Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

RENCANA TUAN HAJI MUSA JADI PERBINCANGAN HEBAT UMNO!

Saya mendapat maklumat dari seorang rakan yang terbabit dalam satu majlis perbincangan tertutop yang dihadiri oleh MB (sebuah negeri) dan hampir 30 ketua dan j/kuasa Bahagian UMNO, satu perdebatan hangat diberitakan berlaku diantara penyokong “Pembaharuan” dan “Pro-Mahathir”.

Yang menjadi isu adalah fakta kontroversi dari sebuah rencana hasil pemikiran Tuan Haji Musa, Alor Setar Kedah dalam “Tranung Kite” (lihat sedutan dibawah).

Mengikut ceritanya, hujah dan pandangan Tuan Haji Musa telah membangkitkan rasa insaf di kalangan “pro-Mahathir” setelah didebatkan selama 3 jam oleh puak UMNO terbabit. Akhirnya mereka akur dengan hujah Tuan Haji Musa, dan diakhir mesyuarat itu mereka sebulat suara bersetuju dan sefahaman bahawa mereka sudah tertipu oleh muslihat licik Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Apa akan jadi kepada UMNO jika Reformis kita begitu peka dengan fakta yg rasional dlm tulisan mereka (spt Tuan Haji Musa)???

Kita panjang terima kasih kepada Tuan Haji Musa, dan SYABASSSSSS!!!!

