Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

BELUM CUBA, BELUM TAU – SEKARANG SUDAH CUBA BARU TAU!!

Sebagai seorang rakyat Kedah, bagi saya; lawatan sehari Mahathir ke Kedah baru-baru ini banyak yang harus dijadikan iktibar oleh rakyat Kedah seluruhnya…….

Akhbar Bebohong Lagi

Akhbar yang menjadi lidah resmi UMNO selama ini (Utusan Melayu) dimuka depan menulis meminta perhatian rakyat kononnya “... Kesibukan tugas sebagai Perdana Menteri tidak menghalang Dr. Mahathir meluangkan masa untuk memberi khidmat kepada rakyat di Kubang Pasu, kawasan Parlimen yang diwakilinya”.

Kununnya lagi, “Sebagai ahli Parlimen kawasan tersebut, Mahathir membuka 'Pusat Khidmat Wakil Rakyat' Pejabat UMNO Kubang Pasu bagi mendengar, meneliti dan mengatasi masalah penduduk kawasan itu.

Dalam lawatan kerja sehari (dari 365 hari dalam setahun - penulis) ke Kedah (sebenarnya alasan balik kampung percuma dengan biayaan rakyat – penulis), Mahathir menghabiskan masa lebih dua jam (dari ribuan jam setahun) menguruskan masalah rakyat, yang antara lain memohon peruntukan prasarana, masalah tanah dan sebagainya. Kira-kira 100 orang penduduk setempat mengambil kesempatan itu.

Contoh yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir itu kununya harus diikuti oleh wakil-wakil rakyat lain bagi memastikan rakyat di kawasan mereka mendapat perhatian sepenuhnya sebagai memenuhi janji dalam pilihan raya lalu”, kata berita itu lagi.

Maka nampaklah gambar seorang tua bersongkok lusuh dari Kampung Lembah Hosba mengemukakan masalah bantuan banjir kepada Dr. Mahathir di Pejabat UMNO Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Di kanannya ialah Menteri Besar Kedah, Syed Razak Zain.

Kita bertanya, sebagai Perdana Menteri, beliau disebut terlalu sibuk. Paling malanglah orang yang memilih beliau kerana cuma mampu didengar rungutan selama 2 jam bagi mengatasi kesulitan mereka. Padahal masalah manusia dikawasan itu 1000 kali ganda dibandingkan dengan besar Gunung Jerai.

Rakyat Hosba tahu, Mahathir telah menghabiskan masa bermain kuda di Argentina dan mandi-manda berkelah di Carribean hampir 2 minggu. Beliau terbang kesana dengan jet 200 juta bersama keluarga atas biayaan berjuta ringgit dari wang keringat titik peluh rakyat (termasuk wang orang tua itu).

Sandiwara Mahathir Tersemu

Apakah yang boleh dilakukan Mahathir dalam tempoh 2 jam saja? Padahal, rakyat yang diwakilinya mengalami masalah ‘banjir’ yang merosakkan sumber kehidupan rakyat sepanjang hayat!! Dua jam saja yang terluang?

Prihatinkah Mahathir kalau begitu? Jika Mahathir tidak prihatin kepada rakyat dikawasan beliau, bagaimana sikap beratus-ratus wakil UMNO/BN yang lain? Apakah fungsi mutlak mereka sebagai wakil-wakil yang mewakili rakyat disamping menjadi penerajui kerajaan Barisan Nasional yang bertulangbelakangkan UMNO?

Kemudian, disatu sidang akhbar disitu, Mahathir dilaporkan sebagai berkata meminta wakil rakyat supaya memberi perhatian kepada masalah rakyat, kerana prestasi mereka adalah kira untuk menentukan kedudukan mereka dalam politik selanjutnya. Selama ini apakah kerja mereka. Tidakkah mereka tahu fungsi mereka?

Sebagai rakyat, semua mereka tahu bahawa wakil rakyat UMNO/BN tidak ada kerja lain setelah memenangi kerusi dan mendapat jawatan Kerajaan. Mereka sepantas kilat akan meneliti setiap projek yang akan dibangunkan dengan wang rakyat. Dengan itu mereka akan melantik Kroni dan Proksi pula.

