Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

LEBIH BUSUK DARI NAJIS SUATU BANGKAI BINATANG YANG HARAM!!

Assalamualaikum WW,

TANPA menyentuh bab ditentukan dari sudut ugama, bagi orang Melayu, “MENCARUT” adalah taboo. Melakukannya (dalam apa jua bentuk), samada dengan sebutan lidah atau ‘sign’, gerak anggota atau kata-kata sindiran, dan seumpamanya; pelaku akan dianggap “kurang ajar” (bahasa kesatnya).

Mencarut Menyalahi Amalan Baik Susila

Kanak-kanak dan remaja sama sekali dilarang melakukan sesuatu yang menjurus kepada ‘mencarut’ itu. Orang dewasa, waima orang tua yang lanjut umor, jika melakukan salah satu dari perbuatan yang ditakrif sebagai ‘mencarut’, maka dianggap orang tua itu adalah dalam keadaan marah, serius atau merasa kesal hati/kecewa yang bukan kepalang.

Kerapkali “mencarut” dianggap sebagai cara seorang mempertikaikan sesuatu atau menafikan secara serius. Selepas “carut” itu disebutnya, mungkin ia bersedia untuk berbalah, bergaduh-berkelahi!! Tetapi, orang yang telah dewasa begitu, jika ia mencarut tidak pula dicap sebagai kurang ajar atau tidak “selaku” berfe’el buruk. Mungkin ramai yang mentafsirkan bahawa “orang itu serius dan tidak bergurau”.

Tetapi, jika si tua itu terlalu kerap menyebut, maka beliau akan dianggap sudah SEWEL, tidak siuman atau ‘separa gila’. Maruah dirinya dengan sendir akan tercabar.

Implikasinya, segala anggapan baik orang ramai terhadapnya sekaligus akan bertukar mengcap beliau sebagai “kurang ajar atau tidak ‘selaku” berfe’el buruk – “kurang siuman”. Beliau tidak lagi diberi manfaat segala hak istimewa dirinya sebagai seorang yang punya “priviledge” untuk mencarut lagi.

Bermakna, “MENCARUT” tidak boleh dilakukan sesuka hati. Silap-silap, orang itu akan dianggap sewel, tidak bermaruah dan akalnya tidak boleh ‘pakai’ lagi. Orang akan benci dan jijik kepadanya, dan tidak suka bergaul mesra dengan si pencarut itu. Ia akan disisih, dibenci dan dipandang hina. Dalam bahasa pasar disebut “Meluat”..!

Padah sebegitu buruk pasti akan dialami oleh seseorang yang secara suka-suka mencarut. Sekali orang sudah menggap si pencarut itu sewel umpama hilang akal; maka tidak ada kemungkinan ia dianggap orang ramai tergolong kepada orang-orang waras dan bermaruah lagi. Amat sulit ia untuk meyakinkan orang bahawa dia bukan sewel.

Isu Mencarut Terkini

Berbalik kepada Kes DS Anwar yang dituduh “berzina dan meliwat” beberapa orang tertentu. Tuduhan itu amatlah berat dari segi susila mana-mana kaum; apatahlagi dari segi ugama (apa jua ugama), khususnya ugama Islam yang suci.

Yang paling aib sekali ialah tuduhan “zina” yang lemparkan kepada beliau adalah diantara beliau dengan isteri orang; selain dari beberapa pelacur-pelacur pelbagai bangsa. Kemudian, tuduhan itu diheret begitu jauh hingga melibatkan kepada tuduhan beliau salahguna kuasa untuk menutup cerita aib itu.

Tak cukup dengan itu, beliau dituduh pula dengan tuduhan “meliwat” (seks diluar tabii) dengan orang-orang yang samasekali tidak wajar diperlakukan begitu. Segala-galanya cuba dibuktikan di mahkamah sekular (walaupun beliau seorang Islam yang dihormati tahap kefahaman Islamnya).

Bagaimana sekarang?

Kita lihat sejak beberapa hari setelah beliau dilucutkan jawatan oleh Dr. Mahathir, beliau (Dr. Mahathir) tidak putus-putus cuba meyakinkan rakyat dan dunia bahawa tuduhan beliau ada “benar”. Berulang kali Dr. Mahathir bercakap secara terbuka kepada dunia bahawa apa yang dituduhkannya adalah “benar – tiada yang lain melainkan benar”.

Maka membebellah ia mencarut-marut. Kemana jua ia pergi dan bertemu sesiapa, ia akan mencarut dan menuduh..terus menuduh. Seolah-olah beliau sentiasa dihantui oleh perasaan itu. Mungkin dalam tidur pun beliau mengigau mencarut-carut!!

