Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BERMAIN AIR BASAH, BERMAIN API LETUP

Dipetik daripada :
Laman Fitnah e-UMNO

Seorang sahabat baik di alam siber ada mengirim satu emel yang menarik kepada saya. Saya mahu merakamkannya dan berkongsi dengan anda semua:

"Hati saya sakit bila Mahathir kata suatu masa nanti orang Cina dan India boleh jadi PM. Saya bukanlah bermaksud berbangga dengan bangsa Melayu kerana tiada suatu bangsa yang kekal di dunia. Tetapi mungkin Tuhan akan segera melenyapkan bangsa Melayu kerana perkataan Mahathir yang celupar.

Saya berpendapat dia lancar Produa Kenari dengan harapan BSKL akan kembali aktif tetapi nampaknya menjunam 25.93 mata. Kali ini Mahathir lebih celupar apabila dia berkata orang India dan Cina juga boleh jadi PM. Nampaknya Mahathir benar-benar menyinggung perasaan pejuang dari angkatan lama seperti saudara.

Saya menjangkakan perkataan Mahathir itu akan merudumkan lagi suasana BSKL minggu depan. Apa kata saudara?"......

Aduuh......kata hati kecil saya. Apakah begini sekali kata-kata seorang diktator tua? Saya tidak terperanjat sebenarnya dengan kata-kata itu. Hampir dua tahun yang lalu saya ada menulis siri "Apabila Manusia Berhati Syaitan", inilah asas tulisan saya. Sejak itu bermacam siri tulisan telah saya hasilkan, Mahathir tidak berubah juga. Dia masih berlagak lagi seolah-olah dia tidak akan mati. Kalau dia akan mati pun mungkin dia fikir rakyat akan menangis sakan sehingga banjir negara ini dik airmata. Memang, Mahathir ternyata sedang menghadapi satu dilemma yang dipanggil 'identity crisis'. Dia sudah mencapai satu tahap kehidupan yang dia sendiri semakin curiga dengan kewibawaannya. Dia sendiri sangsi dengan kepimpinannya. Kerana itu dia mesti mencetuskan sesuatu agar rakyat marhaim akan terus keliru memikirkan sesuatu isu yang dicetuskannya itu. Di sebalik kesibukan mencari kebenaran itu akan terhindarlah tumpuan rakyat terhadap kewibawaannya.

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Esok dan lusa seluruh negara akan bergegar sakan. Warung kopi akan penuh sesak kerana semua orang Melayu akan berdebat sesama sendiri seolah-olah tertubuhnya parlimen di sana sini dan terbukanya mahkamah secara tidak rasmi. Mahathir akan menjadi yang dituduh secara misteri. Ada pula nanti yang sanggup menjadi peguam bela sedangkan yang sanggup menjadi pendakwa raya akan muncul secara menggila. Secara lumrahnya suasana kehakiman seperti ini memang nampak seriusnya daripada mula tetapi pasti bertukar menjadi gelanggang gelak ketawa kerana segala hujah yang dibentangkan memang layak dijadikan bahan majalah 'Gila-Gila'. Kalau ada yang lebih serius suasananya mungkin boleh diciplak untuk dibikin filem berjodol "SINARIO PULA.....!".

Mahathir Mohammad, presiden terunggul UMNO di alaf baru sudah menaburkan umpannya. Dia sudah sedia dengan jala yang tersorok di dalam baju kalis pelurunya. Kali ini umpannya itu ada bersuara mengikut kemajuan IT negara. Bunyinya ialah: "satu hari nanti Perdana Menteri Melaysia akan datang daripada kaum India ataupun Cina." Di sini saya ingin menambah untuk bertanya: kenapa tidak daripada kaum Serani ataupun Benggali ataupun Baba dan Cheti Melaka. Kenapa tidak orang Bajau ataupun Iban ataupun Kadazan????

