Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

ADA MENTERI KITA YANG MASIH LAGI MAIN PONDOK-PONDOK, KAN ?

Zaman saya diperingkat pra-sekolah dulu (umor antara 4 – 6 tahun), saya dengan beberapa kawan-kawan (termasuk beberapa gadis comel jiran) selalu main “pondok-pondok” dan main “bersanding olok-olok”. Permainan itu memang mengasyikkan kami. Sepanjang pagi sampai tengahari, kami aktif diluar rumah sementara abang dan kakak ke sekolah.

Ibu-ibu kami tidak melarang malahan menggalakkan pulak. Pikirlah kan? Peringkat umor begitu, memang kami jadi “kutu selongkar” kalau dibiar bermain sendirian di rumah. Segala ceruk di selongkar! Habis segala yang lemas tersusun jadi berserabut. Bila ibu-ibu kami pulang dari basok kain di perigi, maka semua ibu-ibu itu akan terpekik-pingkau marah memberang. Sebab keadaan rumah berserabut.

Itu cerita benar. Bagi kami yang berasal dari kampung dan ulu seperti Tembeling ini, waktu itu main “pondok-pondok” dan main “bersanding olok-olok” tidak asing lagi. Maklumlah, waktu itu tidak ada TV atau Radio. Sesiapa yang ada radio, kepalanglah kaya kununnya. Bandingan dengan suasana sekarang, kalau disebut macam membanding jarak lagit dengan bumi; memang padanlah.

Bagi ayah saya yang mencari rotan dihutan, dapat duit untuk menyara hidup keluarga pun dah cukup syukur alhamdulillah…..!!.

Jangan sebut nak dengar suara P.Ramlee, Momok, Lina, Nona Asiah, Jasni, A. Rahman, Dahlia, dll penyanyi top dalam era penyanyi lama dulu. Memang ‘bercinta’ sangat. Hiburan bagi kami yang boleh didengar waktu malam hanya dengutan katak korong yang memanggil hujan. Hei…. Nyaman tune katak-katak tu!! Ada suara berpadu pulak… tak ubah macam “Panca Sitara”…hehehehe…!!

Haiiii…alangkah nyamannya hidup masa itu, ye? Tak ada politk dengan kempen mencarut-marut macam sekarang. Tak ada Perdana Menteri yang tuduh Timbalannya meliwat, masuk jail, pukul sampai lebam-lebam satu badan. Tak ada..!! Kami aman. Orang kampung kami boleh harapkan UMNO. Diorang sokong UMNO 100% peratus. Mana yang tak sokong UMNO, sokong PAS. Masa tu PAS mana ada orang macam Dr. Abu Hassan Ali, Dr. Pakar Bedah, dll. Tak ada. Memang!!

Masa tu, masjid pun tak siapa dikawal macam sekarang. Kalau pergi Sembahyang Jumaat, Khatib di mimbar tak ada cerita pasal projek Kerajaan, tak ada main politik atas mimbar macam kat Masjid Negara dulu.

Walaupun dulu tak ada Pusat Islam, JAKIM, YADIM, IKIM dan segala macam “im..imm..” lagik macam sekarang; tapi kami rasa tenang hati, bersih jiwa.. !! Yang kami ada masa tu cuma “Bismillahi rahmnir rahim” . Itu saja “IMM” yang kami ada..!! Pun cukup. Semua orait. Tak ada kacau. Tak ada huru-hara!!

Tapi hari ini susah saya nak bentuk anak-anak saya. Dalam surat khabar ada cerita busuk macam-macam. Ada PM yang mencarut guna perkataan lucah. Dulu tak ada perkataan yang dipopularkan dek YAB PM kita macam “liwat” tu. Tak ada.. Mana adaaaa…!! Sekarang tengok, amacam? Kalau nak tuduh budak-budak kurang ajar, saya pikir yang paling kurang ajar sekali ialah PM kita ni. Tak sangka dia suka mencarut….!! Issssyyyyyy… camana jadi pemimpin macam tu, kan? (….iiissssyyyy….bisik-bisik aja, nanti kena tangkap ISA!!…hihihih..)

Sekarang, anak saya baru 11 tahun daj pandai main komputer. Banding dengan saya dulu, umor macam tu cuma boleh main kudang-kundi. Mana nak cekau komputer. Orang belum buat lagik. Jadi dengan internet saya dapat cerita camacam.

Tersebutlah kesah saya terbaca cerita Dolah Bedawi TPM kata – Harakah tak boleh keluar 8 kali sebulan. Cuma 2 kali. Sebab setaraf dengan UMNO. Terperanjat saya bila terbaca. Tapi gasaklah. OK lah!! Suka hatilahhhh..!! PAS setaraf dengan UMNO…orait!!

Dah tu, Timbalan dia pulak……. Siapa nama budak Cina tu?…Errrr…Chor…ya ?!! Dia kata, “Kalau Harakah internet di “up-date” (waduhhh…cakap omputih sikit) lebih 2 kali, permit Harakah kena batalkan dek gomen. Siap..!!”.

Hai bukan main syiok jadi Menteri boleh cakap suka hati rupanya, ye?

Tapi, dah tu saya dengar citer, OOOiiiittttt…. Jabatan Mahathir kata, “TARIK BALIK”!! Hehehe…Baru dapat tau, Bernama tarik balik. Cakap menteri Cina tu tak boleh pakai. Buat macam menteri tu TAK cakap saja..!!

“He..eh…” Bilal Sudin kat surau tu kata, “Menteri UMNO ni lawan siapa power ke dengan menteri Cina, ha?” dia tanya saya.

Saya jawab, “Bukan apa,” kata saya “ dalam Kerajaan BN sekarang, menteri Cina tau, kalau tak MCA yang tolong UMNO menang, menteri UMNO tak cium aingin boleh jadi menteri. UMNO dan kurang power sebab dah jatuh terlongkop dalam pilihanraya dulu. Tak power macam dulu lagikkkkkk dahhhh…!!”.

Baru saya teringat, kalau masa kami main “pondok-pondok” dan main “bersanding olok-olok” dulu kami bertelanjang bulat, hingus meleleh, muka koreng-koreng; ada yang balik rumah terus mengopek susu kat tetek mak, kalu kena cubit sikit terlolong melatah-latah, hentak-hentak kaki sampai gncang tiang rumah….

Sekarang ni macam tu lah pemimpim kerajaan kita. Cakap boleh “on-off” macam radio. Boleh tukar stesen ikut suka hati. Putar kiri, macam bunyi cakap Cina, putar kanan bunyi cakap macam India, putar sana lagik…bunyi cakap Melayu!! Tapi kita tak tau, stesen mana yang cakap betul-betul boleh ikut. Naik biol kita kekadang.

Nampaknya, menteri kita semua dah macam kami waktu zaman main “pondok-pondok” dan main “bersanding olok-olok” dulu jugak nampaknya.

Boleh jadik diorang pun masih lagik bertelanjang bulat, hingus meleleh, muka koreng-koreng; ada yang balik rumah terus mengopek susu kat tetek mak (sekarang bini-binilah) kalu kena cubit sikit terlolong melatah-latah, hentak-hentak kaki sampai goncang tiang rumah….

Heiiissssyyyy…. Kalau macam tu bilalah nak besar-panjang menteri-menteri kita nih? Bilalah nak tumbuh akal agaknya? Nak tunggu apa lagik?

Macamana jadi menteri tuh?? Heiii….. entahlah. Susah jadi rakyat ni kalau menteri asyik main ‘pondok-pondok” jugak lagi, kan?

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com