Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

HEHEHE…. KOK TAK, KHALIL YAKOB PUN MASUK PAS GAK…!!

Anak saya pulang dari sekolah, kata sekolahnya ada 3 orang Cikgu baru. Saya tanya, Cikgunya yang lama pergi mana. Jawapnya, “Dah kena tukar”.

Saya kata, “Itu biasa. Cuma Penghulu susah sikit nak kena tukar. Abah dah 3 kali kena notis tukar, tapi orang kampung kata jangan tukar, maka abah pun tak jadi tukar”.

Dua hari kemudian saya pun terjumpa Cikgu-Cikgu tu solat sesama kami di masjid. Lepas Maghrib saya jemput datang kerumah. Berkenal-kenalanlah kami. Sambil itu boleh makan rasa nasi orang Tembeling. Diorang datang. Kami bercerita.

Seorang dari guru tu datang dari Selangor. Guru ugama. Ustaz. Sudah beristeri dengan 2 anak. Tetapi kerana arahan tegas, dia terpaksa menghadirkan diri serta-merta; anak-isteri tinggal. Punyalah keras undang-undang. Jadi, keluarga kena tinggal. Naya betol.

Yang lagi sorang dari N. Sembilan. Pun begitu jugak. Yang seorang lagi bujang. Tak apa lah gitu. Doa-doa lah dapat sunting bunga Tembeling… Hehehe..diorang ketawa.

Saya tanya apsal kena tukar gesa-gesa. Jawapan diorang hampir sama. Kununya, sebab sebelum pilihanraya mereka duduk di pondok operasi BA, tolong gantung sepanduk.

“Owwww…. Cikgu langgar ‘pantang’ laaaaaa…” jawap saya sambil ketawa. Mereka juga ketawa.

“Tu lah Tok. Sekarang kena jaga-jaga. Nak duduk rumah sekolah, sekolah tak da quarters. Nak sewa rumah kampung pun mesti jaga-jaga jugak. Kalau tersewa rumah penyokong PAS, kena tukar lagi.” Seorang mencelah.

“Logik tu” balas seorang. “Kepala orang UMNO ni bukan masuk logik. Saya bagi “Fail” anak ketua Cawangan sebab bangang sangat, saya kena amok tak pasal-pasal. Bila anak orang PAS saya bagi “Fail”, ayahnya datang jumpa saya minta nasihat, minta maaf. Mintak saya rotan anaknya kalau nakal..!!” katanya.

“Itu sebab Cikgu kena tukar?” saya tanya.

“Nampaknya gitulah….” Jawapnya pendek.

Saya geleng kepala. Termenung saya. Apa akan jadi kepada anak elit UMNO 10 tahu akan datang? Adakah negeri ini akan dipimpin orang “kepala bangang”?

Saya kata,” Sebagai Penghulu, di Pahang bukan macam negeri lain. Penghulu Pahang ada sikit orait. Sini kita tak kira parti. Saya orang Tembeling. Kalau orang Tembeling suka saya, tak ada orang boleh buat apa-apa. Bagi saya, soal masyakat hal masyarakat, Parti itu hal Parti. Politik tak boleh masok hal masyarakat. Cikgu anak kampung kami, kalau politik nak kacau Cikgu, diorang boleh pegi mampos. Kalau orang kampung suka Cikgu, jangan Cikgu susah hati”.

Lepas berbual-bual, kami bersurai. Dua hari kemudian, Cikgu- Cikgu itu datang ke rumah saya menceritakan beberapa orang kampung datang berjumpa mereka. Semua menawarkan rumah. Bukan pulak untuk disewa, tapi…”asalkan Cikgu rasa selesa, tak bayar sewa pun tak apa….”, kata mereka. Kan baik hati orang Tembeling? Hehehe……!!

Sekarang PAS dah bertambah 3 orang lagi ahli baru. Nampaknya UMNO dah buat silap strategi. Orang boleh ditukar kemana ceruk alam ini, tapi UMNO tak boleh tukar ‘hati’ orang.

Ha..kan? Dengan orang kampung UMNO tak leh nak jalan lagi. Silap-silap dah terbalik ‘kot’. Ingat orang kampung sayang no (benar) ke kat UMNO nih? Kalau boleh, tolong Khalil cakap kat Mahathir. Kalau boleh doktor tu tolong cari penawar untuk orang Tembeling. Penghulu tak tau nak jampi. Tak kena gaya Pahang jadi Tengganu lak. Hihihihh…

“Cikgu jangan takut kalu nak duduk kat “pondok operasi” mana pun. BA ke, UMNO ke… itu ikut suka Cikgu. Tembeling ni macam Amerika. Demokrasi”. Ketiga-tiga mereka ketawa.

Rasanya PAS makin kuat di Tembeling. Padan muka UMNO. Kalau boleh ramai lagi orang Johor datang ke Tembeling. Kami boleh ‘brainwash’….hehehehe…!!

Mujor Khalil Yaakob tak kawin orang Tembeling. Kalu ta?….Hehehehe….!!

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com