pesanan Tunku selepas meletakkan jawatannya:

........ "UMNO akan hancur dik si KE**NG itu....."

Saudara ahli UMNO sekelian;

Esok dan lusa adalah hari-hari bersejarah dalam tamaddun Melayu moden. Tiga puluh satu tahun yang lalu, negara ini bergegar disebabkan Tragedi Mei 13. Cuba kita renungkan tulisan Tunku ini:

..... "Selain daripada melemparkan tuduhan yang besar ini, Dr. Mahathir telah menyatakan di dalam suratnya itu bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak menjalankan kewajipan saya dalam krisis itu. Ini nyatalah satu percubaan hendak menjatuhkan maruah saya di sisi orang-orang Melayu. Perbuatannya menuduh saya di dalam suratnya yang kejam, bahawa saya cuai pada menjalankan kewajiban saya di dalam masa kekecohan itu adalah satu tuduhan yang sehabis-habis dusta."

Bayangkanlah sendiri saudaraku seperjuangan sekelian. Kalau dia sanggup menabur fitnah terhadap seorang BAPA pejuang kemerdekaan negara ini yang sanggup bergadai-golok untuk mengongkosi perjuangan itu, apakah lagi yang tidak dilakukannya selama ini yang bertaraf jijik sejijik-jijiknya?

Marhaintua
12 Mei, 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com