Kalau betul Mahathir ada membuat kenyataan seperti itu, saya berani berkata Mahathir adalah laksana Mat Jenin sahaja. Malahan, satu ketika dulu saya berkata demikian, ramai kawan-kawan yang ketawa. Tetapi cuba lihat segala projek meganya, bukankah itu hanya mampu dilakukan oleh insan yang mempunyai sifat Mat Jenin? Siapakah yang sanggup membina dua batang bangunan besar pencakar langit dengan menggunakan wang rakyat sedangkan bangunan itu tidak pun memberi pulangan modal? Siapakah yang sanggup membina litar lumba kereta sedangkan dia sedar litar itu akan digunakan untuk perlumbaan hanya dua kali dalam setahun sahaja? Siapakah yang sanggup memikirkan membina jambatan melintasi Selat Melaka? Hanya Mahathir yang mampu memikirkan semua itu. Nasib baik Mahathir lahir di era IT dan ketika Putri Gunung Ledang sudah lama menjadi hiasan memori. Jika tidak, Puteri Gunung Ledang sudah menjadi isteri Mahathir dan bukannya Siti Hasmah lagi.

Kadangkala saya menitiskan airmata ketika menulis artikel saya ini. Semua ini mengenangkan nasib bangsa saya. Bukannya yang masih hidup kini, tetapi yang akan lahir nanti. Iktibar ini saya ambil ketika mengenangkan cucu-cucu saya. Mereka sekarang sedang membesar di sekolah tanpa menyedari apabila mereka mula bekerja, mereka akan menanggung beban hutang negara. Apabila mereka berumah tangga dan melahirkan zuriat pula, zuriat itu akan membesar dan bekerja untuk membayar hutang negara. Angkara siapakah semua ini kalau bukan angkara seorang manusia berhati syaitan?

Ketika memperkenalkan KENARI bagi pihak Perodua, Mahathir dengan lantang telah berkata:

"Industri otomobil semakin mengecil. Kita perlu sokong usaha kita mengeluarkan kereta sendiri. Kalau sokongan ini tidak diberi, industri otomobil kita akan gulung tikar." Inilah satu kenyataan selamba daripada seorang perdana menteri yang mahu terus menipu bangsanya. Dia tidak mahu mengaku betapa projek PROTON sedang menghadapi masalah kewangan sehinggakan membabitkan Tabung Haji dan KWSP untuk membantu syarikat itu. Siapakah yang menjadi mangsa dalam tipu muslihat ini kalau bukan orang Melayu secara khasnya dan bangsa Malaysian secara amnya? Saya tidak mahu mengungkit perkara ini panjang-pajang kini, kerana saya telah menulisnya panjang-panjang di masa yang lalu.

Memadailah kali ini saya berkata bahawa persepsi Mahathir terhadap pembangunan negara adalah satu skima yang dilakukan untuk memperkayakan segala kroni dan suku-sakatnya. Visi pembangunan bangsa itu sebenarnya bukannya menjadi agenda kepimpinannya. Yang dipentingkannya ialah visi mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri agar tidak tergugat sehinggalah dia mati. Apabila dia mati dia mahu tentukan anak-anaknya akan terus merasakan nikmat kehidupan selesa sebagai keluarga ningrat. Kerana itu dia tidak pernah ikhlas dengan apa yang dilakukannya atas nama pembangunan negara dan kemajuan bangsa. Yang lebih penting ialah kesinambungan kuasa pada zuriatnya dan para kroninya. Inilah tafsiran ketuanan Melayu ciptaan Mahathir.

- Kereta Buatan Malaysia Untuk Siapa ?

Mahathir tidak boleh menipu lagi. Satu ketika dulu dia boleh berkata dengan lantang usaha menubuhkan industri kereta adalah untuk memajukan industri besi waja dan industri elektronik negara. Saya pernah berkata itu adalah angan-angan kosong semata-mata. Pernah saya ceritakan kisah Proton mencuba pasaran Amerika melalui Proton America Incorporated. Siapakah J Pryor yang dilantik sebagai wakil Proton di Amerika kalau bukannya sahabat Henry Kissinger. Apa yang sudah jadi dengan segala ujian kereta di Amerika dulu sehinggakan kini tidak ada sebiji pun kereta Proton dijual di sana?

