Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MUSIM DURIAN MEMANG PENCURI TAK KIRA SIAPA!!

Pemuda UMNO memang ligat kalau dapat pangkat jadi Ketua UMNO. Tengok lah glamournya Hishamuddin. Cakap tergagap-gagap, tapi degil jugak..nak cakap juga. Kadang-kadang betul juga kata reformis kat FGR ni…ter”AW-AW” jer…Heheheh…(mengutuk tu. Fitnah..heheh).

Bulan April tahu lepas, tersebutlah sorang pemuda UMNO mengaku dirinya bakal calun UMNO yang nak tanding tahun lepas 29 November dulu. Sejak bulan April dia dah riki sana sini. Aktif betul macam tak patut. Pemuda UMNO memang aktif…super-aktif!!

Masa Khalil nak melawat kat kampung Tembeling ni, Wah…sakan dia nih. Dia lah yang urus semua hal. Dia atur semua. WANITA mesti siap bunga manggar, mesti nyanyi lagu UMNO. Mesti pakai baju putih kain merah saga… mesti pakai lipstik.

Katanya, jangan ikut macam PAS, semua tak boleh. Katanya..”Kita UMNO, liberal. Kita terbuka, semua boleh. Bini PM pun tak pakai tudong, bini Najib…semua tu tak pakai tudong. Apa salah?..“ Kata dia. Semua Wanita UMNO yang kurang akal pun cerialah bila dia bawak Fatwa UMNO yang gile-gile tu.

Dia tunjok bokti, “Tengok YB Siti Zaharah Sulaiman, Ketua WANITA, dia pakai tudong pun ambik syarat jerr.. Tu ada terjueh kat dahi. Situlah yang jadi cun!!”, katanya.

Heheh..memang hebat bila dia melawak. Kalo dengar dek Siti Zarah, kena cili mulut budak tu!!

Di ajar budak-budak UMNO WANITA nyanyi lagu UMNO. Dari pagi sampai petang. Heheh…yang syoknya; si pemuda UMNO ni suara sumbang. Memang jauh lah kalau banding dengan M.Nasir. Tapi, sebab ada si Ani anak ketua kampong yang comel lote tu…eh..wahhh..!! Bukan main lagi dia. Macam gajah Gunung Tahan naik minyak lerr kawan kite. Heheh …Kekadang meluat gak. Cam tu nak jadi wakil rakyat …habeh lah UMNO!!

Jadi, dalam diam-diam rupanya dia jatuh hati kat Si Ani tu. Ani pun budak baru lepas sekolah. Tapi tak pass sebab otak ada sikit kurang. Rupa memang ada. Duduk rumah tak de kerja apa-apa. Tolong masak lah apa lagik.. Tu sebab dia boleh saja kalau ada hal-hal pasal Wanita UMNO.

Si Pemuda UMNO yang sorang ni pantang tengok dahi licin..biasalahhhhh… Katanya, “Kalau Menteri yang dah tua pun boleh kawin dua, tiga…hai tak kan lah orang muda..”. Tambah pulak dia mengaku bujang, ada bisnis. Mesti Ketua Kampong tak tangguh lagi.

Jadi masa musin durian yang lalu, kawin lah. Gesa-gesa aja sebab dia nak uruskan bisnis ladang durian dia. Jadi, tiap malam dia keluar. Esok sebelum suboh dia pulang. Dia bawak seraga durian. Katanya, sepuloh raga dia dah lelong bawak gi KL.

Wahhhhhh…bukan main suka hati Tok Ketua kampong. Maklumlah, malam ada bisnis…tunggu dusun durian dia, siang dia tidor. Duit ada saja.

Sejak musim durian tu, menantu baru Tok Ketua kampong, si Pemuda UMNO ni jaga bisnis dusun dia sendiri… Bila malam tak ada kat rumah. Rajin. Suboh nanti baru balik. Balik saja, dia tidor…sampai dekat nak makan tenagh hari baru bangun. Dah tu pegi mesyuarat pemuda UMNO…!!

Memang susah nak jadi calun nih, katanya bila dia cakap dengan Tok Ketua kampong, pak mertuanya. Orang tua tu angguk-angguk jer sebab dia bukan kesah sangat pasal UMNO!!

Tok Ketua kampong komplen kat bini dia..ada orang curi duriannya. Dulu boleh dapat sebakul penuh sekarang tak sampai 5 bijik.

Mak Piah, isteri Tok Ketua kampong kata, durian ada masa, kekadang gurgor, kekadang takkk…! Betul lah. Tapi, kenapa durian orang lain OK, tapi dia punya orang curi, tak? Tok Ketua kampong tu memang baran jugak. Dia guru silat. Pukul dalam gelap pun dia tau.

Jadi satu malam dia, dia pelan-pelan pegi ngendap. Dia pegi tak mau bagi tahu menantu dia sebab tak kan lah menantu baru nak suruh ngendap pencuri. Malulah..seganlahhhh…

Lepas tengah malam dengar ada durian gugor. Bila dia dengar durian gugur dia baring kat pangkal pokok durian. Buat-buat mati diri.

Isyyyy…dengar dek dia ada macam orang nak curi durian.. dia senyap jerr… Makin lama makin dekat. Dia buat diam matikan diri…

Oppsss… kepala dia dia kena pijak dek penyangak tu. Hisyyy…sudah ‘lebe’… hehe.. dia pun tangkap kaki pencuri durian tu, dia kilas macam pendekar silat. Tumbang pencuri tu.

Pencuri tu cuba ronta-ronta..hehe..dia kilas tangan kebelakang macam pendekar, dia katok karate kat tengok.. Nah terdiam!! Dia pun ikat dengan selaput tunggul kat batang pinang muda. Punyalah banyak kerengga. Melepus-lepus lah bunyik si pencuri tu kena baham dek kerengga…Hihihih…rasakan, kata Tok Ketua kampong yang geram tu. Kau curik durian aku..dah kerengga baham kau.

……….Bila hari dah terang siang sikit, di kata kat bininya, pegi tengok kat pangkal pinang kerengga tu..dah tangkap pencuri durian malam tadi. Dah ikat simpai rimau, tak boleh lepas punya.

Maka mak Piah pun turunlah denga si Ani, bawak lampu picit 3 sambung. Suloh punya suloh…dari jauh dia tengok pencuri tu melengoh, berlomoih dek kerengga. Kesian gak. Mak Piah ngan si Ani pegi dekat sikit nak tengok siapa dia si pencuri durian ayahnya tu agaknya. Tentu budak-budak dadah yang suka curi durian malam-malam.

HUUIIIHHHHHH… kepalang terperanjat Mak Piah..rupa-rupanya menantu dia, laki si Aniiii….!! Pemuda UMNO yang ngaku nak jadi calun UMNO bulan Novenber dulu…!! Hahahaa… heboh satu kampong.

Mula dari hari tu, sampai sekarang dia dah cabut. Tak pulang-pulang. Ani pun dah janda muda…hehehe..!! Jadi bulan November dulu, sah memang dia bukan calun UMNO…Si Ani pun sekarang dah kawin dengar drebar kayu balak..!!

Nasib-nasib lah kalau pilih menantu Pemuda UMNO nih…!! Kadang terpilih yang durian sompong..heheh. Silap-silap macam terbeli Kerbau malam..hak! hak!(pesan jer, bukan nak ngumpat…) heheh..

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com