Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

RAMAI YANG MABOK “SAMSU” DI HARI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

APABILA terbit arahan para menteri Kerajaan UMNO/BN membanteras kegiatan politik di masjid-masjid dan surau, mempastikan penceramah di jabatan-jabatan kerajaan di kawal tekat dan Khatib dan Imam diawas ketat supaya tidak menentang Kerajaan; maka beberapa persoalan terimbau dikepada kita.

Lawatan beberapa orang sahabat ke Uzbakistan menceritakan, penganut Islam di zaman pemerentahan Soviet Russia tidak pula menyekat kegiatan Islamiah hingga ketahap itu. Di negeri Cina jugak tidak. Di Yugoslavia, di kota Beograd – khabarnya ada sebuah masjid tersergam indah. Disanalah kegiatan dakwah Islamiah dijalankan.

Khabarnya, rakyat pelarian Albania (di Yugoslavia) mendapat ketenangan rohani di masjid-masjid setelah penat lelah bekerja membanting tulang mencari rezki halal. Mereka didesak oleh keadaan hidup yang mencabar.

Amat menghairan mengapa di negara kita kerajaan menaruh syak wasangka seburuk itu kepada pendakwahan kepada kakitangan awam dan rakyat?

Dapat dijangka bahawa Kerajaan UMNO/BN beranggapan bahawa kekuatan Islamiah akan merosakkan kewibawaan para pemimpin puak itu. Hematnya sangkaan itu adalah tidak benar.

Kita mendengar Brig. Gen. yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur sedemikian bernafsu berkempen untuk parti UMNO/BN beberapa hari sebelum Pilihanraya ke-10. Dimana?

Beliau tegak gah berdiri dengan tongkat semambu di Mimbar Masjid Negara di Ibu Kota, berhadapan dengan 10,000 makmum. Apa yang terpancar dari lidahnya yang berucap tanpa surat; ramai makmum yang geligeman.

Oleh keterlaluan ‘ampu-bodek’ yang menggila-gila tersembur dari mulut beliau yang celupar; maka para jumaah menjadi kucar-kacir. Maka disanggahlah oleh makmum. Akhirnya, bersepah-sepahlah mamkmum bersolat Jumaat. Khabarnya, bersolatlah mereka dalam 7 kumpulan yang berasingan.

Itu lah dia “Khatib dan Imam” puak UMNO – pendakwah Islam dari puak UMNO!!

Mabok SAMSU ?

Hari ini terdengar khabar bahawa Dr. Mahathir telah bercakap menyebut bahawa “Kita (Mahathir? UMNO? Kerajaan? – tak tau siapa dia “kita” itu) ada bukti bahawa parti pembangkang Pas banyak membuat fatwa yang menyimpang daripada akidah Islam. Maklumat yang lengkap mengenainya sedang dikumpulkan oleh parti sebelum langkah seterusnya diambil. Kita akan buktikan. Kita sedang mendapatkan maklumat,'' kata beliau.

Hairan sangat kita, Dr. Mahathir bercakap isu ugama Islam dan aqidah di Majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA. Hadir sama ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Samy Vellu; Datuk Chua Jui Meng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), serta menteri-menteri kabinet beragmana Islam termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kesihatan, dan jurubodek terkni: Datuk Dr. Rais Yatim.

Nampak sangat seolah Dr. Mahathir bercakap bagai seorang mabuk “Samsu” hidangan istemewa dr. Ling Leong Sik di Tahun Baru Cina. Masyallah…!!

Yang menjadi masalah kepada umum ialah, Dr. Mahathir bukanlah seorang yang arif (jauh sekali dari ‘pakar’) untuk mentakrif akidah seseorang, atau mana-mana yang merosak atau memusnahkan aqidah seseorang. Nampaknya, beliau ada agenda tersembunyi. Kita tunggu dan lihat dulu.

Makin nampak bahawa Dr. Mahathir sengaja mencari kekusutan supaya masyarakat bukan Melayu dan beberapa puak dalam masyarakat Melayu/Islam (UMNO?) keliru dengan perjuangan PAS dan pendakwah Islamiah yang makin ramai.

Dengan itu akan teresmilah agenda politik beliau menghadapi Perhimpunan UMNO Mei untuk mencari ketetapan bahawa dirinya adalah “Penegak Syiar Islam” terkemuka dengan kejayaan memfitnah PAS. Dengan itu akan dilaungkanlah slogan “HIDOP MAHATHIR” oleh orang upahan yang ditempat-tempat strategi di Dewan Merdeka. Bagus!! Rancanglah begitu!!

Sedarlah Mahathir, Sedarlah UMNO!!

Beliau tidak sedar bahawa apa yang disebutkannya bukan saja di Majlis yang tidak wajar, malah Dr. Mahathir sendiri bukan seorang yang layak bercakap hal-ehwal ugama atas tajuk/maudhuk berat seperti “Aqidah”. Ini bukan cerita “Penswastaan” atau “Saham KLSE merudum” atau “dia jatuh kuda di Argentina”. Ini adalah soal “Aqidah” – satu bab yang mengambil tempoh sekian puluhan tahun Nabi Junjungan kita menyebarkannya kepada ummah di zaman Baginda.

Mungkin ramai yang ingin melihat keluhuran bokti-bokti yang disebutnya itu. Diharap janganlah Dr. Mahathir memaksa para “ulamak beliau” mentafsirkan firman dan hadis bagi menyokong arahan mengikut “telunjuk bernajis” ‘Ular-mak Sahul Mahathir Mohmmad’.

Jika Mahathir berhasrat menegakkan “Islam ala Mahathirisma”, maka dialu-alukanlah beliau memulakan berdakwah kepada keluarganya terlebih dahulu. Keluarganya adalah tanggungjawabnya.

Pertanyaan Yang Tidak Berjawab

Rakyat makin hairan mengapa Hamid Osman dan Abdullah Bedawi begitu ghairah hendak mengekang masjid-masjid seketat itu?

Jika menilai apa yang berlaku dalam “Peristiwa Hitam” di Masjid Negara itu, sewajarnya Hamid Zainalabidin dilucutkan jawatan dan ditarik balik serta-merta sebarang tauliah pendakwahan beliau. Beliau wajar dipencenkan dari jawatan dan disarakan dari sebarang karier pendakwahan.

Atau, sebagai muslimin yang akil baligh dan berakal, adalah wajar Hamid Zainalabidin sendiri meletakkan jawatan dan menuntut maaf secara terbuka kepada makmum di Masjid Negara dan dipancarkan melalui RTM untuk makluman umat Islam.

Malangnya, kesalahan berat yang lakukan oleh si Hamid itu di ‘cover’ oleh si Hamid yang seorang lagi. Sebaliknya, seimbas peribahasa Melayu, “Lain bengkak lain yang meletus”. Sekatan dikuatkuasakan keatas pihak yang tidak berdosa.

Yang memeningkan, MB Selangor juga sudah mulai naik ‘miang” (walaupun beliau memang lama ‘miang rebung’). Beberapa masjid sudah bertukar ganti Imam. Beberapa Imam telah diganti dengan mereka yang berceramah ala “Hamid Zainalabidin”.

Kita akan lihat perkembangan agenda Dr. Mahathir yang makin payah untuk mengalih tumpuan rakyat dan pemimpin UMNO yang sedang berusaha menobatkan seorang pengganti Presiden UMNO yang makin nampak terlalu sewel, dan mengkhianati bangsa dan ugama.

Maka bertambahlah hujah pihak calun yang berminat menumbang dan menggantikan Presiden yang ada sekarang. Insyallah….!!

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH.
6 Januari, 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com