Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

DR. MAHATHIR: BAGAI NASIB SAUDAGAR MINYAK URAT!!

Makin kerap Dr. Mahathir Mohammad berucap di Perhimpunan yang dihadiri oleh hadirin upahan, makin itu pula ia kian meracau bagai orang dalam khayalan - mengigaukan bermimpi yang molok-molok. Hadirin pula bersembang berbual-bual sesama sendiri seolah-olah itulah kesempatan mereka berjumpa beramah mesra - tanpa memperdulikan buah-butir hasutan Mahathir yang terlaung-laung di corong mikrofon.

Saya saksikan, dengan penuh belas kesihan, bahawa Dr. Mahathir tidak ada beza dari seorang 'bomoh siam' penjual ubat jalanan yang membuka pencak silat ditepi jalan di Jalan Langgar, di Alor Setar ini. Malah, si tukang ubat jalanan seperti itu masih ramai peminat setia yang berkeliling - ada yang terdongak-dongak, tertinjau-tinjau ingin tahu apakah khasiat minyak dalam botol-botol kecil yang bertaburan diatas tanah.

Kerap kali bomoh siam seperti itu akan memulakan kempennya dengan mengistiharkan bahawa ia bukan mahu "jual" ubat, sebaliknya nak 'bagi' saja. Setelah memuj-muji kehabatan ubatnya (hingga tidak ada ubat lain selain dari ubatnya yang terbaik); akan diakhiri kempennya dengan menjelaskan bahawa ia cuma memerlukan 'hadiah' sebagai 'pengeras'. Malangnya yang dikatakan "hadiah-pengeras" itu bukanlah semurah yang dijangka. Bagi botol sebesar kelingking, "hadiah"nya ialah RM20. Kalau beli sekali 2 botol - hadiahnya ada diskaun pula - RM30.

Orang tersentak dan mula beredar. "Dah mula si siam keparat tu nak menipu!!" berkata seorang. Melihat gelagat orang ramai sudah bertukar negatif, si bomoh siam itu akan membisikkan kepada orang ramai - kononnya dia 'malu' hendak menyebut khasiat terpenting minyaknya. Ia mengalih khasiat terpenting ubat itu kepada satu rahsia yang amat diminati ramai orang..!!. Katanya, "bagi orang "mati pucuk", lemah tenaga batin, nak tahan lama 'berkuda', bagi pasangan khayalan …Nah beli dan pandu..!!" Maka berkisarlah certa kepada Seks!..Seks! seks!.. Itu modal besar! Dia kata ada bokti. Kononnya lagi, "Itu pasal raja siam banyak istteri, banyak anak…!!". Orang bercakap sesama sendiri, "Raja siam memang banyak bini, tapi tak kan raja ssiam sebangang itu pakai ubat tepi jalan. Tak kan lah ubat si siam yang sekor nih!!" Masing-masing pakat ketawa..!!!

Bomoh siam itu mengulas lagi, katanya dalam telor loghat Melayu siam-Hadyai.."Maka hendaklah disapu saja barang setitik dua. Dengan menyebut nama Jin peliharaannya, pengguna pasti akan mendapat manfaat. Garenti, mujarrab!!!! Kalau tak percaya, boleh cuba sekarang (dia 100% yakin - masakan ada siapa mahu!!)".

Dia pantas memerhatikan keadaan sekeling..!! Makin ramai orang yang beredar pergi tanpa membeli. Dia tahu sekarang, bahawa pembohongannya selama ini sudah diketahui orang. Segala cakapnya telah dinafikan orang dalam hati. Bukan saja ubatnya orang tidak yakin, malah cakapnya, dirinya, senyumnya, tangisnya…pun orang sudah tidak yakin lagi. Budaya dan selera orang sekarang sudah bertukar. Orang tak mahu lagi dengar cakap tanpa bokti yang nyata. Orang sudah tahu, orng sudah nampak bokti si bomoh siam itu cuma menjual minyak kelapa sawit yang dicampur dengan "rempah maruku". Semudah itu! Tidak ada sebarang khasiat apa-apa. Garenti dan jaminannya tidak lebih dari penyedap telinga. Baru kini dia sedar - selama bertahun-tahun ia menipu, kali ini si bomoh siam itu berhadapan dengan realiti..!!! Itulah nasib bomoh siam pembohong!!

Dr. Mahathir juga sudah sampai ketahap bomoh siam itu. Malah ramai orang di Kubang Pasu ini menggelarkan Mahathir "Saudagar Minyak Urat"; hingga anak-anak muda mendendangkan pantun:

Mahadir Saudagar Minyak Urat
Jangan dengar janji kurafat,
Makin didengar bertukar Kiblat,
Menjajikan Matahari terbit dari Barat..!!!!"

Begitulah nasib Dr. Mahathir kini. Ubatnya tidak laku lagi. Cakapnya tidak dipedulikan. Walaupun berkali ia menceritakan skandal seks yang menebalkan muka mendengarnya, namun rakyat tak mahu lagi dengar cakapnya; kerana terbokti nyata - lidahnya mudah diputar-belit bagai ular, impiannya setinggi langit - tidak berjejak dibumi nyata lagi. Orang sudah muak, jemu lagi rimas!!

Orang sudah tahu sekarang, Mahathir seperti "bomoh siam" - cuma sanggup berjanji; akhirnya yang kenyang ialah tembolok anak-anak, suku-sakat dan kroninya. Jumlah kroninya kian bertambah. Mahathir seolah-olah berniaga bersistemkan "pyramid ala Pak Man Telo". Makin ramai kroninya, makin bertambah sahamnya - makin kayaraya anak-anak dan suku-sakatnya.

Rakyat sudah tahu Mahathir sekarang 'lempar batu sembunyi tangan'. Banyak yang bertanya, "Jika senarai Kroni DS Anwar sudah diedarkan - mana pula senarai Kroni Mahathir???" Banyak yang yakin bahawa senarai "si bomoh siam" yang seorang ini berpuloh kali ganda ramainya - dan lagi besar 'kerak' nya. Tapi, masakan diedarkan. Tak akan ada siapa yang mahu pecah tembelang!! Lebih-lebih lagi Mahathir!!

Rata-rata rakyat sudah tahu, matlamat Mahathir manipu kali ini adalah 'last lap' dalam kerangka tempoh ia berkuasa. Segala jaminannya, tidak lebih dari penyedap telinga. Ia pasti akan cuba menjual minyak uratnya. Selama bertahun-tahun ia menipu dan bertalam dua muka kepada orang kampung yang terharap-harap, kali ini Dr. Mahathir betul-betul berhadapan dengan realiti..!!! Nelayan, pesawah bendang, penoreh getah, penanam kelapa, penternak lembu-kambing - sudah yakin: "Mahathir lebih sayangkan Penternak BABI..!!"

Itulah nasib seorang "bomoh siam" pembohong!! Itulah nasib Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri yang sudah tersingkir dari lubuk hati rakyat. Sampai bila Mahathir mau jadi "Tukang Jual Ubat Jalanan?"

Haji Musa,
Alor Setar, Kedah



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com