Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MENTERI PUNYA PASAL SAYA NYARIS GADOH BESAR!!

Sejak nak pilihanraya Sanggang ni saya selalu balik rumah lewat. Gitulah. Sampai di rumah, isteri saya tak macam selalu. Saya hairan kenapa sekarang isteri saya tak seramah dulu. Kalau saya pulang selalu tanya, dari mana dan kemana, apa buat, sembang dengan sipaaaa…..?? Mood dia memang tak baik saja-saja.

He…eh!! Tak pernah dia buat gitu. Sehari dua ni dah macam tu pulak. Apsal saya tak tahu. Orang tua-tua kata ‘dah mula tidor membontot’…heheh paham2 lah. Mukanya macam jeles.

Sebab terlampau hairan, saya tanya: “Apsal sehari dua ni lain macam jer?”

Dia jawap pelahan-lahan, “Tak kan dua menteri boleh silap. Kalau satu tak apa lah. ..!!” suaranya bunyi mendengus.

“Hai, tak kan sebab marah kat menteri, saya pulak kena masam-masamkan! Saya bukan menteri. Saya pengulu solok aje!! Saya kata.

“Menteri lah orang yang paling puaka. Selalu buat silap. Kadang buat silap, esok dia kata…Owww… itu pemberita silap tulis. Tapi kalau tunjuk tape, dia kata…Terpaksa lah salahkan you all. Kalu tak; mana muka saya mau tarok……!!” saya hujjah.

Dia terdiam. Saya tanya lagi. Sebab mau bagi selesai itu problem. “Apa sebab masam kat saya, kalau menteri punya pasal? Kan saya tolong orang kempen kat Sanggang. Kita mesti sayang rakyat, kan?” saya cakap elok-elok. Maklumlah malammmmmmm….. hehehehe!!

Dia tunjuk kat saya surat kabar , “Tengok ni, Siti Zarah kata ‘Mak Jan” sekarang 3.4 juta!!”…..

Saya baca. Ya jugak. Dah tu Rais pulak pi confirm lagik. Kata Rais, sebab janda terlampau ramai sampai 3.4; sekang dah jadik problem. Nama aja Ph.D, kepala BANGANG!! (hahah…kena sekali kat aku, baru tahu..!!)

Haikkkk..?? Rais pi confirm cakap Zahrah pulak. Yang teruk tu dua-dua orang tu “DOKTOR”, Ph.D. sama-sama Menteri, Mahathir yang lantik (bukan Haji Hadi), UMNO (bukan PAS) Dua-dua “kutu” tu semua sekolah omputeh (bukan sekolah arab macam Tok Guru Nik Aziz), dua-dua ada wawasan pakai logik hukum akal (bukan pandu Al Quran dan Hadis)….. errrr… amacam boleh jadi?

Kemudian saya dapat tahu dari Internet AFP. Rupanya Lim Kit Siang dah belasah menteri yang 2 ekor tu. Cikgu Universiti yang buat kajiselidik tu kata: 3.4 itu campur lelaki dengan pompuan. Setengah lelaki ‘janda’ dan setengah lagi pompuan “janda”. Habis apa problemnye? Suruh diorang kawim aje lah. Apa salah?

Saya pun tunjuk kat isteri saya. Hahahah.. baru dia tersenyum tersipu-sipu. Kepalanglah manisanya dia pulak.

“Ha..kan tak caya? Menteri UMNO ni semua bangang-bangang. Tak reti nak baca statistik. Sekolah tinggi-tinggi tapi kepala dah masuk taik Mahathir kot? Buat bising kat parlimen pulak tu? Mana muka mau tarok?” saya kata kat isteri saya. Dia sengeh saja.

“Habis camno nak buat’? tanya isteri saya.

“Kalau tanya kat abang, suruh UMNO buat satu hompej “BIRO MAKJAN vs POKJAN” dibawah JPM. Suruh Rais dengan Zarah lepas office pi kat komputer buat sesi “match-making” pakai komputer. Daftar semua “makjan & pokjan” sekali dengan gambar warna dan latar belakang. Biar diorang berhubung dan “BERTENET”…hehehe….!!” Saya kata.

Bila saya sebut “bertenet” tu bini saya cubit saya. Saya tanya, “apsal cubit abang?”

Dia jawab, “abang cakap “BERTENET” tu lain macam je bunyik nye!!” Kami ketawa.

Hehehe…kalau dah cubit tu maknanya dah solvelah problem kami, kan?

Tapi, yang jadi “Outstanding problem” ialah menteri UMNO yang ‘gampang-gampang’ ni. Diorang tu bukan nak menyelesaikan masalah, malah ‘nimbulkan masalah lagi. Benda tak ada diada-adakan. Siol-biol!! Selama ni tu lah kerja diorang. Tak sudah-sudah menimbulkan masalah kepada rakyat. Tak satu-satu. Tak berbaloi mengundi diorang. Tak guna satu sen haram memilih diorang jadi pemimpin. Tapi Mahathir pilih juga jadi menteri – saya merungut.

Isteri saya kata, “Mahathir tu pu bukan ada nak orang pilih pun, napa boleh jadi PM?”

“Hahaha… Abang tak pilih. Itu orang UMNO pilih. Abang pilih PAS” saya balas. Kami pun tarik selimut langsung berdengkor sampai siang!!

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com