APA KATA UMNO BERGAMBUNG DENGAN PAS

PENGENALAN.

Hasil daripada pilihanraya ke - 10 yang diadakan pada 29 November 1999 yang lalu, jelas menunjukkan parti UMNO telah ditolak oleh orang - orang Melayu secara keseluruhannya. Di Negeri - negeri Melayu, Kelantan Darul Naim, Terengganu Darul Iman, Kedah Darul Aman, Perlis Indera Kayangan, Pahang Darul Makmur, Selangor Darul Ehsan dan Perak Darul Ridzuan, BN menerusi parti UMNO memenangi kerusi Parlimen dan DUN adalah kerana kecekapan mereka menipu , iaitu , melalui undi hantu, undi pos dan bantuan SPR. Sebenarnya, undi orang - orang Cina dan India menyumbang lebih daripada 75 % daripada jumlah undi yang diperolehi oleh calon UMNO tersebut. Manakala 25 % lagi disumbangkan oleh campuran undi orang - orang Melayu dan pengundi hantu, undi pos dan bantuan penipuan yang diatur oleh SPR.

Majoriti yang diperolehi oleh calon BN melalui UMNO sebenarnya merosot dengan terlalu amat teruk, mungkin pertama kali dalam sejarah Malaysia Moden. Ini dapat dibuktikan ekoran berkurangannya bilangan kerusi parlimen yang dimenangi , iaitu , daripada 92 buah [ 1995 ] kepada 72 buah [ 1999 ] SAHAJA . Maklumat yang ada juga menunjukkan , sejumlah 80 % daripada orang - orang Melayu telah memilih PAS dan BARISAN ALTERNATIF. UMNO cuma dapat meraih sokongan sebanyak 20 % sahaja dari jumlah keseluruhan orang - orang Melayu.

AHLI MEROSOT.

Parti UMNO , dengan keahlian yang yang makin berkurangan daripada sejumlah " 2.78 "juta [ seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Khalil Yaakub ] , sebenarnya berada di dalam keadaan reput dan berulat. Angka sebenarnya, seperti yang dinyatakan oleh Raja Petra Kamaruddin dari Parti KeADILan Nasional adalah satu [ 1 ] juta orang sahaja. Dengan itu, untuk menunjukkan ianya kuat dan teguh, sejumlah 1.7 juta orang lagi ditambah dan melaluinya ianya dimanipulasikan, kononnya, jumlahnya ialah " 2.78 " juta orang.

Jumlah 1.7 juta ini adalah terdiri daripada ; orang - orang yang tidak wujud pada jasadnya, iaitu wujud pada nama sahaja [ kalau tak percaya sila semak dengan teliti dan cermat serta secara profesional dalam senarai keahlian UMNO ] ini boleh dikatogerikan sebagai " UNDI HANTU " ; ahli - ahli yang telah meninggal dunia, tetapi nama tidak dikeluarkan dari senarai ; anak - anak ahli UMNO yang belum cukup umur yang didaftarkan oleh ibu bapa yang menjadi ahli UMNO

Daripada satu [ 1 ] juta ini, berapa ramai yang telah mengisi borang untuk menjadi ahli PAS . ? Berapa ramai pula yang telah menyeberang parti KeADILan ? Daripada maklumat yang terkini, keahlian PAS telah bertambah sebanyak lebih kurang 300,000 orang sejak setahun yang lepas iaitu, sejak 2 September 1998, tarikh keramat MAHAFIRAUN telah menjatuhkan ' TALAK TIGA " keatas Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Timbalan Presiden UMNO , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Manakala, parti KeADILan yang ditubuhkan atas asas untuk memperjuangkan keadilan untuk semua, membenteras rasuah dan penyelewengan telah mencatatkan keahlian seramai 400,000 orang , yang sebahagian besar daripadanya iaitu kira - kira 90 % adalah ahli UMNO.

Dengan mengambil kira keahlian kedua - dua parti PAS [ pertambahan ahli ] dan KeADILan , yang berjumlah 300,000 orang dicampur dengan 400,000 orang menjadikan jumlahnya 700,000 orang, jadi bayangkan berapakah jumlah sebenar keahlian UMNO yang tinggal pada hari ini.

Saya rasa, kalaulah UMNO jujur dalam erti kata mahu lihat ianya dapat terus WUJUD di atas muka bumi ini di alaf baru nanti , terutama sekali pimpinan peringkat tertinggi di peringkat pusat itu, perlulah mengambil langkah mengadakan semakan semula secara teliti, telus, sistematik , dengan menggunakan teknologi IT tercanggih dan bertanggungjawab, MENGIRA JUMLAH SEBENAR ORANG - ORANG MELAYU YANG MASIH MENJADI AHLI UMNO..

