Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

NAMPAKNYA UMNO NAK KENA BATAL LAGI SEKALI!!

Lepas saya Maghrib kat surau semalam, saya pergi kenduri Lebai Man nak ke Makkah dengan isterinya. Memang jadi Penghulu kampung, musim Haji ni pakai tak makan di rumah lah. Kenduri saja saja. Sana sini, suasana ibadah makin kuat. Camana PAS tak menang? Heheheh…

Di kenduri macam tu lah selalu cerita politik jadi topik panas. Bandingkan dengan beriyani yang berasap tu, panas lagi cerita politik.

Tapi malam tu, lain sikit ….cerita Ustaz Fadhil Noor Presiden PAS, nak kena saman dek orang Parlimen UMNO.

Kabarnya, Dato' Fadzil Mohd Noor kemungkinan akan dihadap ke Jawatankuasa Terpilih Parlimen kerana enggan menarik balik tafsiran beliau terhadap kata-kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir. Si Mahathir tu kata “Bila hukuman merejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri dilaksanakan; nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Kalau laksana Hudud orang Melayu tidak akan maju sebab tidak ada kaki dan tidak ada tangan, orang Cina akan maju."

“Ehhh…wahhhh…!! Sedapnya mulut dia bercakap. Mana Mahathir dapat Fatwa, hah?” meleting Mat Piah. “Ini kah dia kerajaan UMNO? Inikah dia pemimpin negeri Islam? Islamkah Mahathir atau ikut ugama Bahai?”

“Kan Jamaluddin Jarjis budak Pahang tuh ada masa tu..kenapa bangang sangat. Apa dia buat? Kok iya Doktor konon, mana gi otak, hah? Kenapa dungu sangat?” tanya dek Ludin pendek.

“Bukan dia sorang aje, Din. Belukang Mahathir yang lain pun masok .. Ruhanie Ahmad, Wan Junaidi Tuanku Jaafar Ahli Parlimen Batang Lupar, semua muka Melayu, ngaku Islam tapi undang-undang Tuhan dia ikut cakap Mahathir..Ini macam ka?” menyerang Lebai Man.

Saya dengar pun rasa macam ngeri satun badan. Sepatah kata Prof. Datuk Harun Din, nampaknya Mahathir ni nak pakaiguna ubat kudis buta jadikan ubat mata. Butalah mata. Tu sebab orang Melayu yang ngaku Islam macam Jamaluddin Jarjis, Ruhanie Ahmad, Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dalam UMNO dah buta mata!!

“Sekarang Amid Osman nak saman PAS sebab Fatwa, Mahathir tu buat FATWA “kepala bapaknya” dia sendiri tak saman koh?” Lebai Man memang marah.

Maka hebohlah kenduri Lebai Man bincang pasal “Fatwa Songsang Mahathir” yang dah nyanyok tu dan sokongan “Babi Buta” wakil parlimen UMNO yang dah masok setan tu. Ada yang kata, kalau Dato' Fadzil Noor kena saman sebab mempertahankan maruah Islam dan perkara yang menghina Islam, biar saman sampai Agung pun tak apa.

Mat Bacok anak Bugis membentak “Orang Melayu mesti BOIKOT UMNO bagi hancor habis tahun 2004. Biar kita gadai nyawa daripada dianggap pemudahkan peraturan Tuhan. Biarlah pi mampos Ahli Parlimen UMNO dengan geng Mahathir yang pertahankan Perdana Menterinya itu. Namakan nak cemarkan nama baik dan kesucian Islam, apa jadi..jadi LAH!! Kalau Nabi perang, kita pun boleh perang…kita pancung. Kepala Mahathir aku yang kerat!!” Bengis betul Bacok malam tu.

Saya seram dengarkan. Rasa macam Mahathir ini ada plan nak tukarkan ugama wakil rakyat UMNO yang ngaku Islam ikut ugama Yahudi!! Bagi orang kampung, kes Datuk Fadhil Noor bukan habis gitu saja. UMNO kena tibai kali ini kalau kes ni berpanjangan. Garenti punya.

Petang esok lepas saya balik dari Kuantan, saya singgah di warong Tok Cik. Tiba-tiba semua orang gelak. Bila saya tanya kenapa; diorang jawab, “Sahkan mesyuarat kalau tak cukop koram, To Pengulu?”

Saya jawab, “Sah lah kalau mesyuarat tu antara Anjing sesama Anjing …”. Saya gurau jerr. Saya tanya, “Mesyuarat apa tu?”.

“MESYURATA UMNO..!! HAHAHAHAH…….!!” Kata Leman. Semua orang gelak!! Kabarnya Dollah Bedawi yang sahkan kalau mesyuarat UMNO tak cukup koram pun orait. Mana Dollah belajar peraturan Mesyuarat macam tu? Dan bertukar ke undang-undang UMNO?

Nampaknya UMNO nak kena BATALLAH lagi sekali!! Hahaha…. Semua orang gelak. Gelak-gelak pun bahaya juga!!

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com