Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Berita Akhbar Berita Harian Yang Berbelit

Membaca tulisan Roslan Ab.Rahman didalam Berita Harian bertarikh 14hb.Jan 2000 mengerakkan hati saya untuk mengulas dan membetulkan sedikit maklumat salah yang telah beliau catatkan.

Kesilapan Maklumat:

1. Senator Safinah Jusoh

Dimaklumkan sebagai ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, sebenarnya Beliau adalah Naib ketua Dewan Muslimat, perlatikkan beliau dalam YPKI adalah atas alasan mewakili Wanita, tenaga akedemik, serta serta mewakili seoarang dari wanita yang berjaya menguruskan keluarga, walaupun beliau sibuk menguruskan keluarga dan parti. Untuk makluman juga beliau adalah merupakan isteri kedua.

2. Ustaz Ismail Dagang

Beliau adalah kekanda kepada Sdr. Zakaria Dagang. Perlantikan beliau adalah sesuai dengan beliau yang merupakan seorang Ulamak dan memgang jawatan AJK Lajnah Tarbiyyah PAS Negeri Terengganu.Sesuai juga dengan dasar kerajaan Islam Terengganu yang dipimpin ulamakTak kan nak lantik Roslan Abdul Rahaman atau Dato'shafie Daud.

3. Dr. Noraini Hasyim

Beliau memang betul isteri kepada YB Dr. Syed Azman MP Kuala Terengganu. Perlantikkan beliau adalah atas dasar beliau adalah seorang tenaga akedemik di UIAM. Beliau adalah seorang motiveter yang berjaya.Walaupun beliau bukan berkelulusan agama namum wajah beliau sering terpampang dikaca TV1 sebagai ahli panel forum perdana. Petang tadi juga di TV3 beliau merupakan penceramah kepada program Al-kuliyyah TV3. Perlantikkan beliau amatlah sesuai. Tak kan nak lantik Hajjah Aishah tua.

4. Saudara Zakaria Dagang

Sekarang adalah Pengarah Urustia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu. Bukan Pengarang di pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa. Agaknya Roslan masih memimpi jawatan yang beliau pernah pegang sebelum 29.11.1999. Kalau rasa nak boleh lah hantar surat permohonan kepada MB. Jawatan tersebut sebenarnya masih kosong.

5. Ustazah Fatimah

Adalah isteri Ustaz Harun Taib. Beliau dilantik sebagai ahli kerana beliau mewakili sebuah pertubahan wanita terbesar didalam kerajaan Terengganu iaitu Dewan muslimat PAS negeri Terengganu. Sebenarnya beliau lah KetuaDewan Muslimat PAS negeri Terengganu. Tak kan nak lantik Pengerusi SRIKANDI.......(ada lagi ke???)

6. Tuan Haji Yussof Tahir

Dilantik sebagai Pengarah Yayasan Terengganu. Sesuai dengan penubuhan yayasan tersebut untuk membantu anak Terengganu didalam pendidikan, Maka adalah perlantikan beliau amat sesuai, kerana beliau adalah bekas pegawai pendidikan Daerah.

Didalam menulis berita ini tersangatlah menampakkan dendam kesumat Roslan yang masih tidak boleh menerima bahawa BN telah berkubur di Terengganu. Ingat Roslan janjiku padamu bahawa kelubang cacing pun tetap kucarai....

LAWAN TETAP LAWAN.

SPANAR HIDUP.......

spanar2000@hotmail.com

Tok Ayah : Untuk Maklumat bahawa kemuadian ini Berita Harian agak lantang mengkritik PAS dengan pelbagai isu yang tak logik kerana Si Roslan tulah.... tak ada kerja setelah Wan Mokhtar kalah.

Nak cari duit buat sara keluarga...jadi apa salahnya kerja kuat Roslan kan...

Masalah ahli keluarga...dalam UMNO lagi ramai....Lihat sahaja MP Ampang....abang adik ada kat sana.....


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com