Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila - Siri 21

Dipetik daripada :
Laman Fitnah e-UMNO

PERJALANAN YANG BERRLIKU

Kita sedang mengharungi satu suasana yang getir angkara keangkuhan dan kegilaan seorang diktator tua yang mahu terus memegang kuasa. Dia sudah lupa bahawa dia dilantik oleh rakyat untuk mengepalai satu kerajaan yang bersistemkan amalan politik berdemokrasi. Tetapi, disebabkan terlalu lama memegang kuasa dia mampu menukarkan sistem demokrasi itu menjadi satu sistem kediktatoran yang amat menjijikkan. Selama 18 tahun Dr. Mahathir memegang kuasa dia sudah menukar kerajaan Malaysia menjadi satu rejim pemerintahan yang hampir menyerupai permerintahan junta tentera. Semua ini dapat dilakukannya dengan 'mudah' dengan kerjasama hampir semua institusi penting di negara ini: Kehakiman, Kepolisian, Ketenteraan, Kesatuan pekerja awam dan kerajaan, malahan pada satu tahap yang kita mungkin mahu mennyelidikkinya dengan serius dan mempersoalkannya ialah parti pembangkang yang mempunyai wakil mereka di parlimen.

Tidak ada seorang pun perdana menteri Malaysia sebelum Mahathir yang mampu menggembeling keseluruhan institusi kerajaan untuk menyokongnya seolah-olah satu sokongan membuta-tuli amat diperlukan untuk mempertahankan keutuhan kerajaannya. Di sinilah munculnya peranan penulis siber melalui media elektronik untuk membawa satu gelombang kesedaran yang mencuit minda rakyat dan menjolok hati mereka untuk memahami betapa masanya sudah tiba agar rakyat bangun dari tidurnya dan sedar dari keadaan mereka dipukau, ditipu, dibohongi, diugut dan disogok dengan janji yang molok-molok. Jika tidak, negara ini akan hanyut dan terus hanyut ke satu sistem kerajaan yang lebih sesuai dipanggil rejim Mahathir yang sudah semakin gila.

Jangan Dikastakan Dunia Penulis Siber

Dunia penulisan Melayu sudah terpaku kepada satu sistem kelasan laksana sistem brahmin yang ada dalam dunia politik orang Melayu. Dalam UMNO terutamanya, jawatan presiden dan timbalannya tidak boleh dipertandingkan kerana itu merupakan satu lambang betapa ahli UMNO bersyukur kepada kepimpinan parti yang dikira unggul. Konsep mengekalkan ketuanan yang unggul ini menular pula kepada hampir semua parti komponen Barisan Nasional. Konsep ini terus menjangkit lagi laksana menularnya virus JE yang satu ketika dulu merupakan virus yang melanda Bukit Pelandok dan persekitaran Lukut. Kini virus yang dikatakan sudah dihapuskan itu sedang bebas di Gopeng dan Taiping dan dikatakan sedang terkawal. Tetapi, jumlah haiwan yang dibunuh untuk dimansuhkan semakin bertambah. Kalau ada insan yang mati kerana dihinggapi penyakit ini ia adalah insan yang "dijangkiti virus itu dalam serangan wabak yang lalu". Begitu juga dengan dunia kepimpinan persatuan penulisan Melayu yang sungguh gah dengan adanya sederet rumah persatuan penulis yang sengaja dipaparkan berdekatan Kementerian Luar Negeri, tetapi pucuk kepimpinan itu juga terpaku kepada satu barisan insan yang fikir mereka tidak boleh diketepikan melainkan Allah sudah mencabut nyawa mereka. Fakta di atas nampaknya menjadi satu pedoman untuk kita orang Melayu mengaitkan sesuatu institusi yang formal ataupun tidak formal sehinggakan dunia siber pun sudah terkait dengan fenomena itu. Saya merasa terusik apabila membaca pujian yang dikaitkan kepada peranan saya dalam dunia siber. Seperti yang selalu saya tulis sebelum ini, setiap yang terbaik dalam sumbangan saya baik dari sudut penulisan dan juga daripada kesinambungannya, semua itu adalah hak Allah Yang maha Esa. Segala kecacatan yang timbul, itulah yang menjadi hak saya. Dengan ikhlas saya rakamkan di sini biarlah kenyataan ini menjadi lambang keikhlasan saya yang tidak mahukan segala pujian itu. Menerima segala pujian itu akan menjerumuskan kita kepada satu sistem kelasan dalam dunia penulisan siber. Kita jangan mudah memberi satu sistem 'brahmin' dalam masyarakat penulis siber kerana ini akan mencetuskan satu budaya berkelas-kelas, berpuak-puak dan berkasta-kasta. Perjuangan penulis alam siber amat panjang dan berliku-liku. Setakat ini kita hanya baru sampai ke satu selekoh yang tajam di mana kita masih samar akan keadaan perjalanan di depannya. Apakah ranjau yang menanti di hadapan itu ataupun apakah satu curam yang dalam yang sedia menunggu? Kita tidak tahu, kerana setiap perjalanan seseorang pejuang alam siber bergantung kepada keupayaannya yang tersendiri yang tidak mampu dinilai oleh sesiapa melainkan diberitahunya dan kalau itulah yang dilakukannya, bererti memang tidak lamalah ketahanannya lagi.

