Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

ADUH! KACAU BETULLAH ISI PERUT SAYA..!!

Heran sangat saya, kenapa akhbar pro-Mahathir & UMNO dipaksakan pejabat Penghulu melanggan tetap. Dah tu pulak disuruh baca dan semak. Kemudian pejabat disuruh bayar.

Saya tak faham kenapa tidak HARAKAH dan DETIK, DEBAT, dll? Padahal banyak hal-hal yang menerapkan aqidah dan pelbagai tulisan yang membuka minda yang beku ditulis dalamnya. Yang pelik, orang UMNO sendiri tak baca Utusan & Berita Harian pun. Mereka simpan HARAKAH.

Memangah mereka tidak beli sendiri. Takut tertangkap sebab bukan ahli PAS. Hehehe…!!

Mana pulak wakil rakyat UMNO ahli PAS, kan? Dah lah begitu, bila baca Utusan & B/harian, Mahathir bercakap saling tak tumpah macam pemimpin PAS pulak yang becakap. Kata Dr. Mahathir, Wakil rakyat mesti menegakkan keutuhan bangsa dan ugama. Kan yang kita nampak yang “menegakan bangsa dan ugama” cuma Kerajaan Kelantan dan Terengganu saja.

Kita tengok Datuk Fadhil Nor sampai kena saman dek J/Kuasa Parlimen UMNO sebab ‘fight’ ucapan Mahathir pasal “kaki tangan kudung” tuh.

Sementara Mahathir ciplak cakap pemimpin PAS suruh orang Melayu menghayati ajaran Islam sebenar; tapi kita nampak, kes Anwar tak jadi kes mahkamah Syariah pulak!! Amacam hah?

Woooohhhh…!! Payah nak paham pasal UMNO ni. Terputus saraf minda kalau pikir dalam-dalam!!

Saya bangkitkan perkara ini sebab saya kena bagi ucapan dalam “Malam Pemimpin Melalui Teladan” anjuran PEMUDA dan WANITA UMNO. Rongsing saya. Kepalang rongsing. Maklumlah, Penghulu kena cakap neutral. Penghulu tak boleh cakap tak serupa bikin. Dr Mahathir BOLEH. Dia PM. Penghulu tak boleh. Penghulu orang kecik. Lain!!

Pertama, saya tengok PEMUDA dan WANITA UMNO bercampur gaul macam dunia ini diorang yang punya (pahamlah kan?). Dah tu ada yang mencarut bagai nak gila.

Komdian…heheheh… ada pulak sponsor dari Anchor Beer nihh… Carlsberg..!! Maklumlah, orang UMNO yang cakap: gudang beer yang terbesar di Tenggara Asia ialah kilang Carlsberg di KL. (tentu orang UMNO cakap betul tu ikut perangkaan dari Jabatan Perangkaan negara, kan?). Dapat sponsor.

Kita kat Tembeling tak cium bau beer pun. Minum air perigi saja. Jangan main-main, kena buru dek Pak Imam..boleh lah!!

Dah tu, saya tengok selepas Pilihanraya bulan November yang lepas, nampaknya UMNO tak habis-habis nak gadoh. Mahathir kata: “No way tanding-tanding..!!” (Eh..wahhh…speaking man!!).

Dah tu, Ku Li macam nak cakap, “Sampai bila I nak jadi GURKHA?”.

Gapar Baba kata …”LAWAN MESTI LAWAN” (kesian Gapar sampai stroke angin ahmar).

Dah tu Musa Hitam kasi hot pulak..”LAWAN ku Li, jangan tak”.

Macam seolah-olah Musa nak cakap, “Don’t worry my friend!! I ada nih, don’t worry. Big Brother ada sinih….!!” Hehehe…cam macam tabiat pemimpin UMNO!!

Rais Yatim pulak kata: “Hei…hei… apa nih? Kalau you tanding Ku Li, tak ingat ke I dulu kan kena bakar jembatan?”… heheh punya lah bangang Rais tu!! Kan?

Jadi satu saya nak tanya kat orang UMNO yang ada dalam FGR ni, “Bila masa UMNO/BN nih nak menentukan perancangan untuk meningkatkan program Rakyat? Bila masa diorang nak fikir pasal kesejahteraan rakyat? Kalau asik nak gadoh saja, bila rakyat nak dibagi faedah pilihn UMNO/BN, hah? Siapa-siapa jadi Presiden kan OK?

Kecuali, memanglah orang dah meluat kat Dr. Mahathir. Tapi itu biasa.. Mahathir pun UNDOR lah…Tak kan nak jadi PM sampai mati. Cuma Deng Xioau Peng yang cam tu, kan? Tapi UMNO DEMOKRASI kununnya. Tanding lah!! Apa takut?

Dah tu kita tengok pulak, Mahathir 9 March nak pegi ajar Gus Dur macam mana nak perkuat ekonomi lndon. Tentu Gus Dor tanya… Mahadir, gimana kes Nuar, kapan beres sih?”.. !!

Takkan lah Mahathir nak, “Owww…!! Bisa atur Pak. Gampeng deh!! Cakap saja 10 tahu penjara, hakim-hakim nurut semua….!!”. heheh tak kan gitu Mahathir jawab, hah?

Isyyyy… ngarut hai..hai..!! Jadi, dari tak ke pening sekarang dah jadi pening pulak saya..!!

Cuma, sekarang sdr. sdr. nampak tak macam mana seboknya pikir-piki kalau jadi Penghuu?

Dah lah talipon tak berhenti-henti pasal wakil rakyat Dollah Kia yang dah arwah. Mana saya tau berapa banyak harta beliau. Nak refer pun, kenapa tak masa dia orait? Saya Penghulu cuma buat yang disuruh saja. Bukan jadi spy cari tanah siapa ada kat Kg. Cekau ni, kan? Itu DO tau laaaaa….Hehehe!!

Jadi keputusannya, saya terpaksa cakap dalam ucapan “Malam Pemimpin Melalui Teladan” UMNO tu, lebih kurang begini saja: “…..Kalau orang Melayu nak mengembalikan kewibawaan dan darjat bangsa, eloklah berfikir sebelum kepimpinan siapa yang sesuai dan dijangka layak menerajui negara dalam tahun 2004 nanti. Janganlah kita terharap-harap macam “Lebai Malang…!!”, atau naib “Pak Kadok”….!!

Hahaha…neutral kan? Saya tak sebut UMNO, tak sebut PAS. Sebab saya Penghulu. Neutral!! Berkecuali!!.

Mungkin saya tambah sikit lagi, “Janganlah kita terpilih Kerajaan yang cakap ta serupa bikin, sama lah macam mengharapkan guruh dilangit air ditempan ditoggengkan!!”

Saya kuatkan sikit “tonggengkan” itu sebab Pemuda UMNO suka TONGGANG!! Entah kok bohong gambar Hishamuddin dalam internet…Hehehehe!!

Jadi, sekarang ada sikit kurang pusing kepala sayang. Sebab dalam internet banyak perkara baik yang patut saya ucapkan sebagai nasihat untuk orang Tembeling…!!

Doakan saya, ya!!

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com