Kebanyakan mereka tidak akan menilai manfaat dan faedah projek-perojek itu kepada rakyat. Jauh sekali dari menilai apakah kesusahan yang akan ditimpakan kepada rakyat sekiranya ia dilaksanakan.

Ini terbokti dari pelbagai masalah banjir kesan dari projek yang menarah tanah bukit, pengambilan tanah rakyat secara rewang di Karpan, dll. Itulah dia jenis “Pembangunan” cara UMNO/BN – yang paling diminati oleh wakil-wakil Mahathir dan UMNO/BN!!

“Kepimpinan Melalui Teladan” Jijik

Mereka mencontohi “Kepimpinan Melalui Teladan”. Seharusnya Mahathir adalah orang pertama dan utama dipersalahkan sepenuhnya kerana menunjukkan prestasi dan rekod “Kepimpinan Melalui Teladan” yang paling buruk sekali.

Beliaulah orang yang mewujudkan pelbagai perobahan Dasar dan amalan-amalan politik dan pentadbiran yang menyebabkan ekonomi rakyat terpuruk-merudum, politik negara kucar-kacir, sosial rakyat terjebak dengan pelbagai amalan yang hina dan menjijikkan, ideologi politik Diktator-totallitarianisma, perlekehan terhadap ugama Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam, berkroni, berproksi dan bernepotisma, melakukan Rasuah dan melindungi pengamal Rasuah. Tidakkah itu budaya UMNO/BN?

Mahathir cukop-cukop bangga dan egonya memuncak setinggi langit biru bila beliau dianugerahkan gelaran “Bapak Penswastaan” oleh kroninya. Sebab, mereka terhutang budi kerana berjaya meraih keuntungan berbillion-billion hasil dari persekongkolan mereka dalam pembinaan Projek Mega dan mewah yang menelan berbillion ringgit wang rakyat. Itu adalah hasil perkronian mereka dengan Mahathir dan kuncu-kuncunya seperti Daem Zainuddin.

Mahathir adalah orang pertama yang tersenyum lebar dengan RASUAH yang diagih kepada beliau dan anak-anak suku-sakatnya oleh kroni-kroni dari segala bangsa dan kaum. Mahathirlah orang yang telah menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru hingga menjadi Dasar Ekonomi BARUA. Orang Melayu dapat manfaat apa?

Mahathir juga adalah orang yang melindungi pelaku Rasuah dalam pentabirannya – samada orang itu Menteri Kabinet, Menteri Besar, atau wakil rakyat lain. Hingga hari ini puluhan kes Rasuah para menterinya masih dilindungi beliau.

Sebaliknya Mahathir lah orang yang melindungi perasuah-perasuah itu (termasuk kakitangan awam). Malangnya, mereka masih dilantik ke Kabinet, menjawat jawatan tinggi dalam Perkhidmatan Awam walaupun rakyat meraung supaya mereka disingkirkan. Tapi, Mahathir peduli apa?

Mahathir juga adalah orang yang mengepalai sebuah KONSPIRASI POLITIK yang paling menjijikkan tekak rakyat. Mahathir jugalah yang menafikan fakta-fakta undang-undang yang adil untuk berlaku saksama kepada rakyat. Tangan beliaulah yang menyebabkan Konspirasi itu terus-menerus berleluasa. Kerana itu, orang Melayu hidup dalam hina dan dimalukan satu dunia.

Kucurangan Mengaibkan

Berapa ramai rakyat yang membantah kecurangan itu. Sebaliknya mereka telah diheret ke mahkamah, sementara si pelaku rasuah dan jenayah yang mengkejami rakyat itu berwenang-wenang diberi perlindungan oleh Mahathir sendiri. Cuba tengok Rahim Nor, Rafidah, Daem, dll (termasuk Mahathir sendiri).

Dalam lawatan beliau itu, Dr. Mahathir Mohamad berkata “Calon-calon UMNO dalam pilihan raya umum akan datang akan dinilai dari segi kesediaan mereka berjuang kepada agama, bangsa dan negara”. Kununya UMNO akan kembali kepada perjuangan asalnya untuk membela ketiga-tiga perkara itu dan bukannya berjuang untuk kepentingan individu-individu tertentu. Mahathir berkata, “Kita hendak kembali kepada perjuangan UMNO yang asal”.