Menulis di alam siber adalah laksana seorang pejuang dalam satu pasukan 'resistance' ketika perang dunia kedua dulu. Pejuang yang tulin jarang sekali memeperkenalkan dirinya kepada sesiapa juga dengan mudah. Tidak kepada saudara maranya, bukan kepada sahabat taulannya. Perjuangannya adalah satu perjuangan dan pengorbanan yang penuh kesepian. Kerana itu kesengsaraan adalah sesuatu yang perlu ditanggungnya sendirian. Ketika Jarman menguasai tanah besar Eropah satu ketika dulu, hampir semua negara barat kecuali Great Britain sudah pun dikuasainya. Askar Jarman dengan kekuatan Gestaponya telah berjaya menguasai Eropah dan semakin giat cuba menguasai benua Afrika. Tetapi, kehadiran mereka di Peranchis menerima tentangan yang amat hebat disebabkan satu kumpulan pejuang kebebasan Peranchis yang bergerak di bawah tanah. Kumpulan ini yang dianggotai oleh rakyat marhain Peranchis telah berjaya meluaskan satu jaringan pasukan 'resistance' yang menjadi duri dalam daging pemerintahan Nazi di Peranchis. Masyarakat Peranchis amat menyokong pergerakan ini secara diam-diam. Mereka pura-pura menyukai kehadiran tentera Jarman kerana mereka sayangkan negara mereka. Terutama sekali di Paris di mana keindahan binaan lama seperti Menara Eiffel (Tour l' Eiffel), Gereja Notre Dame, muzium di Louvre, keindahan Mahligai Bastille, Concorde de la Place, Mountparnasse, Arab Quartier dan banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang mahu dipertahankan oleh rakyat Paris. Kerana itu mereka pura-pura menyokong pergerakan Nazi kerana mereka tidak mahu kotaraya mereka hancur oleh serangan pihak Jarman. Namun, jauh di lubuk hati mereka, sudah tertanam satu tekad untuk menhancurkan pemerintahan Nazi itu dengan satu cara terpendam. Mereka berjuang dalam pergerakan bawah tanah.

Peranchis yang dijajah oleh Jarman merupakan sebuah negara yang berkecamuk dalam dua wajah. Satu wajahnya menunjukkan ia sebuah negara di mana para kolaborator (collaborators) yang dilambangkan oleh penubuhan Kerajaan Vichy telah bersekongkol untuk mencetuskan revolusi nasional di mana kaum Yahudi ditangkap dan dihalau keluar negara. Wajah yang satu lagi menunjukkan Peranchis sebagai sebuah negara partisan di mana rakyatnya bergerak di satu jaringan bawah tanah menentang kerajaan Vichy itu. (Sila baca: France Under The Germans: Collaboration and Comproise, Phillipe Burrin, The new Press, 1997 dan Choices in Vichy France, Johan F.Sweets, Oxford University Press, 1986)

Apabila Kumpulan Bersekutu (Allies) yang dipimpin oleh jeneal Eisenhower menyerang pantai barat Eropah di persisiran 'English Channel' pihak Nazi tergamam kerana serangan itu berpusat di Belgium dan bukannya di Peranchis. Dari situlah askar bersekutu dapat mendarat dan terus menggerakkan kebangkitan kumpulan pejuang 'resistance fighters' untuk memerangi askar jarman secara serentak. Kumpuoan pejuang bawah tanah di Pranchis terutama sekali di paris berjaya dengan perjuangan mereka kerana tidak adanya sistem brahmin ataupun kelas-kelasan di antara mereka. Dari situlah tercetusnya cogankata: "Liberty, Equality and Fraternity" "Kebebasan, Sama Rata, Sama Rasa". Inilah seharusnya difikirkan oleh masyarakat penulis siber masakini. Sebenarnya cogankata ini gtelah lama diamalkan oleh Mahathir. Cuma amalannya itu dipraktikkannya di kalangan para juak, dan jongos-jongos serta kaum keluarganya sahaja. Rakyat marhain hanya mampu menjadi saksi yang melopongkan mulutnya sahaja.

Budaya Dendam Berdendam Orang Melayu

Setiap kali saya bangun dari tidur dan setiap kali saya berdoa kepada Allah SWT saya sentisa meminta agar Dia merestui perjuangan saya untuk membawa satu gelombang kesedaran kepada bangsa saya dan sekaligus dapat membantu menegakkan syiar Islam di negara saya ini. Saya sedar daripada awal lagi bahawa perjuangan saya ini memerlukan satu pengorbanan diri yang menyeluruh. Yang 'total' dan tidak berbelah bagi kerana segelintir kepincangan dalam konsep perjuangan itu akan memudaratkan.

Dalam perjuangan kita ini ada satu perkara yang penting perlu diingati; yakni budaya dendam berdendam di kalangan orang Melayu yang sebenarnya merupakan satu budaya yang mendatang sehinggakan ia menjadi satu budaya yang sebati dengan kehidupan orang Melayu. Inilah budaya yang lebih lama lagi daripada budaya membaca di kalangan orang Melayu. Oleh sebab kuanya budaya ini makanya kita lihat ia mampu menjatuhkan kerajaan kesultanan Melayu Melaka hinggakan hari ini sistem beraja sudah lama pupus daripada negeri itu. Kerana budaya inilah juga makanya kita daapt perkataan, 'santau', 'buatan orang', 'jampi serapah', 'dirasuk pelesti' dan sebagainya yang melambangkan impak budaya dendam berdendam itu. Begitu kuat budaya itu di satu masa dulu, banyak kerajaan Melayu hancur kerana peperangan dan kekecohan sehinggakan terdapat satu peribahasa lama yang berbunyi; 'Setiap masyarakat beraja ada yang akhirnya menjadi hamba abdi' dan 'Setiap masyarakat hamba abdi ada yang pernah menjadi raja'.

Begitu mencengkamnya budaya dendam mendendam itu makanya masyarakt Melayu sekarang ini menjadi satu masyarakt yang mencelaru kerana keliru. Seorang guru yang diketahui menyebelahi parti pembangkang akan ditukarkan bukan disebabkan ketidakcekapannya mengajar tetapi kerana ideologinya berpolitik.Seorang pegawai yang baik mungkin tertahan daripada dinaikkan pangkat kerana dia tidak mahu membodek ketua pejabatnya yang mengampu seorang diktator tua. Seorang rakyat biasa yang tahu akan kezaliman parti yang memerintah sanggup membisu kerana takutkan anak-anak yang semakin membesar tidak akan diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Dengan lain perkataan budaya dendam-mendendam mencetuskan satu budaya membisu di kalangan masyarakat kerana takutkan kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup. Ini bererti sesiapa yang mengamalkan budaya dendam mendendam itu sebenarnya sudah menyeleweng daripada amalan hidupnya kerana kebebasan berpolitik aadalah hak individu yang terjamin dalam perlembagaan Persekutuan. Apabila seseorang rakyat marhain ditindas semata-mata kerana perbezaan ideologi politiknya ia bererti pihak yang berkuasa sudah mencampur-adukkan soal kerajaan dengan hak parti yang memerintah.

