Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

ULAMAK “SEKONGKOL” LEBIH BAHAYA DARI SEORANG PENYANGAK

Sejurus selepas Datuk Dusuki Ahmad selesai mengangkat sumpah sebagai S/U Politik Mahathir, beliau terus meloncat mengeluarkan kenyataan menyebut dan memperakui dengan lidahnya sebagai berkata bahawa beliau “merasai benar keikhlasan Dr Mahathir. (Kununnya) Mahathir ingin memastikan bahawa Islam itu bukan sahaja agama yang benar tetapi juga agama yang dapat membangunkan bangsa dan negara!”

Kata Dusuki lagi, “Dr. Mahathir mahu orang Melayu menjadi contoh kepada umat Islam yang lain, menghayati tuntutan Islam sebenarnya serta menegakkan kebenaran. Matlamat beliau (kununya) meningkatkan martabat orang Melayu sebagai umat Islam merupakan matlamat sebenar perjuangan Mahathir.”

Melacur Ilmu

Jika kenyataan itu datangnya dari seorang S/U Politik seperti Azizi Shamsuddin, kita tidak hairan. Kerana memang itulah tugas seorang S/U Politik seperti kaliber Aziz yang orang tahu siapa dia. Tetapi, banyak pihak terkejut kerana sifat Dusuki yang mengerti tentang hukum-hakam perimbangan dalam Islam, melebihi kadar purata ‘man on the street’.

Dari apa yang didengar, ramai yang berkata: “Dusuki telah membunuh masa depan politiknya”. Tatapi itu kita hairan. Tetapi lebih ramai yang berkata, “Jika seorang pelacur boleh dimaafkan kelacurannya, jika itu sebuah kenyataan datangnya dari Dusuki hingga beliau melacurkan keadaan yang sebenar setelah rakyat mengenal “siapa Mahathir” (hingga telah melacurkan perundangan Islam seburuk itu); Dusuki adalah seburuk-buruk ulama. Dia tidak boleh dimaafkan. Dusuki telah melacur ilmu yang ada padanya.

Kita yang membaca tentu hairan bagaimana Dusuki memperakukan Mahathir seyakin itu. Sekaligus, kita bertanya – apakah Dusuki seorang “buta mata hati”, bebal, dungu, tidak berilmu, seorang penjarah, penjenayah Islam. Dusuki telah memulakan karier sebagai S/U Politik kepada Mahathir dengan memulakan ‘langkah kiri”.

Sukar orang Melayu melihat kebenaran kata-kata Dusuki itu. Apakah beliau begitu “hard-up” untuk mendapat tempat semula dalam arus perdana politik semasa, atau terlampau kemarok untuk mendapat kemudahan ‘gaji tetap’ dari Mahathir. Itu, Dusuki saja yang boleh tentukan.

Jalan Pintas Untuk Jahanam

Jika Dusuki menjadikan perlantikan beliau sebagai jalan pintas untuk menerobos arus perdana politik semasa (beliau telah berdekad terpinggir); maka sebenarnya kenyataan Dusuki itu adalah jalan pintas beliau ‘akan dihumbankan ikut jalan tingkap”.

Kita hairan bagaimana Dusuki memilih kenyataan seumpama itu sebagai percubaannya mengatasi masalah dan krisis imej yang merundung Mahathir sekarang. Umpama seekor anjing, Dusuki hanya mampu menyalak bukit, tetapi bukit takkan runtuh. Rakyat sudah terlampau mengerti siapa Mahathir sebenar.

Terlalu banyak yang dapat kita pelajari dari perkembangan “Konspirasi Teraib” dalam sejarah politik UMNO kali ini. Berbanding dengan pertelagahan MCA dan MIC; kita merasa malu memandang muka semua kaum Cina dan keturunan India di negara ini. MCA dan MIC tidak pernah berkrisis sesewel UMNO. Asas pertelagahan mereka matang, serius dan logik. Tetapi, pertelagahan UMNO amat menjijikkan, kebudak-budakan dan mengheret panjang terlalu berjela-jela.

UMNO Merendahkan Martabat Melayu

Krisis UMNO memberi petanda betapa rendahnya mentaliti, rapuhnya pegangan asas ugama Islam orang Melayu kelompok UMNO totok. Atas segala-galanya: “Orang Melayu bertelanjang bulat umpama sekelompok kaum paling dungu” dalam alam ini; ditelanjangi oleh Mahathir sendiri.

Orang Melayu nampak tidak mampu menangani permasalahan politik, sosial dan keagamaan dengan berani, berterus terang dan berkeupayaan sebagai bangsa berdaulat dan punya sikap ketuanan. Orang Melayu amat ‘undecisive’, tidak tahu membuat keputusan berasaskan keyakinan kepada fakta dan rasional.

Kesimpulannya, Mahathir dan beberapa orang sekongkol dengan beliau telah “melacurkan” orang Melayu dan seluruh peradaban dan nilai-nilai ugama dan budaya Melayu yang ditradisikan. Orang Melayu kelompok UMNO wajar malu dan merasa hina dimata kaum lain; lebih-lebih lagi kerana nereka telah ‘menjual’ maruah dan inspirsi bangsa kerana tembolok dan kedudukan.

Jangan UMNO cuba menoleh ke dunia luas untuk membuat perbandingan. Memang budaya mereka begitu. Tetapi kita masih merasa lebih terhina kerana kita sebagai sebuah negara Islam terang-terang menunjukkan bahawa sebenarnya kita tidak ‘seislam’ yang kita akui.

Beberapa ulamak menerajui kempimpinan UMNO. Datuk Dusuki Ahmad ada rekrut terkini, dari kelompok ulamak terdidik. Perlantian beliau menggantikan Aziz Shamsuddin mesej bahawa fungsi Dusuki adalah untuk membalut kueh yang basi dengan gula madu.

Jika Aziz lebih dikenali dengan sikap ‘kurang ajar’, Mahathir juga berharap Dusuki akan bersikap lebih dari itu, iaitu – “lacurkan” semua dengan menempek yang kotor dan jijik dengan yang cantik-cantik. Itu adalah fungsi ulamak yang sekongkol dengan ‘penjarah’.

Inilah tugas ulamak UMNO alaf Mahathir. Mungkin YAB Datuk Nik Aziz dan Datuk Hadi Awang sedang sedang senyum senget sekarang.

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com