Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pengharaman ‘Islam’: Mohamad Sabu pengaruhi keputusan Majlis Raja-raja

Assalamualaikum w.b.t

Pengharaman ‘Islam’: Mohamad Sabu pengaruhi keputusan Majlis Raja-raja.

Majlis Raja-raja Melayu di persidangannya pada 22 Mac, 2001 dengan wajarnya telah menerima usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dan menolak cadangan kerajaan UMNO-BN untuk mengharamkan perkataan ‘Islam’ dari digunakan dalam nama pertubuhan dan parti-parti politik. Menurut sesetengah pihak kenyataan tegas yang dibuat oleh pemimpin politik PAS, YB Mohamad Sabu di Parlimen pada 21 Mac, 2001 turut mempengaruhi keputusan tersebut. Ahli Parlimen PAS itu telah berkata,``Saya tegaskan di sini, kalau buang nama Islam daripada PAS, saya tidak jamin negeri ini akan aman. Mungkin saya hendak dibawa masuk sekali lagi ke Kamunting, masuklah tetapi ini perkara besar…Tolong jangan usik (perkataan Islam). Ugut, tangkap, sila..Ugut, bunuh, sila.., tetapi masalah nama Islam, jangan cuba usik. Ini masalah survival Islam, bukan masalah Pas.”

Kenyataan tegas YB Mohamad Sabu dikatakan mempunyai impact yang mengejutkan dan mendalam. Ianya mengesahkan beberapa maklumbalas yang diterima oleh kerajaan UMNO-BN mengenai kemungkinan besar perang jihad akan tercetus secara spontan jika mereka meneruskan niat untuk mengharamkan penggunaan perkataan ‘Islam itu. Sememangnya pertumpahan darah yang mungkin berlaku itu telah dapat dielakkan dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu yang menolak cadangan UMNO untuk mengharamkan penggunaan perkataan ‘Islam’ tersebut.

Memangnya ramai umat Islam di negara ini diketahui telah bersedia untuk keluar berjihad sekiranya penggunaan perkataan ‘Islam’ itu diharamkan oleh UMNO-BN. Rasa marah dikalangan umat Islam terhadap orang-orang UMNO-BN sudah lama terpendam akibat dari bermacam-macam pengkhianatan dan penghinaan keatas agama Islam yang telah dilakukan sewenang-wenangnya dan secara bersiri-siri oleh kerajaan UMNO-BN.

PAS telah berjaya sehingga hari ini untuk menggawal kemarahan umat Islam itu dengan menyeru kepada kesabaran dan kepada meneruskan perjuangan melalui proses demokrasi. Tetapi PAS tidak akan lagi berupaya menahan mereka dari keluar berjihad secara spontan untuk memerangi puak-puak UMNO-BN dengan habis-habisan jika niat UMNO-BN untuk mengharamkan ‘Islam’ itu telah diteruskan.

Alhamdullilah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana Majlis Raja-raja telah dengan wajar dan bijaksana menolak cadangan iblis UMNO-BN tersebut, dan dengan itu telah dapat dielak kemungkinan tercetusnya secara spontan pertemporan dan pertumpahan darah di seluruh pelusuk semenanjung.

Keputusan Majlis Raja-raja jelas telah memberi UMNO-BN jalan keluar. Kini UMNO, tanpa malu dan jatuh air muka, boleh menarik balik cadangan iblisnya yang sangat sensitif dan mengancam keselamatan dalam negara. UMNO juga kini boleh memenuhi salah satu dari pra-syarat PAS bagi mengadakan pertemuan perpaduan Melayu yang Dr Mahathir telah beria-ia mencadang dan inginkan untuk menyelamatkan UMNO yang sudah ditolak oleh orang Melayu dari terkubur.

Akhirnya, ucapan ribuan terima kasih kepada YB Mohamad Sabu kerana kenyataan beliau yang tegas dalam Parlimen itu telah berjaya mengejutkan serta mengingatkan kerajaan Dr Mahathir dan juga pihak Majlis Raja-raja Melayu, akan betapa sensitive dan merbahayanya isu agama yang telah dimainkan oleh Dr Mahathir kerana ianya boleh membuat umat Islam berasa begitu tertekan dan mengistihar perang jihad keatas orang-orang UMNO-BN. Kepada Dr Mahathir dan UMNO ingin dinasihatkan supaya jangan bermain api, kerana nanti tangan sendiri yang akan terbakar hangus.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi
27 Zulhijah 1421
(23 Mac 2001)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com