Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

BAB 5 : SIAPA BERKORBAN UNTUK SIAPA ?

Sempena lebaran korban ini eloklah kita sorot sedikit sejarah bagaimana bangsa Melayu itu telah berkorban nyawa semata-mata untuk mengekalkan kedaulatan raja-raja mereka dan martabat bangsa. Sedangkan mereka sendiri tidak mengira apa akan jadi kepada keluarga mereka sendiri, akhirnya. Ketika kehidupan orang Melayu itu diselubungi awan kedaulatan raja-raja mereka, corak hidup seharian merka itu banyak bergantung kepada tindak- tanduk pegawai istana dan wakil-wakil raja di daerah dan kampung. Jarang sekali, seorang Melayu itu dapat hidup sendirian kerana ketaksuban kepada falsafah 'di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung'.

Kemasyhuran Yang Mengundang British Sebagai Penasihat

Kekayaan Tanah Melayu dan kesediaan orang Melayu menerima sesiapa sahaja yang mahu berdagang telah diketahui oleh Kerajaan British. Cerita yang menarik itu tentunya didapati daripada peniaga Gujerat dan Cochin yang berulang alik daripada Melaka ke India. Malahan pedangan Portugis yang belayar ke Goa India telah membawa berita yang baik-baik untuk menarik minat pentadbir Far East India Company yang merupakan kerajaan British secara proksi di India.

Melalui beberapa tipu muslihat, Melaka telah betukar milik dengan Bancoolen di Indonesia di antara British dan Belanda. Akhirnya British mengembangkan sayap kuasanya daripada benua India ke Burma hinggalah ke Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Semua itu dilakukan dengan tipu muslihat belaka. Ia bermula dengan peranan penasihat British yang ditempatkan di perkarangan istana raja-raja Melayu dan memartabatkan British berkuasa untuk menjajah 'The Federatad Malay States' tanpa dicabar oleh kuasa asing yang lain. Raja-raja terpaksa mendapatkan nasihat penasihat British itu atas setiap tindakan yang akan diambil melainkan tindakannya itu berangkutan denan aar resam dan agama Islam. Demikianlah tertekannya hidup raja-raja dan rakyat Melayu ketika itu sehinggalah meletusnya peperangan Dunia Ketiga yang membabitkan negara Matahari Terbit..

Apabila British Menyerahkan Tanah Jajahannya Kepada Pribumi

Sejarah penyerahan tanah jajahan kepada rakyat yang berhak di merata tempat di dunia ini, mencatatkan betapa British bukan sahaja memulangkan kembali tanah jajahan itu dalam keadaan kering kontang dari segi khazanah dan kewangan negara, malahan terdapat masalah yang terpendam. Pelbagai contoh boleh kita rakamkan di sini:

a) Bila British menyerahkan benua India kepada orang peribumi, semangat kesatuan rakyat yang beragama Hindu dan Islam telah berkecai sehinggakan Mohamad Ali Jinna mengambil keputusan untuk menggalakkan pengikutnya yang beragama Islam berhijrah ke Utara Sind dan menubuhkan negara Pakistan.

B) Ketika British menyerahkan U.A.E (United Arab Emirates) kepada orang Arab pribumi, ada secebis tanah yang diberikannya kepada kerajaan Oman yang terletak di antara tanah kepunyaan kerajaan Abu Dhabi. Untuk memasukki tanah yang kecil kawasannya ini, kerajaan Oman perlu memasukki kawasan yang dipunyai oleh Abu Dhabi, kerana tanah perkampungan orang Rawi itu berada di tengah-tengah tanah daerah Al Ain kepunyaan Abu Dhabi..

C) Ketika melepaskan tanah jajahannya di Somalia kepada kerajaan Itali, British telah mengambil sebahagian besar tanah itu dan memasukkannya ke dalam kuasa kerajaan British di Kenya dan Ethiopia. Hasilnya, apabila Somalia diletakkan di bawah kuasa PBB selepas Itali melepaskannya, sebahagian besar bekas Somaliland sudah pun berada di tangan kuasa lain sehingga hari ini.

