Setiausaha Bahagian yang saya kenal tu, hari ini
talipon ajak saya dinner. Dia nak belanja makan. Saya
kata, “Hei…nak rasuah saya ke nihhhhh….?”.
Dia jawab, “Alah.. nak maulud sikitlah, Tok Pengulu..
Ada sikit rezki lebih, kita syukurkan!” gelak dia
dalam talipon.
Tepat jam 9.15 malam lepas Isya’ saya pun bertolak
lerr ke restoran “Seri Tom Yam”. Wow….orang belanja
“makanan Siam”. Sesekali kat Kuantan ada kursus cam
nih, dapat jumpa kawan belanja makan, syiok gaks!!
Memang tak de sapa yang nolak. Maklumlah,
“bahan-bahan” Siam belum ada orang kita dari Tembeling
ni yang cuba buat “Tom Yam Siam”. Hehehe….”kussssss
semangat”.. Di jauhkan Tuhan…!!
Sampai kat sana, kami duduk dalam bilik khas. Datang
sorang pompan. Baju dan kainnya sutera. Menggelesah
berderau-derau bila dia jalan.
Dia kata “Savadtika” (cam tu lah lebih
kurang..hehehe!). Kawan saya pun jawab bahasa Siam.
Merangkak jerr bunyik nyerr..!! Hehehe..tapi diorang
berdua faham. Saya m’lopong jerr… Rugi dulu tak pi
sekolah siam. Tapi makan “Tom Yam Siam” nak pulak…!!
Isk..isk..!!
Kami sembang-sembang. Ikan goreng pun datang. Nasi
putih sepinggan. Ada sambal ala Chieng Mai, tumis
bercili udang dengan kangkong goreng ikan patin msin.
Dah tu yang grand nyerr Tom Yam Siam lahhh.
Panassssssss…!! Wap dari mangkul cembul putih
mengombah-ngombah. Bau serai rebus menikam lubang
hidung. Weii…ala hai..!! Tom Yam Siam.
Budak pompan yang m’bawak Tom Yam tu duduk sebelah
kawan saya. Dia cakap Siam. Yang saya dengar dia
jawab…”khap..khap..khap..!!”. Budak pompan tu pun
bangun terus pergi.
Saya pun mencelah, kata kat kawan saya tu, “Eh Man,
janganlah mintak banyak sangat. Ikan goreng ni pun dah
cukup. Tak yah lah nak mintak siakap mo..!! Nanti tak
abis rugi jek..!!”
Kawan saya budak Bahagian tu ketawa kecik. Jawabnye,
“Bukan siakap pengulu, dia kata “khap” tu maknanya
“Ya”.
Saya tanya, apanya yang “Ya” tuh? Hehehe..belum sempat
dia jawab, budak pompan tadi datang sesama dengan
budak pompan lagi sorang. Saya tengok macam budak
“bawah umor” jerr…!! Tapi dia tak bawak pe-apa pong.
Saya pandang muka kawan saya. Angguk kepala macam
bertanya.
D’lam ati saya cakap gaks. Ini nampak saya ni dah
komited cam Rahim Thamby Chik laks. Dia jawab,
“Heheh..Siakap yang satu nih, aku punya. Yang bawah
umor tu you punyalah Pengulu..!!”. Belum sempat saya
komen pe-aperr, budak bawah umor tu dan duduk
tejelepok dekat dengan saya. Bersentuh peha. Sebab
kita ni memang dah ‘season’ dengan ‘siakap’ yang dah
tua-tua belaka, tak de lah gentar sokmo. Tinggal Iagi
teringat juga ‘menteri perumahan’ yang mendoakan
kesejahteraan kita semasa diluar rumah cam nih.
Saya kata, “Man, suruhlah siakap yang sekor nih masuk
ke dalam. Tak lalu tekak saya nak makan.”..
“Apasal!! Saya dah bayar siang-siang tadi, Pengulu.
Saya talipon, order dua ekor. “Mama-sang” nyerr cakap,
yang ini siakap impot. Dari Chieng Mai. Belum kena
goreng ‘Sawit Malaysia’..!! hehehe” Si Man budak
Bahagian tu jawab. Selamba jerr muko dierr.
Sebab perut dah mentelah lapar, saya pun patahkan lerr
kepala ikan tu. Belum sempat saya jamah, budak bawah
umor tu terus tangkap tangan saya…Dia cakap Siam. Saya
pandang muka. Dia pandang muka saya. Dia senyum! Saya
masam!! Dah tu dia kata, “No hand..!!”.
Saya pandang kat si Man budak bahagian tuh!! Angguk
muka macam bertanya. Dia jawab selamba jer…”No hand
reti nyerr …hehehe..dia nak suapkan you Tok
Pengulu…hehehe..”.
“Haikkk…!! Amacam cam gitu sangat tradisi restoran ko
nih Man?” saya tanya.
“Hehehe…Pengulu, masuk warung Melayu, kita kena basuh
tangan. Masuk Restoran “Tom Yam Siam” yang ‘original’
punya… kita kenalah ikut cara Siam…!!” si Man budak
Bahagian tu kata. Selamba manjang jerrr die…Memang dah
biasa kot!!
“OK lah.. “ saya kata. Maklumlah, kalau masuk kandang
kambing jadi kambinglah kita. Masuk kandang rimau kena
bahamlah nampaknya!! Pasrah saya.
Kami makan. Lebih kurang pukul 11.00 lebih sikit kami
pun pulang. Si Man budak Bahagian tu kata,
“Eh….Pengulu, kita tidur sinilah malam nih!! Esok kan
Pengulu ada kursus lagi? Siakap yang ni pun masuk
dalam menu gak” kata si Man budak Bahagian tuh.
Saya jawab menolak, “Tak pelah, ko gasaklah
sesorang…heheh”. Saya pun pulang. Dalam kereta
terpikir gak saya. Saya kata dalam hati….
’Cam ni lerr orang UMNO kalau maulud kenduri syukor
rupanya. Camana Allah Ta’ala nak berkatkan rezki?
Nampaknya, Tourist punya pasal, longkang-longkang kat
Kuantan nih dah tak pakai man-hole lagik. Sekarang dah
pakai ‘woman-hole’ laks. Tak ada jenis ‘buatan
Malaysia’..bulihkan IMPOT direk dari Siam nih….!! Tu
belum lagi made in Taiwan, made in Indonesia, made in
Burma, made in Sri Lanka, made in India… made in
Bangla..!!
Haihhhh….cepatlah PAS merentah hendaknya. Selamat
dunia. Selamat akhirat. Semua rakyat dapat berkat.
Sampai rumah dah lewat tengah malam. Cepat-cepat saya
masuk bilik air, tanggal baju, rendam dalam besin
plastik. Lepas tuh saya mandi. Takut nanti terbau
pulak satu badan bedak Siam yang Malaysia tak impot
pun. Kok tak, tentu punya perang sarap saya dengan Mak
anak saya.!!
Sepanjang malam saya leh tak tidor lena. Mikirkan apa
alasan saya nak bagi kat isteri saya, apsal saya
rendam baju tengah malam. Tak pepernah saya buat sejak
kawin!! Sampai dah tumbuh uban. Haiihhh…..Tom Yam Siam
punya penangan!!
Umno…hai UMNO!! Seksa gak jadi Pengulu nih! Pengulu
UMNO! Hehehe….!!
Penghulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling