Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MERCEDES BENZ S320 Bernombor Pendaftaran TC 12

Saya terbaca satu artikel didalam laman web yang mengatakan bahawa sebuah kereta telah ditawar untuk dibeli oleh Wan Mokhtar Ahmad. Sehubungan dengan artikel tersebut suka saya maklumkan bahawa sekira kereta yang dimaksudkan adalah Mercedes Benz S320 yang bernombor pendaftaran TC 12, maka saya rasa fakta tersebut ada sedikit kekeliruan.

Saya sendiri tidak pasti dimanakah kereta yang disebut itu berada pada ketika ini. Namum satu sumber yang amat rapat dengan Wisma Darul Iman yang mungkin boleh dipercayai memaklumkan bahawa kereta tersebut telah dibeli oleh kerajaan Terengganu dahulu dengan harga melebihi ½ juta.

Setelah BN tewas di Terengganu Wan Mokhtar telah menghantar sepucuk surat kepada kerajaan Terengganu untuk membeli kereta itu dengan harga yang lebih rendah seperti mana peruntukkan yang dibenarkan kepada exco-exco 'beliau' sebelum ini. Sepatutnya beliau hendaklah menghantar kerana itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri yang baru, walaupun beliau hendak membelinya. Sehinggalah satu keputusan baru diambil barulah kententuan jual beli boleh dibuat oleh pihak kerajaan negeri yang baru.

Difahamkan juga atas rasa tanggungjawab untuk menjaga harta rakyat, kerajaan yang baru tidak bercadang untuk menjual kereta tersebut kepada Wan Moktar. Oleh itu sekiranya fakta ini betul maka sah bahawa kereta tersebut telah diguna oleh Wan Mokhtar tanpa keizinan Kerajaan Negeri. Ini menampakkan kepada kita sikap tidak bertanggujawab Wan Mokhtar didalam menjaga harta kerajaan.

Sudahlah duhulunya ketika beliau bergelar MB beliau memiliki banyak tanah dan dipercayai hampir di semua Daerah Di Terengganu ini, kini sudah bergelar rakyat biasa, beliau pun masih juga hendak 'merompak' harta kerajaan.

Atas rasa tanggungjawab maka kita amatlah mengharapkan agar Wan Mokhtar Ahamad memulangkan semula kereta tersebut kepada kerajaan Negeri. Seharusnya beliau menerima hakikat bahawa beliau sekarang adalah Wan Mokhtar Bin Ahmad tanpa status YAB MB lagi.

Lawan tetap lawan

spanar_2000@hotmail.com




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com