D) Ketika British memberikan kemerdekaan kepada Uganda, Zambia dan Kenya, tidak ada satu perjanjian khas yang dibuat untuk menghantar balik rakyat keturunan India yang dibawa masuk untuk membina landasan keretapi di negara tersebut. Sedangkan inilah perjanjian awal British dengan kaum pribumi di negara tersebut. Begitulah juga halnya ketika tanah yang subur diagehkan oleh British kepada para veteran perang dunia ketiga di Kenya. Sebelum itu semua tanah itu adalah kepunyaan orang pribumi dan diwarisi secara turun temurun mengikut 'kabilla' (suku-kaum) pribumi itu. Hingga ke hari ini tuan punya tanah yang kehilangan kuasa itu menjadi kuli kepada tuan orang putih yang sudah pun diberi taraf kerakyatan negara Afrika itu. Di wkatu yang sama taraf kerakyatan British mereka tidak pula dimansuhkan. Pekebun berkulit putih itu walaupun sudah menjadi rakyat Kenya kini mampu bercucuk tanam dan menggunakan pesawat udara berenjin kecil untuk menghantarnya terus ke lapangan terbang utama negara untuk diekspotkan. (Kalau kita lihat akan aktibiti mereka mengerjakan ladang itu, tidak ada banyak bezanya dengan aktibiti peneroka FELDA, RISDA dan FELCRA. Cuma peneroka bangsa Melayu kita masih merempat di kampung halaman sendiri.)

Kesan paling pahit kepada strategi negatif British itu terserlah ketika Uganda dipimpin oleh Idi Amin. Beliau telah menaikkan semangat nasionalisme sehingga memaksa lebih 80,000 orang keturunan India di Uganda lari mencari perlindungan di negara jiran. Hanya segelintir yang kaya raya diterima oleh kerajaan British dan kini berjaya menguasai perdagangan runcit di London dan beberapa kota besar di nited Kingdom.

e) Contoh yang paling terbaru, ketika British menyewa Hongkong daripada kerajaan China, penjajahannya ke atas Hongkong itu telah dibuat atas dasar perdagangan tanpa sebarang program untuk memajukan rakyat Hongkong itu secara serius. Tetapi, ketika Hongkong menghampiri saat akan diserahkan kembali kepada China, barulah kerajaan British cuba menanamkan semangat mandiri dan berdirikari ke atas rakyat Hongkong. Selama berpuluh tahun menjajah Hongkong tidak pun ada sebarang program positif untuk memberi kuasa bersuara kepada pribumi Hongkong. Tetapi, di tahun-tahun akhir penjajahan mereka, seorang Gobenor bernama Chris Patten dihantar ke Hongkong untuk membawa kesedaran akan ertinya demokrasi kepada penduduk tempatan. Tujuan sebenarnya ialah untuk menyediakan satu kumpulan yang akan terus menganyang kerajaan Komunis China dan mengekalkan pengaruh British di Hongkong. Nampak sangat muslihat British mahukan segolongan rakyat Hongkong yang terus simpatian kepada kerajaan yang berpusat di London.

Tipu Helah British di Malaysia

Setiap kali kita bincangkan kemerdekaan negara, kita disogokkan dengan 'fakta' betapa bertuahnya orang Melayu meraih kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Kemudian kita diberitahu akan sejarah betapa UMNO melalui Tunku Abdul Rahaman Putra telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan itu tanpa banyak masalah. Malahan British dikatakan bersedia menyerahkan kemerdekaan itu berdasarkan semangat UMNO menentang Malaysan Union yang terpaksa dibatalkan oleh kerajaan Mac Millan dulu. Dengan lain perkataan, kemerdekaan Malaya dan kemudiannya Malaysia itu dikatakan sebagai kepintaran orang-orang UMNO belaka. Demikianlah sejarah Malaya dan jua orang Melayu mengikut kacamata pemikir yang taksub dengan UMNO.