Kita tanya sekarang, “Apakah faedahnya Mahathir beretorik palsu dengan memutuskan bahawa UMNO tidak kira siapa jadi calon, dan akan disokong asalkan dia boleh berjuang untuk agama, bangsa dan negara”.

Tidakkah itu satu kenyataan yang mensahihkan tanggapan rakyat bahawa selama ini Kerajaan UMNO/BN telah terlalu jauh melencong tidak memperjuangkan tuntutan rakyat? Jika benar begitu, sewajarnyalah Mahathir sendiri dibuang jauh..jauh..!! Jika ada wakil rakyat UMNO/BN yang tidak memperjuangkan agama, bangsa dan negara, Mahathir adalah “Bapak Penegah” perjuangan itu.

Rakyat makin bijak berfikir. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuaikah? Apakah Datuk Dr. Affifuddin Omar tidak layak? Apakah Musa Ahmad yang tidak terpilih oleh sesiapa lebih layak sebagai Menteri Pendidikan. Apakah Hamid Osman yang tersingkit bontang “paling” layak menerajui Pusat lslam? Apakah Mustapa Mohammad layak jadi Penasihat Ekonomi (yang tidak terpilih oleh rakyat) sementara Daem menjadi Menteri (semua orang siapa) yang dinasehati beliau pula?

Atau layakkah penjenayah politik seperti Aziz Shamsuddin dianggap Mahathir sebagai lebih berguna kepada masyarakat (berbanding Affifuddin) sebagai Timbalan Menteri Pendidikan? Adakah Mahathir sedang merancang untuk menerap “budaya penjenayah’ dikalangan muda-mudi melalui Aziz?

Semakin nampaklah Dr. Mahathir sendiri terperangkap dengan kata-kata sendiri bila beliau dilaporkan sebagai berkata, “Kita tidak seharusnya setia kepada orang tertentu, bukan perjuangan UMNO”.

Jika yang dimaksudnya ialah DS Anwar Ibrahim, rakyat PASTI akan menjawab: TIDAK, 1000 kali TIDAK!!. Jika orang tertentu ialah Mahathir sendiri, jawapannya, “YA!! Rakyat sudah lama bosan-muak kepada Mahathir. Beliau wajib disingkirkan, dihumban dalam longkang busuk..!!”

Dimanakah Maruah Diri Mahathir?

Tidakkah Mahathir tahu bahawa beliau adalah duri dalam daging bukan saja kepada UMNO, tetapi khususnya kepada orang Melayu secara am?

UMNO sudah jatuh terlongkop dalam Pilihanraya ke-10 yang lalu. Rakyat negara ini sudah dimalukan begitu hina dimata dunia antarabangsa, lebih-lebih lagi orang Melayu!! Mungkin jiwa Mahathir bukan jiwa seorang Melayu!! Sebab itu lah.

Imbauan Mahathir supaya ahli-ahli UMNO kembali semula kepada perjuangan asal UMNO, adalah imbaun yang harus dihayatinya sendiri terlebih dulu, dan bukan oleh orang lain.

Mahathir adalah pemimpin terulung dalam sejarah negara ini yang paling BIADAB dan paling tidak BERAKHLAK. Beliau sanggup MENCERCA Nabi dan memperleh undang-undang ugama Islam. Kini YB Datuk Fadhil Nor mungkin akan dihukum oleh J/Kuasa Khas Parlimen kerana membangkitkan cercaan Mahathir terhadap hudud. Sekarang Mahathir mahu bercakap mengenai “kembali kepada UMNO yang asal? Memperjuangkan Islam?!! Mungkin Mahathir sedang mengigau!!

Fikirkan ini: Mahathirlah orang pertama dalam sejarah kepimpinan rakyat melempar FITNAH paling AIB, dibandingkan dengan mana-mana budaya umat manusia bertamddun; keatas seorang pemimpin lain yang tidak langsung dapat diboktikan melakukan jenayah seperti yang DITUDUH, DIBICARA dan DIHUKUM oleh tangan Mahathir sendiri. DS Anwar adalah mangsa itu.

