Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

IMBAUAN ERA PEMBANGUNAN MINDA MENANGANI ALAF KE-21.

Assalamualaikum ww.

Sebagai anggota parti, saya (seperti lain-lain anggota parti) berkesempatan menghadiri Ceramah-ceramah anjuran Barisan Alternatif seperti PAS, KeADILan, PRM dan DAP. Saya juga berkesempatan mengahdiri ceramah anjuran UMNO. Bagi saya, itu adalah cara kita memperolehi satu urutan pemikiran yang seimbang.

Saya baca semua akhbar-akhbar yang ada. Dengan itu, seperti lain orang juga, imput yang diperolehi diharap akan menajamkan lagi pemikiran dengan lebih sempurna; menghilangkan prejudis yang menghantui manusia dan meningkatkan hemah diri dalam membuat keputusan.

Dari apa yang saya lihat, ‘mood’ masyarakat Melayu kini sudah peka terhadap perkembangan politik semasa. Kebanyakan mereka yang ditemui dan berbincang, masing-masing menunjukkan satu garis-lurus yang menegak bahawa Islam adalah rujukan yang tidak boleh disangkal lagi.

Ini adalah satu kelainan dari apa yang dibawa oleh beberapa pihak (khususnya pemimpin) parti Kerajaan (UMNO/BN).

Beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini telah menunjukkan bahawa rakyat dan kepimpinan dalam parti Kerajaan mulai kritis dengan cara pemimpin mereka menagani pelbagai insiden yang berlaku saban hari. Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena yang diamalkan oleh Kerajaan pimpinan parti mereka (UMNO/BN).

Gejala Sosial Meracun Rakyat

Dalam satu senario, pembanterasan gejala sosial masyarakat muda-mudi telah dirancang melalui program contoh seperti ‘Rakan Muda’. Tetapi dalam nafas yang sama pihak yang berwajib juga adalah puak yang membenarkan “Pesta Sambutan Mellinium” yang menjanjikan senario yang amat menyedihkan. Kita sudah tahu itu.

Apayang ketara ialah: Bantahan rakyat umum dan peradaban umat Islam telah diketepikan begitu rupa hingga ramai diantara penyokong parti Kerajaan sendiri merasa kurang senang dengan sikap ‘tidak peduli’ pemimpin terbabit. Tetapi, Dr. Mahathir dan isterinya berserta beberapa orang menteri UMNO adalah tetamu jemputan yang paling berminat, DAN merasa TERHORMAT!!

Maka termuat dalam HARAKAH pandangan rakyat dalam isu itu. Memang benar pandangan rakyat bertentang dengan apa yang termuat dalam akhbar pro-Kerajaan. Maka difitnahlah HARAKAH dan dituduhlah parti Pembangkang sebagai punca perpecahan perpaduan orang Melayu. Alangkah peliknya.

Hematnya, pendekatan ugama oleh PAS dan KeADILan dalam menangani isu gejala sosial tidak langsung berbau politik. Tetapi, malang sekali ia diputar-belitkan oleh pemimpin Kerajaan hingga menjadikan ia tajuk-tajuk isu yang dianggap sebagai ‘Fitnah’. Samada itu sebagai tohmahan untuk menyekat akhbar lidah resmi PAS dari mempengaruhi rakyat - soal itu masih samar-samar. Tetapi yang jelas, pemimpin UMNO adalah antara pembaca HARAKAH yang setia.

Jika dikira telahan pemimpin UMNO bahawa HARAKAH mempengaruhi rakyat menyebelahi PAS, mungkin itu adalah satu saingan biasa dan wajar dalam politik. Tetapi ramai yang lebih percaya bahawa sekatan itu adalah ditujukan menyekat penyokong dan pemimpin UMNO sendiri membaca kebenaran yang tersirat.

Maka wujudlah senario: penyokong UMNO ‘totok’ menolak tulisan dalam HARAKAH (kerana patuh amanat pucuk pimpinan parti).

Sebaliknya ratusan ribu golongan muda-mudi menunggu edaran HARAKAH setiap keluaran. Tidakkah itu memberi makna golongan muda-mudi Melayu/Islam lebih peka dengan berita benar yang bertanggungjawab? Pastinya, ahli UMNO bukan ahli PAS. Tetapi siapa yang boleh menyekat ahli dan pemimpin UMNO dari membaca HARAKAH?

Begitu jugalah apa yang berlaku kepada penyebaran tulisan-tulisan bernas yang termuat didalam internet di Laman Reformsi. Dapat dirasakan berkemungkinan besar tulisan-tulisan itu adalah hasil keprihatinan pemimpin UMNO sendiri yang sudah bosan dengan telatah dan karenah yang menjijikkan sikap kepimpinan UMNO sekarang. Siapa tahu?

Pergolakan Rumah-tangga UMNO Jadi Punca

Tanpa membincangkan permasalahan ‘rumah-tangga’ UMNO yang makin bergolak akibah isu politik wang dan fitnah, dan keputusan tidak mempertanding beberapa jawatan parti; tidaklah keterlaluan jika rakyat yang ditadbir oleh sebuah parti yang menerajui Kerajaan memperlihatkan kenyataan: ‘betapa tidak demokratiknya’ parti Kerajaan itu.