Jikalau kita baca buku sejarah yang ditulis oleh orang putih di tanahair mereka, terutama sekali beberapa tulisan bekas askar British kita akan ketahui betapa British 'terpaksa' melepaskan Malaya kepada kepimpinan orang Melayu dan Tunku Abdul Rahaman kerana terdesak. Mereka terdesak kerana kesilapan para strategis yang sudah tua-tua dan sudah bosan dengan tugas berada di Malaya dan Singapura. Mereka lebih berminat untuk berada di negara jajahan yang lebih dekat dengan negara kelahiran mereka.

Saya pernah berbual dan mendengar cerita beberapa pemimpin pentadbiran British yang sudah tua-tua dan menetap di Scotland dan England. Ada juga segelintir yang boleh kita temui sekarang ini di Afrika Selatan, Kenya dan juga di Paris. Mereka mudah tersenyum kalau diminta bercerita tentang pengalaman mereka di Malaya. Daripada beberapa perbualan yang panjang menjangkau beberapa tahun dengan bekas pentadbir British itu saya boleh rumuskan kenapa British melepaskan jajahannya di Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

i) Kepentingan priotiti pentadbiran.

Kerajaan British cuba mengecilkan kawasan pentadbirannya di Timur Jauh dan cuba memberikan fokus utama kepada Hongkong kerana ketika itu Britain hanya mempunyai lebih kurang lima puluh tahun lagi untuk menjajah Hongkong.

ii) Pergerakan kemerdekaan di Malaya di bawah Tunku Abdul Rahman Putra memerlukan perbelanjaan besar daripada kerajaan British yang pada waktu yang sama perlu memberikan perhatian kepada tekanan perhubungan diplomatik di Egypt, Sudan, U.A.E, Yemen, Arab Saudi dan negara Arab Teluk seperti Baharin dan Qatar. Negara-negara Arab itu sedang bergelora selepas terjumpanya telaga minyak yang menjanjikan hasil yang baik beberapa tahun selepas Aziz Ibnu Saud berjaya menyatukan tanah Arab yang besar itu dan merangkul kuasa pentadbiran Tanah Haram daripada kerajaan Transjordan yang diketuai oleh Raja Hashim..

iii) Kerajaan British memang amat berpengalaman dengan kawasan jajahan di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada penganut agama Islam. British sudah menyaksikan keberanian dan keazaman Kumpulan Wahabi di Saudi Arabia, kumpulan 'mullah' di Sudan dan Somalia Utara dan juga dengan pergerakan Ikhwan Muslimin di utara Afrika (Egypt, Lybia, Tunisia, Algeria dan Maghribi).

Begitulah seterusnya. Kalau kita mahu membincangkan muslihat pentadbiran British ke atas tanah jajahannya, memang nyata sekali mereka sengaja meletakkan beberapa masalah yang terselindung untuk menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran baru yang bernama kerajaan yang merdeka.

Beban Kemerdekaan Yang Diraih - Satu Ilusi

a) Ketika kita mencapai kemerdekaan, kenyataan bahawa kita menang dengan mudah itu adalah satu ilusi. Sebenarnya kemerdekaan yang dicapai melalui Tunku Abdul Rahman adalah merupakan kemuncak perjuangan yang panjang orang Melayu. Inilah bangsanya yang kehilangan beribu-ribu nyawa mempertahankan negara mereka. Di zaman Portugis, Belanda, British, Jepun, Komunis dan akhirnya penjajah British sekali lagi. Tunku Abdul Rahaman telah menjadi pelengkap perjuangan yang besar itu dengan mengorbankan beerpuluh rumah dan kedainya di Alor Stara dan Penang untuk mengongkosi perjuanan menuntut kemerdekaan.