Sebaliknya, Mahathir sepenuh daya, pengaruh dan kekuasaannya melindungi penjenayah yang laporkan dilakukan para pemimpin bendungannya seperti Rahim Thamby Chik (yang merogol gadis bawah umor), Megat Joned (yang terlibat dengan pembunuhan seorang insan yang sedang mengandung anaknya sendiri), Rafidah Aziz (terlibat dengan Rasuah bernilai puluhan juta), Mohd. Taib (terlibat dengan Rasuah dan tertangkap diluar negara) dan puluhan kes-kes jenayah-rasuah lain. Apa itu?

Bukan setakat itu saja, malah Mahathir dan keluarganya (serta para menterinya) sendiri terlibat dengan pelbagai kes penyelewengan wang rakyat, menerima imbuhan dari Yahudi dan menyimpan ratusan juta wang di Bank Yahudi di Singapura. Mengapa Mahathir senyap tak berbunyi?

Mahathir mendirikan MAHLIGAI kayangan berharga 200 juta (dengan airmata rakyat), menerima imbuhan rasuah dari Kroni/proksinya hingga rakyat mengeluh keperitan membaayar hutang negara 160 billion MR. Apa sudah jadi? Itu tidak zalim?

Tetapi, yang paling-paling AIB dan tidak BERMARUAH sekali ialah KEENGGANAN dan sifat PENGECUT Mahathir sebagai anak jantan untuk diheret menjadi saksi perbicaraan yang menentukan keadilan keatas DS Anwar yang akan dipenjarakan 20 tahun lagi atau dibebaskan tanpa menjejaskan kewibawaan beliau. Tidakkah itu bermakna Mahathir adalah penjenayah yang paling terkutuk hingga melanggar ketertiban dan kesopanan pribadi seorang manusia. Mahathir sah memang seorang yang TIDAK bertanggungjawab!! Orang yang membelakangkan undang-undang ada maruah kemanusiaan lagi?

Inilah dia seorang contoh pemimpin yang sengaja membebel kosong menuduh botang, kununya Pembangkang (PAS) telah menyelewengkan FTAWA. Dengan itu dengan lancang celupar mulut menuduh PAS telah berjaya menghapuskan ajaran Islam, konon. Tak payah bokti-bokti lagi, terus cakap saja. (laporan Utusan Malaysia 29 Feb.).

Fatwa Seorang Penjenayah

Jika Mahathir bermandat, kununnya “tidak kira siapa jadi calon asalkan dia boleh berjuang untuk agama, bangsa dan negara''; mengapa DS Anwar diperlakukan seburuk seorang penjenayah melebihi seorang pengkhianat ‘agama, bangsa dan negara’ seperti dirinya (Mahathir) sendiri?

Kalau begitu, orang makin ramai bertanya: Siapakah Mahathir untuk menasihatkan wakil-wakil rakyatnya supaya terus berkhidmat kepada UMNO yang telah berjasa kepada mereka (UMNO/BN). Apakah jasa mereka? Sejauh manakah mereka sanggup menjalankan tugas untuk memulihkan UMNO?

Dibawah kepimpinan Diktator Mahathir, mereka sedang dirundung sindrom bisu, pekak-tuli kerana Mahathir telah mengugut mereka kena mengkritik beliau ada “taboo”..!! Unsur melebihi amalan Yahudi sedang mencorak UMNO hingga jawatan Presiden TIDAK boleh dipertandingkan. Padahal, Perlembagaan UMNO tidak begitu!!

Mahathir mahu mereka mesti bekerja kuat untuk mengukuhkan semula UMNO kerana didapati parti lawan (Pembangkang) telah berjaya dalam membangkitkan kebencian terhadap UMNO dan pemimpinnya. Sesedap itu juga Mahathir menuduh, kununya: Pembangkang juga telah berjaya menghapuskan ajaran Islam berkaitan dengan kesyukuran dan terima kasih sehingga menyebabkan segala jasa UMNO tidak lagi dihargai.

Seluruh umat Islam ingin bertanya kepada Mahathir, “Siapakah yang mempersenda hukum Hudud Allah swt. Apakah Mahathir terikut-ikut ajaran sesat dengan meminta orang Islam “bersyukur” kepada UMNO dan tidak kepada Allah swt yang mengurniakan rezki makhluk termasuk Mahathir, anak-isteri, kroni dan semua pemimpin UMNO juga?”. Sampai mati orang Islam di negara ini tidak akan bersyukur kepada UMNO melainkan kepada Allah swt.