Budaya berdendam inilah yang membuatkan alam siber menjadi satu alam melayu yang penuh pancaroba dan kesepian. Dunia siber orang Melayu perlu bergerak lebih maju daripada itu dan menghakiskan budaya dendam berdendam itu dengan mendedahkan lebih banyak lagi salahlaku dan perbuatankeji yang diamalkan oleh para pemimpin Melayu. Tidak kira siapakah mereka itu. Apakah mereka itu orang UMNO, PAS dan komponen parti yang lain. Tidak kiralah samada seseorang itu bergelar Tuanku, Tun, Tan Sri, Dato, Datin dan apa sahaja. Selagi orang itu bernyawa dan dia memegang kuasa yang berasaskan amanah rakyat, kalau dia menyeleweng segala penyelewengannya itu perlu didedahkan untuk perhatian umum Hanya dengan cara itu barulah negara ini boleh aman dan maju kembali seperti yang diimpikan oleh pejuang kemerdekaan dulu.

Budaya Salah-Guna Kuasa

Setiap hari kita disogokkan dengan kata-kata pujian betapa negara in sedang menuju zaman kegemilangannya kerana usha pihak yang memerintah. Di waktu yang sama kita lihat penderitaan rakyat terus meningkat. Harga barangan terus naik, harga kos perubatan dan perkhidmatan yang lain semakin meningkat lagi tanpa ada hadnya. Di waktu yang sama keupayaan rakyat marhain untuk menangani desakan hidup yang semakin mahal itu adalh terhad kerana kemudahan percuma yang dulu kala merupakan haknya yang tidak dipertikaikan sudahpun diswastakan. Tetapi, siapakah yang mampu memahami penderiaan rakyat itu?

Satu ketika dulu, sesiapa sahaja mampu pergi ke sungai untuk memasang lukah ataupun tajur untuk menangkap ikan. Lukah dan tajur yang dipasang di pagi hari boleh dijenguk sebelum maghrib untuk mencari kalau-kalau ada ikan yang tersangkut untuk dijadikan lauk makan malam. Perjalanan menjenguk lukah itu boleh dilalui sambil memetik pucuk paku dan pucuk ulam (pegaga, kantan dan sebagainya) yang mudah berselerak di tebing sungai. Budaya itu sudah lupus kini kerana ikan pun tidak sanggup lagi hidup di sungai-sungai. Pucuk paku pula sudah lama hilang kerana yang tinggal hanya tunggulnya yang berserabut selalu. Fenomena ini mungkin boleh ditertawakan, tetapi inilah fenomena yang menjadi lambang kebebasan kepada rakyat marhain. Semua ini sudah hilang dengan majunya Malaysia menjadi negara dunia ketiga yang terpaling unggul di dunia. Soalnya sekarang, siapakah yang memberikan jolokan nama begitu unggul itu sehinggakan rakyat malaysia sendiri mudah terpaku untuk mempercayainya? Apakah kayu pengukur untuk mengeluarkan jolokan itu. Apakah kita bergantung kepada jumlah pendatang luar yang bekerja secara berleluasa di nega-oppppoppra ini yang membuatkan kita maju? Apakah kerana ramainya orang pribumi yang hidup laksana tengkorak bernyawa di persekitaran Chow Kit, jejambat Bank Negara dan Pudu Raya membuatkan kita layak diberikan gelaran itu. Apakah kerana bertambah ramainya gadis Melayu yang terus menjadi andartu sehingga mampu bertukar-tukar pasangan di kalangan pendatang luar tanpa izin itu?

Pemerintahan Melalui Cogankata

Dunia siber Melayu akan gagal menjalankan peranannya kalau penulisan dunia siber itu berkisar hanya kepada penulisan berbau politik. Masa depan orang Melayu bukan sahaja bergantung kepada kepandaian orang Melayu bermain politik sahaja. Keseluruhan cara orang Melayu hidup perlu ditulis sebagai kesan pemantauan yang kritis dan membina. Apa ertinya kita menulis dengan menumpukan bidang politik semata-mata sedangkan keadaan Melayu professional yang semakin ramai menjadi penagih dadah kita abaikan? Apa ertinya penulisan kita dalam dunia politik kalau kita tidak berikan perhatian terhadap proses anak-anak muda kita yang semakin galak memperlekehkan agama Islam? Lengkapkah pemantauan kita terhadap kehidupan masyarakat bangsa kalau kita sengaja mengabaikan cara hidup masyarakt marhain berbanding dengan gaya hidup masyarakt istana dan ningrat di negara ini? Masayarakat Melayu menjadi satu masyarakat mencelaru sekarang ini kerana kegagalan masyarakat penulis menyedarkan bangsanya yang leka dan lupa betapa bangsanya yang semakin hanyut ke arus kehidupan yang menjijikkan.