B) British kembali kali kedua selepas pemergian Jepun dengan keazaman menjajah dan melarikan hasil bumi yang ada. Getah, Bijih, Emas, dan pelbagai hasil tani yang lainnya. Untuk menambahkan tenaga boroh British membawa masuk orang China melalui satu perjanjian yang dikatakan 'Sistem Shanghai'. Daripada India para pekerja dibawa msuk melalui 'Indenture System'. Daripada Indonesia, para pekerja dibawa masuk mengikut satu perjanjian lama di antara British dan Belanda ketika Batavia diserahkan kepada Belanda.

C) Kemunculan serangan Komunis naik memuncak ketika harga getah naik menggila selepas peperangan Korea. Di waktu yang sama minyak dan gas dijumpai secara meluas di tanah Arab dan British mahu memberi tumpuan kepada kawasan jajahan itu disebabkan ketibaan pengaruh Amerika di situ.

D) British kerap mengatakan betapa mereka terpaksa membawa pekerja asing daripada India, China dan Indonesia kerana "orang Melayu adalah satu bangsa yang malas". Kenyataan ini diulang-ulang oleh penulis bukan Melayu malahan diulang pula oleh segelintir bangsa Melayu yang dididik oleh British dan diasah dengan fahaman itu. British lupa sikap passif orang Melayu selepas perang dunia ketiga adalah disebabkan menanggung penderitaan yang tidak terbayang selepas kehilangan beribu nyawa mempertahanakan negara tumpah darah mereka. Di manakah British ketika Jepun berkuasa dan siapakah yang memeprtahankan Malaya dan Singapura ke titisan darah yang akhir untuk membolehkan British lari bersama-sama pedangan Cina dan India yang kaya raya ketika itu ?

Apabila Jepun berkuasa orang Melayu merana lagi kerana dikerah oleh Jepun untuk bekerja kuat menaikkan ekonomi negara. Kebanyakan orang Cina sudah tidak ada lagi di bandar ketika itu. Majoriti mereka lari tersembunyi di hutan belantara. Yang tinggal adalah orang Melayu di kampung yang menjaga kaum hawa sedangkan Melayu yang bertenaga sudah bepihak kepada British bersembunyi di hutan dan menyerang hendap Jepun secara terancang. Apabila Jepun kalah, majoriti orang China terus dengan keazaman mereka utnuk menegakkan negara komunis di Malaya dan terus bergerak dalam pergerakan 'bawah tanah'. Sekali lagi orang Melayu dikerah menjadi askar dan polis dengan gaji yang tidak seberapa. Hanya cukup untuk makan sehingga menjadi mangsa pihak komunis pula. Tidak ada ansuran nyawa ketika itu ataupun pampasan kalau cedera ataupun lumpuh dalam menjalankan tugas. Keluarga si mati bukan pun ada menerima sebarang pampasan.

- Setelah Henry Gurney Dibunuh

Apabila Henry Gurney mati diserang hendap di Bukit Fraser, jawatan Pesuruhjaya British di Malaya telah dipegang oleh Sir Gerald Templer. Beliau telah melancarkan kem penempatan semula kaum China di perkampungan khas yang berpagar duri dan disediakan segala infrastruktur yang selesa untuk mereka tinggal. Ada bekalan air yang baik dan bekalan letrik yang sempurna di malam hari. Masakan secara berkumpul dirancangkan dan para penghuni perkampungan baru itu diawasi ketika tidur di malam hari. Siapakah yang mengawasi keselamatan mereka kalau bukan orang Melayu ? Kalau ada serangan komunis di malam hari siapakah yang menjadi mangsanya ? Bukannya askar British, Gurkha ataupun orang Cina yang mendudukki perkampungan semula itu. Yang menjadi mansgsanya adalah orang Melayu juga.

