Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

YAHUDI MEMANG PANDAI PUTAR ALAM

Tak berapa lama dulu, khabarnya Gapar BB, Sulaiman Ninam Shah, Khir Johari & seorang ulamak terkenal pergi berjumpa Mahadir. Mereka bercerita mengenai sejarah UMNO dan keadaan sekarang. Nostalgia UMNO dibicarakan dengan hati2...

Majlis perjumpaan diakhiri dengan bacaan doa. Sebahagian doa dibaca dalam bahasa Melayu. Semasa doa dibaca, Mahathir menangis teresak-esak. Tapi tak ada orang yang peduli. Doa dibaca terus dalam bahasa Melayu, menceritakan dosa dan azab seorang memfitnah, zalim, melucah dan pembohong.

Setelah tamat doa dibaca, Mahathir masih terus juga menangis. Orang pun hairan. Kemudian dia berkata, “Saya memang bersalah kepada rakyat!! Saya memang bersalah kpd apanamaaaaa …Anwar dan anak isterinya!! Saya memang bersalah kepada umat Islam..!!… Tetapi bagi lah peluang terakhir. Saya nak jadi PM lagi.…!”

Semua vetren UMNO yang hadir saling berpandangan. Sedih!! Memang Mahathir dah insaf, kata mereka dalam hati. Tetapi ulamak tadi buat muka selamba saja. Macam dia tak peduli dan tak bersimpati kepada Mahathir. Terus dia makan kueh dan minum kopi yang dihidangkan.

Setelah dalam kereta, masing-masing bertanya, “adakah Mahathir betul2 dah insaf?”…Semua orang terdiam.

Tiba-tiba menyampuklah Ustaz yang pendiam tadi, katanya “Dalam zaman Nabi, ramai Yahudi yang berjaji menurut ajaran Islam. Tapi bila Nabi diperentahkan Allah swt mengadap kiblat ke Kabah, ramai Yahudi yang membantah dengan keluar dari Islam…”. Ustaz itu pun diam.

Fahamlah Gapar BB, Sulaiman Ninam Shah, Khir Johari maksud ustaz itu!! Yahudi memang pandai putar alam.

Penghulu Kg. Ulu Cekau,
Ulu Tembeling.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite