Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


NAK NASIHAT KAT ORANG UMNO – NAK PERCAYA CARILAH ORANG KITA..!!

Sebut pasal rasuah, dalam UMNO banyak cerita woooiiii…. Datuk saya dulu memang orang kuat UMNO. Tengoklah saya ni macamana. Lagak macam UMNO, cuma hati dalam tak mau nak citerr..! Hehehehe.. Yaaallaahhh…kenalah ikut peredaran masa, kannnnn…!!??

Nak jadi certa, masa Atuk saya jadi drebar bekas Wakil rakyat dulu, semua cerita pasal rasuah dia tau. Tahun 60-an, hutan kat Pahang boleh kata woooiiiii…sakan! Setakat nak cari rotan, tak yah masok dalam hutan. Kat tepi kampung pun manyak. Sampai belit batang doghian!! Heheh…

Wakil rakyat yang Atuk saya servis tu dah pencen. Masa dia wakil rakyat dulu, pasal balak…heheh dia memang gasak punya. Tak sekor-sekor Cina balak datang kat rumah die…!! Tak pagi, petang!! Tak siang, Malam!! Sebok sajaaaa!! Dia bincang-bincang, komdian sain..!! Dah tu angpau garenti punyaaa..!! BIASA laaa…!! Dulu ke, sekarang ke….SAMA!! Tak caya tanya Denan. MESTI tak ngaku punyaaaa…!! Hehehe….

Satu hari, dengar ada cerita orang BPR nak datang ‘nyiasat’, kununnya ada Wakil Rakyat yang makan suap pasal kayu balak. Bekas Wakil rakyat yang ni dah gelabah. Malam tak tidor dah. Apa nak buat? Kabarnya polis ada waran boleh geledah dalam rumah. Hahaha…lagi Wakil rakyat ni kecut perut. Kalau dapat, mesti tangkap. Masuk jel. Mesti malu punya…..!! Wakil rakyat zaman dulu ada maruah…kalu kena tangkap tau malu. Sekarang boleh tanya Pidah, Rahim Tambi Chik, Mahadey ke…Daim lagi pulakkk…heheh.. Mana ada malu, kan? Kan? Kan?

Lelama dia dapat satu akal. Nak jadi cerita, seberang jalan depan rumah Bekas Wakil rakyat tu ada satu kedai mamak jual barang roncet. Kedai tu dia sewa dari Bekas Wakil rakyat tu juga. Tentulah dia kenal baik ngan Maideen itu. Very close buddy, kata orang sekarang. Kedai mamak tu sekarang dah tak berapa laku sebab Bekas Wakil rakyat tu dah buat kedai sederet pulak. Tapi semua Cina je yang mampu sewa, Jadi Maideen tu melopong je lah. Merosot jauh perniagaannya. Kesian gak kat dia.

Malam tu, Wakil rakyat tadi pegi jumpa Maideen. Sorang-sorang dia ngendap kat kedai Maideen. Bila dia katuk pintu kedai Maideen, mamak tu pun buka. Bisik-bisik Bekas Wakil rakyat tu kata, “Syyyuuuu…Heh!! Maideen. Kau pegang ini barang ya? Nanti satu minggu punya dalam, saya nanti ambik. Kau jangan bukak tau?…” kata Bekas Wakil rakyat tu. Warning siang-siang.

Maideen pun ambik. Wakil rakyat tu kata, “Kau jangan bukak kedai satu minggu punya dalam. Kau boleh jalan-jalan. Tapi minggu depan, kau mesti balik sebab aku nak barang ni balik..!!” Mendengar tu, Maideen pun terus tutup pintu. Wakil rakyat tu pun pulang… Releks je mukanya. Apa dak nye... kalau BPR ke, Polis ke datang mana ada duit dalam rumah dia. Selongkar sampai bawah katil pun tak ada!! Tak ada kes LAH..!!

Lat seminggu, Wakil rakyat tu jengok Maideen kat kedai. Katuk-katuk pintu. Tak jawap. Pegi belakang kedai. Tengok tengok pintu kedai Maideen tenganga jerr. Masuk dalam, barang kedai Maideen semua tak ada. Macam dah pindah. Tak apalah, Maideen holiday KL agaknya. Esok lusa baliklah dia, katanya dalam hati.

Dah sampai pulak minggu depan tu, tunggu-tunggu Maideen tak balik juga. Tunggu dua, tiga hari pun camtu jugek. Sama. Lelama wakil rakyat tu baran. Mula risau. Dia pun repot Polis suruh cari mana Maideen.

Dalam repot dia kata, “Maideen kawan baik saya, hilang entah pi mana. Tak bayar sewa.” Itu aje…hehehe…!!

Polis tu jawab, “Alaaaa…YBerhormat. Sonang ajeee… Nanti kami tanya kat KL. Esok petang dapat jawab lerr…!!

Wakil rakyat tu pun pulang. Esok petang Sarjan polis tu pun datang ke rumah YB tadi. Katanya, “Laporan dari KL kata, Imegresen punya cerita, Maideen yang sewa kedai YBerhormat tu dah balik India laaaaa…!!!”.

Hhihihih…sebaik saja Tok Sarjan tu kata Maideen tu dah balik India, YBerhormat tu terus pitam. Tumbang!! Punyalah kelamkabut. Atok saya bekejau ke dapor ambik air satu besen curah kat muka YBerhormat tu.

Bila YB tu sedar, Tok Sarjan tu minta diri nak pulang. Sebelum pulang dia kata, “Sayang sangat YB kat Maideen tu. Maideen balik India, dia pulak yang pengsan. Rindu sangat YB agaknya….!!”

Sejak dari hari tu, Wakil rakyat tu dah macam sewel. Tiap hari merapu. Tak tau apa cakapnya. Dengar tu, cas dia sakit nyanyok. Atok saya kata, dah gila!!

Atuk saya kata, “Kabarnya, yang jadi YB tu separuh gila sebab dalam gumpal kain sarung tu ada setengah juta duit kertas 100 ringgit. Pikirlah, ya? Tahun 60-an kalau ada ½ juta, woooooiiiiiiihhhh… amacam punya kaya, kan? Padan jugaklah penngsan YB tu.

Haahahaha…nak nasiht sikit kat orang UMNO. Lain kali jangan percaya sangat pasal duit kat “mamak-mamak” ni. Dia ada India nak balik, orang Melayu mana ada “India” nya kalau nak balik. Ni haaaaa…!! Dah kena yang sorang ni, amacam punya seksa kita…heheheh…!!

Nasib kaorang lerr.. Saya Pengulu, boleh undi mana!! Lagi saya simpan duit kat Bank islam, bukan kat mamak!!

Penghulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com