Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Bab 17 - YANG DITUTUP DAN DITUTUH (Bahagian Dua)

Mungkin tidak ramai lagi orang kita yang sedar betapa biro agama UMNO banyak membuat kerja-kerja yang tidak membawa kesan positif dalam pengukuhan semangat keislaman di kalangan umat Islam di negara ini. Malahan, kalau kita kaji kerja-kerja yang mereka lakukan, impaknya amat menakutkan. Hampir semua kerja ini dicerna di pejabat Hamid Othman dan juga Yusuf Nor, kerana merekalah yang dianggap sebagai pakar agama Islam terulung dalam UMNO. Semua kerja-kerja cernaan itu seolah-olah direstui sepenuhnya oleh seorang diktator tua yang berlagak seolah-olah dia mahu mengaku lebih Islam daripada rakyat biasa. Orang Melayu yang beragama Islam tentu masih ingat akan projek memerangi fitnah yang berbentuk '7M'. Apakah jadinya dengan projek itu, akhirnya? Adakah kita dapat satu lapuran akan kesan positifnya? Tentu tidak, kerana sebarang lapuran positif akan kejayaan projek 7M itu telah di lunturkan (nullified) sekaligus oleh tindak-tindak si Mamak Tongkang.

Agama Islam Terus Diperlekehkan

Dalam usahanya menarik kembali pengaruh di kalangan orang Melayu tentu sekali si Mamak Tongkang telah dinasihatkan oleh beberapa manusia yang turut merasakan bahang kemerosotan populariti beliau itu. Semakin ketara kini ada pihak tertentu yang menasihatkan agar beliau cuba mengambil pendekatan 'ala berdakwah' dalam hal ini. Sebagaimana yang telah beliau sebutkan;

....."Saya sudah mencuba pelbagai cara, mengugut, memujuk dan juga menangis....semuanya tidak memberikan kesan yang menyenangkan. Kerana itu saya membacakan doa."

Maka si Mamak Tongkang berdoa ke hadrat Ilahi di depan pancaran cahaya lampu bertenaga besar untuk mencerahkan gambaran yang dirakamkan oleh kamera TV. Disiarkanlah secara lintas lansung aksi pembacaan doa itu. Terkejut sakanlah para hadirin di dewan besar itu dan terperanjatlah segala lapisan rakyat yang menyaksikan rencana TV itu. Para pendengar radio pun terpesona secara tak semena-mena mendengarkan suara orang yang membaca doa itu. Ramai di kalangan mereka yang sedang memandu memberhentikan kereta di tepi jalan untuk mendengar bacaan doa dan mengaminkannya bersama. Sambil mereka menyebutkan perkataan "amin..." itu, mereka terus cuba mengamati suara yang membaca doa itu. "Apa betulkah si Mamak Tongkang yang membacakan doa...?" demikian antara soalan yang tercuit di hati ketika itu.

Tetapi, berapa ramaikah di antara pendengar dan penonton yang menyaksikan aksi itu percaya akan keikhlasan si Mamak Tongkang? Bukankah pembacaan doa itu dilakukan selepas dia melakukan satu serangan ganas terhadap Anwar Ibrahim dan pengikut parti PAS. Bukankah di satu ketika beliau tertepis gelas yang berisi minuman di depannya sehinggakan gelas itu jatuh ke lantai? Bukankah peristiwa itu membuatkan beliau menghentikan hentaman lantang yang dibuatnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibarhim. Kita boleh merasa hiba dan sedih di sebalik segala kebencian dan perasaan meluat yang mungkin terukir lama di hati terhadap seorang insan yang bernama Mahathir bin Mohamad. Kita boleh berhiba dan bersedih dengan episod jejari beliau tertepiskan gelas minuman di waktu berucap itu. Ia mungkin satu keadaan tidak disengajakan. Tetapi, itu adalah satu isyarat kepadanya agar menghentikan segala kata-kata jijik yang terhambur daripada mulut celuparnya. Itu adalah satu gerak dari kuasa ghaib yang mahukan beliau berhati-hati dengan apa yang diucapkannya. Kalau Mahathir Mohamad memahami kuasa Allah SWT dia harus menghentikan segala perbuatan keji menghentam PAS dan juga memburukkan Anwar Ibrahim. Satu isyarat yang jelas sejelasnya telah digerakkan oleh Allah agar Mahathir Mohamad segera sedar akan hal itu.

Perbuatan si Mamak Tongkang membaca doa memang boleh diberi pujian. Kita berikan pujian kepada tempatnya. Tetapi pujian itu hanya layak diberikan kalau beliau betul-betul ikhlas dengan aksinya itu. Dengan lain perkataan, nawaitunya mesti bersih lagi bersih dan keikhlasannya tidak boleh disangsikan. Apabila dia mendedahkan tujuan sebenar membaca doa itu sebagai pendekatan baru untuk menarik pengaruh para ahli UMNO yang bersidang di dewan besar itu, ternyata beliau tidak ikhlas. Jelas kini, betapa dia melakukan pendekatan itu setelah dicadangkan oleh para strategisnya. Aksi yang dilakukan ke atas pembacaan doa meminta keizinan Allah dalam sesuatu perjuangan akan menjadi tawar disebabkan pembohongan yang terang-terangan. Saya semakin percaya bahawa Si Mamak Tongkang ini, sudah lebih jauh sewelnya daripada apa yang saya anggarkan.

Saya ingin merakamkan satu potongan ucapan si Mamak Tongkang pada 11 Mei yang lalu:

... "hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Mohammad (saw). Jika tidak Nabi Mohammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah SWT sahaja."

Alangkah aibnya kita orang Melayu mempunyai seorang pemimpin yang sesat fahaman keIslamannya? Apakah manusia begini yang akan terus kita dengar suaranya berkhutbah tentang agama Islam. Ramai orang Malaysia dan juga orang kafir yang lebih mengerti daripada si Mamak Tongkang ini kenapa Allah telah memerintahkan agar umat Islam berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Sepotong suruhan ini sudah cukup meyakinkan kita betapa mulianya Nabi Muhammad di sisi Allah SWT. Tetapi, kemuliaan itu tidak cukup menjadi bukti kepada si Mamak Tongkang yang sanggup memperlekehkan junjungan itu. Memang, seperti yang saya tuliskan dulu, si Mamak Tongkang ini layak dianggap setaraf dengan Salman Rushdie yang pernah dikutuk oleh masyarakat Islam dan dijatuhkan hukum bunuh oleh Imam Khomeini.

Soalnya sekarang, bagaimanakah berpuluh pemimpin UMNO yang rapat dengan beliau tidak berupaya menyuntik kesedaran akan keaiban yang dilakukan terhadap nama rasul terakhir zaman itu? Apakah tidak ada sesiapa yang bergelar ulama terbilang di kalangan pucuk pimpinan parti yang sanggup menegur Mahathir akan kesilapan besar yang dilakukannya?

Putar Belit Agama Sebagai Alat Propaganda

Kalau diteliti taktik yang digunakan oleh si Mamak Tongkang sejak 1 Januari 2000, kita dapati inti ucapannya adalah berkisar lima perkara yang difikirkannya penting. Pertama, dia akan hentam Anwar Ibrahim walaupun semua orang tahu Anwar bukan lagi menjadi ahli UMNO. Kedua, dia akan hentam PAS dan para pemimpin PAS. Dengan cara ini dia fikir ia memberi satu penjelasan kenapa keluaran HARAKAH dikurangkan. Taktik ini juga bertujuan untuk memperkuatkan alasan agar perkataan Islam tidak dibenarkan dalam nama parti politik. Di waktu yang sama dia sedang mempromosikan aktiviti UMNO cuba mengembangkan pengaruh di masjid dan surau. Dengan lain perkataan, beliau sedang berkempen untuk menonjolkan kewibawaan MATIN (Majlis Tindakan Islam Negara). Ketiga, dia hentam Soros, IMF dan para pengkritik yang lantang bersuara terhadap cara ekonomi Malaysia diterajuinya. Dia berbohong lagi dengan falsafah penyangak matawang antarabangsa sedangkan dia tahu semua penyangak itu tidak dapat masuk ke Malaysia ini tanpa ada rakan kongsi yang menanti di sini. Dia juga tahu siapakah rakan kongsi penyangak itu semua. Keempat, dia menakut-nakutkan usaha globalisasi sebagai satu bahan orang asing akan menjajah negara ini semula. Yang tidak diterangkan selama ini ialah khazanah negara sudah banyak yang ditutuh dan segala projek pembaziran adalah proses menutuh harta rakyat yang dirampasnya selama ini. Kelima, dia kerap menyatakan kesediaan bersara selepas SUKOM dan mahukan rakyat memberikan sokongan kepada Paklah sebagai bakal penggantinya.

Kelima-lima faktor penting ini adalah laksana bola sarkas yang dimainkannya sebagai alat memukau rakyat negara ini.

Oleh kerana kerapnya beliau menggunakan lima faktor pembohongan ini sekali sekala dia perlu menggunakan agama Islam sebagai bahan ucapannya agar rakyat (terutama sekali orang Melayu) tidak menjadi meluat dan 'fed-up' dengan alasan lama. Dia fikir orang Melayu sudah menjadi begitu bodoh sehingga sanggup ditipu setiap kali dia berhadapan dengan mereka.

- Kesabaran Umat Islam Yang Terancam

Memperlekehkan ajaran Islam bukannya perkara baru kepada si Mamak Tongkang. Sudah banyak kali dilakukannya perkara terkutuk ini. Tetapi, tidak ada sesiapa di kalangan alim ulama yang berani ke hadapan bersuara lantang untuk menyanggahnya. Malahan para pemimpin PAS yang kerap bergiat aktif mengembangkan syiar Islam dalam negara ini tidak berani bersemuka dengan UMNO apatah lagi dengan Mamak Tongkang itu sendiri. Alangkah malangnya kini tidak ada sesiapa yang berani memberitahu si Mamak Tongkang agar menghentikan kerja-kerja memperlekehkan agama Islam itu? Inilah yang mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini. Kalaulah seluruh alim ulama di negara ini bersatu tidak kira daripada parti politik apa datangnya mereka ataupun apakah mazhab pilihan mereka sebenarnya, mereka secara satu kumpulan besar sudah berupaya menyanggah Mahathir bin Mohammad agar menghentikan taktik memperlekehkan agama Islam.

Kerja-kerja memperbetulkan aqidah Mahathir sebelum ia terus membusung dan diikuti pula oleh pemimpin politik yang lain yang mungkin cetek juga fahaman agama Islamnya adalah satu kerja suci yang tentu sekali diredhai Allah. Seperti mana yang saya lakukan secara bertulis ini saya mengharapkan ada sekumpulan alim ulama kita yang sanggup berjumpa dengan Mahathir dan menyatakan di manakah kesilapannya. Perkara ini harus dilakukan dengan segera sebelum berlakunya satu peristiwa di mana ada manusia Islam di kalangan kita yang mungkin naik angin dan menunggu Mahathir di tempat sunyi dan memusnahkannya. Kalau ini tidak dapat dilakukannya secara terus terang, apakah kemungkinan perkara yang lebih buruk dilakukan terhadapnya?

