SENATOR USTAZ HASSAN SHUKRI HEBAT

Hari ini (27 Disember 1999) bermulalah persidangan Dewan Negara pertama bagi Parlimen Penggal Ke sepuloh dan yang pertama selepas pilihan raya ke sepuloh baru-baru ini. Dan hari ini juga merupakan sejarah bagi Ahli-ahli Dewan Negara yang memulakan sidangnya bagi persidanagna yang dijadualkan berlangsung selam dua hari (27 & 28 Disember 1999).

Dewan Negara hari ini membehaskan empat Rang Undang-undang daan pada hari ini perbahasana dimulakan dengan upacara mengangkat sumpah jawatan Senatorbaru dilantik ternmasuk dua wakil PAS dari Terengganu termasuk Ustaz Hassan shukri. Saya tak ingin mengulas upacara mengangkat sumpah. Apa yang hendak dimaklumkan kepada reformis semua ialah kehebatan Ustaz (Senator) Hassan Shukri yang dicalonkan oleh PAS Terengganu sebagai ahli Dewan Negara amat tepat, hebat dan berkarisma.

Jika di Dewan Rakyat parti Alternatif mempunyai 45 wakilnya tapi di Dewan Negara walaupun hanya sekadar mempunyai4 wakil (2 Kelantan dan 2 Terengganu) tapi dengan perlantikan Ustaz Hassan Shukri sahaja telah lebih dari mencabar kewibawaan ahli-ahli Dewan Negara dikalangan BN.

Apa yang hebatnya ingin saya ceritakan ialah kebolehan Senator Hassan Shukri menyanggah segala hujah-hujah bodoh dari ahli-ahli yang mewakili Kerajaan. Semasa membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 1999 (No.2)Tahun 1999. Rata-rata perbahasan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli dari BN tidak begitu bernas atau cerdik, rata-ratanya memuji-memuji Kerajaan BN yang hampir tenat dan ada dikalangan mereka memuji PM agak begitu melampau walaupun ahli tersebut pernah kalah dalam pilihan raya yang lepas (Senator Rusl). Hampir sepuloh orang ahli membahaskan Rang Undang-undang tersebut tapi semuanya hambar dn menjadikan Dewan Negara agak hambar dan tiada apa yang boleh dibanggakan.

Kebanyakan ahli mengambil kesempatan mengutuk PAS termasuklah isu-isu semasa yang berkait dengan PAS dan pemerintahan Kerajaan PAS Terengganu seperti isu Kharaj, Akhbar Harakah, Isu Lebuh Raya Pantai Timur dan isu fitnah yang kononya PAS memainkan peranan utama.

Tetapi apabila tiba giliran Senator Hassan Shukri bangkit untuk turut membahaskan Rang Undang- undang tersebut. Dewan menjadi sunyi sepi. Sepi bukan kerana bahasanya hambar, tapi sepi kerana kagum dengan kebolehan beliau menyanggah segala isuyang dibangkitkan oleh ahli-ahli yang terdahulu membuat perbahasan.

Dalam isu kharaj, Senator Hassan Shukri menyanggah dakwaan ahli dari BN yang mengatakan kononya PAS Terengganu cuba membuat kesusahan kepada kaum bukan Islam, sebaliknya beliau menjelaskan Kharaj sebenarnya tidak ada isu, yang menjadikan isu ialah orang Islam sendiri yang tidak faham akan konsep Kharaj. Oleh itu beliau menasihatkan Ahli-ahli Dewan agar mempelajari dan memahami terlebih dahulu apa itu konsep Kharaj, sebelum membuat bangkangan. Begitu juga isu HARAKAH yang dikatakan membuat fitnah dan meracuni pemikiran rakyat, beliau dengan mudah menyanggah dakwaan tersebut bahawa, kehebatan media-media lain yang dikawal oleh Kerajaan juga banyak membuat penyiaran yang indah dan menarik yang mungkin dapat menarik sokongan rakyat (beliau tidak mahu menggunakan perkataan meracuni) tetapi masih juga tidak dapat mempengaruhi keseluruhan rakyat Malaysia. Ini pada pendapat mereka ialah kerana rakyat sekarang sudah berubah dan telah pandai menilai mana intan mana kaca. Oleh itu tidak timbul soal HARAKAHA meracuni pemikiran rakyat. Rakyat kata beliau telah berubah dan dapat menilai mana racun dan mana madu.

