Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

INTERNET – MENTERI UMNO & JABATAN KERAJAAN MAHATHIR PALING “JURASIK”

Assalamualaikum WW, Menteri-menteri UMNO sekelian,

Terang-terang saya cakap ni: Saya tak pandai tulis cantik-cantik macam saaterawan negara, atau macam Zainuddin Maideen (wartawan pembodek) Mahathir, atau melapor berita macam editor journalis Utusan dan B/Harian. Saya cuma cakap apa yang nampak dan dengar. Kalau saya meluat saya kutuk, kalau saya rasa elok saya puji. Bagi saya, “YES” ..Yes! Kalau “NO”..No lah!!

Tu sebab saya tak mau jadi orang politik. Memang saya bukan orang politik. Sebab orang politik, macam pemimpin UMNO memang kaki penipu. Saya tak nak hidup jadi orang penipu. Saya nampak, kebanyakan menteri UMNO – kalau cakap “Yes” sebenarnya “NO”, dan kalau cakap “No”…jawapnya bagi Rasuah dulu baru boleh di“Yes”kan. Itu budaya UMNO/BN.

Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh seorang netter: Pemberita Vetren Prihatin – Petaling Jaya berjudul “BERMULANYA PERANG SARAF: AKHBAR-AKHBAR vs INTERNET” Saya nampak apa maksud beliau.

Memang di zaman gejolak INTERNET sedang menjadi budaya Alaf Baru, semua orang yang berilmu dan berminat cari ilmu akan cenderung menggunakan Internet. Termasuklah saya, walaupun orang ulu Sg. Tembeling.

Memang banyak kemudahan dalam hidup yang dapat diselaraskan dengan memanfaatkan Internet. Komputer keseluruhannya pasti akan jadi “way of life” orang yang bertamaddun (jika dimanfaatkan dengan sempurna). Ikut pilihan lah!!

Kalau Dr. Mahathir heboh sangat nak dirikan MSC, eloklah tu. Asalkan jangan cuma setakat untuk cari duit – kemudian yang jadi kayaraya cuma sekelompok, tapi yang tanggung beban berjuta ialah rakyat. Macamm lebuhraya jugak.

Setakat ini, belum ada orang Melayu yang faham manfaat MSC itu. Apa bisnis yang orang Melayu dapat? Yang kita nampak Mirzan dah mula nak monopoli kontrak bekalan Optic Fibre. Kerajaan bapaknya bagi ‘monopoly rights’ kepadanya. Macam itu tak boleh jadi.

Satu perkara yang saya ingin nak tanya :

1) Berapa ramaikah MENTERI-MENTERI Kerajaan Dr. Mahathir yang ada “E-MAIL” atau “Homepage” peribadi, Jabatan dan seumpamanya?

2) Berapa banyakkah Agensi-agensi Kerajaan/separa-Kerajaan di negara ini yang melibatkan perkhidmatan untuk Rakyat yang ada “Homepage” DAN pegawai-pegawai masing ada “E-MAIL”?

Saya bangkitkan perkara ini kerana terlalu susah nak berhubung dengan puak-puak ini. Saya yakin ramai diantara rakyat yang perihatin dan memerlukan maklumat dari pihak itu.

Cuba tengok Presiden Amerika, S/Usaha Kerajaan Amerika, dll. Mereka semua ada Homepage atau paling kurang “E-mail” peribadi/jabatan masing-masing. Siapa saja – kecik besar, tua muda, orang luar orang, rakyat sendiri – semua boleh berhubung melalui Internet dengan mereka. Kan senang?

Saya hairan, rakyat hairan – mengapa taukeh-taukeh besar yang memerentah negara ini yang menggelarkan diri ‘Menteri’ (konon) TETAPI bersikap macam “kutu kepala babi” yang menyorok hingga tak boleh dihubungi? (sorry lah kasar sikit).

Rakyat hairan, separuh dari Menteri UMNO kerajaan Mahathir, kalau dihubungi rakyat melalui E-Mail samalah macam ‘mencampak batu ke lubok’ saja. Ini macamkah menteri UMNO? Ramai yang dah cuba! Jawapnya sama: Menteri UMNO tak akan jawap E-Mail sebab diorang tak ada sistem “Jawap E-mail”. Jadi apa guna bagi kemudahan komputer/E-mail kepada menteri? Menteri sombong-sombong belaka!!

Dah tu, ada menteri yang “BANGANG” tak mau belajar komputer. Ini macam ke Menteri yang akan membawa Malaysia ke Alaf Baru?

Sebagai perbandingan, dulu saya cuba E-Mail Datuk Seri Anwar. Saya post R-mail 9.00 pagi, saya dapat jawab 9.25 pagi. Termasuk ucapan terima kasih dan lampiran-lampiran attachments berkajang-kajang. Tengok beza antara Menteri yang bekerja untuk RAKYAT dengan Menteri yang bekerja untuk TEMBOLOK!!

Jadi jangan salahkan Anwar kalau dia disokong dan disanjung Rakyat. Cuba cermin-cerminkan muka menteri yang ada sekarang!! Muka tak malu!!

Rakyat meluat!! Kalau ditulis surat diorang tak jawab (masok bakul sampah?), kalau talipon sebok meeting, kalau nak jumpa tak ada appointment jangan harap. Harap melawat kawasan, pahit kuahnya. Camana jadi menteri kalau gitu?

Yang kita nampak, bila nak kempen P/raya; menyembah-nyembahlah mereka macamlah UMNO/BN dan Wakil rakyat dan Menteri puak UMNO/BN ini sajalah yang layak mewakili rakyat. Tapi lepas tu, diorang menyorok bawah celah kangkang (siapa?)…tak tau lah. Inikah wakil rakyat UMNO/BN?

Sebelum pilihanraya, Dr. Mahathir berlegar keliling Malaysia. Temberanglah bukan main macam negara ini tak kan selamat kalau tak UMNO/BN atau dirinya yang bukan memerentah. Tapi sekarang apa sudah jadik? Dr. Mahathir keliling dunia, holiday sana sini. Tunggang kuda di Agentina kenapa tak di Sg.Tembeling? Mandi laut di Carribean Islands, kenapa tak di PD? Naik kapalterbang rakyat kena tanggung RM200 juta, kenapa tak pakai proton pergi Telok Intan? Mahligai beratus juta… kenapa? Tak cukop ke Sri Perdana?!! Tapi muka rakyat tak nak jumpa lagi dahhhh. Apa ini? Ini macam ka? Tak standard ke?

Ini macam ke pemimpin UMNO/BN punya mentaliti?

Cuba tengok Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan? Tengok macam mana rakyat boleh semudah itu berhubung. Tengok berapa punya banyak homepage PAS. Ada TARANUNG KITE CYBERLINK, dll. Kita boleh tulis apa jugak. DAN yang penting, mereka adalah cukup-cukup sensitif dengan kritikan rakyat. Itulah DEMOKRASI Islam namanya. Nak salahkan PAS ke lagik?

Saya nak cari E-Mail TABUNG HAJI; sampai nak rak satu dunia…”Tak jumpa sebab TAK ADA..!!”. Takut barangkali sebab kena “lanyak” deh Pak Lebai ke? Kalau pegawai Tabung Haji orang beraqidah sangat-sangat, cubalah :”Beramanah dalam Berkhidmat”.

Cukoplah setakat ini dulu. Lain kali saya rasa nak komplen saya akan komplen lagik!! Saya mesti lanyak!! Toong jawap saiapa yang boleh jawap..

Wassalam.

Ulu Cekau, Sungai Tembeling.
Penghulu Kampong,
Pahang.
16 Feb. 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com