Kalau Mahathir dibiarkan berlagak gampang terhadap agamanya, besar kemungkinan ada orang yang sanggup membunuhnya. Orang yang sanggup melakukan itu mungkin ada di mana sahaja di negara ini ataupun di luar negara. Keceluparan Mahathir sudah diketahui oleh dunia Islam. Dia harus disedarkan akan perkara ini sebelum terlambat, sebelum ada orang yang akan membaham nyawanya. Usaha untuk memberi ingatan kepadanya harus dilakukan dengan segera. Lainlah kalau Mahathir sendiri sengaja mahukan perkara buruk berlaku terhadap dirinya kerana dia mahu mati dengan cara itu dengan tujuan agar sejarah merakamkan kematian itu sebagai mati syahid (mengikut tafsirannya).

Mengelakkan Yang Remeh-temeh ?

Setiap ahli UMNO amat faham apa erti remeh-temeh kerana inilah isu yang sepatutnya tidak dibincangkan di persidangan UMNO kerana ia dianggap isu yang kecil-kecil yang tidak patut dibincangkan oleh pemimpin besar-besar. Tetapi cuba tanya para pemimpin UMNO apakah sebenarnya isu remeh-temeh dan apakah isu yang besar-besar? Bukankah yang besar itu bermula daripada benda yang kecil-kecil dan dikumpulkan sehingga menjadi besar. Kalau dalam dunia perubatan penyakit yang dianggap kecil tidak boleh dibiarkan untuk menjadi besar kerana impaknya yang menakutkan. Kalau begitu kenapakah isu kecil harus dianggap remeh-temeh?

Ketika menggulung perdebatan, Mahathir telah cuba membuat penerangan di atas kekeliruan yang timbul tentang desakannya meminta para perwakilan pulang ke rumah dulu sebelum tibanya Mei 10. Memang ramai para perwakilan yang sudah berada di ibukota sebelum tarikh itu. Mereka disuruh balik dulu kerana UMNO mahu mengetatkan gejala rasuah.

"Tetapi, saya tidak pernah menyuruh para perwakilan pulang dulu" demikian beliau memberikan penjelasan. Dia menafikan bahawa arahan agar G7 keluar daripada ibukota sebelum hari pendaftaran. Tetapi, siapakah agaknya yang membocorkan berita di TV dan radio betapa ibupejabat UMNO mengerahkan tenaga memeriksa daftar hotel untuk mengesan para perwakilan itu?

Kalau kita kaji cerita perihal kumpulan G7 disuruh pulang ke rumah dulu itu, memanglah ia merupakan satu isu yang remeh-temah. Kenapakah seorang presiden parti sanggup bercerita panjang lebar akan halnya?

Demikianlah keadaan di PWTC, sengaja membincangkan perkara yang remeh-temeh sahaja. Adakah sesiapa yang sanggup berbincang dan mendebatkan isu yang lebih menekan kehidupan masyarakat Melayu? Pernahkah kita dengar penjelasan si Mamak Tongkang akan masalah pekerja Melayu yang tertindas dan yang memerlukan gaji minima seperti yang dikemukakan oleh persatuan pekerja? Pernahkah beliau membincangkan permintaan para pekerja awam yang mahu umur persaraan dilanjutkan seperti yang berlaku di negara barat? Adakah sesiapa yang membincangkan perihal beribu para profesional Melayu yang hampir muflis disebabkan pasaran BSKL yang merudum? Adakah sesiapa yang menyoal Mahathir kenapakah harga rumah untuk kelas 'rumah murah' lebih mahal daripada harga rumah kelas menengah di Eropah? Ah.....inilah soalan yang dianggap remeh-temeh dan yang tidak perlu dibincangkan di persidangan UMNO di PWTC. Ia mesti dibincangkan di sebalik pintu yang tertutup (behind closed doors) untuk menjaga rahsia Melayu tidak pecah....Inilah teori Mamak Tongkang yang sudah dicanai selama ini setiap kali UMNO bersidang di PWTC.