Tak cukup dengan lidah, beliau memberi butir-butir dan “signs” apa yang definasikan sebagai “liwat” melalui kaca TV untuk tuntunan kecil-besar tua-muda dikalangan rakyat. Beliau mencarut dan terus mencarut. Dihadapan WANITA UMNO (isteri-isteri orang), dihadapan pemberita luar negeri, dihadapan ulamak Islam, dihadapan kafir maupun penganut Islam – Dr. Mahathir tidak segan silu mencarut dan terus mencarut.

Tak cukup dengan itu, beliau telah menampilkan beberapa orang saksi dari orang-orang yang dianggapnya waras fikiran untuk memboktikan tuduhan beliau itu adalah benar. Maka tak semena-mena timbullah nama-nama seperti Tun Haniff Omar, Mokhtar Abdullah (Peguam Negara), Ghani Patail (pembantu AG), beberapa anggota polis, pegawai perubatan/penyelidik, saksi-saksi seperti Ummi Hafilda….. hingga “TILAM” kaku diangkut; pun sebagai saksi..!!!

Berbulan-bulan mahkamah menyaksikan bergelutan debat diantara peguam DS Anwar dengan orang-orang Mokhtar Abdullah (Peguam Negara) untuk memboktikan kesahihan tuduhan Dr. Mahathir dan puak yang berkonspirasi dalam tuduhan aib itu.

Setelah berulang-alik saksi kaku si “Mat TILAM” diusung-tatang ke bilik mahkamah, maka berakhirlah tuduhan itu dengan beberapa patah perkataan si Hakim, “Lupakan lah perbicaraan ini umpama tidak pernah berlaku saja”..!!

Ketawa Dalam Kesal

Rakyat satu dunia ketawa!! Dalam ketawa mereka mengejek dan menjelir lidah. SAH dan SAHIH lah sekarang memang tuduhan itu satu “FITNAH” paling aib dan mengaibkan. Tidak ada sebesar-besar dosa dari itu. Keseluruhan orang yang terlibat mendapat malu besar.

Khususnya Dr. Mahathir, telah dicap orang sebagai antara sebesar-besar makluk PEMBOHONG dan PEMFITNAH yang pernah dilahirkan ke alam maya ini!! Se ekor anjing pun tidak akan memfitnah manusia begitu sekali!!

Jika di Jepun, seseorang yang melakukan kesalahan yang memalukan diri seteruk Dr. Mahathir itu, pasti orang itu akan melakukan HARAKIRI dengan menikam perutnya dengan sebilah pisau panjang tajam berkilat dari rusuk perut sebelah kiri dan menarik ke kanan. Akan terburailah isi perutnya!! Dengan itu, dipercayai akan tertebuslah dosanya. Begitu sekali.

Tapi sebagai umat Islam, berpadalah si pesalah yang berdosa besar MEMFITNAH dan MENGAIBKAN seorang muslim sebegitu kejam dengan memohon maaf kepada yang dituduh dan keluarganya, bertaubat dan menunjukkan kesal dengan hati penuh insaf dengan kesakahan secara ikhlas jujur, DAN melakukan “taubat nasuha” memohon keampunan Allah swt. Di alam Barzakh, Allah swt. akan menunggu dengan penghakiman yang Maha Adil dan ketentuan hukum yang hanya Allah saja Maha Mengetahui menetukannya!!

Malangnya, (paling menyedihkan kita umat Islam), Dr. Mahathir dan semua mereka yang terlibat; sebaliknya merasa megah dan berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Boktinya, DS Anwar telah dikenakan hukuman penjara selama enam (6) tahun.

Tak cukup dengan itu, masih ada lagi tuduhan seumpama itu dihadapkan kepada beliau. Nampak sangat IBLIS Laknatullah sedang menguasai jantung-limpa mereka yang terlibat dalam Fitnah “mega” ini.

Rakyat Amat Insaf Kini

Sekaligus, rakyat sudah mulai insaf bahawa Dr. Mahathir tidak wajar lagi diberi kesempatan masa dan mandat sebagai pemimpin rakyat untuk mengetuai sebuah negara berpemerintahan bercorak Islam seperti negara kita ini. Dengan itu, maka dirudumkan rakyatlah UMNO, terhapuslah kewibawaan pemimpin UMNO dimata rakyat dan dunia. Kewibawaan Kerajaan pimpinan UMNO terhakis. Keyakinan terhadap kepimpinan Kerajaan Mahathir musnah!!

Sebenarnya Dr. Mahathir dan sekongkolnya sedang menzalimi diri sendiri. Tidaklah salah jika rakyat (khusunya orag Melayu dan Islam) berpaling kepada sebuah parti politik yang memperjuangkan syiar dan keutuhan Islam. Makin ramailah rakyat yang insaf bahawa mereka telah diheret bersekali dengan Dr. Mahathir supaya berdosa kerana mengangkat seorang pemimpin yang punya hati lebih busuk dari suatu bangkai binatang yang haram yang sedang membusuk-rentung berulat!!

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH.

8 Februari, 2000.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com