Ketika kaum Cina itu bersenang lenang di malam hari dengan keadaan hidup yang selesa, bagaimana pula dengan keadaan orang Melayu di kampung ? Mereka tidak pun menerima bekalan air paip dan bekalan letrik. Mereka tidak pun menerima bekalan makanan yang berzat seperti orang Cina itu. Hidup mereka hanya berada lebih baik sedikit dari keadaan hidup ketika zaman Jepun dulu. Itu sahaja. Malahan, kaum India di ladang-ladang sedang menikmati keadaan hidup yang lebih baik lagi daripada orang Melayu di kampung-kampung.

Kalau ada masyarakat Melayu yang menerima nikmat ketika zaman British digugat oleh serangan komunis itu mereka adalah Melayu yang tinggal di bandar-bandar yang memenerima bekalan air paip dan letrik. Golongan ini amat kecil sekali kerana inilah Melayu yang makan gaji dengan kerajaan sebagai pegawai kerajaan ataupun mereka yang memang pada asalanya tingal di tempat yang akhirnya membesar menjadi bandar. Rata-rata, inilah golongan Melayu yang akhirnya berjaya meraih kemewahan yang ada dan mampu mendapat kedudukan taraf hidup yang lumayan. Apabila negara meredeka, inilah juga golongan Melayu yang menganggotai UMNO dan menjadi pemimpin kepada bangsanya. Dengan lain perkataan, golongan Melayu yang menjadi aristokrat itu adalah Melayu yang tidak banyak kehilangan ahli keluarga mempertahankan negaranya. Mereka bernasib baik kerana rapat dengan kerajaan British dan rapat pula dengan golongan istana raja-raja Melayu. Disebabkan keakraban inilah mereka menjadi satu masyarakat yang dikagumi oleh orang Melayu. Mereka merupakan golongan yang mula celek kepada ilmu pengetahuan.

Dengan lain perkataan, ketika UMNO ditubuhkan para pemimpin cawangan ataupun bahagian datangnya daripada golongan Melayu yang makan gaji dengan kerajaan. Mereka adalah pegawai bawahan sahaja kerana golongan aristokrat melayu sebenanya takut untuk menjadi pemimpin pertubuhan politik Melayu. Yang amat lantang dan bersemangat sekali adalah golongan guru-guru sekolah Melayu, ustaz dan imam masjid. Lantas khariah masjid dan surau pun menjadi penyokong kuat mereka. Begitu juga dengan bekas pasukan keselamatan yang pernah berjuang ketika Malaya berperang bagi pihak British dulu.

Pegawai tinggi kerajaan hinggalah mereka yang menjawat jawatan Kerani Besar lebih terpengaruh kepada British kerana mereka merupakan Kelas Melayu yang dikagumi oleh masyarakatnya ketika itu. Begitulah juga dengan guru-guru Melayu (ataupun separuh Melayu) yang mengajar di Sekolah Orang-putih. Mereka ini amat taksub dengan kepimpinan penjajah British. Maklumlah, ketika itu mereka amat rapat dengan guru-guru yang datang daripada London. Kebanyakan Melayu jenis ini sebenarnya berada dalam satu dilemma yang amat sangat. Mereka dikagumi oleh orang Melayu marhain kerana rapat dengan orang berkulit putih. Tetapi, oleh kerana masih ada darah Melayu dalam tubuh mereka, mereka menjadi serba salah untuk tidak memperakui kekaguman bangsa sendiri. Namun, ramai di kalangan mereka itu yang menjadi 'Melayu' hanya pada namanya sahaja. Memang, di zaman pemerintahan British dulu, orang Melayu yang berharta dan berkereta adalah segelintir sahaja. Hanya yang menjadi guru sekolah Inggeris, kerani besar, Hospital Assistant dan Inspektor Polis yang mampu berkereta. Penghulu pun masih belum mampu lagi mempunyai kereta ketika itu.