Apabila perkara-perkara yang serius disalah-tafsirkan sebagai perkara remeh-temeh sahaja tentulah isu yang serius itu tidak dibincangkan. Kalau mahu dibincangkan pun perlu menunggu satu jawatankuasa khas yang akan dianggotai oleh beberapa ahli MT (seperti yang diterangkan oleh Najib Tun Razak). Kerana itu bertukarlah majlis persidangan UMNO itu menjadi majlis berbalas pantun yang disebut berselang-seli dengan kata-kata pujian terhadap seorang "wira dunia ketiga" yang sungguh berani menyanggah kuasa besar. Sedangkan kenyataan sebenarnya; inilah ketua lanun terunggul dalam sejarah Melayu moden yang kecut dan takut berhadapan dengan kebenaran. Jika tidak masakan dia mengolah pelbagai alasan agar sapina yang diserahkan oleh mahkamah dipatahkan oleh para hakim upahan yang memang sudah lama disogok dan diugut agar sentiasa menjaga kepentingan seorang diktator tua yang mahu terus berkuasa.

Mewujudkan Cermin Kalis Serangan

Segala taktik menipu dan berbohong besar semakin kehilangan bisanya. Mahathir memang semakin sedar akan fenomena ini. Perkara ini berlaku bukan disebabkan kekurangan usaha untuk terus menipu dan bermain silap mata. Dalam banyak hal, kuasa ghaib yang berlaku ke atas umat manusia yang sebenarnya lemah itu telah membawa pelbagai kisah yang perlu dijadikan iktibar. Contoh yang terbaik ialah peristiwa kemalangan kereta yang membabitkan nyawa isteri kepada Dato Aziz Shamsuddin. Kemalangan itu mungkin dianggap sebagai satu cerita tragis yang biasa berlaku dalam kehidupan manusia. Tetapi, cerita bagaimana sekeping cek berjumlah dua puluh lima ribu ringgit yang dibayar oleh sebuah syarikat pembotol air minuman, menjadi satu tanda-tanya besar kepada golongan yang mahu tahu. Kes di mahkamah berkenaan orang yang mencuri cek itu sudah ditangguhkan secara memudahkan keadaan yang mungkin menghimpit Aziz Shamsuddin dan juga si Mamak Tongkang.

Kemudian tercetus cerita bagaimana Umi Hafilda diberikan kontrak lumayan oleh Megat Joned untuk membolehkan Ummi memberi elaun bulanan kepada isteri muda Megat sejumlah RM 35,000 (kalau saya tidak silap) setiap bulan. Ini disusuli pula oleh cerita bagaimana seorang 'petani' daripada Sarawak menerima tawaran beribu ringgit kalau dia sanggup menceraikan isterinya untuk memperisterikan Ummi Hafilda. Ketika Baginda membuat keterangan itu di mahkamah dia telah juga menceritakan betapa semua tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim adalah satu kepalsuan semata-mata. Kes perbicaraan Anwar ditangguhkan masa kini menunggu persidangan UMNO itu selesai.

Kisah diatas bukannya kisah remeh-temeh. Ia adalah satu kisah yang besar kerana membabitkan seorang ahli politik terkenal yang sedang merengkok dalam penjara. Ia juga membabitkan satu keluarga enam anak yang amat rindukan kasih sayang seorang bapa ketika mereka sedang membesar dan menghadapi cabaran dunia. Adakah dibincangkan perkara dan kes-kes ini di persidangan itu? Jika tidak, apakah kes ini merupakan isu yang remeh temeh belaka?

Mamak Tongkang dan beberapa penjilat punggungnya mungkin tidak sedar betapa pelbagai isu besar sengaja disorok dan tidak diberi ruang untuk disorot dalam persidangan itu kerana mahukan rakyat terus menjadi bingung dan dungu. Kerana itulah makanya Mamak Tongkang menyuruh kumpulan G7 balik dulu sebelum hari pendaftaran kerana dia sedang merencana sesuatu yang sungguh besar rahsianya ketika itu. Mamak Tongkang dan para jongosnya telah merancang dengan Kumpulan G5 agar berhati-hati dengan ucapan mereka. Kumpulan G5 itu sengaja diminta mengikut satu perencanaan yang diatur rapi sebelum itu agar isu yang besar-besar diklasifikasikan sebagai isu remeh-temeh sahaja.