Kini ramai rakyat yang tahu kemasukan Proton ke Eropah adalah secara kebetulan sahaja dan bukan kerana Proton merupakan satu jenis kereta yang tercanggih di dunia. Kita berjaya memasukki pasaran Eropah kerana proton dibawa masuk ke Wales dan Ireland. Ada satu lubang niaga 'loopholes' dari segi undang-undang yang mengatakan kalau kereta diterima memasukki Wales ia boleh diterima di seluruh United Kingdom. Oleh kerana Great Britain (United Kingdom) adalah ahli EEC, sekaligus kemasukan Proton diterima juga ke dalam EEC. Itu sahaja, nokhtah. Tetapi, siapakah pembeli terbesar kereta Proton di UK kalau bukannya syarikat kereta sewa. Kereta itu pula disewakan secara bemusim. Di akhir sesuatu musim kereta itu akan ditukarkan dengan kereta yang baru dan yang lama itu dibawa balik untuk baik-pulih (refurbishing) dan dijual di negara sendiri, selalunya sebagai kereta baru. He...he....he... siapakah yang menipu siapa dalam hal ini? Cukup dulu dengan cerita Mat Jenin ini. Insya Allah satu hari nanti saya harap ada insan yang rajin menulis di negara ini yang sanggup mengumpulkan fakta akan segala projek omongan Mahathir laksana Mat Jenin di pucuk kelapa memikirkan apa yang perlu dilakukannya lagi sambil berkhayal di atas pokok kelapa itu. Demikianlah Mahathir dengan angan-angan Mat Jeninnya. Memang banyak lagi yang boleh dituliskan selain daripada kisah dongeng termoden di Kedah bagaimana menanam padi di atas bumbung dan pohon orkid di tiang api.

Cuma saya sanggup merakamkan di sini, Mahathir sebenarnya sudah terlalu sasau dengan projek meganya. Kalaulah dia betul-betul ikhlas dengan industri otomobil dia sepatutnya sudah mengharamkan pemberian AP(Approval Permit) untuk mengimpot kereta daripada luar negara. Tetapi, kenapakah permit ini masih dikeluarkan oleh Rafidah sehinggakan anak menantu menjadi jutawan kerananya? Kenapakah masih ada pemimpin UMNO yang mengimpot kereta mewah daripada luar negara kalau betul-betul Mahathir mahu menjaga kemajuan industri kereta negara? Di Korea, tidak ada satu permit pun yang dikeluarkan kepada sesiapa untuk membawa pulang kereta luar, tidak juga kepada para diplomat yang bertugas di luar negara mahupun para pelajar yang belajar di luar. Tetapi, di negara kita 'AP' adalah premium yang dikeluarkan sebagai pampasan untuk terus menyokong UMNO. Kalau benarlah Mahathir mahu majukan industri kereta negara, kita tentu sudah ada satu terowong khas (air-tunnel) untuk menguji kereta bikinan kita. Tetapi, terowong ini tidak diperlukan kerana chassis dan kelengkapan berat semua dibuat di Jepun. Kita cuma memasang-siapnya sahaja. Inilah Malaysia Boleh yang sebenarnya......! Mungkin ada rakyat Malaysia yang terkejut betapa kita masih mengimpot 'wiper' kereta daripada Korea sedangkan wiper itu dibuat daripada getah asli. Inilah yang dikatakan oleh Pengulu Cekau sebagai 'gila punya kerja'.

Mahathir yang Semakin Sewel

Saya percaya ramai pengunjung internet yang belum habis membaca tulisan saya berjodol: "Hatiku terusik, jiwaku tersiksa". Di dalam artikel itu ada saya sentuh sedikit mengenai kematian Mahathir dan cadangan agar dia bersiap sedia untuk menentukan kemegahan tempat persemadiannya:

"Secara logiknya adalah lebih selamat kalau Mahathir memilih Teluk Kemang sebagai tapak semadian jasadnya kerana terdapat beribu warga tentera yang boleh ditugaskan menjaganya laksana Tugu Jose Rizal di Manila. Jika tidak apakah jaminan seekor katak jelmaan tidak muncul melompat di pusara maharajah itu nanti untuk menitiskan air mata kataknya ataupun air apa namanya lagi...?"