- Orang 'Melayu' Sebagai Talibarut British

Memang ramai guru-guru daripada India dan Sri Lanka (Ceylon) yang didatangkan oleh British untuk mengajar. Mereka datang dengan pelbagai agama mereka bukan sahaja bertugas sebagai pengajar tetapi menjalankan kerja-kerja risikan juga. Kerana itu mereka ditempatkan di bandar-bandar besar sahaja untuk bergaul rapat dengan masyarakt atasan setempat dan mendapatkan maklumat untuk risikan British. Maklumat mereka menjadi lebih berkesan apabila mereka berkahwin dengan orang tempatan. Kalau ketika tiba di Malaya dulu mereka bukan beragama Islam, apabila sudah berkahwin dengan orang Melayu tentunya mereka menganut agama Islam dan mula mempraktikkan amalan budaya orang Melayu juga. Namun, penghayatan budaya Melayu itu hanyalah setakat yang dapat dilihat oleh masyarakat setempat dan tidak semestinya satu penghayatan yang mendalam.

Ada juga satu golongan orang India Muslim yang dibawa masuk oleh British dan menempatkan mereka di kem askar sebagai tukang masak dan juga pembantu khas (batman) kepada pegawai British yang mengetuai pasukan tentera dan polis. Golongan ini dibiarkan bebas merata tempat bukan sahaja di banda besar. Malahan mereka digalakkan oleh British untuk membuka kedai kopi di daerah perkampungan dan ladang-ladang sebagai pengumpul maklumat. Di tahap awal, golongan ini tidak pernah mengahwini orang tempatan kerana digalakkan pulang ke India selama tiga bulan setiap dua tahun. Setiap ketua kedai yang pulang bercuti selalunya diganti pula oleh orang lain yang baru sahaja sampai dari kampung halamannya. Lama kelamaaan ketua-ketua 'kedai' ini digalakkan pula mengahwini wanita tempatan daraipada masyarakat India beragama Islam. Akhirnya jaringan maklumat itu diperluaskan apabila 'mamak' tersebut mula mengahwini anak dara tempatan pula. Mujur juga ketika itu wanita Melayu yang berminda ala Hafilda belum dilahirkan ke dunia ini lagi. Kalau tidak 'mamak' jenis ini terus melupakan isteri asal mereka kerana keistimewaan yang di katakan "ada pada gadis Melayu jenis Filda" ini.

Taktik British Mengawal Minda Rakyat Marhain

Pada awalnya British tidak menyangkakan kejayaan yang baik daripada taktik menempatkan 'mamak tongkang' di kalangan orang Melayu. Sikap toleransi orang Melayu telah mempercepatkan sasaran British itu sehinggakan pentadbir British sanggup menggalakkan pendatang kaum India yang bukan pun beragama Islam menyamar sebagai penganut Islam. Memang orang Melayu mudah terpaut kepada kertas tulisan perkataan Arab yang diciplak daripada kitab suci Al Quaran. Maka timbullah satu masyarakat mamak tongkang yang menyamar sebagai pengamal agama Islam dan mengahwini orang Melayu di merata pelusuk negara ini, termasuk Sabah dan Sarawak.

Memang tidak ada sesiapa yang dapat mengsahihkan identiti sebenar setiap mamak taongkang itu kerana siapa yang mahu ambil peduli semua itu ketika itu. Bukannya orang Melayu mempunyai saudara mara di India ketika itu.

Untuk menentukan golongan mamak ini tidak berpaling tadah, British amat pintar dengan menentukan nama anak-anak perkahwinan India-Melayu ini didaftarkan tanpa 'bin' dan 'bintinya'. Demikianlah pintarnya British menjajah sehingga agenda pecah dan perintah dalam pentadbirannya itu diteliti sehingga ke tahap pendaftaran anak-anak golongan yang mendatang itu. Dengan lain perkataan, British tidak pernah memberikan satu penghargaan kepada tugas risikan yang dijalankan oleh barua upahan mereka itu. Bagi pentadbir British, pampasan tidak perlu dipertimbangakan kerana memadailah dengan membiarkan barua-barua risikan itu terus tinggal di Malaya beserta ahli keluarga tempatannya itu tanpa membawa mereka pulang ke negara asal.