Mahathir dan para juaknya telah berjaya menutup segala isu yang sensitif daripada dibincangkan. Dia sudah berjaya menentukan setiap isu hangat dimasukkan dalam kereta bercermin kalis serangan yang tidak akan disentuh oleh para jurucakap negeri-negeri. Di waktu yang sama dia sudah merancang agar para penjilat itu diberikan 'pampasan' dalam bentuk menutuh terus khazanah negara. Kita tidak mahu membuka segala rahsia menutuh hak rakyat kali ini. Kita mahu mencetuskan cerita itu secara berdikit-dikit.( Dalam hal ini saya mahu beri ruang seluas-luasnya kepada Wak Amin Sapiro mendedahkan segala isu sensasi itu. Di waktu yang sama Pengulu Cekau akan menulis segala isu itu secara sinis tetapi berhemah, lagak seorang pengulu berpengalaman yang pandai menyorokkan kuku tajamnya).

Kita dapat melihat betapa liciknya Mahathir bersama Paklah dan juga barisan ketua pemuda UMNO mengatur rencana untuk menipu ahli UMNO yang hadir di PWTC itu. Sekaligus penipuan itu dikenenkan juga kepada semua orang Melayu di negara ini. Persidangan UMNO di PWTC itu sebenarnya satu persidangan orang Melayu yang berkepentingan untuk mempertahankan kepentingan mereka daripada disabotaj oleh orang luar.

Saya pernah menulis betapa pergerakan Pemuda UMNO itu sudah menjadi satu sarang untuk membantu presiden parti yang sedia ada merancang sesuatu yang jijik untuk mengekalkan kuasanya dalam parti. Memang tepat jangkaan saya itu kerana perkara ini disahkan oleh beberapa orang berpengaruh dalam UMNO. Malahan ada seorang veteran UMNO yang merasa kesal kenapakah saranan yang saya tulis itu tidak mahu dibincangkan oleh Majlis Tertinggi kalau Mamak Tongkang betul-betul serius mahukan satu golongan pemimpin pelapis yang berwibawa.

Soalnya sekarang bagaimanakah orang Melayu akan terus bersabar dengan seorang pemimpin yang sudah jauh menyeleweng daripada ikrar pertamanya ketika mula-mula menjadi perdana menteri ?

Segala taktiknya untuk terus berkuasa sudah disedari oleh rakyat sebagai taktik kotor yang sungguh menjijikkan. Tohmahan dan fitnah yang dikenakannya terhadap Anwar Ibrahim sudah merupakan satu kerja kotor yang tidak boleh diampunkan. Rencananya untuk menyelamatkan bisnes anak-anak dan para kroni, sudah menghenyak negara ini ke tahap hampir kemuflisan. Ramai para profesional Melayu yang pintar-pintar dan berdedikasi dalam kerjaya mereka terut teraniaya. Ramai lagi para guru yang menjadi mangsa nafsu serakah para juak dan jongos-jongosnya.

Semua bentuk penipuan dan putar-alam yang diucapkannya untuk memperlekehkan agama Islam dan juga Nabi Muhammad SWT sudah layak menjadikannya insan munafik yang boleh dihukum bunuh kalau masyarakat Islam di negara ini mahu.

Apakah lagi yang molek-molek yang boleh diharapkan daripada si Mamak Tongkang ini? Apakah lagi kualiti keinsanan yang ada padanya yang melayakkan dirinya terus bergelar pemimpin Melayu di alaf baru? Sebenarnya semua orang Melayu yang waras fikirannya turut berdosa kalau si Mamak Tongkang ini terus dibiarkan memegang kuasa.

-Marhaintua-
16 Mei, 200.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com