Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


RASA-RASANYA MAHATHIR BELI ZIP KAT MANA HAH?

Satu masa semasa saya jadi Cikgu Sementara, saya ada kawan ustaz kelulusan pondok yang ngajar mata pelajaran ugama Islam kat bebudak primary. Guru Besar pulak Cina. Jadi kenalah fesyen sikit. Tiap hari semua Cikgu kena pakai neck-tie. Wah! Wah… kepalang punya eksyen kami lagik.

Yang melucukan, ada yang tak tau ikat tie. Macam-macam punya simpul. Ada yang simpul bongkah, ada yang simpul ketam, ada yang simpul ‘thumb-thumb’… Macam-macam.

Jadi satu hari saya di bilik guru sedang merait buku budak-budak. Sambil tu saya sembang-sembang kosong dengan ustaz tadi. Kami cerita pasal dunia, akhirat, solat hajat, doa, dosa-pahala… macam-macamlah. Tiba-tiba ustaz tu bangun dan mintak diri kat saya.

Saya tanya apsal ustaz? Jawapnya, “senak perut, nak melepas jap”..

Saya jawap, “Ehehhh… cepat ustaz. Itu panggilan keramat. Tak ada orang nak lengah-lengah”. Dia gelak.. Memang kami berdua selalu melawak tak kering gusi. Maklumlah kawan baik. Ngan ustaz memang baik, banyak dapat hikmah. Meloncat aje dia keluar pintu.

Selang tak berapa lama, dia balik. Saya tengok dia sengeh aja. Saya tanya, “apsal sengeh aja Ustaz. Ada pe-apa-apa ke?”

Dia senyum malu-malu. Saya desak dia. Dia tak mau cakap. Lelama saya gurau sikit, “Hehehe… ustaz salah masuk tandas ke. Kot-kot serempak ngan Miss Wong, tak? (hehe Miss Wong anak dara tua 52 tahun taukeh Ah Yau kedai getah tu).

“Isyyyyyy…Cikgu nih. Takkanlah saya nak pekena dengan Miss Wong pulak. Kalu dengan Virama tak pe gak” katanya. Ustaz kawan saya tu gelak. Kami pun gelak. Virama tu anak dara juga. Tapi hitamnya …alamak tuan. Kalau ada ‘camp-fire’ pengakap, kami selalu gurau suruh dia duduk kat unggun api, biar nampak. Takut terlanggar dalam gelap. (Hehehe….ngumpat..!!).

“Habis camno” saya tanya. Saya pandang mukanya. Saya tengok hujung neck-tie ustaz tu keromot aja. Macam kena pulas. Basah..!!

“Eh! Eh! Apasal hujung tie nih basah, ustaz? Kromot lak tu?” saya tanya dengan muka heran. Saya tengok Ustaz sengeh lagi. “Heh.heh..!! Baik ustaz citer, kok tak saya kata kat Pak Imam ustaz terlanggar Virama kat bilik tandas pompuan..Heheheh…” saya blackmail uztaz..!! hehehe…dia gelok!

Lelama dia kata, “Hisyyyyyy…saya citer Cikgu jangan cakap kat sesiapa, ya”. Saya nganggok.

Katanya, “Masa saya kat tandas tadi, saya dah ‘sennak’ sangat. Saya pun bukak seluar. Tapi zip seluar saya sangkut. Sekerat saja yang terbukak. Saya nak bukak tie, tapi simpol mati. Jadi gagah juga cangkong…. Bila dah sudah, rupa-rupanya saya kencingkan hujung tie saya sekali. Sebab dah menjulai kebawah lupa nak angkat masa cangkung. ..!!” katanya.

“Habis napa ustaz tak bukak?” saya tanya sambil gelak.

“Simpul mati pulak, Ckguuuu..” katanya.

“Dah tuh?” saya tanya.

“Saya pun basuh kat paip. Dah tu saya ramas bagi kering…” katanya.

“Hahaha…padanlah keromot ustazzzzzz…” Kami gelak. “Habis zipnye” saya tanya.

“Tulah yang saya risau nih! ‘Benda’ saya tersangkut!!” katanya.

“Jadi amacam nak buat?” saya tanya.

“Saya nak pakai kain pelikat sembahyang saya tu.” Saya kata, ok jugak lah.

Dah tu dia tanya saya lagi, “Kalau pakai kain pelikat, dah tu pakai baju teluk belanga, pakai neck-tie, elok ke?”

Saya gelak lagi. Kali nih gelak sampai senak!! Napa tak nye, kan?

Saya kata, “ Cuba ustaz bayangkan. Apalah rupanya kalau pakai kain pelikat, dah tu pakai pulak baju Melayu sekali dengan neck-tie. Pi masuk kelas. Saya takut..takut murid lari. Dia ingat kok orang gilerr mana dah masuk kelas?…” Dia pun gelak..!! HAHAHA….

Heheh…Baru saya ingat, cakap Mahathir masa penggulungan Perhimpunan UMNO dulu. Pun ada logiknya, katanya “ wanita perlu buka zip jika diperlukan dan saya pun pakai zip tapi saya buka zip pada masa yang tertentu”.

Hehehe…kira-kira Mahathir dah terkena sawan Si Denan jugak dahhhhh…!! Tapi lagi kelas cerita Ustaz kawan saya tuh!! Zip seluarnya tak macam zip seluar Mahatahir. Ustaz kawan saya zipnya tak boleh bukak “pada masa yang tertentu”.

Rasa-rasanya Mahathir beli zip kat mana hah? Rugi kita tak dapat dengar cerita Mahathir sebab tak dia tak gi mahkamah. Kok tak Datuk Anwar boleh bukak mana Mahathir beli zip nyerr..!! Hahaha…

Pengulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com