Dari kacamata Islam dan mengikut amalan orang Malaysia, setiap anak yang dilahirkan oleh satu pasangan orang Melayu didaftarakan dengan 'bin' dan 'binti'nya. Inilah amalan yang amat di ketahui oleh British. Malahan di negara Arab yang pernah dijajah oleh British, setiap orang Arab dimestikan pula mendaftarkan nama keluaraga mereka sekali. Contohnya:....AlAmiri, Al Amin, Al Hayek dan sebagainya. Di negara Arab itu British tidak memerlukan mereka meletak 'bin' dan 'binti' mereka. Yang lebih penting ialah ahli keluaraga mereka sahaja.

Bagi pendaftaran orang Melayu pula kerajaan British hanya memestikan penggunaan 'bin' dan 'binti' sebagai pengenalan jantina si penama tersebut. Kenapakah bila tiba kepada anak-anak hasil perkahwinan mamak tongkang dengan orang Melayu itu dimestikan penggunaan 's/o' ataupun 'd/o' ataupun 'anak lelaki' dan 'anak perempuan' puyla?

Hasil Pengorbanan Melayu Selepas Kemerdekaan

Salah satu impak penyelewengan British yang amat ketara selepas Malaya mencapai kemerdekaannya, ialah golongan perisik daripada India dan Ceylon yang sudah pun mengahwini orang Melayu tempatan. Inilah golongan yang sepatutnya digelar orang Melayu dan bukannya orang 'mamak tongkang' ataupun golongan berdarah keturunan keling.

Dalam perlembagaan, golongan ini adalah golongan Bumiputra dan layak menerima semua layanan yang diterima oleh orang Melayu. Tetapi, kerana peranan mereka dulu, mereka disisihkan sahaja di tahap awal kemerdekaan. Namun, golongan ini semakin gigih dan bersatu padu untuk mengharungi hidup mereka sehinggakan kekayaaan dunia menjadi motif kehidupan mereka itu. Di sinilah orang Melayu asli tertipu sekali lagi. Kesatuan mamak tongkang (baik yang beragama Islam pada asalnya ataupun yang mengaku beragama Islam itu) mampu bersatu padu sedangkan orang Melayu asli yang berjuang mati-matian menyambung semangat juang mempertahankan kedaulatan bangsa masih lagi hidup terumbang-ambing.

Orang Melayu pada keseluruhannya hidup terumbang-ambing kerana curiga mencurigai disebabkan semangat kedaerahan dan kenegerian mereka. Mereka lupa bahawa dalam agama Islam tidak ada sempadan kedaerahan sama sekali. Mereka lupa betapa ajaran agama Islam adalah ajaran globalisasi yang dipeturunkan oleh Allah kepada nabi junjungan (saw). Disebabkan kekalutan inilah makanya minda orang Melayu itu terus berkecamuk sehinggakan mereka tidak punyai satu agenda yang jitu untuk naik kaya raya di dunia ini dan pekat ketaqwaannya kepada Ilahi, di tanah air mereka sendiri.

Kesimpulan Awal

Perjalanan hidup orang Melayu sejak mengenal peradaban sehingga tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu, merupakan satu drama hidup orang yang sentiasa dimestikan berkorban. Seolah-olah orang Melayu itu satu bangsa yang mesti berkorban diri dan nyawanya sebelum ia mati. Dalam melakukan pengorbanan itu orang Melayu menjadi lalai akan keadaan persekitarannya sehinggakan kini bangsa Melayu itu pada keseluruhannya hampir-hampir menjadi stau bangsa yang merempat hdiupnya di tanah tumpah darahnya sendiri.

Di zaman kesultanan Melayu memuncak, orang Melayu marhain diarah belajar pencak silat untuk menentukan keutuhan istana dan masyarakat ningrat istana yang sudah merupakan separa Melayu itu.. Di zaman penjajahan, kemasukan orang asing membuatkan bangsa Melayu menjadi satu bangsa yang merempat. Disebabkan budaya merempat itu, orang Melayu sudah dimestikan berkorban untuk menegakkan satu parti politik yang bernama UMNO. Kemudian berdasarkan keagungan UMNO orang Melayu diajar mindanya agar taksub kepada perjuangan UMNO untuk menentukan ketuanan Melayu "tidak dicuri orang."

Sejarah perjuangan orang Melayu yang diwarnai oleh kepimpinan Melayu kacokan yang lebih cenderong kepada Melayu mamak tongkang telah mengikis pengorbanan asal orang Melayu itu sebenarnya. Ini berlaku kerana Melayu dulu dan Melayu sekarang sudah jauh menyimpang daripada landasan perjuangan yang asal. Dulu, orang Melayu tulin bermati-matian menggadai nyawa mempertahankan negaranya. Kini, sebilangan Melayu kacokan mahukan Melayu tulin bermati-matian untuk menegakkan ketuanan Melayu yang sudah dirampok oleh golongan mamak tongkang itu. Inilah pengorbanan Melyu baru yang mesti ditanam pada seluruh orang Melayu. Inilah perngorbanan untuk menentukan ketuanan Melayu itu akan terus berada pada Melayu berdarah mamak tongkang itu.

Adalah amat malang sekali kepada bangsa Melayu itu seluruhnya kalau perkara yang paling jijik ini boleh berlaku. Ia berkemungkinan besar akan berlaku kerana kebobrokan mentaliti orang Melayu yang berlagak sombong dengan kejatian bangsa mereka itu. Orang Melayu telah taskub kepada agenda menentukan ketuanan Melayu yang dirancang dengan rapi dan efisyen sekali oleh golongan Melayu berdarah mamak tongkang. Siapakah yang menjaga nafiri ajaran agama Islam di Jabatan Perdana Menteri ?

Kita boleh membuat anggapan bahawa ramai orang Melayu akan melenting dengan pendedahan ini kerana perkara ini belum pernah diungkitkan. Orang Melayu telah diajar agar taksub kepada perjalanan cerita sejarah Melayu yang ditulis oleh orang berdarah mamak tongkang juga. Siapakah Munsyi Abdullah kalau bukan Melayu jenis itu ?

Kini, sejarah pembelitan Melayu jati berulang kembali. Siapa yang berkuasa dalam negara ini kalau bukan Melayu jenis mamak tongkang? Siapakah yang mengawal kahzanah wang ringgit di Bank Negara ? Siapa yang mengendalikan putara belit maklumat negara yang berpaksikan Utusan Meloya dan TV Tiga?

Inilah sejarah korban orang Melayu yang tidak berapa diambil hirau oleh orang Melayu itu sendiri. Kita bukannya mahu orang Melayu itu bermusuhan di antara satu dengan yang lainnya. Cuma setakat mengingatkan bahawa martabat sesuatu bangsa itu tidak akan dapat dipertahankan oleh hanya segelintir masyarakat yang berdarah pejuang. Ia mudah luntur apabila kuasa memertabatkan kedaulatan itu dibiarkan kepada segelintir masyarakat bangsa itu yang tidak pernah ikhlas dengan perjuangannya. Apatah lagi dengan kekuasaan untuk terus membalun harta bangsa dan negara secara terang-terangan sambil mulut lancang berkata betapa perlunya Melayu berkorabang untuk bangsanya. Sedangkan disebalik laungan yang amat celupar itu golongan inilah sebenarnya yang patut dihumban jauh ke hutan belantara selagi belantara itu masih belum ditebang botak oleh petualang bedebah itu akhirnya. Inilah pengorbanan Melayu yang paling mencabar di alaf baru ini. InsyaAllah.

Marhaintua@Hotmail.com
15hb Mac, 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com