Mungkin perenggan itu sesuatu yang 'out of context' dalam artikel mengenai Teluk Kemang. Tetapi saya menulisnya dengan bersebab. Ia memberi satu sindiran tajam kepada semua akar umbi UMNO agar bangkit untuk memikirkan betapa kepimpinan UMNO sudah reput sereputnya. Mahathir Mohammad yang saya gelarkan sebagai insan berhati syaitan sejak dua tahun yang lalu tidak pernah berubah daripada sikap itu dan inilah yang amat merunsingkan saya. Semakin jelas kini, Mahathir yang bangga dengan gelaran Wira Dunia Ketiga sudah kehilangan kewarasan sebagai seorang wira. Apakah yang boleh diharapkan lagi daripadanya sedangkan dia sendiri tidak mampu mempertahankan keyakinan bangsanya akan keutuhan dan keyakinannya terhadap bangsanya sendiri yang disebutnya selalu sebagai BANGSA MELAYU? Sekaligus kini, Mahathir sudah semakin hanyut dengan angan-anganya. Mahathir sudah semakin lupa daratan betapa kalau bermain air basahlah badan dan kalau bermain api melecurlah tangan. Inilah mainan politik Mahathir masakini dan inilah mainan politik satu parti yang sekian lama berlagak sombong sebagai pelindung ketuanan Melayu. Inilah mainan politik yang menyesatkan orang Melayu sebenarnya. Sayangnya masih ramai lagi orang Melayu tidak sedar betapa mereka dipermainkan dan betapa sokongan mereka terhadap Mahathir sebenanrnya mempertaruhkan masa depan anak-anak dan cucu-cicit mereka ke kancah kehinaan. Mahathir adalah segala-galanya dalam proses kedurjanaan itu. Mahathir dan para pemimpin UMNO yang masih taksub mengampunya serta akar umbi yang masih kaku, terpukau kerana segala pengampuan itu adalah satu golongan manusia Melayu yang sebenarnya semakin lupa daratan. Mereka lupa apa sebenarnya erti martabat bangsa. Mereka leka memahami apa erti maruah bangsa dan semakin lupa dengan perjuangan bangsa.

Pernah beberapa hari yang lalu saya berutus emel dengan beberapa teman baik di alam siber mahupun di alam realiti. Saya katakan kerunsingan saya betapa negara ini akan menghadapi zaman pancaroba dan betapa kita harus bersedia menghadapinya. Persediaan itu adalah dalam menyediakan satu ruang penyibaran maklumat yang sahih dan berfakta. Terlalu banyak pembohongan yang berlaku di sekeliling kita. Terlalu banyak penipuan dan maklumat songsang. Sayangnya semua penyibaran maklumat itu berpunca daripada manusia yang berkuasa dan bergelar pemimpin UMNO. Kita tidak perlu bercelotih panjang untuk memikirkan masadepan kita gara-gara kedurjanaan seorang insan yang bernama Mahathir bin Mohammad. Cuba fikirkan fakta ini:

a) Penipuan terhadap tuduhan Anwar Ibrahim. Kalau tuduhan yang digunakan itu boleh menghambat Anwar ke penjara selama enam tahun, Mahathir pun layak dihambat sama dan patut didakwa dengan segera. Jeritannya terhadap Dato Shafie Ketua Pengarah BPR dulu sudah sah melayakkanya dihukum selama 12 tahun pula.

b) Kesediannya melantik Tan Sri Abul Hassan sebagai gabenor Bank Negara selepas beliau didapati sah melakukan kerja-kerja aib yang bertentangan dengan etika kerjanya sudah melayakkan Mahathir disanggah lagi. Mahathir boleh didakwa sebagai terlibat dengan kerja-kerja kriminal. Bukankah jawatan gabenor Bank negara itu mesti diberikan kepada seseorang yang dipastikan keluhurannya dan ketulusannya? Mahathir sanggup memperlekehkan Dato Shafee dengan melantik Tan Sri Abol Hassan ke satu jawatan yang lebih tinggi lagi, sedangkan beliau telah didapati sah melakukan satu pecah amanah yang jelas sejelasnya.