Beliau tidak setuju dengan dakwaan bahawa HARAKAH telah meracuni pemikiran rakyat, kerana apa yang disiarkan oleh HARAKAH ialah apa yang benar semata-mata, oleh itu terpulanglah kepada takyat untuk menerima atau menolaknya, kerana rakyat pada masa ini tidak sepertimana rakyat dtahun-tahun 60han dulu.

Sementara itu Senator HAssan Shukri juga menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Terengganu tidak bersetuju dengan tol lebuh raya pantai timor. Ini juga diperjelaskan satu persatu oleh beliau, bahawa perkara ini tidak menjadi isu jika pihak-pihak yang berwajib tahu akan tanggung jawab mereka dan komitmen mereka kepada rakyat. Kerajaan Terengganu tidak pernah menghalang projek tersebut, yang menjadikan isu ialah Kerajaan sendiri yang membesar-besarkan isu tol, walhal PAS sendiri menyokong projek tersebut.

Begitu juga apabila ada Ahli Dewan yang mendakwa kononya Kerajaan Terengganu mengainaya kaum Cina di Terengganu dengan isu Kharaj, beleiau menyatakan bahawa kebanyakan penduduk Cina di Terengganu telah faham dan menyambut baik akan pelaksanaan Kharaj, kerana ia adalah lebih baik daripada lain-lain cukai yang dikenakan pada masa ini oleh Kerajaan BN. Malahan kata beliau Kerajaan terengganu telahpun membenarkan perternakan Babi dijalankan di Terengganu setelah dibekukan oleh Kerajaan sebelum ini buat kesekian lamanya. Kerana kata beliau, Islam sendiri membenarkan kaum bukan Islam memelihara babi dengan syarat-syarat yang jelas telah digariskan oleh Islam.

Suasana Dewan menjadi tumpuan apabila Senator Hassan Shukri terus berhujah satu persatu, dari sola ekonomi, sosial dan politik negara. Apa yang menarik, beliau sedikitpun tidak memburuk-buruk kan hujah-hujah yang dibawa oleh Ahli Dewan sebelum ini, sebaliknya beliau berhujah menyangkal satu persatu hujah-hujah Ahli-Ahli dewan sebelum ini dengan teratur dan jelas. Lantaran itu walaupuan ada yang mengganggu ucapan beliau, beliau tetap menerima sebagai satu teguran dan lantas diperjelaskan lagi agar Ahli-ahli Dewan terutama yang dilantik mewakili BN faham dan jelas kedudukannya. Kehebatan Senator Hassan Shukri juga terserlah apabila beliau sedikitpun tidak menunjukkan rasa gentar dan takut berhadapan degan Ahli-ahli yang lain walaupun buat kali pertama beliau berada di Dewan Negara.

Esok adalah hari kedua dan terakhir Dewan Negara bersidang dan masih ada dua lagi Rang Undang-undang akan dibahaskan iaitu Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) (No.2)Tahun 1999 dan Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaa) 1999. Oleh itu saya berharap Senator HAssan Shukri akan turut mengambil bahagian dan menyangkal dakwaan-dakwaan Ahli-ahli dari BN dengan isu-isu yang berkaitan dengan cukai pendapatan dan cukai jualan.

Akhir kata saya merasakan Dewan Negara juga akan menjadi medan persidangan yang hebat sepertimana Dewan Rakyat yang mana kita telah sedia maklum dihari pertama persidangan telah timbul isu-isu yang mengincangkan kewibawaan Ahli-ahli dari BN. Walaupun diwakili oleh segelintir wakil dari PAS di Dewan Negara, saya rasa dengan kehadiran Senator Hassan Shukri di Dewan Negara pada kali ini, ianya akan membuatkan Ahli-ahli dari BN tidak menang duduk dengan pelbagai sanggahan dan nasihat yang agak bernas yang akan diluahkan oleh Senator Hassan Shukri nanti. Dengan kata lain pemilihan Senator Hassan Shukri untuk mewakili PAS terengganu di Dewan Negara amat tepat sekali.

Pegawai Bertugas Dewan Negara.

Lawan Tetap Lawan