Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


TAK TUNGGU LAGI WALAU CERMAH BARU MULA……HEHEHE…”

Bila saya masuk masjid di kampung seberang tu, saya dah siang-siang ada wudhu’ dari rumah. Saya pun bersimpuh menanti bilal azan. Imam masjid tu memang saya kenal. Bila keluar saya tengok bukan imam lama. Orang berbisik, itu imam UMNO. Imam baru. Saya kata tak apa, asalnya ‘Al-Fatihah’ nya sama macam kita. Kalau lingkang pukang baru kita nasihatkan dia.

Solatlah kami. Ok. Bagus. Memang dia imam yang terdidik. Lepas maghrib, beliau pun duduk depan makmum, majlis ceramah ugama dimulakan.

Kata beliau, “Saya imam baru. Saya diarah oleh pejabat Ugama. Kononnya saya Imam UMNO lah!” katanya selamba. Kami diam.

Katanya lagi, “Bagi saya, yang saya tak kesah. Ugama Islam tak pedulik samada UMNO ke, PAS ke…semua sama. Islam tetap Islam. Kalau ceramah saya bunyi macam sokong PAS jangan pulak kata saya anti UMNO”, katanya. Orang ngangguk.

“Dalam Islam, tak ada parti politik,” katanya. “Tapi jangan tak tau, kalau Nabi tidak berpolitiklah dalam menyebarkan Islam, Yahudi memang tunggu saja…!! Fikirlah dalam-dlam cakap saya tuh!” kata Imam tu menyambung.

Orang dah mula rapat. “Makin interesting nih” kata Mamat Rongak. Kemudian Imam tu menambah lagi, “Saya tak kesah. Nabi kita Muhammad saw. Itu confirm. Jangan cuba nak ubah! Kalau ada orang persendakan nabi kita maknanya dia menyanggah perakuan Allah terhadap Nabi kesayangannya. Kita diarah meyakini dengan tidak berbelah bagi kepada Nabi, kalau kita gagal meyakini maknanya iman kita tergugat…!!” Wah dah hot nih, saya kat dlam hati.

Bertanya si Mamat Rongak, “Walaupun orang UMNO, Pak Imam?”

“Saya dah kata, dalam Islam tak ada UMNO tak ada siapa. Yang ada hanya Islam!!” Imam menjawab.

Mencelah seorang Cikgu yang baru tukar ke kampung tu, soalnya “Habis, Mahathir kata…"Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan dari orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikanya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan nabi Nabi Muahammad. memadailah dengan bersyukur kepada Allah swt sahaja".

Sepantas kilat Imam tu menjawab…”Ha? Itu ugama nabi mana pulak tu? Bila pulak bagi dia tu fatwa macam tuh? Jangan main-main, nak sesat tu senang aja. Tapi nak balik semula kepalang susah. Macam luka kena parang, luka boleh baik tapi parutnya tetap ada….!! Ugama soal aqidah. Jangan pakai hukum akal. Silap-silap murtad jadinya…..”

Geleng kepala makmum semua. Tanya dek Cikgu tuh, “Kalau orang tu dah sewel camana Pak Iman?”

“Kalau dah sewel apasal tak suruh saja dia berenti. Tak kiralah siapa, Imam ke, menteri ke….tak leh lagi nak mimpin kita. Buang aje lerrr…!!” kata imam tu. Tukar duduk tahyat dia. Hot nampaknyerr iman baru nih!!

Kami tengok dua tiga orang tepuk punggung cabut lari. Cuit saya dek kawan sebelah, “Tu Ketua Cawangan UMNO, Bendahari dengan Setia Usaha yang cabut… Nampaknya diorang tu pengikut “nabi” Mahadir..” kami sengeh aja.

Mamat Rongak melaung dari sebelah tepi, “Hei tok ketua..tunggulah dulu, cermah baru mula……”

Hehehe…tak mandang belakang lagi Ketua Cawangan!! Tu baru dikatakan TAKSUB kat ketua, ya tak? Nampaknya tak lamalah kami berimamkan Pak Imam yang baru ni. Ketua Cawangan UMNO, Bendahari dengan Setia Usaha tentu repot… Hehehe…….!!

Penghulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com