Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

MEMANG SAH INI TERANG-TERANG “KES NAYA”…..!!

Berdegup jantung saya bila membaca BERNAMA kat internet petang ini. Tak sangka Ariffin Jaka sebangang itu buat keputusan sepenting itu. Taraf saya takat Pengulu kampung saja, perkara macam tu saya tak susah kalu disuruh buat keputusan. Afidavit Mahathir tak boleh pakai!!

Kawan-kawan yang baru balik Jumaat menalipon, kata: “Aku dah kata kat kau Pengulu!! Mahathir tak ada buah pelir nak ke mahkamah (haha..orang Pahang HALAL mencarut sekarang sebab Denan Yaakob dah istiharkan OK kat Sanggang). Dia dah paksa anak Jaka bagi laluan kat dia. Kalau tak, inilah hari penghabisan Ariffin jadi Hakim. Pukul 2.00 malam sampailah SB dari Bkt Aman ke rumah bawak Ariffin…….”.

Saya tak percaya. Tapi kalau Mahathirlah orangnya, saya percaya. Mahathir dah bukan manusia lagi. Kata Pak Amin Sapiro, “Mahathir dan jadi binatang – jadi haiwan..”. Hari ini cakap Pak Amin tu ada boktinya.

Ini yang menjadikan saya tertarik terus membaca rencana Pak Amin dan Marhaintua di Feu. Berulangkali saya tatap, baca dan fahamkan baik-baik. Maka nampak sangat kepada saya, negeri kita, masyarakat kita…..”What kind of society we are in now?”.

Terbayang dalam kepala saya, apakah adil Anwar dibiarkan oleh orang 10 juta orang Melayu dan orang Islam merengkok di penjara sebab dihukum oleh seorang hakim yang terang-terang takut kepada manusia tak takut kepada Tuhannya?

Kami berbincang lagi. Kata kawan saya, “Bergantunglah kepada orang Melayu dan orang Islam mentafsirkannya. Bagi kami yang jadi Pengulu (bukan Prime Minister), yang tersembunyi disebalik keputusan Ariffin Jaka bukan Anwar, tetapi kemanusiaan dan keadilan yang dah habis lupus. Apa yang tinggal sekarang hanyalah KEZALIMAN..!!

Negeri Islam zalim? Mana boleh negeri Islam zalim! Tentu orang geleng kepala. Tapi kalau ada orang tak percaya datang ke Malaysia, datang ke mahkamah dan duduk bila Anwar dibicarakan. Mat Saleh di Amerika pun tau keputusan hakim Ariffin tu memang ada ‘hantu jembalang’ yang ngugut dia!! Sapa lagik kalu tak Mahathir tu lahhhhh…..!!

Saya tak tau nak cakap. Saya singgah di kedai kopi tadi, rupanya orang dah lama bincang. Bila tengok saya bawa rencana Wak Amin Sapiro dengan Pak Marhaintua, berebut-rebut diorang nak baca!! Lama-lama si Mamat bilal baca.

Habis saja baca, si Kasim Sumbing kata, “Kalau kat Ambon, dah lama kepala Mahathir kena tanggal dari tengkok dia…hehehehe…!! (sengau saja bunyinya). Mana raja-raja tak sound apa-apa, katanya!! Balik pulak budak sumbeng pandai cakap!!

Boleh jadi diorang nak piket di depan Pejabat UMNO. Tak taulah, dengarnya diorang nak ramai-ramai pi Kuantan. Macamana kabarnya orang KL…tak de nak piket ke? Nampaknya cacing dah naik ke mata!! Ini memang sah ‘kes Naya’…!!

Penghulu Kg. Ulu Cekau,
Ulu Tembeling.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com