Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MEMANG UMNO BERJAYA MENYATUPADUKAN ORANG MELAYU, TAPI…..!!

Sebagai seorang Penghulu Kampung, kerja Penghulu tidak akan terlepas dari bergaul dengan semua peringkat masyarakat. Itu memang urusan Penghulu lah. Tak boleh nak lari. Kalu kita cuba lari pun, ada orang yang kejar. Lebih baik tunggu jerr.!! Hehehe…..!!

Tapi yang menyemak sekali bila kita kena kejar dek orang politik. Tak kiralah parti apa. Baik UMNO ke, PAS ke, PRM ke, DAP ke….semuanya sama. Masing-masing nak tahu macam-macam tentang masyarakat. Kununnya nak buat kajian terperinci sebagai strategi membela rakyat.

Wah! Wah!…Kalau betul-betul niat nak buat kajian terperinci sebagai strategi membela rakyat, saya memang bersetuju sangatlah. Maklumlah, kajian itu akan membantu kerja saya membangunkan kampung, memberi khidmat yang baik dan merancang masa depan masyarakat kampung yang serba kekurangan ini.

OK, itu cukop terang, kan?

Tersebut kesah, satu hari dulu saya dapat surat dari pejabat MB yang baru direkrut dek Dr. Mahathir – si Adnan “Samseng” tu. Dia mahu semua penghulu membuat lapuran terperinci mengenai semua masjid-masjid. Dia mahu tahu, nama-nama J/Kuasa masjid-masjid dan surau, berapa kali ceramah dan kuliah diadakan, siapa yang bagi ceramah, apa tajuk-tajuk yang diceramahkan, berapa bayaran kepada penceramah, siapa yang datang ke ceramah, berapa kutipan derma dan sedekah, apa gunanya wang derma rakyat itu, kepada siapa diberikan, dan termasuk lapuran kandongan ceramah-ceramah guru-guru ugama yang berceramah itu.

Wahhh..Wah!! Ini nampaknya saya dah nak dijadikan “spy” pulak nih!! kata saya dalam hati. Saya bukan dibayar gaji untuk jadi spy. Saya Penghulu. Penghulu orang kampung!!

Tak faham ke MB ni? Sebagai Penghulu kampung, tugas utama saya cuma setakat ambik tau kalau masjid-masjid dan surau perlukan apa-apa bantuan untuk mengimarahkan masjid-masjid itu. Jika ia berjalan dengan baik dan sempurna, buat apa saya mesti masuk campur, kan? Lagi sikit saya campur, lagi baik, kan?

OK lah. Kalau itu yang diorang mahu, saya akan buat laporan secara rengkas.

Saya pun hantarlah laporan sekadar menunaikan tanggungjawab. Tetapi tentang “lapuran kandongan ceramah-ceramah guru-guru ugama yang berceramah itu” saya cadangkan supaya pejabat MB sendiri hantar wakil supaya dapat menilai sendiri. Itu bukan kerja saya. Sebab, terang-terang saya cakap, “Saya bukan pakar dalam soal ugama Islam. Saya makmum. Saya pendengar. Saya pengikut! Saya tak boleh buat kerja itu. Tambahan pula itu bukan kerja orang bodoh macam saya…”.

Tak lama lepas itu, datang pulak surat siaran kununnya ada pihak yang menyalahgunakan masjid-masjid. Kununnya, ada pihak yang menggunakan masjid-masjid dipergunakan untuk kepentingan parti-parti politik tertentu.

Wahh..Wahhh! Betul ke? Saya tanya dalam hati. Sepanjang yang saya tahu tak ada pun. Kalau nak tuduh parti PAS gunakan masjid-masjid; saya garenti memang tak ada lambang “Bulan” PAS dalam masjid. Tak ada pun J/kuasa Cawangan PAS yang jadi Imam, Bilal atau Tok Siak masjid-masjid. Semua orang kampung saja!!

Dah nak jadi cerita lagik, beberapa Imam yang ditukar, diganti dengan orang lain. J/kuasa masjid pun diganti dengan orang lain. Ada penceramah terntu dah kena “gum”, kena halang dari berceramah. Dibagi lah senarai nama-nama yang “boleh dan tak boleh” berceramah. Hai…hai…!! Sudah lain macam nampak nih!!

Maka kelamkabutlah perjalanan masjid-masjid. Ramai orang kampung yang membantah dan berbantah-bantah. Ada yang marah betul-betul. Ada yang kurang marah. Tapi ada yang menyokong Imam itu mesti diganti dengan yang ini. Wahh..wahh…!! Amacam sudah jadik? Apa akan jadik? Ini bukan masalah kecik. MB tak tau ke??!! Orang kampung dah bercelaru. Masyarakat dah berpecah.

Sekarang saya nak tanya sikit: Apakah MB UMNO dan orang politik UMNO sudah buat untuk masyarkat kampung? Inikah caranya UMNO nak menyatupadukan orang kampung? Nak menyatupadukan orang Melayu? Nak meninggikan syiar Islam?

Saya nak tanya lagik: Kalau macam ini, Parti poitik yang manakah yang menyalahgunakan masjid-masjid? Apakah dengan mengganti Imam dan J/Kuasa masjid-masjid dengan orang pilihan UMNO bermakna parti itu tidak “menyalahgunakan” masjid-masjid? Apa sudah jadi ni? Apa kerajaan UMNO punya “ruling” ni boleh pakai ke?

Jadi, soalan saya yang terakhir: Adakah dengan cara ini UMNO akan menjadi lebih kuat?

Jika MB dan Kerajaan mahu saya tulis laporan penilaian mengenai tindakan kerajaan itu; saya akan tulis begini:

“……Sebermula, adapun tindakan Kerajaan UMNO mencapuri urusan masjid-masjid itu, kesannya adalah seperti berikut, iaitu:

1) Pada mula arahan itu dilaksanakan, memang orang Melayu seperti berpecah. Tetapi kemudiannya semua orang Melayu sudah berkumpul menjadi satu padu. Mereka benci kepada UMNO dan menyokong PAS!! (rasakan lah..!!)

2) Jika tujuan Kerajaan UMNO berbuat begitu ialah untuk menguatkan kedudukan UMNO dikalangan orang Melayu, sekarang perbuatan UMNO itu makin membuatkan UMNO tersepit dibenci orang Melayu; (rasakan lah!!);

3) Banyak mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO bermesyuarat dengan tak cukup koram; sebab orang Melayu dah tolak UMNO kerana UMNO adalah “Parti Pemecah Perpaduan Ummah”; (buatlah lagi..!!) ……..dann….dannn…banyak lagi dan, dan nya……..”

Kalau inilah strategi UMNO nak menyatupadukan orang Melayu supaya menyokong UMNO, jangan HARAP!! Sebaliknya, strategi UMNO inilah yang menyatupadukan orang Melayu supaya menyokong PAS. Makin nampak memang jadi betul!!

Kalau MB kerajaan UMNO nak tau, kalau Dr. Mahathir nak tau, kalau Hamid Osman nak tau, kalau Khalil Yaakob nak tau lebih lanjut lagi, maka tunggulah Pilihanraya tahun 2004.

Kalau itu laporan saya, agaknya “menginga” MB UMNO marah kat saya, kan? Apa agaknya diorang nak cakap kat saya agaknya? Saya nak kena buang kerja pulak ke? Pasal saya cakap macam tu saya nak kena buang kerja ke? Memanglah UMNO tak sedar diri!! Jadi lebih baik saya diam. Kalau tangan diorang yang mencincang, biarlah tangan diorang sendiri yang luka parah. Saya apa pedulik?

Hihihihih….!!! UMNO hai…UMNO!! Memang UMNO berjaya MENYATUPADUKAN orang Melayu, kan? Hihihih…!!

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com