Kita cabar parti UMNO, sekiranya telus dan bertanggungjawab kepada bangsa Melayu [ kononnya ] jelaskan kedudukan sebenar dan mutakhir , jumlah terkini ahli UMNO di seluruh negara, bukan angka yang dimanipulasikan.

Tetapi, saya yakin, percayalah jumlah orang - orang Melayu yang masih menjadi ahli UMNO hanyalah di sekitar 300,000 orang hingga 500,000 orang sahaja.

CADANGAN.

Melihat kepada senario dan realiti yang sebenarnya, UMNO telah mengalami zaman kepupusannya. Ia telah ditolak secara menyeluruh oleh orang - orang Melayu . UMNO yang ada didokong oleh golongan yang tidak mempunyai kualiti , yang terdiri daripada orang - orang tua, golongan pencen, korporat dan ahli - ahli perniagaan yang rasuah dan menyeleweng, perogol, pembunuh, pencuri, penyamun, perompak dan orang - orang jahat.

Sehubungan dengan itu, demi untuk menyelamatkan bangsa Melayu dan ketuanan Melayu , adalah dengan ini saya mencadangkan supaya parti UMNO hendaklah digabungkan dengan parti PAS. Presiden UMNO perlulah mengambil inisiatif awal untuk menjayakan hasrat murni ini.

Serentak dengan itu, UMNO dibubarkan. Semua ahli UMNO diserapkan menjadi ahli PAS dan didaftarkan di cawangan - cawangan PAS , di mana ahli UMNO tersebut bermastautin. . Aset UMNO akan dijadikan hak milik PAS. Ianya akan diuruskan oleh pengurusan baru, iaitu gabungan diantara pemimpin lama dan baru.

Dengan cara ini, orang - orang Melayu dapat diselamatkan sesuai dengan kata - kata hikmat Hang Tuah " Tak Melayu Hilang Di Dunia ".

Pimpinan UMNO jangan keras kepala, terimalah hakikat, realitinya UMNO sedang menuju kehancuran. Paling lama ianya akan bertahan dalam dua [ 2 ] kali pilihanraya saja lagi , iaitu yang ke 11 dan ke 12. UMNO akan mati dalam tahun 2010 sebelum wawasan 2020 belum lagi tercapai. Apakah kekuatan yang ada pada UMNO untuk menghalang " Pusingan Islam " ini ? . Setiap 100 tahun, pusingan ini akan berlaku, sekiranya pemimpin sesuatu kaum , bangsa dan negara tidak berwaspada dan berhati - hati.

Dalam keadaan sekarang, cadangan di atas dikira sangat wajar. Kalau kita ibaratkan UMNO sebagai sebuah syarikat korporat, ia bolehlah dikatakan berada di dalam keadaan rugi dan tenat. Tidak ada jalan lain bagi menyelamatkan sesuatu perniagaan dalam keadaan ekonomi tersangat gawat, akibat faktor dalaman sendiri dan faktor luaran , melainkan terpaksa menyerahkan syarikat tersebut kepada DANAMODAL dan DANAHARTA untuk diuruskan dan disusun semula segala hutang , tanggungan dan modalnya.

Begitu jugalah dengan UMNO, bagi menyelamatkan Agama Islam dan Ketuanan Melayu ; Raja - raja Melayu, bangsa Melayu , Tanah Simpanan Melayu dan Bahasa Melayu, tugas di atas WAJIB diserahkan kepada parti PAS. UMNO telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan oleh bangsanya sejak 18 tahun di bawah pemerintahan MAHAFIRAUN dan 42 tahun oleh UMNO .

Dalam keadaan PAS kaya dengan ahli - ahli yang berkualiti dan dari segi kuantiti , manakala UMNO yang kaya dengan aset , pergabungan ini dikirakan amat kena pada masanya. Agama Islam dapat diletakkan pada kedudukan yang tinggi, dengan segala hukum hakamnya dapat dilaksanakan dengan baik. Bangsa Melayu, akhirnya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua kaum di dunia dan lebih - lebih lagi di negara sendiri. Orang - orang bukan Islam akan selamat di bawah pemerintahan Islam.

KEKUATAN PAS..

Prinsip perjuangan PAS ialah Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadith. Keahlian terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Parti PAS telah menerima ahli yang terdiri daripada semua golongan ,iaitu , Ulamak yang baik , Pegawai Kerajaan, Pensyarah, Guru, Profesional , Pakar Perubatan dan Doktor, Jurutera, Peguam, Pakar Nuklear, Mahasiswa, Pelajar, orang - orang muda dan remaja, penduduk bandar dan desa, Nelayan, Petani, Penternak dan Peneroka. Kata orang ianya cukup lengkap dan sempurna untuk diserahkan amanah ini.