Disebabkan kita lupa menyedarkan kepincangan hidup orang Melayu itu secara menyeluruh maka timbul satu kasta baru dalam peradaban Melayu moden. Inilah golongan yang menjadi 'orangkaya baru' melalui proses kecanggihan putarbelit politk orang melayu di mana masyarakat istana dibiarkan terus khayal dengan dunia mereka dan masyarkat tuan-tuan politik Melayu mengambil tempat di pentas perdana masyarakat bangsa melalui tipu helah juga. Fenomena ini semakin menonjol sejak lapan belas tahun yang lalu, besamaaan dengan era pemerintahan seorang yang pada mulanya bangga dengan panggilan 'ultra Melayu' dan kini bangga pula dengan jolokan Wira Dunia Ketiga. Selama hampir dua dekad orang Melayu hanyut dalam Lautan Kecelaruan kerana dipukau oleh pemerintahan yang terus berkuasa melalui cogankata.

Kekayaan yang ditegakkan melalui putar belit dan tipu helah politik akan hancur melalui proses yang sama. Fenomena ini adalah persis kekuatan kerajaan yang naik melalui muncung senapang akhirnya jatuh terlungkup melalui kuasa muncung senapang juga. Selama dua dekad Mahathir bin Mohammad sudah berkuasa melalui putar belit dan penyalah-gunaan kuasa yang berjaya menipu dan memukau rakyat. Kini, sampai masanya Mahatihr akan jatuh terlungkup melalui fenomena yang sama. Rakyat akan melalukan putar belit itu dan segala ilmu pukau yang digunakan oleh Mahathir terhadap rakyat marhain sudah pun hilang kuasa ajaibnya. Kini, rakyat sedang melakukan pukulan maut terhadap ilmu pukau itu. Mahathir hanya mampu menanti kedatangan bahananya. Yang melecehkan proses 'terbalik kot' itu adalah taktik kotor yang didalangi oleh para jongos Mahathir yang amat takut kehilangan kekuasaan yang mereka nikmati selama ini melalui proses tipu helah dan putar alam yang sama. Mereka inilah yang mula-mula sekali akan tumbang dan dihumbankan oleh rakyat ke satu tong tahi yang besar yang sekian lama mereka gali sendiri tanpa mereka sedari.

Kita sudah mampu menyedarkan masyarakat bangsa betapa Mahathri mampu berkuasa dengan mengindividukan semua institusi kerajaan yang ada. Badan kehakiman menjadi jijik sehinggakan pelabur asing takut untuk terus melabur. Gelagat ketua hakim Negara bercuti secara melanggar etika kod kerja tidak dipandang sebagai sesuatu yang serius oleh Mahathir sedangkan rakyat amat kesal dengan peristiwa itu. Tetapi, apakah yang boleh diharapkan lagi daripada seorang diktator tua yang tidak pun serius dengna etika kod kerjanya sendiri?

- Toleransi Rakyat Yang Tidak Berbaloi

Mahathir mampu terus berkuasa kerana proses menipu rakyat yang dilakukan dengan bantuan hampir semua agensi kerajaan. Sedangkan proses itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan etika kod kerja pegawai kerajaan. Apabila pegawai jabatan penerangan digunakan untuk mempengaruhi orang Melayu untuk terus menyokong UMNO, ini bererti satu penyelewenan. Di Teluk Kemang dulu BN telah meletakkan calon MIC untuk bertanding. Tetapi, hampir keseluruhan perkampungan Melayu tidak pun melihat muka calon MIC itu. Yang disangkutkan sebagai bahan kempen ialah gambar mahathir dan Isa Samad. Ada pula pegawai penerangan yang berucap membantu kempen pilihanraya dengan mengatakan memangkah calon BN adalah bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu. Orang kempun yang mudah diupah dengan sehelai kain pelaikat ataupun batek lepas terus memangkah calon BN. Apabila ditanya siapakah nama calon sebenarnya, mereka tidak pun mampu menyebut calon MIC yang bertanding.