Rakyat tidak akan berterima kasih kepada UMNO. UMNO telah meminta parti itu supaya mentadbir rakyat, nah!! buatlah.

Tetapi, apa yang pemimpin UMNO lakukan sebagai prioriti ialah: mereka bersekongkol menyiksa rakyat, merosakkan kesejehateraan mereka, melalukan rasuah dan memfaraitkan khazanah rakyat sesamasendiri, menzalimi seorang insan hingga mata lebam diperuk dalam penjara (pengadilan itu datang pula datangnya dari Mahathir sendiri), dan lain-lain yang menjijikkan rakyat.

Adakah itu kerja Pembangkang atau sebaliknya kerja-kerja kotor terancang oleh Konspirasi Mahathir bersama-sama kuncunya? Mahathir kena jawap di duniaini, sementara menunggu soalan Allah di alam Barzakh kelak.

Pilihan Terbaik Untuk Mahathir

Jika Mahathir meminta ahli UMNO memperbetulkan keadaan tersebut dengan menjelaskan kepada masyarakat bahawa mereka perlu meneliti benar atau tidak sesuatu berita yang dibawa oleh Pembangkang; maka jawapan yang mudah dan paling logik dan rasional ialah, “Mahathir hendaklah LETAK JAWATAN, UNDOR, mengakui terlibat dengan jenayah KONSPIRASI dan MEMINTA MAAF kepada Anwar, keluarga dan seluruh rakyat. Itu adalah tuntutan yang manasabah.

Mahathir tidak sewajarnya lagi mengekalkan diri sebagai peneraju pentadbiran negara. Sudah sampai beliau menyisih diri dari mata rakyat dan memulangkan harta rakyat yang dirompak kepada rakyat yang berhak.

Lebih elok beliau pulang ke Titi Gajah dan duduk sepertimana Allahyarham Tunku dulu (yang tinggal dirumah usangnya – semoga roh Tunku dicucuri rahmat Allah swt); dan bukan disebuah MAHLIGAI yang binanya yang direka mengikut kemahuan beliau – mengalahkan Rumah Putih Presiden Amerika. (Sebaliknya Presiden Amerika sendiri yang dikelilingi oleh penasihat Yahudi pun pulang semula ke pondok buruk yang dihuninya dulu dan menerima perletakan jawatan sebagai amanah). Tapi Mahathir bagaimana…..??

Nampaknya, makin terbokti sekarang BAHAWA bukan Pembangkang yang telah berjaya menghapuskan ajaran Islam berkaitan dengan kesyukuran dan terima kasih sehingga menyebabkan segala jasa UMNO tidak lagi dihargai. TETAPI adalah Mahathir dan UMNO sendiri yang menjahanamkan keyakinan Rakyat terhadap kelompok yang sudah dibuang rakyat ini dari minda mereka.

Untuk kesekian kali, eloklah Mahathir menghilangkan rasa curiganya terhadap Pembangkang, dan menghentikan segala Fitnah dan adu-domba busuk itu. Mahathir memang salah tafsir. Pembangkang sebenar ialah 22 juta rakyat di negara ini. Malah, sudah wujud sekarang “Pembangkang” dari kelompok beliau di dalam UMNO/BN sendiri. Mahathir mahu lari kemana?

Orang Melayu Sudah Sedia

Bagi rakyat, hati mereka sudah tetap, jiwa mereka sudah yakin. Sepatah kata rakyat yang membantah Fitnah Mahathir terhadap Pembangkang itu, “Belum cuba, belum tau. Sekarang sudah cuba – baru tau”.

Maka akan berterusanlah BA menakluki Terengganu dan Kelantan. Akan terhakislah sudah peluang UMNO/BN di Kedah, Perlis, Perak dan Pahang. Mereka terus-menerus mengembeling tenaga menjayakan iltizam mereka. Rakyat juga sedang berazam keras.

Insyallah…dalam tahun 2004, giliran UMNO/BN pula menjadi PEMBANGKANG!!

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com