c) Ketua Hakim Negara telah terperangkap dalam satu episod pembohongan yang dicetuskannya sendiri. Episod itu jelas menunjukkan satu penipuan yang menejelekkan dan menakutkan rakyat marhain. Pendedahan pembohongan Tun Eusoff Chin menyerlahkan betapa korupnya sisem kehakiman negara. Tetapi apakah yang dijawab oleh Mahathir ketika Majlis Peguam Malaysia (MPM) mahukan satu tribunal ditubuhakan? Mahathir enggan menerima cadangan itu dan memperlekehkannya pula. Apa punya bangsat pemikiran seperti itu sedangkan sudah ada bukti sahih akan segala pembohongan yang dilakukan oleh insan yang bergelar Ketua Hakim Negara itu? Kini dia dikatakan akan menyambung kontrak beliau pula. Beginikah harapan kita terhadap badan kehakiman negara? Sebagai orang Melayu tidakkah kita marah dengan tindakan itu?

d) Berita kenaikan tambang sehingga 33% telah menggegarkan rakyat marhain semacam mereka tidak percaya dengan tindakan kerajaan itu. Tetapi, akhbar perdana telah melembutkan keadaan dengan membuat congakan betapa kenaikan 33% itu hanya membabitkan tambahan perbelanjaaan individu sebanyak RM6 (enam ringgit) hingga RM12 (dua belas ringgit ) sahaja. Bolehkah dipercayai perkara itu? Di TV pula ditunjukkan temubual rakyat yang menyokong tindakan kerajaan itu. Berapa ramaikah yang menyokongnya sehinggakan tidak ada satu orang pun insan yang tidak menyokong yang mahu dirakamkan suaranya? Inilah maklumat songsang yang saya maksudkan. Negara ini seolah-olah sudah ditadbir oleh suatu kuasa maharajah di mana rakyatnya hanya mampu akur dengan segala arahannya.

e) Kalau kita lihat peranan Mahathir sebagai perdana menteri sekarang ini dia semakin menunjukkan bahawa perdana menteri Malaysia sudah pun bertukar tangan sehinggakan kita mudah keliru siapa perdana menteri Malaysia sebenarnya. Beberapa isu hangat negara tidak lagi ditangani oleh Mahathir. Ketika Teluk kemang melancarkan kempen pilihanraya kecil, Mahathir tidak muncul. Ketika wabak Nipah melanda Bukit Pelanduk, adakah Mahathir menunjukkan mukanya? Kini, virus itu sudah pun melanda Gopeng adakah Mahathir ambil kisah akan hal itu? Ketika Abu Sayyaf menyerang Sipadan dan melarikan para pelancong di sana adakah Mahathir sibuk untuk menyelesaikan masalah itu. Sedangkan banyak soalan rakyat yang mengatakan pusat pelancongan itu adalah kepunyaan anaknya?

f) Ketika tercetus bagaimana Tabung haji dan KWSP terbabit membantu PROTON ketika kesuntukan wang, rakyat menjadi gelisah. Di wkatu yang sama semua bakal haji telah diberitahu akan kenaikan tambang bagi tahun yang mendatang. Adakah Mahathir ambil peduli akan semua itu? Tidak,,,, perkara seperti itu adalah tidak penting baginya. Kalau kematian penternak khinzir di Teluk Kemang tidak penting, apakah pentingnya penternak khinzir di Gopeng. Sekaligus apa perlunya memikirkan masalah orang yang masih hidup?

g) Hampir dua billion telah dibelanjakan untuk Perwaja Steel Mills di Trengganu. Eric Chia masih belum lagi didakwa. Hutan yang bertapuk akan menjadi beban kepada bangsa kita. Siapakah yang menjadi raja yang mengerakkan hutang besar itu kalau bukan orang Cina? Bukan kah itu serupa dengan berperdana menterikan orang Cina. Perkara yang sama berlaku di Sarawak setelah terbantutnya projek ampangan yang dikelolakan oleh seorang kroni lagi Tan Sri Ting. Kerugian yang tertanggung itu adalah beban hutang yang perlu dilunaskan. Bukankah itu serupa dengan tekanan daripada perdana menteri Cina satu hari nanti? Episod Ketua Hakim Negara yang bersekongkol dengan Vincent Tan pun menunjukkan betapa banyak kes mahkamah yang dipengaruhi oleh kerakusan manusia juga. Bagaimanakah Vincent Tan boleh bekuasa ke atas Eusoff Chin dan Mokhtar AG kalau bukan kerana wang ringgit juga ?

