Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Ugutan keatas Bank-Bank Agenda Jahat yang terselindung

Kenyataan Dr Mahathir di Kedah pada Eidul Adha bahawa kerajaan pusat bercadang untuk mengikut jejak kerajaan negeri Melaka dan menghentikan berurusan dengan bank-bank yang kebanyakan kakitangannya adalah penyokong parti pembangkang telah mengesahkan beberapa perkara. Pertamanya, ia mengesahkan desas-desus sebelum ini bahawa helah akan dicari supaya urusan perbankan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri dibawah BN akan dipindahkan kepada bank-bank dimana Dr Mahathir-Daim dan kroni-kroni punyai kepenting. Dr Mahathir juga telah mengesahkan secara tidak langsung bahawa kebanyakan maklumat tentang penyalahgunaan kuasa, amalan rasuah dan lain-lain penyelewengan kerajaan UMNO-BN yang telah didedahkan melalui internet di laman-laman Reformasi adalah benar dan sahih.

Kenyataan Dr Mahathir yang menyokong tindakan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam juga mengesahkan bahawa kerajaan Melaka sebenarnya diarah untuk memulakan dan membuka jalan bagi kerajaan pusat untuk bertindak, dan dengan demikian kejahatan Dr Mahathir yang mengarahkan segalanya dari belakang tabir tidak kelihatan..

Dr Mahathir dan Ali Rustam juga mengesahkan kebanyakan rakyat termasuk kakitangan bank sudah menolak UMNO-BN. Tidak menghairankan mengapa kebanyakan kakitangan bank, seperti juga kebanyakan kakitangan awam dan kakitangan Petronas, menolak UMNO-BN. Urusan harian mereka telah mendedahkan mereka kepada bermacam penyelewengan dalam pengurusan duit rakyat oleh kerajaan UMNO-BN. Lagi pun bank-bank hampir bankrupt dan kini terpaksa digabungkan akibat dari dipaksa memberi pinjaman kepada orang-orang UMNO-BN dan kroni-kroni tanpa mengikut syarat dan kaedah pinjaman bank. Dan pergabungan bank itu pula akan mengakibatkan ramai kakitangan bank menjadi tenagakerja lebehin yang terpaksa dibuang. Ini semua telah menyebabkan bank-bank menjadi benteng kuat parti BA sama seperti Petronas dimana sebahagian besar kakitangan Petronas sudah tidak sanggup lagi melihat pembaziran wang Petronas oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Dr Mahathir dan Ali Rustam sebenarnya telah dengan sengaja membuat tuduhan yang melulu tanpa memberi bukti kukuh atau menamakan bank-bank yang dituduh scara spesifik kerana ada ajenda jahat yang terselindung disebalik ugutan keatas bank-bank yang sedang berlaku sekarang ini.

Seperti yang telah disebutkan diatas, kesemuanya ini adalah sandiwara dan helah untuk memindahkan urusan perbankan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri dibawah BN kepada bank-bank di mana Dr Mahathir-Daim dan kroni-kroni punyai kepentingan. Ini adalah ajenda jahat terselindung yang utama. Tujuannya bukan sahaja untuk menguntungkan bank-bank kroni tersebut tetapi juga untuk mempastikan penyelewengan pengurusan wang rakyat oleh kerajaan UMNO-BN tidak akan terbongkar lagi.

Isu ini juga ada kaitannya dengan dasar merger atau pergabungan bank yang mengikut persatuan pekerja bank, NUBE, akan mengakibatkan sekurang-kurangnya 15,000 kakitangan bank menjadi tenaga lebihan yang terpaksa dibuang. Menurut sumber-sumber tertentu, pihak-pihak bank telah pun diberi arahan supaya mempastikan kebanyakan yang akan dibuang sebagai mangsa pergabungan itu terdiri dari penyokong BA.

Ugutan kepada bank-bank yang berlaku sekarang merupakan sandiwara untuk mengabui mata rakyat supaya dasar pergabungan bank tidak akan dipersalahkan nanti sebagai punca pembuangan ramai kakitangan bank.

Media bahlol kerajaan seperti NST, Utusan Meloya dan TV3 akan memainkan peranan penting dalam sandiwara ini. Mereka akan menyiarkan kempen memburuk-burukkan bank-bank dan kakitangannya yang tertentu untuk menghalalkan tindakan-tindakan kejam yang bakal diambil keatas mereka oleh kerajaan UMNO-BN.

Memang kotor serta jijik sejijik-jijiknya kerajaan UMNO-BN dan media bahlolnya.

Semakin hari semakin menindas, semakin bertambah kejam, kotor dan jijik tindak-tanduk kerajaan UMNO-BN. Keputusan pencalunan UMNO untuk pemilihan di bulan Mei yang telah ditetapkan setakat ini jelas membuktikan bukan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya sahaja yang kotor, tetapi hampir keseluruhan UMNO itu sama bergelumang dengan kekotoran. Janganlah diharap UMNO akan berubah selepas tiadanya Dr Mahathir.

Tarabulsi.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com