Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

ULAMAK UMNO SEDANG DIPERANGKAP “KEBENDAAN dan NAFSU”

Jika di zaman Penjajah, kita dapat lihat segelintir orang Melayu dilantik menjadi pemimpin semata-mata kerana mereka ‘sebulu’ dengan Penjajah. Hari ini: Tidakkah Mahathir Mohammad juga bersikap sama seperti penjajah hingga orang Melayu yang bergelar Pemimpin adalah terdiri dari pilihannya sendiri? Dalam kebingungan, si tolol seperti Ibrahim Ali pun digelar Menter!!?

Malangnya, yang cerdik telah terpukau dengan gejala “emas sebahara” hingga mudah diugut dan perkutak-katikkan mengikut suka. Kepalanglah Rasuah dan dungunya orang Melayu. Mujur bukan semua!!

Kita TIDAK menyangka Abdullah Bedawi dan Hamid Albar sanggup berbohong sekongkol dengan Yahudi. Kita tidak sangka Najib Tun Razak melupakan perjuangan gigih arwah ayahnya.

Makin kita tidak percaya Hamid Othman, Yusof Nor, Hamid Zainalabidin, Zainal anak Melor, Wan Mokhtar ulamak UMNO – bermati-matian memujukkan rakyat memperakukan “yang mungkar sebagai benar..!! “ Sekarang Duski Ahmad masok kantong pula. Dusuki adalah mangsa terkini.

Hari ini terbuka seluruh pekong UMNO “BARU”. Rupa-rupanya UMNO “Baru” telah diperalatkan oleh Mahathir Mohammad dengan menggunakan “Barua-baruah” terpilih!! Maka jadilah UMNO “Baru” sebagai UMNO “BARU(A)”. Alangkah jijiknya pekong ini menempek muka 10 juta orang Melayu!! Satu dunia mentertawakan orang Melayu..!!

Mahathir (yang berketurunan sama se darah dan se kulit dengan Raja Mandeliar dan si Kitul) mengimbau umat dunia di PBB mencemuh orang Melayu dan penganut Islam di negara ini!!

Bagaimana tidak? Saban hari – sejak setahun yang silam, Mahathir Mohammad (Presiden UMNO Baru(a) dengan ceria, megah dan bongkak-sombong mencerca orang Melayu, mempersendakan ugama Islam anutan orang Melayu. Orang Melayu diperkononkan lagi, bahawa orang Islam di negara ini adalah fundamentalis totok hingga sanggop membuang TV ke sungai..!!

Apa yang dimaksudkan Mahathir membawa pengertian kepada umat bertamaddun dunia bahawa orang Melayu di negara ini tidak lebih dari “semang-jakun” yang serba mundor, tidak punya budaya, masih kuno tanpa kemampuan menghayati tamaddun walaupun telah 42 tahun Merdeka!!

Padan juga Mahathir mahu jadi Presiden UMNO sampai mati, sebab orang Melayu TIDAK mampu mentadbir diri dalam satu Barisan!

Itulah sikap “betrayal” seorang Perdana Menteri yang diagung-agung DAN dilanti-sanjung oleh pemimpin UMNO “Baru(a)”. Maka tepatlah kata pemikir: “There is no home for a leader who betrayed his people. His faith hangs on the mercy of those whom he betrayed”.

Kerana itu, orang Melayu telah mengalih keyakinan supaya PAS/BA memperjuangkanlah KEMERDEKAAN kita buat kali Ke-2. Hanya PAS/BA yang mampu menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIAMAN ini!

Selamatkanlah Bangsa, Negara dan Ugama kita.

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com