Pemantau REFORMASI
Bagan Datok. Perak.

`````````````````````````````````````

Artikal Haji Musa ialah :-

HAK PRIMA ORANG MELAYU

Sebenarnya, Parti Pembangkang Melayu amat peka bahawa tunjang politik orang Melayu amat kompleks. Selain dari faktor ekonomi, beberapa faktor lain adalah rapat terkait dengan perjuangan orang Melayu.

Orang Melayu adalah berugama Islam. Islam tidak akan mungkin terpisah dari orang Melayu. Jika Islam dicerca oleh sesiapa, maka jiwa orang Melayu akan resah gelisah. Orang Inggeris tahu itu. Dengan itu, Inggeris tidak mahu campor tangan dalam isu ugama Islam.

Begitu jua ‘Ketuanan’ Melayu. Jika ada mana-mana pihak mempersoalkan, orang Melayu sanggop mati bergalang tanah mempertahankan. Inilah asas Anti-Malayan Union yang mencerna Kemerdekaan.

Bagi orang Melayu, mereka sanggop mengangkat senjata demi mempertahankan ‘ketuanan’ bangsa. Ia tidak jadi barangan yang boleh ditukar ganti, walaupun dengan mengimbaskan negara ini masih diperentah oleh orang Melayu tetapi atas “belas ehsan” kaum lain. Orang Melayu tidak mahu itu.

Kombinasi kedua-dua faktor inilah yang telah membentuk peradaban Melayu alaf baru. Mungkin ada pemimpin yang mewar-warkan falsafah Visi yang serba canggih. Kononnya, jika mencapai visi itu orang Melayu terpaksa mengorbankan KETUANAN BANGSA dan UGAMA, maka VISI itu tidak akan diterima oleh orang Melayu. Pemimpin begitu akan disingkirkan walaupun jasad akan bergalang tanah.

Disini Mahathir membuat kesilapan dasar yang paling besar. Orang Melayu tidak boleh memaafkan beliau.

PROSES PENGHAKISAN HAK KEDAULATAN ORANG MELAYU

Boktinya, dalam Plihanraya Umum ke-10, Mahathir membuat tiga (3) kesilapan PALING besar yang menyentoh isi hati dan nurani orang Melayu.

Dapat diperhatikan, Mahathir telah:

1) Mempersenda ugama Islam hingga Nabi dan hukum Allah swt seakan-akan dianggapnya seperti hukum yang tidak layak dianut manusia. Mahathir mempersenda Islam di PBB (untuk mengutuk PAS), berkongsi dengan Yahudi (untuk mengangkat dirinya setaraf dengan pemimpin dunia), dan memperlekeh perundangn Islam dengan mempertikaikan kekanunan undang-undang dalam proses pengadilan tuduhan keats DS Anwar Ibrahim (untuk memperhebat Fitnah/Pembohongan beliau terhadap Anwar).

Orang Islam merasa terhina dengan cara dan sikap Mahathir dalam proses pengadilan tuduhan keatas DS Anwar Ibrahim. Mahathir menafikan kedaulatan Mahkamah Syariah. Akhirnya orang Melayu menolak mentah-mentah pengdilan keatas DS Anwar.

Orang Islam sedunia mengecap Mahathir sebagai seorang PEMFITNAH terulung, seorang PENJENYAH ugama Islam dan atas segala-galanya: Mahathir adalah seorang pemimpin PEMBHONG BESAR yang tidak berperikemanusiaan..!!

Keadaan itu menyebabkan semua ulamak berpolitik dalam UMNO telah ditumbangkan rakyat kerana menyokong pembohongan dan fitnah Mahathir. Pemimpin politik tahap ulamak UMNO (khasnya di Teranggnu dan Kelantan) menjadi mangsa keserakahan Mahathir yang rakuskan kuasa.

Sekali air bah, sekali pasir berubah. Kedua-dua negeri itu tidak akan kembali ketangan UMNO, insyaallah!

Orang UMNO juga telah melihat, gejala yang sama sedang bergolak di Kedah dan Perlis. Johor, sebagai negeri yang kuat dengan ketetapan Islam, rakyat Melayu telah menunjukkan kecenderungan menegenepikan UMNO.

Beberapa perwakilan UMNO yang dicalunkan merasa amat tersepit dengan cuma mendapat majoriti rapuh melaui menang tipis. Keadaan ini memapastikan jika gelombng pilihanraya tahun 2004 terus begini, Allah saja yang tahu!! Makin ketara UMNO akan kecudang seperti di Terengganu!!

2) Menggunakan teori “pecah dan perentah” dengan mengadu-domba orang Melayu dengan orang China dan India. Mahathir dikutip sebagai berkata: “Jika Pembangkang (PAS dan KeADILan) menerajui Kerajaan; maka RUSUHAN akan berlaku”.

Ucapan Mahathir, sebagai Perdana Menteri, telah mengahasut beberapa pihak rakyat kaum bukan Melayu hingga merasa bahawa Pembangkang adalah parti yang akan memusnahkan kehidupan dan kesejateraan mereka. Dengan itu, kerja KOTOR Mahathir itu telah membuatkan UMNO jatuh tersungkur berbanding dengan keupayan parti Komponen BN bukan UMNO mendahului bilangan Perwakilan di Parlimen dengan kelebihan enam (4) kerusi. UMNO cuma menguasai 72 kerusi sementara komponen BN bukan Melayu menguasai 76 kerusi.