Rakyat mempersoalkan tahap ‘demokratik’ parti Kerajaan yang memimpin mereka. Itu hak rakyat. Jika parti pemerentah bergerak atas landasan dan unsur-unsur “tidak demokratik”, sudah barang tentu unsur itu akan ‘melimpah’ keluar dalam mentadbir rakyat.

Kesan yang jelas terbokti: Kerajaan dibawah UMNO/BN adalah kerajaan yang menyekat, menafi dan membanteras Hak Asasi Rakyat bersuara secara terbuka. Malah dalam struktur UMNO sudah ada amalan “Yang tida DEMOKRATIK”..!! Jika Islam membenarkan dan menggalakkan kebebasan bersuara begitu luas; prinsip pihak manakah yang jadi ikutan UMNO/BN sekarang?

Mungkin negara Komunis sendiri menghalalkan demo!! Mengapa Kerajaan Islam “UMNO” tidak?

UMNO Ikut Siapa?

PAS dan BA tidak berhajat melakukan sesuatu sekatan seumpama yang dilakukan oleh UMNO sekarang. Kecuali, dalam soal-soal prinsip yang ditegah Islam; maka PAS wajib menyampaikan amanat yang difirmankan Allah dan disunnahkan Nabi. Kerana, PAS yakin bahawa Politik dan Agama tidak terpisah!! Hanya sekularis Barat saja yang memisahkan. UMNO mengikut siapa?

Definasi ‘kesederhanaan’ tidak boleh ditolak-ansur kerana faktor-faktor politik. Umpamanya, kerana Presiden Parti seronok berhujah menegakkan benang basah do podium, maka hadirin Islam terpaksa melepaskan waktu solat ‘Asar; maka itu adalah satu perkara yang dikutuk dan tidak diberkati Allah swt. Mungkin contoh tersebut agak menyinggung, ia disebut dengan maaf.

Begitu juga, jika Islam menggalakkan umatnya mencari sebanyak-banyak kekayaan dunia. Tetapi Islam sangat-sangat melarang pemimpin menggunakan kedudukan dan kuasa untuk merangka, merancang dan berurusan dalam satu bentuk komplot dan proksi yang memboleh hak dan harta awam dijadikan sebagai sumber mencari kekayaan diri.

Malangnya, ada pihak dalam UMNO/BN (yang menerajui Kerajaan) berlumba-lumba bercita-cita menjadi pemimpin semata itu adalah jalan mudah untuk mengaut kekayaan semahu nafsu. Maka tersebarlah maklumat berbokti tentang beberapa pemimpin tertentu melakukan rasuah dan penyelewengan. Malamngnya, mereka yang sekomplot dan sekongkol mengambil sikap “saling lindung-melindungi”. Akhirnya keadilan tersisih jauh dari peradaban parti yang memimpin Kerajaan itu. Islamkah amalan itu?

PAS/BA dan Rakyat

Sebagai sebuah parti politik, PAS dalam BA tidak mengalami sebarang percanggahan dari segi prinsip dan perlaksanaan prinsip sesama komponen. Islam tidak memberi ruang percanggahan berlaku antara kaum. Boktinya, di Kelantan dan Tertengganu tidak ada sebarang pertelingkahan kaum yang terjadi.

Ini berpunca dari ‘ketelusan’ sebagai keutamaan. Pengalaman bersama UMNO dan Parti Semangat 46 memberi pengajaran yang sangat luas dan berkesan kepada parti; walaupun kedua-dua parti adalah parti Melayu. Dan, rakyat hari ini terlalu ingin melihat sebuah kerajaan yang amanah, telus, ikhlas dan berwibawa.

Pentadbiran di Terengganu wujud setelah Kelantan memboktikan kewibawaan yang diperkenankan rakyat. Padahal semua orang nampak bagaimana pemimpin UMNO bertungkus-lumus cuba mengelirukan rakyat Kelantan dengan pelbagai hasutan, pujuk-rayu dan fitnah yang bukan-bukan. Tetapi tidak ada dari puak UMNO yang menjangka – bukan saja Kelantan ditawan ‘sapu bersih’ malah kerajaan UMNO/BN Terengganu jatuh terlungkup!! Alhamdulillah…!!

Usahlah kita bincang kedudukan Pembangkang di Kedah Perlis, Pahang dan Perak…!! Hematnya, Rakyat dan kepimpinan Pembangkang sudah saling kenal-mengenal antara satu dengan lain.

Kesimpulan

Rakyat tidak lagi melihat parti politik dan Kerajaan mengasingkan diri dari rakyat. Kerajaan dan wakil-wakil rakyat dan rakyat harus sejajar membuat keputusan. Malangnya, tidak nampak dalam UMNO. Akhirnya, rakyat terpinggir sementara pemimpin parti dan peneraju Kerajaan melakukan sesuka hati. Rakyat makin rimas, sementara pemimpin parti dan peneraju Kerajaan membolot hak dan kepentingan rakyat.

Berkata seorang netter, “Pas membawa pemikiran Islam bukan pemikiran Jemaah. Oleh kerana dasar Pas menegak Islam, maka apa yang Islam kehendaki adalah selari dasar Pas dan pemikiran pemimpin-pemimpin Pas. Pas juga tidak pernah mengatakan apa yang kerajaan buat semuanya salah”.

Tetapi, dalam nafas yang sama; bukan semua yang Kerajaan buat semuanya betul!! Rakyat sudah makin celik, selari dengan imbauan era pembangunan minda bagi menangani Alaf ke-21.

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH

6 Januari 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com