Mahathir sebenarnya tidak perlu fikirkan semua itu. Yang menjadi tarikan minatnya ialah bagaimana berada di negara ini untuk seminggu dua dan mengelakkan isu hangat daripada disoal secara terus kepadanya. Semua isu itu tidak penting lagi. Ia hanya penting bagi mereka yang mungkin mengambil alih tugas seorang perdana menteri. Ia tidak lagi penting kepada Mahathir kerana dia mesti memikirkan masalah dunia ketiga kerana dialah wira dunia ketiga itu. Tidak ada sesiapa lagi ketika ini sehinggalah dia mati. Inilah prioriti Mahathir sebenarnya seperti juga prioritinya untuk menentukan pewasat Global Express itu digunakan setiap bulan untuk membawa justifikasinya akan pembelian pesawat itu.

Inilah helah Mahathir yang telah berjaya dilakonkannya seperti juga dia melakonkan beberapa aksi yang meruntun jiwa sebelum ini. Bersajak, mengugut, meraung dan menangis. Yang terakhir sekali dia membaca doa pula. Apakah impaknya? Yang nyata rakyat terus memaki seranah juga.

When Mahathir Is Playing God

Seorang teman ada menelefon daripada London dan bertanya apakah benar Mahathir mengatakan kemungkinan Malaysia melantik seorang Pedana menteri daripada bukan Melayu? Saya katakan benar. Dia lantas menjawab:

"Oh God...he is Playing God?"

Saya terus mengatakan kepadanya. Apakah perlunya kita mempertikaikan kenyataannya itu sedangkan banyak perkara lain yang lebih mustahil pernah dilakukannya? Cuba fikirkan baik-baik dulu.Terlintaskah di fikiran kita Mahathir sanggup menuduh bekas anak-didiknya dengan tuduhan yang tidak terfikir oleh fikiran yang waras? Itu bukannya alang-alang tuduhan dan bukannya calang-calang perbuatan. Hukumnya di dalam agma islam bukan kepalang besarnya. Tetapi Mahathir sanggup lakukan.

Saya pernah diberitah betapa kak Leha (nama timangan kakanda kepada Siti Hasmah) yang pergi berjumpa dengan Mahathir dan menangis laksana anak kecil, meminta dia menarik balik tuduhan terhadap Anwar. Kak Leha memang rapat dengan DS Wan Azizah dan amat sayang dan baik persahabatnnya dengan DS Anwar Ibrahim. Mahathir enggan. Dia tidak mahu memberi muka kepada kakak iparnya. Begitulah kerasnya hati Mahathir ketika itu dan mungkin juga selamanya. Kini Anwar sedang dipenjarakan dan kes rayuannya masih dipertikaikan lagi. Apakah Mahathir sudah pun merasa senang lenang seperti yang diidamkannya? Tidak... Mahathir tidak akan mencapai kesenangan itu walaupun dia bina lagi sebuah mahligai laksana istana terapung pula. Kesenangan dan ketenangan tidak lagi akan menjadi sahabat Mahathir. Kewemahan seperti itu adalah satu dongengan semata-mata, seperti juga misteri dongeng lagenda Mahsuri.

Hairankah Kita ?

Semua orang melayu harus sedar satu kenyataan bahawa mereka hendaknya jangan mudah alpa dengan tipu muslihat terbaru Mahathir bin Mohammad. Kenyataan Mahathir mengenai Perdana menteri malaysia daripada bangsa bukan Melayu adalah satu perangkap untuk melalaikan orang Melayu semata-mata. Inilah alat pengkhayal yang paling terbaru daripada pasukan pemikir Mahathir. Saya ingin merakamkan satu emel daripada seorang sahabat baik di alam siber yang baru saya terima:

"Apakah lagi yang tidak akan digadaikan oleh Si Mamak Tongkang ini? Si laknat ini memang sudah tidak mempunyai semangat dan jiwa Melayu. Tanah Melayu (EMR), Bangsa Melayu, Raja-raja Melayu, Adat Resam dan pegangan agama orang Melayu pun, habis diperlingkupkan. Apalah sangat jawatan Perdana Menteri itu diberikan kepada bukan Melayu. Banyak negeri telah 'bersultankan' jutawan Cina, tidak termasuk yang telah bergelar Raja Gula, Raja Judi dan lain lain lagi.

"Beliau sedar bahawa bangsa Melayu mempunyai tahap intelek yang setaraf atau munkin lebih baik daripada bangsa Yahudi. Dengan pegangan agama yang kuat, bangsa melayu dilihat jauh lebih 'supreme' (unggul) daripada bangsa Yahudi. Cuma, bangsa Melayu sudah lama dibohongi penjajah dan kini dijajah semula oleh Mamak Tongkang yang berpenasihatkan yahudi.

Melayu+Islam adalah igaun ngeri buat Mamak Tongkang dan Yahudi.".....

Puuuuhhhhh.... apa lagi yang nak saya katakan kalau sudah menerima emel seperti ini. Kalau dikumpulkan semua emel yang baru diterima saya memang tidak payah menulis panjang lagi. Cukup setakat mengumpulkan semua emel itu dan siarkan semula.

Kenyataan yang dibuat oleh Mahathir harus ditafsirkan betapa terdesaknya insan yang semakin tua ini. Dia sudah menghampiri zaman kesewelannya. Inilah zaman yang memerlukan kita terus berusaha untuk banyak bersabar dan bersedia menghadapinya.

Mestikah Kita Memaafkannya?

Sebagai seorang beragama Islam, saya bersedia memaafkan Mahathir akan atas segala salah-lakunya. Dia bukannya maksum walaupun dia sendiri fikir mempunyai sifat seperti itu. Mahathir sebenarnya sudah semakin nyanyok. Seorang pemimpin yang unggul tentu sekali tidak akan bercakap seperti Mahathir terutama sekali mencetuskan sesuatu kenyataan yang menghampakan bangsanya. Tidak ada dosa yang lebih besar daripada seorang pemimpin selain perbuatan memperlekehkan bangsanya sendiri. Mahathir sebenarnya berhak dengan pemikirannya. Tetapi, sebagai seorang pemimpin unggul ada perkataan yang boleh dicakapkan secara lantang dan ada perkataan yang perlu dicakapkan secara berkias. Keupayaan melakukan di antara dua cara itu menunjukkan kematangan kepimpinan dan kewibawaan seseorang pemimpin. Kelemahan mencerna dua sifat ini sudah melayakkan seorang pemimpin itu berundur dan memberi ruang kepada orang lain pula. Di sinilah terletaknya kualiti kepimpinannya yang sebenar.

Dinegara barat ramai pemimpin yang mengundurkan diri ketika mereka menghampiri umur seusia Mahathir sekarang. Mereka berundur dengan segala kehormatan yang diberikan oleh rakyatnya. Selepas itu mereka menulis buku seperi autographi ataupun memoir. Dalam buku itulah mereka menulis isi hati mereka sebenarnya. Ada isu yang sensitif yang mereka pendam dan hanya diterbitkan selepas mereka mati. Inilah sifat kepimpinan jempulan. Inilah pemimpin yang mempunyai sifat dan kualiti 'statemanship;. Sayangnya inilah kualiti yang tidak pernah ada pada Mahathir.

Saya tidak mahu ambil pusing sangat dengan apa yang Mahathir akan katakan selepas ini. Dia sudah tidak relevan lagi. Biarlah dia berlagak sakan sebagai seorang Perdana Meneri Malaysia yang paling lama memegang takhta. Biarlah dia sebut pula siapa nama Perdana Menteri yang akan memerintah Malaysia di masa hadapan. Semua itu tidak relevan lagi kalau kita faham akan tahap kesihatannya yang sebenar. Mahathir sedang mengharungi zaman kesakitan dalaman yang tidak mudah difahami oleh orang luar. Dia sedang menderita sebenarnya. Tidak ada satu pun projek meganya yang berjaya. Kejayaan sebenarnya berlaku disebabkan maklumat songsang semata-mata. Mahathir sudah meniru gelagat seseorang yang diserang kekejangan otot-otot (cramps) di tengah laut. Sabut dan daun kering pun akan dipautnya kerana tidak ada pilihan lagi. Apakah ini satu hukum 'karma' yang menimpa dirinya setelah menggunakan khidmat seorang wanita murahan untuk bersekongkol dengan seorang pemandu upahan sebagai saksi utama rencana konspirasinya?