MASA YANG SESUAI .

Perkara yang baik , seelok - eloknya dipercepatkan. Tidak perlu ditunggu - tunggu lagi. Mulakan rundingan mengenai syarat - syarat dan cara - cara untuk penggabungan . Kedua - dua pihak harus bertolak ansur. Ketepikan kepentingan peribadi, fikirkan masa depan agama, bangsa dan tanah air. Perjuangkan kepada perkara - perkara pokok. Tidak sebab bangsa Melayu tidak dapat disatukan. UMNO harus sedar , keadaan dan kedudukannya yang sebenar dan terkini. Ianya telah menjadi sejarah. Masa akan menentukan bila ianya akan PUPUS. Tunggu saja. Jadi sebelum terlambat, sebelum agama punah, bangsa hancur dan negara tergadai , elok sajalah parti UMNO dibubarkan dan seterusnya digabungkan dengan parti PAS.

Sebaik mungkin, ianya dibuat sebelum pilihanraya ke - 11 pada tahun 2004 nanti. Tidak ada gunanya ditunggu lagi. Kehancurannya sudah mangkin hampir. Tandanya terlalu amat jelas. Jangan ditangguhkan sehingga pilihanraya ke - 12 pada tahun 2010 atau sebelum daripadanya. Ini kerana pada ketika tersebut, UMNO telah PUPUS, tidak ada lagi orang Melayu yang mendaftar sebagai ahli UMNO. Yang tinggal dan masih menganggotai UMNO ialah kaum - kaum Bumiputra lain iaitu suku kaum Kadazan, Dayak, Mulu, Murut, Bajau, Melanau , Siam, Portugis, dan Iban.

Ini kerana pada masa itu, [ dalam keadaan yang berlaku sekarang ini, iaitu ahli UMNO yang masih tinggal dan mengundi UMNO dalam pilihanraya ke -10 lalu adalah terdiri dari orang - orang tua dan pencen, dan tidak ada orang - orang muda yang minat dengan UMNO ] tidak ada orang Melayu yang terdiri dari golongan muda yang menjadi ahli baru UMNO.

Sehubungan dengan itu, dalam masa sepuluh [ 10 ] tahun lagi , PAS dengan mudah dapat mengambil alih UMNO.

KESIMPULAN .

Alaf akan datang yang menjelang tiba tidak lama lagi , adalah milik Islam. Kebangkitan Islam di seluruh dunia, walaupun ditekan, tindas dan dizalimi, hanya menunggu masa saja untuk ditegakkan. Penganiayaan, pengkhianatan dan kezaliman adalah prasyarat untuk mendapat kejayaan dan kemenangan. Ianya bukanlah kerja yang mudah. Negeri Terengganu Darul Iman terpaksa menunggu sehingga 30 tahun untuk melepaskan diri dan memerdekakan negeri dari penjajahan kerajaan pusat. Tidak sedikit pengorbanan yang telah dicurahkan. Zaman penjajahan MAHAFIRAUN ke atas Terengganu dan Kelantan telah berakhir.

Disamping itu , apakah BARISAN ALTERNATIF akan duduk diam, tanpa melakukan apa - apa dan berpuas hati dengan pencapaian yang telah diperolehi dalam pilihanraya ke - 10 lalu, serentak dengan itu membiarkan UMNO cuba menyusun strategi bagi menawan hati orang - orang Melayu, khususnya golongan muda - Mahasiswa dan pelajar ?

Kalau itu yang difikirkan oleh UMNO, pemimpin dan ahli -ahlinya, bermakna , sahlah dalam masa sepuluh [ 10 ] tahun lagi ia akan pupus.

Strategi dan usaha parti PAS dan BA , yang sedang dan akan diusahakan ialah untuk menawan negeri - negeri lain di Malaysia dan juga di peringkat pusat . Berapa kali ganda darjah usaha tidak dapat dipastikan. Rasanya bukan setakat sekali ganda, atau dua kali ganda, mahupun tiga kali ganda. Yang pastinya lebih dari itu.

Ini kerana, negeri - negeri Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor , sebenarnya telah terlalu hampir untuk diserahkan kepada BARISAN ALTERNATIF dalam pilihanraya lalu.

Penyumbang terbesar undi BARISAN ALTERNATIF iaitu golongan muda, yang pastinya akan menjadi pemangkin untuk menarik pelajar - pelajar yang bakal menjadi pengundi , yang akan memenangkannya dalam pilihanraya yang akan datang. Mudah untuk mereka bercakap, berkomunikasi dan berhubung sesama mereka. Orang - orang muda lebih mudah faham cara orang - orang muda.

Terompah _kayu
Terompah_kayu@hotmail.com