Perkara semacam ini adalah satu penipuan yang dibiarkan berterusan oleh golongan Melayu yang sudah serbatahu. Tetapi, mereka sanggup membisu kerana takutkan kehilangan sesuatu yang mungkin mudaratkan kehidupan keluarganya. Kerana itulah Mahathir mampu memegang kuasa mutlak terhadap hasil Petronas tanpa ada sesiapa yang mampu menyoalnya. Bukankah pelik kalau kita fikirkan betapa seorang Perdana Menteri boleh diberikan kuasa untuk menyelia hasil khazanah bumi yang sepatutnya menjadi pesaka warisan bangsa? Kenapakah rakyat tidak disedarkan betapa wang simpanan KWSP dan Tabung Haji boleh digunakan untuk perniagaan Proton? Bukankah rakyat marhain dimestikan memberikan sabsidi kepada Proton selama ini dengan harga tinggi setiap kereta Proton? Kenapakah perkara seperti ini tidak diungkit di parlimen oleh ahli parti pembangkang, seolah-olah mereka turut merestuai sama penyelewengan Mahathir? Semua ii boleh berleluasa kerana rakyat mempunyai satu sikap toleransi yang tinggi, melampaui batasan fikiran yang waras. Disebabkan toleransi ini, Mahathir mampu terus berlagak sakan betapa rakyat marhain boleh terus ditipu, dan dibohongi selalu atas nama kemajuan negara dan bangsa. Yang sebenarnya segala toleransi rkyat marhain itu adalah sesuatu yang tidak berbaloi juga.

Kegagalam parti pembangkan bersuara lantang akan tingkah laku sumbang Mahathir dan para jongosnya telah meletakkan peranan penulis siber dalam satu keadaan yang lebih mencabar. Semua salah laku ini termasuk salah laku para pemimpin institusi kerajaan perlu didedahkan secara berhemah. Kita tidak mampu menulis secara provokasi yang melulu. Kita mesti berhemah dalam hal ini kerana kita tidak mahu kecelaruan bertukar menjadi huru-hara. Kita sedar Mahathir telha banyak mencetuskan huru-hara di negara ini melalui percakapan dan pembohngannya. Satu ketika dulu dia meramalkan rakyat marhain menggunakan bom molotov untuk mencetuskan huru-hara. Siapakah yang akhirnya menggunakan bom seperti itu? Budak sekolah yang melakukannya kerana mendapat ilham daripada tohmahan Mahathir. Adakah Mahathir ditangkap kerana ucapan yang menghasut? Ramai anak-anak muda Melayu yang menjadi murtad kerana mereka terpengaruh dengan cara islam yang diperlekehkan oleh Mahathir. Adakah Mahathir ditangkap kerana menjatuhkan martabat nabi swa dan agama Islam? Rakyat hanya mampu menggelengkan kepala dengan tingkah laku Mahathri yang mengaibkan Nabi junjungan kita. Kerana itulah juga yang dilakukan oleh para pemimpin yang berada di keliling pinggang si diktator tua itu.

Maklumat Songsang Yang Berterusan:

Pada pagi tadi Mahathir pulang daripada persidangan G-15 di Kaherah. Dia telah ditemubual oleh pemberita akhbar. AFP ada membuat lapuran yang bertajuk "Jenayah di Sekolah Disebabkan Pengaruh Parti Pembangkang." Inilah berita yang akan tersibar di seluruh dunia dalam masa 48 jam dari sekarang. Tetapi, kalau kita bara Berita harian bertarikh sama di muka surat 6 ada sau tajuk berita: Jenayah di kalangan pelajar: Ada pihak dalang: Abdul Aziz (Shamsuddin). Jelas sekarang Mahathir sudah mampu menjadi burung tiong kepada seorang timbalan menteri pelajaran yang dilantiknya tanpa beliau menang di pilihanraya ke-10 dulu. Kenyataan Mahathir amat memalukan orang Melayu kerana rakyat marhain tahu bahawa kenyataan Aziz Shamsuddin tidak ada kredibiliti seperti orangnya. Pihak polis pun masih tercari-cari sebab mesababnya. Bagaimanakan seorang Perdana Menteri yang merupakan wira dunia ketiga sanggup berkata sama dengan seorang timbalan menterinya? Kenapakah kenyataan yang dilakukan oleh Aziz itu tidak keluar daripada mulut Menteri Pendidikan? Jelas sejelasnya, seperti yang pernah kita tulis dulu lagi, Menteri Pendidikan Yang sebenar ialah Aziz Shamsuddin dan bukannya Tan Sri Musa.

Adalah satu sikap yang kurang ajar kepada rakyat apabila Aziz Shamsuddin sanggup membuat kenyataan yang akhirnya diulang-ulang pula oleh seorang perdana menteri. Sepatutnya siri jenayah yang berlaku di kalangan pelajar memerlukan penubuhan satu suruhanjaya khas untuk menyelidik dan membongkar masalah yang berbangkit ke akar umbinya sekali. Menuduh pihak pembangkan menjadi dalang jenayah ini adalah memalukan. Apakah tikaman sebanyak lapan kali yang dilakukan oleh seorng pelajar terhadap seorang murid perempuan tahun satu merupakan satu kerja yang didalangi oleh pihak pembangkang? Kenytaaan seperti ini adalah satu tamparan hebat terhadap semua parti pembangkang di negara ini. Saya sendiri masih terkejut bagaimanakah parti pembangkang sanggup bertindak membisu seribu bahasa apabila fenomena seperti ini berlaku. Kenapakah para pemidato hebat-hebat dari kalangan pembangkang sanggup membisu apabila Aziz Shamsduddin membuat kerja fitnah seperti ini? Nampak sangat parti pembangkang masih lagi berkhayal dengan kemenangan yang mereka perolehi di pemilu ke-10 dulu. Perangai mereaka itu seolah-olah mereka masih letih dan berkhayal daripada perjalanan jauh selepas berbulan madu.

Mahathir Yang Menyesatkan Dan Cabaran Kepada Penulis Siber

Apabila seorang Perdana Menteri yang baru menjejakkan kakinya sanggup menggunakan alasan seperti yang dilakukan oleh Mahathir, apakah agaknya tafsiran dunia terhadap beliau? Ucapan Mahathir itu hanya akan diterbitkan di negara barat esok hari walaupun ia mungkin sudah dilaporkan oleh media TV dan radio. Apakah secara kebetulan pula kepulangan Mahathir itu disambut oleh keadaan pasaran saham BSKL yang terpaksa digantung aktibitinya disebabkan masalah komputer? Inilah sebahagain Isyarat Daripada Langit yang pernah saya tulis dan maksudkan. Mahathir ingin berlagak mempersendakan rakyatnya lagi. Tetapi rakyat memang sudah bersedia kerana Mahathir pernah mempersendakan Penciptanya berkali-kali sebelum ini.

Kedurjanaan Mahathir terhadap bangsa Melayu adalah satu detik sejarah Melayu moden yang amat menghibakan. Belum ada seorang pun pemimpin Melayu sebelum ini yang sanggup memperlekehkan bangsanya secara lantang dan terang-terangan. Mahathir mampu melanggar setiap etika hidup yang mencemarkan martabat agama Islam dan maruah bangsa Melayu tanpa ada sesiapa yang sanggup menyanggahnya kerana takutkan kuasa yang ada padanya. (Ataupun apakah mereka takutkan kehilangan kuasa yang baru mereka capai itu???) Kini, Mahathir mampu mengugut orang Melayu betapa berkemungkinanya Malaysia satu hari nanti berperdana-menterikan orang bukan melayu. Para juak Mahathir menyokong kenyataan itu. Ahli UMNO yang lain daripada pucuk kepimpinan parti hinggalah ke akar umbi, turut menyokong Mahathir. Manusia apakah jenisnya ini yang sanggup bersekongkol dengan seorang pemimpin yang sudah lupa daratan sehinggakan gelagatnya memperlekehkan bangsa sendiri pun sanggup mereka sokong? Mahathir sudah meludah ke langit, para pemimpin yang gilakan kuasa sanggup mendongak sama ke langit bukannya untuk meludah sama tetapi untuk menantikan ludah Mahathir itu agar terpalit ke muka mereka. Dalam proses itu mereka sanggup siku-menyiku, senggol-menyenggol semata-mata manantikan ludah itu. Kepada manusia jenis ini, walaupun ludah itu mungkin mengandungi kahak bervirus yang lebih bisa daripada JE, mereka sudah tidak peduli lagi. Yang pentingnya mereka mesti menampung ludah itu agar jatuh ke atas muka mereka. Inilah kiasan yang dapat kita ambil iktibar akan mencelarunya bangsa Melayu kini.

