Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Al Maunah Tak Serang Kuil, Kata Hindu Sangam

Assalamualaikum,

Al Maunah Tak Serang Kuil, kata Hindu Sangam.

Persatuan kuil-kuil, Hindu Sangam pada hari ini 20 Julai 2000, telah menafikan bahawa Al Maunah telah menembak sebuah kuil Hindu seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir di wawancara TV pada malam sebelumnya, 19 Julai. Hindu Sangam menjelaskan bahawa mereka langsung tidak tahu menahu mengenai serangan Al Maunah tersebut.

“Kami turut terperanjat dengan kenyataan Dr Mahathir itu kerana tidak ada kuil yang melaporkan mengenai apa jua letupan atau serangan grenade,” kata pegawai Hindu Sangam kepada akhbar online Malaysiakini. Polis yang dihubungi Malaysiakoni enggan memberi komen. Perkembangan ini menguatkan sangkaan umum bahawa tragedi Al Maunah di Sauk adalah suatu sandiwara.

Dr Mahathir juga mengatakan bahawa kilang Carlsberg di Shah Alam telah juga diserang Al Maunah. Ketua Eksekutif, Carlsberg (M) Bhd, Jorgen Bornhoft “mengesahkan” kepada Malaysiakini kononnya “dua letupan” telah berlaku di kawasan laman kilang tersebut. Tetapi beliau tersentak dan enggan mengesahkan samada laporan polis telah dibuat. Mengapa Bornhoft tersentak dan tak terjawab bila ditanya mengenai laporan polis tersebut? Buatlah rumusan sendiri.

Mungkin esok lusa Hindu Sangam akan dipaksa mengubah kenyataannya. Dan mungkin juga esok lusa Carlsberg akan dapat menghasilkan laporan polis sebagai bukti untuk tatapan pemberita. Walau apa pun, kredibiliti Dr Mahathir sekali lagi musnah berkecai, dan imej beliau sebagai saorang “tua laknat pembohong” kini menjadi bertambah buruk. Imej UMNO turut menjadi bertambah busuk.

Malah awal-awal lagi rakyat telah secara umumnya mengecap wawancara Dr Mahathir bersama tiga ahli panel di TV tersebut sebagai program “Pembohongan Perdana”. Kenyataan Hindu Sangam yang dengan berani menafikan cerita Dr Mahathir mengukuhkan tanggapan umum tersebut.

Saorang rakan beragama Hindu setelah membaca berita Malaysiakini tersebut menyifatkan pembohongan Dr Mahathir di TV itu sebagai perbuatan yang langsung tidak bertanggungjawab. Beliau mensyaki Dr Mahathir cuba melaga-lagakan orang Islam dengan orang Hindu di negara ini. “Dr Mahathir sudah melampau,” tegas beliau.

Rakan Hindu tersebut juga anggap Dr Mahathir telah melakukan kesilapan besar apabila cuba melibatkan sebuah kuil Hindu dengan isu Al Maunah. Beliau menjelaskan bahawa pihak kuil Hindu perlu berkata yang benar demi mempertahankan imej dan kehormatan agama Hindu.

“Hindu Sangam tak boleh disamakan dengan JAKIM, “ tambah beliau.

Wassalam,

Tarabulsi

20 Julai 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com