Keadaan itu sekali gus memecahkan ketuanan Melayu. UMNO amat kecewa dengan karenah Mahathir yang sembrono dan “kurang ajar”..!! Mahathir wajar dicap “petualang UMNO” No 1. Dan tidak ada orng Melayu yang menyangkal.

Tetapi Mahathir masih sanggop menyalahkan semua pihak kecuali dirinya. Dia masih merasa lega kerana dirinya tetap seorang PERDANA MENTERI!!

Hematnya, Mahathir tidak peduli dengan status UMNO dalam BN. Sebaliknya beliau menyalahkan orang Melayu sebagai kaum yang tidak berterima kasih. Mahathir terus-menerus mengugut orang UMNO dan kepimpinan Melayu menerima beliau sebagai pucuk pimpinan parti secara paling tidak DEMOKRATIK. MKT UMNO sudah jadi “Pondan jalang”.

3) Menggunakan Kuasa Mutlak untuk mengekalkan “FEUDALISMA” keatas orang Melayu:

Kabinet Mahathir juga tidak membayangkan inspirasi orang Melayu. Walaupun peyokong UMNO sudah memberi petanda siapa yang wajar dijadikan pemimpin berjawatan, namun Mahathir (dengan segala kuasa mutlak) meletakkan kroni-kroninya di Kabinet. Suara rakyat disekat dari menyuarakan hak asasi mereka.

Maka dikekalkan sekali lagi muka-muka yang ditolak rakyat seperti Daem Zainuddin, Rafidah Aziz, Hamid Osman, Hamid Albar, Ramli Ngah Talib, Aziz Shamsuddin, dll. Beberapa muka MB seperti Isa Samad, Hassan Omar dan beberapa ADUN kroni politik mereka juga masih dipaksakan keatas rakyat. Di NS, puak UMNO bertelingkah hingga meruncing hebat!!

Muka-muka ini tidak ada visi untuk merancang meningkatkan tahap pencapaian orang Melayu, jauh sekali dari mempersoalkan ketuanan dan ugama Islam yang sudah terpinggir atas karenah pucuk pimpinan mereka yang memberi mereka jawatan, pangkat dan peluang keemasan mengenyangkan tembolok secara rasuh melalui pelbagai penyelewengan.

Tidak salah sekarang jika orang Melayu meletakkan harapan untuk melihat inspirasi pejuang Kemerdekaan sudah beralih ke tangan KeADILan dan PAS dan PRM. Orang Melayu sudah bosan dengan retorik kosong pemimpin UMNO yang kononnya mempunyai visi dan perancangan untuk memajukan kaum Melayu.

GEJALA PEMIMPIN MELAYU JUAL TANAHAIR, BANGSA DAN UGAMA.

Orang Melayu sudah lihat bahawa Pemimpin mereka dalam UMNO sanggop jual bangsa demi tembolok mereka. Mengharapkan Abdullah Bedawi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat; sejak beliau diberi jawatan oleh Dr. Mahathir, Abdullah tidak lebih dari seorang yang lebih taat dari seorang ABDI kepada tuannya.

Rais Yatim secara tiba-tiba cuba berlagak seperti pendekar ‘bulin’. Sebelum pilihanraya, beliau berteori yang bukan-bukan. Sebagai orang berpendidikan Ph.D, jika disorot semula kerja-kerja beliau sekarang, tidak lebih belia sebagai seorang baru belajar sifir “2” dan “alif, be, te” politik orang Melayu!!

kini makin nampak kelibat Rais sebagai pemimpin “patah kandar”. Beliau lebih mementingkan ‘personal vandetta’ dalam merancang kerja-kerja dengan niat yang jelas semat-mata untuk menaikkan imej diri dan penyesuaian diri dalam membina “Jembatan yang telah DIBAKAR”nya dahulu.

Hematnya, ini adalah kesan dari kesukaran orang Melayu dibawah UMNO setelah 18 tahun dibawah pentadbiran seorang DIKTATOR. Pemimpin mereka tertaklok kepada 1001 kecurangan sikap dan kekejaman nawaitu. Mungkin tak semudah itu bagi Ku Li dan pejuang Melayu dalam UMNO memahami hati nurani orang Melayu.

Jika Ku Li berhsrat meingimbau orang Melayu menoyokong UMNO semula, beliau tidak akan berjaya setakat menyingkirkan Mahathir seorang. Kerana ‘role’ UMNO sudah diambilalih oleh Parti Pembangkang Melayu. Beliau harus beriltizam lebih jauh dari itu. UMNO sudah luka parah!!

Tidaklah salah jika rakyat mendaulatkan PAS, KeADILan dan PRM mempunyai wadah memperjuangkan hasrat orang Melayu; kerana UMNO sudah tinggal RANGKA yang diditalqinkan oleh mereka sendiri.

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com