Itulah hakikatnya sekarang. Mahathir kecewa dengan keadaan yang berlaku.Dia tidak menerima sokongan padu orang Melayu lagi dan terpaksa meraih simpati sokongan kaum lain. Allah telah mentakdirkan Mahathir menghadapi zaman-zaman kepupusannya dengan penuh kekecewaan. Perniagaan anak-anaknya tidak menjadi walaupun berbillion ringgit duit rakyat telah dicurahkan untuk membantu kerugian yang tertanggung sekian lama. Kewibawaan anak-anak untuk ditonjolkan memimpin bangsa sendiri pun tidak juga menjadi, walaupun pelbagai usaha dilakukannya. Mahathir sebenarnya sedang mengerang sendirian akan kegagalannya itu.

Apakah dihairankan samada negara ini diperintah oleh perdana menteri kaum apa di masa yang akan datang. Bukankah mereka itu rakyat Malaysia juga? Kita harus terima latahan Mahathir itu sebagai satu cabaran sepertimana penubuhan parti PKN (keADILan) yang dianggotai oleh masyarakat majmuk. Teluk Kemang sudah menunjukkan betapa rakyat berbilang bangsa boleh menggerakkan satu barisan politik mengganyang pimpinan Mahathir. Kita mesti terima hakikatnya bahawa kenyataan Mahathir itu adalah satu pengakuan betapa UMNO sudah gagal mempertahankan kedaulatan ketuanan Melayu selama ini. Kalau Mahathir sudah memperakuinya apakah yang boleh diharapkan lagi kepada kepimpinannya? Kalau orang Melayu tidak mahu perkara itu berlaku seperti yang diramalkannya, sampailah masanya semua orang melayu begabung tenaga melakukan sesuatu untuk mempetahankan ketuanan melayu. Kali ini Mahathir dan segelintir juaknya tidak lagi mustahak dalam agenda dan 'equation' baru itu.

Semua orang Melayu baik yang menjadi ahli UMNO, PAS keADILan, PRM, DAP dan apa saja parti yang ada dan yang akan muncul nanti, mempunyai peranan tersendiri di alaf baru ini. Pweranan ini ada kaitannya dengan apa yang berlaku sekarang gara-gara kerakusan Mahathir dan pucuk pimpinan UMNO. Masadepan orang Melayu sebenarnya sedang terancam sebagai satu bangsa yang tinggi martabatnya dan mulia maruahnya. Mahathir sudah memperlekehkan semua itu kerana dia keliru. Dia menjadi keliru kerana kerakusan untuk terus berkuasa. Dia mahu terus menungkat dunia.

Sifat enggan mati dan mahu terus menungkat dunia pernah dialami oleh Mao Tze Tung dan kamal Ataturk sehinggakan di saat akhir hayat mereka terjadi satu pertukaran perangai mereka yang memasukki zaman keanakan semula. Mereka tidak bermain air lagi tidak juga mereka mahu bermain api. Mereka lebih berminat bermain taik sendiri seolah-olah itulah bungkal emas yang menjadi perisai agar mereka tidak akan mati.

Ya Allah, apakah episod yang sama akan dilalui oleh Mahathir bin Mohammad juga? Dengan segala tulus ikhlas aku bermohon kepadamu, Ya Allah..... janganlah Mahathir kau izinkan melalui zaman serupa itu... Aaaaaamiiiiinnnnnn....!!!!.

Sebagai orang Melayu beragama Islam inilah harapan saya dulu, sambil memikirkan bagaimanakah seorang pemimpin Melayu yang sungguh menonjol dalam sejarah bangsanya sanggup berpatah arang dengan bangsanya, akhirnya? Siapakah sebenarnya yang berkuasa memerintah orang Melayu itu selama ini. sebenarnya?

Marhain Tua


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com