Inilah cabaran kepada penulis dunia siber. Hutan rimba tidak boleh sama tinggi, kalau tidak masakan angin boleh bertiup lalu. Setiap penulis siber adalah laksana pohon kayu di rimba itu. Ia perlu naik tinggi lagi daripada kelompoknya. Hanya dengan usaha itu dia mampu melihat keadaan kelilingnya dan menterjemahkan bisikan bayu yang sentiasa berderau lalu.

Proses menyedarkan masyarakat bangsa semakin mendesak kini kerana keadaan negara yang akan terus mencelaru. Apa pun yang akan dilakukan oleh rejim Mahathir tidak akan menerima kesan yang mendalam lagi di kalangan rakyat. Mereka sudah meluat dengan kepimpinannya. Dia boleh taja berpuluh pesta dan majlis persidangan apa saja di negara ini sebagai lambang untuk menutup kejengkelan rakyat terhadap kepimpinannya. Rakyat marhain hanya menunggu ketikanya untuk bangkit bersatu menentang kerajaan rejim itu. Semua itu akan mereka lakukan setelah yakin kejayaan juga. Itulah tugas terpenting masyarakat penulis siber masakini. Inilah cabarannya. Untuk lebih berkesan dalam perang jihad itu ada satu petua terpenting yang mesti difahami selalu. Masyarakat penulis siber harus mengenepikan sebarang ura-ura untuk mengklasifikasikan diri mereka. Siapa yang peatut menjadi brahmin dan siapa yang patut menjadi pariah adalah satu budaya yang tidak patut ada dalam kamus masyarakat penulis siber. Bukan untuk hari ini dan tidak juga di keesokan hari. Ambillah pesan ini daripada hati seorang penulis siber daripada golongan marhain tua. Tulislah banyak lagi kisah penderitaan rakyat dan lupakan siapa kita. Latar belakang kita tidak penting. Penulisan kita itu yang penting. Masyarakat bangsa amat dahagakan maklumat yang tidak songsang. Mereka dahagakan segala informasi yang berfakta yang dapat menyedarkan golongan yang semakin terlena. Bergeraklah seirama dengan kegigihan para pengendali web yang tidak kita kenali akan pengorbanan mereka. Perpaduan penulis siber dan sokongan padu para webmaster adalah satu lenggok tarian yang berirama untuk menyedarkan masyarakat bangsa.

Untuk waktu yang terdekat ini, tugas kita semakin mencabar kerana perjalanan yang panjang semakin berliku. Kita baru melepasi satu selekoh dalam perjalanan itu. Apa yang menanti di hadapan adalah sesuatu yang kita masih lagi belum pasti. Namun, kita semakin pasti bahawa perjalanan Mahathir untuk terus bermaharajalela sudah semakin menghampiri curam dalam yang bersedia menelannya. Dalam menangani saat getir masakini, biarlah hati terus terseksa dan jiwa terus merana. Perjuangan di alam siber mesti diteruskan agar hati dan jiwa yang tertekan itu beransur pulih dengan pulihnya kesedaran rakyat yang sekian lama terpukau oleh seorang diktator tua yang nyata sudah semakin sewel itu.

.... "Dan untuk memperoleh kebaikan itu hendaklah berlomba siapa yang suka berlomba."........ S. Muthaffifin 26.

-Marhaintua-


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com